Rumusan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Rumusan

Saya telah menghasilkan satu komik yang bertajuk Doraeomon, Nobita dan
PERGERAKAN. Berdasarkan komik yang telah saya hasilkan ini ialah menceritakan
berkenaan dengan unsur seni iaitu tentang pergerakan. Komik yang saya hasilkan ialah komik
berbentuk ilmiah. Komik ilmiah kebiasaannya membincangkan tentang sesuatu topik atau
tajuk berkenaan subjek atau mata pelajaran yang diajar di sekolah. Saya bercadang membuat
satu komik panjang melebihi sepuluh muka surat tetapi tidaklah terlalu panjang sehingga
boleh menghasilkan satu buku komik.

Antara rumusan yang boleh dibuat tentang komik saya ialah ialah bertemakan tentang
kepelbagaian suasana. Hal ini kerana setiap helaian komik dan watak komik tersebut berada
di alam berbeza-beza sebagai contoh di taman, kawasan perumahan, dan tempat-tempat
ilusi. Ini juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan pembaca mudah bosan dengan
bahan pembaca dan menarik.

Antara nilai yang terdapat dalam komik ilmiah ini ialah nilai persahabatan kerana watak
Doraemon dan Nobita merupakan sahabat yang rapat samaada di sekolah mahupun di uar
sekolah. Mereka saling bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu urusan terutamanya
dalam konsep pembelajaran. Nilai yang seterusnya ialah pentingnya ilmu pengetahuan. Ini
dapat dibuktikan bahawa watak Doraemon dan Nobita sentiasa berbincang berkenaan ilmu
iaitu tajuk komik pergerakan. Seterusnya menekankan juga untuk belajar secara berkumpulan
untuk memudahkan soal jawab semasa perbincangan.

Di samping itu, saya cuba menerapkan teknik bermain sambil belajar kepada
pembaca. Hal ini kerana, sasaran pembaca bagi komik ini ialah pelajar tahap dua. Ayat-ayat
berkenaan bahasa seni visual diolah dan dipermudahkan agar mudah difahami oleh pembaca
lebih-lebih lagi kepada murid yang baru sedang cuba belajar bahasa seni visual dalam
pendidikan seni visual. Selain itu, penggunaan dan ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni
ialah bertujuan menarik perhatian murid supaya membaca helaian pertama komik sehingga
helaian terakhir komik.

Saya telah memilih watak Doraemon dan Nobita sebagai watak untuk penghasilan
komik ilmiah kali ini kerana watak ini antara watak yang dikenali dan disukai oleh kanak-kanak.
Ini merupakan salah satu teknik untuk menyebabkan pembaca iaitu kanak-kanak untuk
membaca komik ilmiah ini. Seterusnya ialah saya memilih untuk melukis watak Doraemon
adalah kerana saya tidak mahir untuk melukis figura-figura atau watak-watak realistik, oleh itu
saya mengambil langkah yang efektif dengan menggunakan watak komik yang lebih kepada
bentuk-bentuk. Hal ini juga kerana pemilihan watak ini merupakan sesuatu yang lebih dekat
dan rapat dengan kanak-kanak yang amat sesuai untuk kanak yang berumur 4-5 tahun dan
kecenderungan untuk kanak-kanak membaca itu sangat besar.
Rasional

Berdasarkan komik Doraemon, Nobita & PERGERAKAN komik ini sangat sesuai
untuk murid tahun 4-5. Hal ini kerana melalui pada tajuk menggambar, guru-guru perlu
menyelitkan tentang unsur seni dan prinsip rekaan. Prinsip rekaan pergerakan sangat penting
dalam aktiviti menggambar untuk memberi kesan karya lebih hidup dan lebih realistik.

Seterusnya antara matlamat saya menghasilkan komik ini ialah saya dapat
mencungkil bakat saya dan menambahbaik kemahiran saya terutama dalam bidang
komputeran iaitu berkenaan software adobe photoshop. Berdasarkan ini, saya dapat lebih
memahami dan menambah ilmu pengetahuan berkenaan software tersebut. Selain itu,
matlamat saya juga adalah untuk menyebarkan ilmu berkenaan seni visual kepada orang lain
dalam bentuk komik kerana pembawakan komik ini seperti mana kita lebih tahu ialah
pembawakan yang simple dan santai. Hal ini lebih memudahkan kepada murid-murid atau
pembaca untuk memahami apa yang disampaikan .

Di samping itu, saya juga dapat berkongsi pengalaman bersama sahabat untuk
melakukan komik bersama-sama walaupun tajuk yang berbeza-beza. Ini juga dapat
merapatkan ukhuwah antara pelajar. Akhir sekali matlamat saya ialah dapat menghasikan
beberapa buah komik lagi dan ingin dihebahkan kepada orang ramai. Tambahan pula, saya
dapat berkongsi ilmu berkenaan pergerakan kepada kanak-kanak melalui elemen multimedia.

Malahan, antara harapan saya setelah siap menghasilkan komik ini ialah dapat
memberi kefahaman sebenar kepada pembaca mengenai pergerakan. Antara isi yang
dibincangkan dalam komik tersebut ialah maksud pergerakan, kepentingan pergerakan dan
contoh-contoh pergerakan daripada sumber alam semula jadi dan buatan manusia.

Seterusnya ialah saya harap komik ilmiah yang telah saya hasilkan ini dapat menjentik
minda saya dan sahabat-sahabat yang lain bahawa penyebaran ilmu bukan sahaja melalui
buku teks, buku rujukan, akhbar dan sebagainya malah melalui komik pom kita dapat
menyebarkan ilmu. Apa yang penting ialah kita perlu lebih kreatif untuk menggunakan medium
yang telah sedia ada.
Refleksi

Saya telah menerima tugasan kerja kursus bagi kursus Multimedia Kreatif dalam
Pendidikan Seni Visual (PSV3043). Antara objektif kerja kursus ini ialah meneroka dan
menghubungkait cara olahan dengan kesan multimedia kreatif yang sesuai dalam
penghasilan karya serta menggunakan perisian yang sesuai dan mengaplikasikannya dalam
pengkaryaan multimedia kreatif. Pada tugasan kali ini, saya dan rakan-rakan diminta untuk
mencipta dan menghasilkan sebuah komik pendek yang berkisar tentang asas seni reka yang
dibincangkan secara ilmiah. Terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan
yang dapat saya rumuskan sepanjang penghasilan komik kali ini.

Antara kelebihan yang disedari ialah saya berupaya meneroka beberapa perisian
seperti Adobe Photoshop, Microsoft Word bagi memudahkan proses penghasilan karya
saya. Sebelum ini, saya amat jarang meluangkan masa untuk memahami ikon-ikon yang
terdapat dalam perisian tersebut secara mendalam dan terperinci dan mengetahui fungsi
setiap satunya. Dengan adanya tugasan menghasilkan komik ini, sedikit sebanyak saya telah
berjaya memahami beberapa ikon dan fungsi yang ada khususnya dalam perisian Adobe
Photoshop. Hal ini seterusnya bakal membantu saya untuk lebih berkemahiran dalam
penggunaan perisian tersebut pada masa hadapan.

Kelebihan lain yang dapat dikutip ialah saya berupaya mengasah bakat melukis dan
merasakan sendiri betapa sukarnya untuk menghasilkan sebuah komik yang bermutu dan
baik. Bagi menghasilkan komik, saya terlebih dahulu melihat dan mengkaji komik-komik
pembelajaran yang ada di pasaran dan internet semata-mata bagi memahami konsep komik
secara atas permukaan. Setelah itu, saya mula membuat rujukan dan analisis komik dari segi
sejarah komik, manfaat dan kaedahnya, persediaan menghasilkan komik, ciri-ciri komik yang
baik, disiplin asas dalam penghasilan komik, jenis komik dan pelbagai lagi maklumat yang
dapat membantu saya untuk menghasilkan komik asli ciptaan saya sendiri.

Kelebihan seterusnya ialah saya mempunyai bantuan dan sokongan yang amat padat
daripada insan tersayang seperti keluarga, pensyarah dan kawan yang sudi membantu saya
semasa proses penyiapan komik kali ini. Sesungguhnya tanpa bantuan daripada mereka,
amatlah sukar untuk saya menyiapkan komik ini dengan jayanya. Sumbangan mereka akan
saya terus saya ingat sehingga ke akhir hayat. Selain itu, toleransi daripada pihak pensyarah
juga memudahkan kerja saya. Kebebasan penghasilan yang beliau berikan amat wajar
kerana setiap daripada kami mempunyai citarasa dan kreativiti yang berbeza. Keprihatinan
dan perhatian daripada mereka semua amatlah saya hargai.
Selain itu, antara kelemahan yang berjaya saya atasi ialah kekurangan idea. Hal ini
kerana saya langsung tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam penghasilan komik
sebelum ini. Pada peringkat permulaan, saya lebih banyak termenung dan hanya mampu
melihat rakan-rakan saya mula melakar dan melukis watak yang mereka inginkan. Selepas
membuat rujukan dan melihat rakan-rakan, daripada situlah saya dapat sedikit sebnyak idea-
idea untuk menghasilkan komik ini.

Kelemahan lain yang dapat saya kesan ialah saya amat lemah dalam menghasilkan
anatomi tubuh badan manusia. Jadinya, saya mengambil langkah selamat dengan memilih
karakter yang lebih bersifat mudah dilukis namun kelihatan menarik. Saya mendapat prinsip
pergerakan dan ianya merupakan satu cabaran besar buat saya kerana secara tidak
langsung, saya juga perlu menerangkan unsur seni secara ringkas agar ianya terkait dengan
prinsip pergerakan. Kesannya, helaian komik saya berkemungkinan agak banyak dan ini
memakan masa yang panjang untuk disiapkan.

Kemudian, saya mempunyai sedikit masalah berkenaan kemahiran dalam


penggunaan software Adobe Photoshop kerana sebelum ini tidak mempunyai pengalaman
tetapi atas usaha diri sendiri belajar dan banyakkan bertanya kepada rakan-rakan tentang
perkakasan software tersebut, dapatlah saya menghasilkan komik ilmiah ini.

Seterusnya, peluang yang diperoleh semasa penyiapan kerja kursus ini ialah saya
mampu meluangkan masa bersama keluarga tercinta serta meningkatkan lagi kuantiti masa
bersama yang sebelum ini jarang-jarang diperoleh. Peluang ini saya gunakan sebaiknya.
Dengan cara ini, secara tidak langsung saya mendapat beberapa pandangan atau idea
bernas yang membantu penyiapan komik saya. Sejujurnya, saya amat berterima kasih atas
sokongan yang diberikan.

Halangan yang merintangi proses penyiapan kerja kursus komik ini ialah kekangan
masa kerana terdapat beberapa kerja khursus yang perlu dihantar dalam masa yang terdekat
dan ini sedikit sebnyak telah menyebabkan saya mudah hilang fokus kerana membuat kerja
secara tidak tersusun rapi. Setelah mendapat nasihat daripada rakan-rakan berkenaan
penyusunan masa yang berkesan, akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Selain itu, gangguan daripada adik-beradik saya seramai lima orang pada waktu
siang menyebabkan saya terpaksa berjaga malam bagi mencari keselesaan untuk
menyiapkan komik ini.

Kesimpulannya, kerja kursus ini sangat menguji kemampuan dan kemahiran saya
selaku seorang pelajar jurusan seni. Sebelum ini, saya menganggap bahawa komik adalah
karya masa lapang dan sesiapa sahaja mampu menghasilkannya, namun setelah
menghasilkan komik, saya menyedari bahawa ianya bukan calang-calang kemahiran malah
perlu dikuasai disiplinnya dan difahami prosesnya agar komik yang terhasil bermutu dan sarat
dengan mesej dan nilai moral yang tinggi. Tugasan kerja kursus Multimedia Kreatif dalam
Pendidikan Seni Visual membuka mata saya berkenaan seni komik yang kelihatan ringkas
dan bersahaja dari segi penyampaian, namun dalamannya amat sukar dihasilkan.

You might also like