Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Makalah Islam dalam Perlembagaan Malaysia: Kewajarannya berdasarkan Faktor Kesultanan

Melayu nukilan Haji Khairudin Megat Latif mempunyai objektif yang jelas iaitu ingin memberi
penerangan mengenai mengapa dan bagaimana islam menjadi agama rasmi negara ini dan
bagaimana isu ini berkait rapat dengan faktor kesultanan di negara ini. Melalui pengenalan bagi jurnal
ini penulis telah menyatakan mengapa beliau menulis karya ini yang disebabkan telah muncul banyak
isu-isu mengenai islam telah ditimbulkan oleh beberapa pihak berkepentingan. Antaranya adalah
mereka telah mencadangkan agar Suruhanjaya Antara Agama ditubuhkan dan agama Islam turut
berada di bawah jurisdikasinya.Selain itu terdapat juga isu di mana meminta artikel 11 Perlembagaan
dipinda atau dibuang terus daripada Perlembagaan. Sudah semestinya isu-isu ini menerima bantahan
daripada pelbagai pihak seperti pihak berkuasa. Kajian mengenai isu yang sensitif ini telah dibuat
dengan mengaji semula mengapa Surhanjaya Reid telah meletakkan status agama islam di dalam
Perlembagaan seperti sekarang. Penulis telah memberi tumpuan terhadap pengaruh dan kesan
sejarah Kesultanan Melayu terhasap Peruntukan Perlembagaan berkaitan Raja-raja Melayu dan Islam.

Pertama sekali penulis telah menyatakan status islam menurut Perlembagaan Persekutuan dengan
menyatakan Perkara 3(1) sehingga Perkara 3(5) menurut Perlembagaan.Menurut ulasan dan
maklumat yang telah disertakan oleh penulis, telah didapati bahawa status islam dalam
perlembagaan adalah sangat kukuh kerana ia telah dinyatakan dengan jelas dan tidak boleh diubah
statusnya walau apa pun yang berlaku di masa hadapan terhadap Perlembagaan negara
ini.Walaubagaimanapun bagi mengukuhkan kedudukan agama islam di dalam Perlembagaan, fungsi
atau peranan agama islam hanya diterima untuk dilaksanakan bentuk yang kurang penguasaannya
dan bahkan penguatkuasaan yang kurang ini turut mempunyai liabiliti seperti digunakan ketika
upacara rasmi shaja seperti membolehkan solat dapat dilakasanakan dengan sempurna , upacara
pertabalan Yang Di Pertuan Agung dan sebagainya. Ini adalah bagi membolehkan kedudukan agama
islam dapat lebih diperkukuhkan di dalam perlembagaan walaupun terpaksa mengorbankan beberapa
perkara yang amat penting bagi sebuah negara yang mempunyai agama islam sebagai agama
rasminya seperti melakasanakan undang-undang agama islam dan sebagainya.Penulis seterusnya
telah memberi beberapa penerangan bagaiamana pemerintahan oleh Sultan-sultan Melayu yang
beragama Islam masih kekal memerintah ketika zaman penjajahan walaupun sultan memerintah
dengan mendapat nasihat daripada Residen Inggeris.Walaubagaimanapun pihak resisden tidak
memberi sebarang nasihat mengenai adat atau istiadat Melayu dan agama islam. Raja-raja Melayu
mempunyai tugas sebagai ketua agama islam dan bertugas untuk menonjolkan keperkasaan dalam
menjadikan Islam sebagai suatu kuasa yang digeruni oleh negara-negara jiran.Beliau seterusnya
menceritakan sejarah dan kronologi bagaimana Tanah Melayu ini mula dijajah bermula daripada
Melaka yang telah dijajah oleh Portugis serta menceritakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
raja-raja terdahulu bagi mengekalkan kedaulatan agama islam ketika tampuk pemerintahan mereka.
HUbungan dan kaitan yang amat rapat antara Raja-raja Melayu dengan agama Islam sebagai penjaga
kepada agama telah dirakamkan oleh Suruhanjaya Reid Dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 3(2)
yang telah memperuntukkan dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai
Raja, kedudukan Raja sebagai ketua agama islam dlam Negerinya secara dan setakat mana yang
diakui dan diiisytiharkan oleh Perlembagaan negeri itu, dan juga tertakluk kepada Perlembagaan
Negeri itu, segala hak, keistimewaan , hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua
agama Islam dalam Negeri itu.

Hasil daripada kajian ini adalah penglibatan Islam dalam sejarah negara ini tidak dapat dinafikan
lagi di mana ia adalah ibarat isi dan kuku. Lanjutan daripada rentetan sejarah yang bermula daripadaa
sejarah Kesultanan Melayu Melaka amatlah wajar Islam dimartabatkan dalam Perlembagaan
Persekutuan sebagai agama Persekutuan. Keputusan Suruhanjaya Reid adalah amat tepat kerana
menurut kajian mana-mana negara di dunia, agama rasmi negara di dunia adalah menurut agama raja
atau ketua negara. Sebagai contoh, di Thailand agama rasminya adlah buddha manakala di China
tiada agama rasmi kerana ketua-ketua negaranya adalah tidak beragama.Menurut penulis, ia
merupakan satu berkat dan pengiktirafan yang sewajarnya diberikan oleh Sultan-sultan Melayu
kepada agama Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam mengikut cara yang sepatutnya.

You might also like