Pernyataan Profesional Sebelum Internship

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM INTERNSHIP :

Assalamualiakum w.b.t, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya
dapat menjalani Internship selama empat minggu bermula 27 September 2015 hingga 22
Oktober 2015 di Sekolah Kebangsaan Parit Keroma, Muar Johor. Sekolah ini merupakan
sekolah pertama saya menjalani Internship dan saya berterima kasih kepada Sekolah
Kebangsaan Parit Keroma, Muar Johor kerana sudi menerima kehadiran saya dan rakan
untuk menjalani Internship di sini. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka wajib menjalani Internship selama empat minggu
di sekolah dan melakukan dua projek berkumpulan dan satu projek secara individu.
Internship ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut
Pendidikan Guru. Oleh sebab Internship ini merupakan fasa terakhir yang perlu dijalani
sebelum layak bergraduasi, pelbagai hasrat yang ingin dicapai bagi membolehkan saya
memperoleh seberapa banyak pengalaman selama satu bulan ini.

Antara harapan saya ialah untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah. Selain itu, kehadiran saya ke sekolah itu akan dapat diterima
oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan
sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga
sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan
kakitangan sekolah. Hubungan profesional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan
pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Sebagai bakal guru, azam
dan harapan saya melalui latihan Internship ini ialah untuk membina dan meningkatkan jati
diri seorang guru.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus kepadanya tanpa menyimpang. Cecil B. De Mille

Lantaran itu, dalam apa jua pekerjaan sekalipun, adalah sangat penting untuk kita
menetapkan matlamat. Matlamat yang pertama ialah saya ingin meningkatkan kemahiran
berkomunikasi saya dengan golongan kanak-kanak (murid sekolah) dan juga golongan
dewasa (para guru dan juga staf sokongan). Komunikasi merupakan satu proses untuk
membina atau berkongsi makna dalam kumpulan atau syarahan. Komunikasi lisan
memerlukan kedua-dua pihak memelihara aspek kesantunan dalam berbahasa. (Kajian
Verdeber dan Verdeber, 2002).
Satu kelemahan saya ialah, tidak tahu cara yang terbaik untuk mendekati kanak-
kanak. Maka, jangkaan saya terhadap matlamat yang telah ditetapkan pula ialah saya yakin
dan percaya ianya akan sukar pada peringkat awal. Bukan senang untuk berkomunikasi
dengan golongan yang berlainan wacana dengan kita. Oleh itu, saya akan cuba pelbagai
cara untuk mendekati warga sekolah dan memanfaatkan apa jua medium untuk membina
hubungan yang baik dengan warga sekolah. Saya menjangkakan saya berkemungkinan
akan berhadapan dengan cabaran yang besar dalam usaha merealisasikan matlamat saya
yang ini. Meskipun sekarang ini saya sememangnya berada dalam proses untuk membina
matlamat ini dalam kehidupan, namun saya masih belum yakin sepenuhnya ianya akan
tercapai dalam masa terdekat, bahkan bakal mengambil masa sepanjang kehidupan saya
untuk menjadikannya sebagai kenyataan. Tetapi, saya tidak mahu kalah sebelum berjuang.

Matlamat saya yang terakhir ialah untuk mendalami budaya sekolah yang baik untuk
dijadikan sebagai panduan dan pengalaman yang berharga. Setiap sekolah mempunyai satu
suasana dan budaya yang tiada pada sekolah lain. Keunikan yang ada pada sesebuah
sekolah akan menjadikan ianya istimewa berbanding sekolah lain. Sememangnya sudah
menjadi kebiasaan saya, saya akan banyak memerhatikan budaya sebelum membiarkan
saya teradaptasi dengan budaya tempat saya ditempatkan. Saya akan diam meneliti dan
mula membina set minda saya sendiri. Hal ini penting, seperti kata pepatah Melayu, Di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Saya mesti cepat belajar untuk menyesuaikan diri
dengan suasana sekolah. Selain itu, dalam Internship ini juga, saya berharap akan dapat
memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di
sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan
sebagai seorang guru nanti.

Kesemua matlamat yang saya sasarkan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk saya
menghayati jiwa seorang pendidik. Kesemua elemen sebagaimana yang telah saya
nyatakan akan saya peroleh dengan benar-benar memanfaatkan masa selama dua bulan ini
dengan sehabis baik. Pokok utama adalah, saya akan membina pengalaman baru tentang
pengendalian kelas dan pengurusan pelajar yang merupakan elemen kemahiran terbaik
yang perlu dikuasai oleh seorang guru. Saya yakin, ianya tidak akan sama dengan situasi
yang pernah saya alami semasa mengikuti pengalaman berasaskan sekolah sebanyak
empat kali sebelum ini dan praktikum fasa pertama, kedua dan ketiga. Saya teruja dan
dalam masa yang sama tidak sabar untuk menjalani Internship. Apapun, saya yakin yang
saya hanya akan menjadi diri saya sendiri dan mencari pengalaman dan kepuasan
sepanjang Internship ini dengan cara saya.

You might also like