Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 46

SISTEM PENGGERA KEBAKARAN

FIRE ALARM SYSTEM

AZREEN BIN JAFAAR


PENSYARAH DH44(M) 1

KOLEJ KOMUNITI SANTUBONG


OBJEKTIF
1. Menerangkan sistem asas Pendawaian Sistem Penggera Kebakaran (Fire Alarm Electrical System).
2. Mengenalpasti peranti isyarat dan pengesan;
2.1 Pengesan haba (Heat Detector).
2.2 Pengesan asap (Smoke Detector).
2.3 Peranti penggera kebakaran.
2.4 Peranti punca panggilan manual (break glass)

3. Mengenalpasti fungsi Panel Alat Kawalan.


4. Menerangkan langkah pendawaian fire alarm electrical system:-
4.1 Litar pendawaian.
4.2 Lukisan simbol.
4.3 Lukisan skematik.
2
4.4 Lukisan pendawaian.
4. Peranti
1. Pengesan punca
haba (Heat panggilan
Detector). manual (break
glass)

Peranti
isyarat dan
pengesan

2. Pengesan asap
(Smoke Detector). 3.Peranti penggera
kebakaran
3
PENGENALAN
bertujuan untuk menerangkan komponen asas dalam sistem Fire
Alarm System dan fungsi bagi setiap komponen tersebut dan
kendalian.

TUJUAN
Tujuan utama pemasangan sistem penggera kebakaran ialah untuk
mengesan kebakaran di peringkat awal. Biasanya alat pengesan
ini diletakkan di bahagian atas tempat yang dilindungi.
Sebagaimana yang telah diketahui bahawa sesuatu kebakaran
akan menghasilkan haba, asap dan api.

4
KOMPONEN

1. Pengesan Detector
2. Loceng Kecemasan
3. Break Glass
4. Panel Kawalan Control Panel

5
1. Pengesan Detector
Terdapat berbagai jenis Alat Pengesan kebakaran dan yang paling terkenal
adalah seperti berikut:-
a. Pengesan Asap (Smoke detector)
i) Ionnization Detector
ii) Optical Detector
b. Pengesan Haba(Heat Detector)
i) Melting of fusion in metal
ii) Pengembangan pepejal,cecair atau gas
iii) Menggunakan kesan elektrik
c. Pengesan bahangan/radiasi (Radiation Detector)
i) Inframerah (Infrared)
6
ii) Ultralembayung (Ultraviolet)
Terdapat berbagai jenis Alat Pengesan kebakaran dan yang paling
terkenal adalah seperti berikut serta kaedah mengesannya:-

c. Pengesan
a. Pengesan Asap b. Pengesan Haba
bahangan/radiasi
(Smoke detector) (Heat Detector)
(Radiation Detector)

i) Peleburan
atau pelakuran
i) Ionnization logam i) Inframerah
Detector (Infrared)
ii)
Pengembangan
pepejal,cecair
atau gas
ii)
ii) Optical iii) Ultralembayung
Detector Menggunakan (Ultraviolet)
kesan elektrik 7
CARA PEMASANGAN/SAMBUNGAN
Satu cara yang biasa digunakan ialah dimana alat pengesan
ini disambungkan terus ke sistem Fire Alarm di sesuatu
bangunan dan kemudiannya disambungkan ke Balai Bomba
yang paling hampir.
Salah satu cara lagi ialah dengan menyambungkan kepada
Sistem Pemasangan Tetap, di mana apabila alat pengesan
ini dapat mengesan kebakaran ianya akan menghantar
isyarat ke Fire Alarm Panel dan seterusnya akan
membenarkan agen pemadam dilepaskan bagi memadam
kebakaran.
8
a. Alat Pengesan Asap (Smoke Detector)

Ciri-ciri:
berbentuk bulat
di bahagian tepinya terdapat lubang-lubang halus untuk
membenarkan asap dan udara masuk kedalamnya.
diletakkan atau dipasangkan di atas bangunan dan
jauh dari lubang angin dan sebagainya kerana jika
alat ini dipasangkan berhampiran dengan lubang angin
atau tempat dimana terdapat arus angin, keberkesanan
alat ini akan berkurangan.

9
i. Pengesan pengionan Ionization Detector
Badan pengesan ini merupakan satu tabung bulat dan memanjang dan terdapat
jejaring dawai halus dibahagian tepi sebelah bawahnya. Ini bertujuan untuk
membenarkan udara dan asap masuk ke dalam kebuk.
Di dalam kebuk ini ia dilengkapkan dengan dua elektrod yang disambungkan
kepada dua dawai melalui penguat dan terus ke litar amaran. Di bahagian atas di
sebelah dalam dipasangkan dengan sumber radio aktif. Dalam keadaan biasa,
pengerakan ion-ion di antara dua elektrod akan mengurangkan halangan angin
dan akan menyebabkan hanya sedikit arus elektrik yang mengalir keluar ke litar.
Oleh kerana arus elektrik ini rendah, maka penguat akan dapat menguatkan arus
ini.
Apabila berlaku kebakaran, asap akan masuk ke dalam kebuk dan akan melekat
kepada ion-ion kerana tarikan kuasa elektrik dan akan melambatkan pengerakan.
Ini akan menyebabkan arus elektrik berkurangan.
Apabila ia terjadi dan jumlahnya di bawah takat yang dihadkan, penguat akan
membunyikan amaran.
10
11
12
ii. Optical Detector

Alat ini direka dengan menggunakan dua komponen penting


yang mengawal pergerakkannya untuk berfungsi. Komponen
tersebut ialah Light Source dan Photo Electric Cell.

Terdapat dua jenis Optical Detector iaitu


1.The Light-scatter Type
2.Obstruction Type

13
Optical Smoke Detector
1: optical chamber
2: cover
3: case moulding
4: photodiode (detector)
5: infra-red LED

14
i) The Light Scatter type

Alat ini merupakan seperti satu tabung bulat pendek dan dibuat
dari bahan yang tidak tembus udara. Di dalamnya
dipasangkan dengan punca cahaya dan Photo-electric cell di
bahagian atas. Pada bahagian bawah terdapat lubang-lubang
halus untuk membenarkan asap masuk sekiranya berlaku
kebakaran.
Dalam keadaan biasa (Non-Fire) Punca Cahaya yang
dipancarkan akan terus memancarkan cahayanya secara
melintang. Tetapi bila berlaku kebakaran, asap yang
masuk akan menyebabkan pancaran terhalang dan ini akan
menyebabkan cahaya itu akan terpesong ke Photo-electric
cell
15
16
ii) Obstruction type

Dalam keadaan biasa, cahaya yang dipancarkan akan


melalui satu kanta bagi menumpukan cahaya ke Photo-
electric cell. Bila berlaku kebakaran, asap akan masuk ke
dalam Chamber
dan dengan ini cahaya akan terhalang dari terkena
Photoelectric cell dan akan menyebabkan
loceng berbunyi.

17
18
19
b. Pengesan Haba Heat Detector

Alat pengesan haba ini direka bagi mengesan api atau kebakaran
di peringkat awal. Ini adalah baik kerana ia dapat mengesan
semasa haba mula terhasil. Alat ini adalah alat pengesan yang
mula-mula sekali dicipta bagi tujuan mengesan kebakaran
Pengesan haba ini bekerja dengan tiga (3) cara:
i. Peleburan atau pelakuran logam Melting of fusion in metal
ii. Pengembangan pepejal,cecair atau gas
iii. Menggunakan kesan elektrik

20
a) Pengesan Haba DIMAC

Apabila berlaku kebakaran dimana suhu di dalam bangunan atau kawasan meningkat di
dalam lingkungan 49C hingga 144C, maka fius penyambung akan putus dan akan
menyebabkan loceng amaran berbunyi. 21
b) Pengesan Haba Break-Link Cable

Alat ini dipasangkan pada bahagian siling bangunan dan dilengkapi dengan penebat PVC,
dawai pengalir elektrik dan spring ketegangan. Dalam keadaan biasa arus elektrik akan
mengalir melalui dawai dan bila suhu meningkat antara 49C hingga 88C maka fius
22
penyambung akan terputus dan arus elektrik akan terputus dan seterusnya akan menyebabkan
loceng amaran berbunyi.
c. Pengembangan pepejal,cecair atau gas

Alat pengesan haba yang menggunakan Kaedah Pengembangan:-


Alat Pengesan Haba FIDELA
Alat Pengesan Haba 'May-Oatway
Alat Pengesan Haba Menggunakan Prinsip Pengembangan BI-METAL
STRIP
Alat Pengesan Haba Rate of Rise

23
i. Pengesan Haba FIDELA.

Ia menggunakan keluli tahan karat yang nipis. Apabila berlaku kebakaran, suhu akan
meningkat dan menyebabkan keluli mengembang. Keluli ini akan mengembang dan
membengkok ke atas sehingga menyentuh suis pengalir elektrik dan seterusnya
membunyikan loceng amaran. Biasanya logam ini akan mengembang pada suhu
65C.
24
ii. Pengesan Haba 'May-Oatway

Cara alat ini bekerja adalah sama seperti pengesan jenis fidela hanya yang
membezakannya ialah pada alat ini, ia menggunakan satu tiub kaca yang diisi dengan
raksa dan dipasangkan dengan pelekat elektrik.
Apabila suhu meningkat di dalam julat yang ditentukan, dawai tembaga akan
mengembang dan tiub kaca akan bergerak. Pengerakan ini akan menyebabkan raksa
akan menyentuh kepada suis (sesentuh dawai) dan seterusnya akan menyebabkan
loceng berbunyi. 25
iii. Alat Pengesan Haba Menggunakan Prinsip
Pengembangan BI-METAL STRIP

Prinsip penggunaan alat ini adalah berdasarkan kepada prinsip pengembangan


logam apabila terkena haba atau bahangan. Jenis ini banyak digunakan pada
semua alat pengesan haba. Ia merupakan gabungan dua logam yang diikatkan
bersama dan apabila terkena haba, maka logam tersebut akan mengembang.
Biasanya ia dibuat dari keluli dan tembaga. 26
iv. Alat Pengesan Haba Rate of Rise

Pengesan ini adalah sama cara ianya berfungsi dengan pengesan haba dwi logam. Kelebihan
sistem ini ialah ia dipasangkan dengan hentian tetap suhu. Jika kebakaran kecil berlaku
27 dalam
masa yang lama, alat pengesan ini juga akan dapat mengesan kebakaran tersebut.
Pengesan Bahangan/Radiasi

Radiasi (Radiation)
i) Inframerah (Infrared)
ii) Ultralembayung (Ultraviolet)

28
Kaedah Pengesan Api
Setiap kebakaran akan menghasilkan wap panas atau juga di
kenali dengan bahangan atau pancaran.
Bahangan ini terbentuk dalam tiga bentuk iaitu cahaya boleh
nampak (visible light), inframerah dan bahangan ultralembayung.
Kesemua perkara-perkara ini akan bergerak dalam bentuk
gelombang bahangan dari punca kebakaran ke tempat-tempat
lain. Oleh itu alat pengesan paling baik digunakan untuk
mengesan adalah dari jenis pengesan bahangan (radiation
detector).
Dalam hal ini kaedah pengesanan cahaya boleh nampak tidak
boleh digunakan kerana alat pengesan tidak akan dapat
membezakan cahaya yang datang samada dari kebakaran atau 29
punca-punca yang lain seperti lampu dan cahaya matahari.
30
Pengesan inframerah (Infrared Detector)
Binaan alat pengesan ini adalah terdiri daripada satu kanta dan penapis bagi
menumpukan bahangan infra merah supaya menuju ke sel foto elektrik dan dan
gelombang bahangan akan dihantar ke satu lagi penapis dan penguat, pengamir
(integrator), pemasa (timer) dan seterusnya ke sistem penggera.
Apabila berlaku kebakaran, bahangan infra merah yang terhasil akan masuk ke
dalam alat pengesan dan bahangan tersebut akan ditapis dan akan ditumpukan
ke sel foto elektrik oleh kanta. Kemudian sel foto elektrik akan menguatkan
isyarat sebelum menghantar isyarat tersebut kepada pengamil dan seterusnya
kepada pemasa.
Biasanya matahari dan alat pemanas dapat menggeluarkan gelombang bahangan
infra merah. Gelombang bahangan ini adalah dalam lengkungan 4 Hz - 15 Hz.
Maka penapis dan penguat berfungsi untuk menyukat bahangan inframerah yang
diterima dalam lingkungan 4Hz hingga 15Hz. Sekiranya gelombang bahangan
yang diterima itu dalam lingkungan di atas, ia akan menghantarkan isyarat ke
pemasa dan pemasa ini
31
Pengesan inframerah

32
Pengesan Ultralembayung (Ultra-Voilet
Detector)

Pengesan ini bekerja hampir sama dengan pengesan pengionan (ionisation


detector). Ia mengandungi satu tiub yang mengandungi gas (gas filled tube).
Pengesan ini disambungkan ke penguat, litar pengesan dan terus ke geganti
dan loceng amaran.
Apabila berlaku kebakaran, bahangan ultra-violet akan masuk ke dalam kebuk
(chamber) dan masuk di celah-celah tiub yang mengandungi gas. Arus elektrik
akan terhasil di celah-celah dua elektrod gas dan tiub gas akan menjadi alat
pengalir elektrik.
Apabila arus elektrik yang mengalir lebih besar daripada yang disetkan di
penguat, maka geganti penggera akan terputus serta merta dan akan
menyebabkan loceng amaran berbunyi. Pancaran matahari atau lampu tidak
akan menganggu alat tetapi ia lebih sensitif apabila terdapat percikan api
elektrik seperti percikan kimpalan dan lain-lain. Sesuai digunakan di pelantar
minyak, gudang dan tangki simpanan minyak.
33
Pengesan Ultralembayung (Ultra-Voilet
Detector)

34
Panel Kawalan Penggera Kebakaran
(Fire Alarm control Panel)

35
Objektif
Menerangkan fungsi
Panel Kawalan Penggera
Kebakaran.
Mengenalpasti tentang
Panel Penggera
Kebakaran. 36
Fungsi
Pusatkepada sistem kawalan penggera
kebakaran secara automatik. Pada sistem
tersebut, semua penggera dan pengesan akan di
sambung.
memudahkan untuk memantau zon-zon yang
mengalami kebakaran berpandukan kepada
isyarat yang diterima pada papan pemuka panel.

37
METER POWER INDICATOR
-MAINS ON, D/C ON, MAINS FAIL, CHARGER ISOLATED SWITCH PANEL
-Voltmeter & Ammeter FAIL, BATTERY FAIL, BELL LINE OPEN & etc.. GAS DISCHARGE & HOSE
-Bell, Buzzer, FIU, AHU,
REEL PUMPSET
Lift, Evacuate, Mains,
INDICATOR
Lamp Test

MODE SELECT SWITCH


ISO (ISOLATED), NOR
(NORMAL), T.F (TEST ALARM (FIRE) L.E.D, FAULT
FAULT), T.A (TEST ALARM) 38
L.E.D, ISOLATED L.E.D
INDICATOR (FOR EACH ZONE)
39
CONNECTOR TO
DETECTOR/SENSOR
(Resistor)

BRIDGE MAINS SUPPLY


RECTIFIER VOLTAGE CONNECTOR
AC 240V & DC4024V
TRANSFORMER (Kapasitor)
MICROPROSESSOR /
MOTHERBOARD
41
Bil. Alat/Komponen Fungsi

Pengubah / -mengubah voltan 240Vac kepada 30Vac (22V-


1.
Transformer
24V)

Bridge Rectifier / -penyamakan polarity (arah) output dan input


2.
Converter
/menukar AC kepada DC
Kapasitor -menyimpan cas daripada ketidakseimbang
3.
sumber voltan
Perintang -membenarkan voltan melaluinya
4.
Microprocessor / -unit pusat pemprosesan (CPU) atas satu satu
5.
Motherboard
papan litar dengan mengatur maklumat dan
42

mengawal secara automatik


Loceng Kecemasan

Loceng kecemasan ialah peranti yang akan mengeluarkan isyarat bunyi


apabila pengesan kebakaran mengesan sebarang unsur kebakaran.

43
Break Glass (BG) detector

Jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran ,


panel kaca dipecah untuk mengaktifkan sistem penggera
kecemasan.

44
Q&A

SEKIAN TERIMA KASIH

45

DISEDIAKAN OLEH: AZREEN BIN JAFAAR


SOALAN
1. Nyatakan tujuan utama pemasangan penggera kebakaran.
2. Senaraikan komponen utama dalam sistem pemasangan penggera kebakaran.
3. Senaraikan 3 jenis pengesan kebakaran.
4. Berikan dua contoh alat pengesan haba yang beroperasi dengan cara
Peleburan atau pelakuran logam Melting of fusion in metal.
5. Berikan tiga contoh alat pengesan haba yang beroperasi dengan cara
Pengembangan pepejal, cecair dan gas.
6. Terangkan kendalian Alat Pengesan Haba Menggunakan Prinsip
Pengembangan BI-METAL STRIP

46

You might also like