Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan objektif aneka pilihan. Jawab semua soalan.

Tandakan jawapan dalam helaian jawapan objektif yang disediakan.

1 Pernyataan di bawah berkaitan dengan suatu aktiviti perniagaan.

Aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barang atau


perkhidmatan

Apakah aktiviti yang dimaksudkan?

A Perniagaan
B Perdagangan
C Perusahaan
D Pengeluaran

2 Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan perniagaan?

I Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna


II Meningkatkan taraf hidup masyarakat
III Menjalankan tanggungjawab sosial (csr)
IV Memaksimakan keuntungan sesebuah perniagaan
A I, II, III
B I,II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV

3 Antara berikut, yang manakah bukan antara konsep asas perniagaan?

A penjual dan pembeli


B pertukaran nilai
C pulangan modal
D kontrak perniagaan

4 Rajah di bawah menunjukkan konsep asas perniagaan.

Pertukaran nilai

Y Keuntungan
perniagaan

kontrak perniagaan

Apakah Y?

A tenaga kerja mahir


B barang dan perkhidmatan
C penjaminan kualiti barang
D kehendak pengguna

1
5 Gambar berikut berkaitan dengan dua jenis aktiviti perniagaan.

Aktiviti I Aktiviti II

Apakah aktiviti perniagaan A dan aktiviti perniagaan B?

Aktiviti I Aktiviti II
A Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan
barang perkhidmatan
B Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan barang
perkhidmatan
C Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan sumber
perdagangan
D Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan
perdagangan dan perdagangan dan sumber
perkhidmatan

6 Pernyataan berikut menunjukkan maksud bagi suatu komponen asas perniagaan.

mempunyai bentuk fizikal


merupakan objek yang dapat dilihat dan
disentuh

Pernyataan di atas merujuk kepada..

A pertukaran nilai
B keuntungan
C perkhidmatan
D barang

2
7 Gambar di bawah berkaitan dengan suatu aktiviti perniagaan.

Apakah aktiviti perniagaan yang dimaksudkan?

A Perusahaan
B Perniagaan
C Perkhidmatan
D Perkilangan

8 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis motif utama dalam perniagaan sesebuah syarikat
perniagaan.

X= Jumlah jualan-Jumlah kos

Apakah motif utama perniagaan yang dimaksudkan?

A Dividen
B Bonus
C Faedah
D Komisen

9 Pilih pernyataan yang benar mengenai organisasi bermotifkan untung (OBU).

A Menawarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna


B Memenuhi keperluan pendidikan dan keagamaan
C Menyediakan barangan secara percuma kepada masyarakat
D Menawarkan perkhidmatan kepada aktiviti kemasyarakatan

10 Rajah di bawah menunjukkan sebuah organisasi.

Apakah matlamat perniagaan organisasi tersebut?

A Menentukan prestasi sesebuah perniagaan


B Membantu melaksanakan misi bantuan
C Menetapkan hala tuju sesebuah perniagaan
D Membantu mengembangkan sesuatu perniagaan

3
11 Manakah antara yang berikut, merupakan matlamat penubuhan Organisasi Bukan
Bermotifkan Untung (OBBU)?

I Melibatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan


II Membantu membangunkan masyarakat kurang berkemampuan
III Menyumbang secara langsung ekonomi negara
IV Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III, dan IV

12 Antara berikut, yang manakah merupakan kaedah perniagaan bagi Organisasi


Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)?

I Barang dan perkhidmatan secara percuma


II Barang dan perkhidmatan dijual pada harga kos
III Barang dan perkhidmatan dijual di bawah harga kos
IV Barang dan perkhidmatan dijual pada harga lebih tinggi daripada harga kos

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III, dan IV

13 Berikut merupakan maklumat mengenai suatu kaedah perniagaan.

barang dan perkhidmatan dijual secara percuma


dikendalikan oleh badan kerajaan atau pertubuhan bukan
kerajaan (NGO)

Apakah kaedah yang dinyatakan di atas?

A Jualan melebihi kos


B Jualan pada harga kos
C Jualan secara percuma
D Jualan pada harga di bawah kos

14 Pernyataan manakah merujuk kepada kaedah jualan pada harga kos?

A harga yang dikenakan lebih rendah berbanding kos sebenar


B peniaga menanggung kos jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan
C peniaga menawarkan barang dan perkhidmatan secara percuma
D harga dikenakan melebihi kos sebenar

4
15 Rajah di bawah berkaitan dengan sebuah bentuk pemilikan perniagaan.

Pilih pernyataan yang betul mengenai perniagaan di atas.

I Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu


II Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu
III Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal oleh beberapa orang
IV Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

16 Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.

Sumber pembiayaan diperoleh oleh daripada wang simpanan


pemilik, pinjaman daripada saudara-mara, agensi kewangan &
institusi kewangan
Apakah bentuk pemilikan perniagaan yang dimaksudkan?

A Perkongsian
B Milikan tunggal
C Koperasi
D Syarikat berhad

17 Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.

Perniagaan Runcit Azman

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan perniagaan di atas?

A pemilik mempunyai kawalan secara langsung ke atas perniagaan


B proses penubuhan adalah rumit
C bilangan pemilik ialah antara 2-20 orang
D liabiliti terhad

18 Apakah borang yang terlibat dalam proses pendaftaran syarikat milikan


tunggal?
I Borang A
II Borang carian nama
III Borang D
IV Borang perakuan
A I, II, III
B I,II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV

5
19 Berikut merupakan proses pendaftaran penubuhan perniagaan.

X Mengisi Borang A Y Membuat pembayaran

Mendapatkan Borang D

Apakah X dan Y?

X Y
A Mendaftar dengan Pendaftar Mengisi Borang Carian Nama
Perniagaan
B Mengisi Borang Carian Nama Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan
C Mengisi Borang Carian Nama Mengisi Sijil Perakuan Perniagaan
D Mendaftar dengan Pendaftar Mengisi borang pendaftaran perniagaan
Perniagaan

20 Berikut merupakan dialog mengenai bentuk pemilikan perniagaan.

Suzie: Saya bercadang untuk memulakan perniagaan butik pakaian


dengan modal yang ada.

Anne: Kalau begitu, mari kita tubuhkan syarikat bersama-sama.Saya


juga berminat untuk menceburi dalam bidang perniagaan.

Suzie: Saya rasa lebih baik saya mulakan sendiri dahulu dan melihat
bagaimana perkembangan perniagaan saya.

Mengapakah Suzie menolak pelawaan Anne untuk berkerjasama dengan


beliau?

I Beban cukai rendah


II Bebas menguruskan perniagaan
III Menanggung liabiliti terhad
IV Mudah diuruskan

A I, II, III
B I,II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV

21 Pernyataan berikut merujuk kepada kandungan perjanjian perkongsian.

Perniagaan perkongsian melibatkan persetujuan antara semua rakan


kongsi yang terlibat

Manakah antara yang berikut, merupakan kadungan di dalam perjanjian perkongsian?

I Tarikh penubuhan
II Nisbah pembahagian untung dan rugi
III Nama semua rakan kongsi
IV Nama firma

6
A I, II, III
B I,II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV

22 Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan

Apakah kelebihan perniagaan tersebut berbanding perniagaan milikan


tunggal?
A tanggungan terhad
B berkongsi kepakaran
C perniagaan berterusan
D mudah untuk membuat keputusan

23 Rajah di bawah ini menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan.

Kedai dobi Suria Kedai dobi Suria &


Suri

Apakah faktor yang mendorong Suria mengambil tindakan di atas?

I perniagaan berterusan
II risiko dapat disebarkan
III dapat berkongsi kepakaran
IV menanggung liabiliti terhad

A I, II, III
B I,II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV

24 Pilih pasangan yang benar mengenai pemilikan perniagaan di bawah.

Pemilikan Perniagaan Keterangan


A Syarikat Sdn Berhad Bilangan ahli 2-50 orang
B Koperasi Bilangan minimum ahli adalah 50 orang
C Milikan tunggal Bilangan ahli 2-20 orang
D Syarikat Awam Berhad Bilangan ahli 2-100 orang

7
25 Maklumat yang berikut berkaitan dengan pemilikan perniagan perkongsian.

entiti berasingan
hayat berterusan
liabiliti terhad

Apakah jenis perkongsian yang dinyatakan di atas?

A Perkongsian Biasa
B Perkongsian Berhad
C Perkongsian Liabiliti Terhad
D Perkongsian Liabiliti Tidak Terhad

26 Manakah antara yang berikut, merujuk keapada ciri-ciri Syarikat Sdn Bhd?

I semua harta peribadi tidak akan digunakan untuk menyelesaikan hutang piutang syarikat
II pemegang saham terbesar syarikat berhak untuk mengawal setiap operasi syarikat
III modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer
IV sahamnya boleh diurusniagakan di Bursa Saham Malaysia

A I, II, III
B I,II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV

27 Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan

Manakah antara yang berikut merupakan prinsip-prinsip yang diamalkan oleh pemilikan
perniagaan diatas?
I Prihatin kepada komuniti
II Pendidikan , latihan dan maklumat
III Mengamalkan demokrasi oleh anggota
IV Keanggotaan bebas

A I, II, III
B I,II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV

8
28 Apakah kelebihan memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan
syarikat sendirian berhad?
A pemilik syer menanggung liabiliti terhad
B pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
C pemilik syer dapat memindah milik syer dengan mudah
D pemilik syer dapat menghadiri mesyuarat agung tahunan

29 Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan.

ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela


melaksanakan kegiatan untuk memenuhi keperluan ahli-ahli

Manakah antara yang berikut merupakan contoh bagi perniagaan tersebut?

A Alexis Sdn Bhd


B Hong Seng Corporation
C Pasar Mini Deepa
D Koperasi nelayan Kampung Maju

30 Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan koperasi.

Saya merupakan ahli koperasi ini. Saya patut mendapat hak


saya sebagai ahli koperasi ini -Encik Rosli-

Apakah hak yang dimaksudkan oleh Encik Rosli?

I menerima pulangan di dalam bentuk komisen


II terlibat secara langsung dalam proses pembuatan keputusan
III mempunyai hak untuk mengundi tanpa mengira bilangan syer
IV mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi

A I, II, III
B I,II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV

Rajah di bawah menunjukkan klasifikasi perniagaaan.

Klasifikasi Perniagaan

Saiz Sektor

31 Berdasarkan rajah di atas, apakah faktor penentuan bagi sesebuah saiz

perniagaan?

I Jumlah jualan tahunan II Modal perniagaan

III Bilangan pekerja tetap IV Jumlah cawangan yang terlibat

9
A I dan II B I dan III
C I dan IV D III dan IV

32 Pernyataan manakah betul tentang klasifikasi perniagaan berdasarkan saiz dalam aktiviti
pengilangan.

Saiz / Pengilangan
Klasifikasi
Jumlah Jualan Tahunan Bilangan pekerja tetap (orang)

A Kecil RM300 000 hingga RM3 Juta 5 hingga 75 orang

B Sederhana RM15 Juta hingga RM 50 Juta 30 hingga 75 orang

C Kecil RM 300 000 hingga RM 15 juta 5 hingga 75 orang

D Sederhana RM 3 juta hingga RM20 Juta 30 hingga 75 orang

33 Apakah kelebihan perniagaan bersaiz besar berbanding perniagaan bersaiz kecil?

A Mudah ditubuhkan B Risiko kerugian kecil

C Kos overhed yang lebih rendah D Menikmati ekonomi bidangan

34 Jelaskan persamaan di antara jenis perniagaan bersaiz kecil dengan jenis perniagaan bersaiz
sederhana.

A Kos overhed yang rendah

B Kos pengeluaran yang tinggi

C Pekerja yang mahir dan berpengalaman

D Fleksibel untuk mengubah strategi perniagaan apabila diperlukan

35 Gambar di bawah berkaitan dengan sektor utama dalam perniagaan.

10
Apakah sektor yang terlibat dengan gambar di atas?

A Sektor Perlombongan B Sektor Perladangan

C Sektor Pertanian D Sektor Pembalakan

36 Kes di bawah berkaitan dengan suatu jenis pengangguran

Encik Nathan bekerja sebagai seorang nelayan. Beliau


terpaksa berhenti kerja pada musim tengkujuh.

Apakah jenis masalah pengangguran Encik Nathan?

A. Pengangguran kitaran

B. Pengangguran bermusim

C. Pengangguran berstruktur

D. Pengangguran musim sementara

37 Di pasaran, harga barang dan perkhidmatan meningkat secara berterusan.

Nyatakan tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini.

A. Menurunkan kadar cukai

B. Menurunkan kadar faedah

C. Meningkatkan peluang pekerjaan

D. Meningkatkan kadar faedah

38 Bagaimanakah pengangguran kitaran berlaku?

A. Pekerja tamat kontrak

B. Ekonomi yang tidak stabil

C. Pekerja kurang berkemahiran

D. Majikan yang gagal membayar gaji

11
39 Gambar di bawah menunjukkan kesan pengguna dikenakan bayaran GST .

Apakah faktor penyumbang kepada inflasi?

A. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tahunan

B. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berperingkat

C. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

D. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan mengikut jumlah permintaan

40 Trend persekitaran perniagaan bermaksud suatu arah aliran perkembangan sesuatu


perniagaan. Manakah pernyataan yang benar?

Trend Pernyataan
A Trend menurun Operasi perniagaan tidak stabil
B Trend meningkat Operasi perniagaan semakin
merosot
C Trend menurun Operasi perniagaan dalam keadaan
malar
D Trend mendatar Operasi perniagaan tiada
perubahan ketara

- Kertas soalan tamat -

12

You might also like