Soalan Kuiz Kemerdekaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

SOALAN KUIZ

KEMERDEKAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI
MULIA
SOALAN KUIZ KEMERDEKAAN
2013

Nama :
____________________________
__________ Kelas :
__________________

A. Pilih jawapan yang betul.

1. Siapakah Bapa Kemerdekaan Negara kita


A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr Mahathir

2. Bilakah Negara kita merdeka?


A. 1957
B. 1963
C. 1956
D. 1958
3. Tahun ini merupakah tahun kemerdekaan
Malaysia yang ke
A. 55 tahun
B. 56 tahun
C. 54 tahun
D. 50 tahun

4. Rekabentuk bendera Malaysia mempunyai


jalur berwarna
A. Merah putih
B. Merah biriu
C. Biru kuning
D. Biru Merah

5. Sabah dan Sarawak menyertai Tanah


Melayu untuk membentuk Negara Malaysia
pada..
A. 1957
B. 1959
C. 1963
D. 1960

6. Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia


sekarang?
A. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
B. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
C. Dato Seri Najib Tun Abd.Razak
D. Tan Sri Muhyiddin bin Yassin

7. Apakah gelaran yang merujuk kepada


Negeri Johor?
A. Darul Khusus
B. Darul Makmur
C. Darul Takzim
D. Darul Ehsan

8. Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri


Malaysia yang ke..
A. Dua
B. Tiga
C. Enam
D. Ketiga

9. Pilih pasangan negeri dan ibu negeri yang


SALAH
A. Johor - Johor Bahru
B. Terengganu- Kuala Terengganu
C. Negeri Sembilan Seremban
D. Kelantan Kuantan

10. Kenyataan berikut adalah benar KECUALI


A. Sari - India
B. Sinuangga - Iban
C. Kelambi - Iban
D. Dhoti India

11. Namakan tasik yang terkenal dengan mitos


naga di negeri Pahang
A. Tasik Cina
B. Tasik Cini
C. Tasik Banding
D. Tasik Merdeka

12. Malaysia mempunyai . buah negeri.


A. 13
B. 14
C. 12
D. 15

13. Apakah gelaran untuk Bendera Malaysia?


A. Jalur Gemilang
B. Jalur Lebar
C. Harimau Malaya
D. Harimau Selatan

14. Taman Mini Malaysia terletak di negeri.


A. Terengganu
B. Pulau Pinang
C. Melaka
D. Perak

15. Sungai terpanjang di Malaysia ialah


A. Sungai Pahang
B. Sungai Kinabatangan
C. Sungai Muar
D. Sungai Rejang

B. Senaraikan gelaran bagi negeri-


negeri di Malaysia
Bil. Nama Negeri Gelaran

1. Selangor

2. Johor

3. Kelantan

4. Terengganu

5. Kedah

6. Perak
7. Pahang

8. Negeri Sembilan

9. Melaka

10. Pulau Pinang

11. Perlis

12. Sarawak

13. Sabah
Senarai Perdana Menteri pertama
hingga keenam...

PERDANA MENTERI PERTAMA


NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj
TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957
hingga 21 September 1970

JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh


dilupakan apabila beliau berjaya membawa
kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang
pertumpahan darah. Beliau menjadi
pemimpin Umno Malaya Pertama.

Tunku menyarankan tilawah al-Quran


dijadikan acara utama negara dan
Pertandingan Musabaqah al-Quran
peringkat antarabangsa pertama
berlangsung pada 9 Mac 1961.

Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran


Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan
Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang
menandakan beliau mementingkan
pendidikan anak bangsanya.

Nama Tunku terus dikenang sebagai


pemimpin berwibawa apabila berjaya
membentuk Malaysia pada 16 September
1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan
Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah),
Sarawak dan Singapura.

Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan


Tunku menyingkir Singapura daripada
Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan
Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964
sehingga menimbulkan ketegangan kaum
Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan
besar kerana ia menyebabkan Singapura
nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.

Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang


mementingkan perpaduan, malah sanggup
berkorban apa saja demi kesejahteraan
rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya
apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei
1969.
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember
1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan
disemadikan di Makam Di Raja Langgar,
Alor Star.

PERDANA MENTERI KEDUA


NAMA: Tun Abdul Razak Datuk
Hussein
TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922
GELARAN: Bapa Pembangunan
TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September
1970 hingga 14 Januari 1976

TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah


sebagai Perdana Menteri pada 22 September
1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan
menghadapi masalah perpaduan kaum.

Menyedari ketegangan kaum berpunca


daripada masalah kemiskinan orang Melayu
dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau
melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan
DEB yang dilancarkan pada 1970
menekankan keseimbangan antara
pembangunan sosial dan perkembangan
ekonomi.

Abdul Razak juga mewujudkan pelan


pembangunan sistematik melalui Rancangan
Pembangunan Malaysia selama lima tahun;
bermula Rancangan Malaysia Pertama dan
Kedua sebagai pemangkin DEB.

Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan


Nasional selepas menyaksikan tragedi
berdarah 13 Mei 1969 dengan
mengembangkan Parti Perikatan yang
memerintah ketika itu kepada Umno, MCA
dan MIC.

Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak


serius terhadap pendidikan anak Melayu
dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains
Mara pada 1972 yang turut memberi laluan
dengan kuota 10 peratus kepada pelajar
kaum lain.

Abdul Razak meninggal dunia pada 14


Januari 1976 di London ketika masih
memegang jawatan Perdana Menteri kerana
penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun
Hussein Onn.

PERDANA MENTERI KETIGA


NAMA: Tun Hussein Onn
TARIKH LAHIR: 1922
GELARAN: Bapa Perpaduan
TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976
hingga 16 Julai 1981

TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai


Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi 5
Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul
Razak meninggal dunia, dengan agenda
utamanya: Meneruskan pembangunan
negara.

Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana


Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali
sebagai pemimpin konsisten dan tidak
banyak menimbulkan kontroversi.

Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan


keadilan dan kejayaannya menarik
kedatangan pelabur luar yang menjadi
penggerak kepada perkembangan ekonomi
negara.

Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981


atas sebab kesihatan dan tugasnya diambil
alih Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang
mengangkat sumpah pada hari sama. Beliau
meninggal dunia pada 29 Mei 1990 ketika
berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika
Syarikat, kerana serangan sakit jantung.

PERDANA MENTERI KEEMPAT


NAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad
TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925
GELARAN: Bapa Pemodenan
TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981
hingga 31 Oktober 2003

TUN Dr Mahathir dilahirkan di Seberang


Perak, Alor Star, Kedah. Beliau Perdana
Menteri paling lama dalam sejarah negara,
iaitu 22 tahun.
Pemimpin yang digelar Pencetus Minda
Malaysia ke arah negara maju lantang
menyuarakan pelbagai pendapat inovatif
yang disifatkan mendahului zamannya. Di
bawah pemerintahannya, negara melalui
pelbagai proses pembangunan sehingga
Malaysia dikenali di dunia.

Sejarah hitam apabila Umno diisytihar


sebagai parti pemerintah tidak sah berikutan
rasa tidak puas hati segelintir ahli Umno
pada 4 Februari 1988, memberi kesempatan
kepada Dr Mahathir menyusun strategi
untuk menyatupadukan ahli parti serta
berjuang habis-habisan demi kemajuan
negara.

Terlalu banyak sumbangan jika hendak


disenaraikan kerana beliau tidak pernah
jemu memperkenalkan pelbagai dasar serta
projek pembangunan seperti kempen Bersih,
Cekap dan Amanah, Kepimpinan Melalui
Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta,
Dasar Pandang Ke Timur, penswastaan dan
Dasar Perindustrian Negara.

Hasrat melihat Malaysia menjadi negara


maju dan mempunyai rakyat yang mampu
bersaing di peringkat dunia dilahirkan
melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai
pembangunan dilihat, termasuk pelancaran
Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan
nama negara apabila berjaya menghasilkan
kenderaan nasional Proton Saga dan
motosikal Kriss, selain pembinaan litar
Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT),
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.

PERDANA MENTERI KELIMA


NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi
UMUR: 64 tahun
TARIKH LAHIR: 26 November 1939
TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau
Pinang
ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood
ANAK: Kamaluddin, Nori
KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Islam, Universiti Malaya

KELMARIN, 31 Oktober 2003, rasmilah


Datuk Seri Abdullah dilantik sebagai
Perdana Menteri kelima. Memegang tampuk
pemerintahan pada usia 64 tahun, Pak Lah
dilihat cukup matang dan berkaliber bagi
meneruskan perjuangan ke arah negara
maju.

Pak Lah yang dilantik menjadi Timbalan


Perdana Menteri pada 8 Januari 1999
merangkap Menteri Dalam Negeri,
sebenarnya mempunyai asas politik kukuh
kerana terbabit dalam pelbagai pertubuhan
nasionalis sejak di universiti.

Kesetiaan Pak Lah kepada Umno tidak


berbelah bagi kerana ketika Umno
diisytiharkan sebagai tidak sah pada 1988
dan rakan seperjuangannya menubuhkan
Semangat 46, beliau tetap teguh menyokong
Dr Mahathir dalam mengembalikan
kegemilangan Umno.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau


menyeliakan pelaksanaan dasar KeIslaman
sejajar dengan aliran semasa dan Dasar
Pandang Ke Timur yang bertujuan
menyemai etika kerja yang baik di kalangan
tenaga kerja Malaysia.

Beliau memainkan fungsi penting dalam


program Dr Mahathir, termasuk kempen
Kepimpinan Melalui Teladan, Persyarikatan
Malaysia, Dasar Penswastaan dan
memperbaiki perkhidmatan kaunter agensi
kerajaan, selain memperkenalkan konsep
pusat sehenti untuk orang awam berurusan
dengan kerajaan.

Kewibawaan Pak Lah yang memiliki Ijazah


Pengajian Islam dari Universiti Malaya
terserlah apabila beliau mampu menghadapi
suasana genting penuh emosi di Pusat
Dagangan Dunia Putra sejurus selepas Dr
Mahathir mengumumkan persaraannya.
Berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam
perkhidmatan awam dan 25 tahun dalam
politik, Pak Lah diyakini mampu menerajui
dan meneruskan agenda pembangunan
seperti diharapkan rakyat, termasuk Dr.
Mahathir.

PERDANA MENTERI KEENAM


Mohd Najib bin Abdul Razak
YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji
Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai, 1953) merupakan
Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3
April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan
ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak
lelaki sulung kepada bekas perdana
menteriMalaysia yang kedua, Tun Abdul Razak
Dato' Hussein.Di peringkat akar umbi politik,
beliau merupakan Presiden UMNO yang ke 7.
KELUARGA
Pada tahun 1976, Najib berkahwin
dengan Tengku Puteri Zainah Tengku
Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar
Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan
Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau
bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan
Datin SeriRosmah Mansor dan mendapat dua
anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana
Najwa Najib. Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang,
Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul
Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad
Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk
Hishamuddin Tun Hussein
PENDIDIKAN
Najib mendapat pendidikan rendah dan
menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur,
dan kemudian belajar di Kolej Lelaki
Malvern di Worchestershire, England. Beliau
mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
dalam bidang Ekonomi
Industri daripada Universiti Nottingham, England
pada tahun 1974.
KERJAYA POLITIK
Najib mula menceburkan diri dalam
arena politik setelah kematian mengejut
bapanya, Tun Abdul Razak Hussein
di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang
tanpa bertanding merebut kerusi
Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian
bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan
merupakan ahli parlimen termuda yang pernah
dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda
apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri
Tenaga, Telekom dan Pos pada
tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian,
pada tahun 1982hingga 1986, beliau
menjadi Menteri Besar paling muda dalam
sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri
Besar Pahang ketika berusia 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam
kabinet ialah:1978-1980 - Timbalan Menteri
Tenaga, Telekom dan Pos1980-1981 - Timbalan
Menteri Pendidikan1981-1982- Timbalan
Menteri Kewangan1982-1986- Menteri Besar
Pahang1986-1987- Kementerian Belia dan
Sukan (Menteri Kebudayaan, belia dan
Sukan)1990-1995- Menteri Pertahanan1995-
1996- Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai
Pengerusi Lembaga Kemajuan
Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-
1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi
tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara.
Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli
EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian
beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi
UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib
Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding
setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan
jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai
Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO olehAnwar Ibrahim setelah Anwar
didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau
menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO
ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula,
beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO,
ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan
Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus
mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam
pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

You might also like