Latihan Novel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua keistimewaan watak
utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca.

Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Watak
utama dalam novel ini ialah Dahlia.
Keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca
ialah Dahlia seorang yang berhemah tinggi. Contohnya, Dahlia tidak membalas dengan kata-
kata yang kasar atau kesat apabila Mak Aton memaki hamun dan memfitnahnya sebagai
perempuan yang tidak baik.
Keistimewaan watak utama yang seterusnya ialah Dahlia seorang yang
bertanggungjawab. Dahlia bersedia untuk menjaga adik bongsunya , Anggerik dan adik-
adiknya yang lain sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital kerana dia sedar akan
tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam keluarga.
Keistimewaan watak utama yang lain ialah Dahlia seorang yang gigih. Contohnya,
Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM
walaupun berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran seperti masalah emaknya yang sakit dan
peristiwa tragis ayahnya yang dipatuk ular tedung.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
2. Pengarang sering mengemukakan pelbagai nilai kemanusiaan dalam novel untuk dijadikan
penduan kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai kemanusiaan yang
boleh dijadikan panduan kepada pembaca.

Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Banyak nilai
kemanusiaan yang diutarakan oleh pengarang dalam novel ini.
Dua nilai kemanusiaan yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca ialah nilai belas
kasihan. Contohnya, Tauke Lim bersimpati terhadap nasib Embong yang berhadapan dengan
pelbagai masalah, iaitu masalah kesihatan isterinya, masalah anak lelaki tunggalnya yang
menjadi kutu rayau, dan masalah ibu mentuanya yang bersikap prejudis terhadap dirinya
sekeluarga.
Nilai kemanusiaan seterusnya yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca ialah nilai
keberanian. Contohnya, Dahlia bertindak berani dengan terjun ke dalam sungai yang berarus
deras dan berkeladak semata-mata untuk menyelamatkan Said yang lemas.
Nilai kemanusiaan seterusnya ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, Dahlia
bertanggungjawab menjaga adik-adiknya sepanjang ibunya mendapat rawatan di hospital dan
semasa ayahnya keluar bekerja mencari nafkah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
3. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan kasih sayang yang
terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Banyak persoalan kasih sayang yang dikemukakan
oleh pengarang dalam kedua-dua buahnovel tersebut.
Persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kasih
sayang seorang anak terhadap ibunya. Contohnya, Lili hanya menurut kemahuan ibunya yang
meminta dia bercuti di kampung halaman ibunya di Kampung Sentosa walaupun pada awalnya
Lili agak keberatan.
Persoalan kasih sayang yang terpat dalam novel Songket Berbenang Emas pula
ialah kasih sayang seorang kakak terhadap adik-adiknya. Contohnya, Dahlia sanggup keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya sepanjang ibunya mendapat rawatan di hospital. Dahlia
juga bersedia mendengar keluhan Melati dan Mawar tentang perkara yang berlaku di sekolah
mereka.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
4. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu perwatakan watak utama yang
terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Watak utama dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah Lili. Lili merupakan seorang
remaja yang baik hati. Contohnya, Lili telah memaafkan perbuatan Rafiq dan Haziq yang telah
menculik dan mengurungnya di rumah usang berlantaikan buluh. Lili juga tidak mengambil
sebarang tindakan terhadap mereka yang telah menculik dan menjadikannya sebagai tebusan.
Watak utama dalam novel Songket Berbenang Emas ialah Dahlia. Dahlia merupakan
seorang remaja yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarganya. Dahlia bertanggungjawab
menjaga makan minum ayah dan adik-adiknya sepanjang emaknya mendapat rawatan di
hospital. Dahlia juga mengambil keputusan untuk keluar dari asrama dan menjaga adik-adiknya
sementara ayahnya keluar bekerja mencari nafkah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
5. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan tanggungjawab yang
terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak persoalan tanggungjawab dalam
kedua-dua buah novel tersebut.
Persoalan tanggungjawab yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan
ialah tanggungjawab terhadap seorang rakan. Contohnya, Danel seorang yang
bertanggungjawab kerana telah menyelamatkan rakannya, iaitu Lili yang diculik dan dijadikan
tebusan oleh Haziq dan Rafiq di sebuah pondok buruk di hujung kampung.
Persoalan tanggungjawab yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas pula
ialah tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Contohnya, Embong yang hidup dalam
kemiskinan tetap bertanggungjawab menyara kehidupan keluarganya dengan mengambil upah
menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit. Dia juga sentiasa bertanggungjawab memastikan
anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
6. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan
permasalahan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan
permasalahan masyarakat dalam kedua-dua buah novel tersebut.
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang menunjukkan permasalahan
masyarakat ialah masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, suami Cik Jah iaitu
Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Sementara dalam novel Songket Berbenang Emas, peristiwa yang menunjukkan
permasalahan masyarakat ialah masyarakat yang suka menghina orang lain. Buktinya, Mak
Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton
juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai
kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
7. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam
setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Banyak pengajaran yang dikemukakan oleh pengarang
dalam kedua-dua buah novel tersebut
Satu pengajaran yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita
hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan seharian. Contohnya, Lili amat
mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang akan menghantarnya
bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu walaupun hatinya begitu berat
untuk berbuat demikian.
Satu pengajaran yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah kita
mestilah gigih dan tekun dalam menuntut ilmu. Contohnya, Dahlia gigih belajar tanpa
mengenal erti jemu dan penat sebagai persediaannya untuk menghadapi peperiksaan STPM
walaupun terpaksa berkorban masa, tenaga, dan tempat menuntut ilmu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
8. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang meninggalkan
kesan mendalam kepada anda yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam
kepada saya ialah sikap memaafkan kesalahan orang lain. Peristiwa ini memberikan kesan
yang mendalam kepada saya kerana Lili sanggup memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh
Haziq dan Rafiq yang telah bertindak mengurung dan menjadikannya tebusan. Malahan Lili juga
bersimpati terhadap nasib mereka berdua dan berharap agar mereka akan berubah.
Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam
kepada saya ialah sikap bertanggungjawab seorang bapa terhadap anak-anaknya. Peristiwa
ini memberikan kesan yang mendalam kepada saya kerana Embong tetap tidak membenarkan
anaknya, Dahlia berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya. Sebagai bapa, Embong
bertanggungjawab menyediakan pendidikan kepada mereka demi masa depan mereka yang
cemerlang.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----
9. Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan cara masalah tersebut
dapat diselesaikan.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Banyak masalah
kehidupan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini.
Antara masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah keganasan rumah
tangga. Contohnya, Seman, iaitu suami Che Jah merupakan suami dan ayah yang tidak
bertanggungjawab. Seman suka berjudi, berhutang, memukul anak dan minum arak. Masalah ini berjaya
diselesaikan apabila Che Jah membuat laporan polis dan Seman berjaya ditangkap oleh pihak polis.
Seterusnya, masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah sosial yang
menimpa remaja. Contohnya, Haziq dan Rafiq merupakan anak-anak Che Jah yang terlibat dengan
masalah sosial akibat tersalah memilih kawan. Hal ini menyebabkan mereka diberhentikan sekolah.
Namun, masalah Haziq dan Rafiq ini berjaya diselesaikan apabila mereka berdua kembalike sekolah
untuk menduduki peperiksaan PMR.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10. Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan cara masalah tersebut
dapat diselesaikan.

Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Banyak masalah
kehidupan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini.
Antara masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah kemiskinan hidup
sebuah keluarga. Contohnya, Embong sekeluarga hidup dalam kemiskinan. Hal ini menyebabkan
Embong menghadapi masalah untuk membeli bekalan makanan bagi menampung keluarganya. Masalah
ini dapat diselesaikan apabila Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga
menghulurkan RM300 kepada Dahlia kerana dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Seterusnya, masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah penghinaan terhadap
orang lain. Contohnya, Nek Kiah sangat membenci keluarga Dahlia. Dia juga sering menghina keluarga
Dahlia. Masalah ini dapat diselesaikan apabila Nek Kiah terlantar sakit sehingga menimbulkan keinsafan
kepada Nek Kiah atas sikapnya selama ini.

You might also like