Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SJKC BRINCHANG, 39100 BRINCHANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


KALI 04/2016

Tarikh : 10-11-2016 (Khamis)


Masa : 2.00pm -3.00 pm
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Hadir :
1 Chin Yen Mui Pengerusi (GPK Pentadbiran)
2 Tan Pooi Ling
3 Lee Hui Ling
4 Cheng Leh Seng
5 Tai Ming Yee
Urus setia : Cheng Leh Seng

1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat


1.1 Ucapan alu-aluan kedatangan guru dan berterima kasih kepada para guru yang hadir.
1.2 Pengerusi berharap guru-guru dapat bekerjasama dan berkongsi idea bagi menunjukkan prestasi yang lebih
baik pada tahun depan.
Tindakan : Makluman

2. Peruntukan Wang
2.1 Baki wang adalah sebanyak RM61.42.
2.2 Wang ini akan digunakan untuk membeli kertas labeling.

Tindakan : Semua guru sains

3. Makmal Sains
3.1 Semua guru sains diminta menandatangani buku rekod penggunaan makmal sains.
3.2 Semua guru sains diminta menjaga disiplin murid semasa di dalam makmal sains agar murid tidak bermain
dengan bahan dan radas.
3.3 Semua guru sains diminta menjaga kebersihan makmal sains selepas menggunakannya.
3.4 Semua guru sains diminta mengembalikan kunci ke tempat asal selepas menggunakannya.

Tindakan : Semua guru sains


4. Pencapaian markah bagi PKBS 4/ 2016.
4.1 Pencapaian kelulusan peperiksaan mata pelajaran Sains.
Tahun PKBS 4/2016 Guru Catatan
1 100% Pn. Cheng Leh Seng -
2 100% Cik. Lee Hui Ling -
3 71% Pn. Tai Ming Yee -
4 60% Pn. Tai Pooi Ling -
5 80% Cik. Cheng Leh Seng -
6 - Pn. Tai Pooi Ling Menunggu keputusan
UPSR

4.2 Melalui perbincangan, masalah utama murid gagal dalam ujian adalah berpunca daripada masalah Bahasa
Cina. Kebanyakan murid tidak memahami kehendak soalan disebabkan tidak fasih dalam Bahasa Cina.
Untuk mengatasi masalah ini, diharapkan guru-guru dapat menterjemahkan istilah-istilah sains dalam
Bahasa Inggeris sedangkan soalan UPSR adalah dalam dwibahasa.

4.3 Bagi Tahun 1, guru akan mengajar semula istilah-istilah sains bagi topik organ deria agar murid-murid
dapat lebih mengingat dan memahami maksudnya.
Bagi Tahun 2, latihan tambahan akan diberi bagi memastikan murid-murid menguasai kemahiran
pembentukkan bayang-bayang.
Bagi Tahun 3, guru akan mengajar kemahiran proses sains bagi memudahkan murid-murid mengikuti
silibus Tahun 4.
Bagi Tahun 4, latihan tambahan akan diberi bagi memastikan murid-murid menguasai kemahiran
proses pernafasan manusia.
Bagi Tahun 5, latihan tambahan akan diberi bagi memastikan murid-murid menguasai kemahiran
kestabilan dan kekuatan sesuatu objek dan binaan.
Tindakan : Semua guru sains

5. Pengajaran dan Pembelajaran


5.1 Bagi masalah murid tidak fasih dalam Bahasa Cina, guru-guru sains diminta meluangkan lebih banyak
masa untuk membimbing murid memahami dan menguasai istilah sains.
5.2 Guru- guru sains juga diminta menyemak setiap latihan yang diberi dan memastikan murid membuat
pembetulan jika terdapat kesalahan.
5.3 Bagi murid tahun 3 hingga tahun 6, PEKA perlu dijalankan dan salinan mesti disimpan di dalam fail PEKA
yang telah disediakan di dalam makmal sains. Oleh itu, guru-guru berkaitan diminta menyediakan bahan
berkaitan.

Tindakan : Semua guru sains


6. Karnival Sains
6.1 Karnival Sains telah berjaya dijalankan pada 13 Oktober 2016. Khor En Hui telah mendapat tempat ke-9
dalam pertandingan Bercerita Sains Tahap 1.

Tindakan : Semua guru sains

7. Penutup
7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Sekali lagi beliau meminta kerjasama
semua guru sains untuk menjayakan program yang dirancang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00
petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

--------------------------- --------------------------
CHENG LEH SENG CHIN YEN MUI
Ketua Panitia Sains Guru Besar
SJK ( C ) BRINCHANG SJK ( C ) BRINCHANG

You might also like