Peralatan Alatan Tangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310


UTM JOHOR BHARU,JOHOR MALAYSIA.

SPPE 1012
(ASAS KETUKANGAN)

FOLIO PROJEK
(AMALI KERJA LOGAM : PROJEK
MENGGEGAS)

NAMA PELAJAR NO. MATRIK PROGRAM


ELLI AMIRAH BINTI AZLAN A14PP3014 SPPJ
LIYANA HANISAH BINTI MAT SAKAM A14PP3026 SPPJ

NAMA PENSYARAH:
DR AMIRMUDIN UDIN

TARIKH HANTAR:
18/11/2015

MARKAH
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN i
SENARAI GAMBARAJAH ii
PENGHARGAAN iii
1.0 PENGENALAN 1
2.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL FABRIKASI LOGAM 2
3.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN 4
3.1 FAKTOR KEMANUSIAAN 4
3.2 FAKTOR PENTADBIRAN 5
3.3 FAKTOR FIZIKAL 5
3.4 LANGKAH PENCEGAHAN 6
3.5 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK 7
4.0 PROJEK 1 : PROJEK MENGEGAS 9
4.1 PENGENALAN 10
4.2 OBJEKTIF 10
4.3 PERALATAN TANGAN KERJA MENGGEGAS 11
4.3.1 PERALATAN MENGUKUR 12
4.3.2 PERALATAN MENANDA 16
4.3.3 PERALATAN MENGAPIT 17
4.3.4 PERALATAN MEMEMOTONG 18
4.3.5 PERALATAN MEMUTAR 21
4.4 PROSES KERJA MENGGEGAS 23
5.0 REFLEKSI 31
6.0 KESIMPULAN 32
7.0 LAMPIRAN 33
8.0 RUJUKAN 34

2|Page
SENARAI GAMBARAJAH

Gambarajah 1 : Contoh Pakaian Yang Sesuai Di Dalam Bengkel 3


Gambarajah 2: Bahagian Plat A 23
Gambarajah 3: Bahagian Plat B 23
Gambarajah 4 : Ukuran Kepingan Logam Yang Perlu Dipotong 24
Gambarajah 5 : Proses Memotong Kepingan Logam 24
Gambarajah 6 : Kepingan Logam Atau Plat Yang Telah Dipotong 24
Gambarajah 7 : Proses Menanda Dan Mengukur Plat 25
Gambarajah 8 : Proses Menanda Dan Mengukur Plat B 25
Gambarajah 9 : Plat Yang Telah Diukur Dan Ditanda 25
Gambarajah 10 : Memotong Menggunakan Hack Saw 26
Gambarajah 11 : Plat Yang Telah Dipotong 26
Gambarajah 12 : Pengukuran Menggunakan Vernier Calliper 26
Gambarajah 13 : Penggukuran Menggunakan Sesiku L 27
Gambarajah 14 : Proses Menebuk Lubang Pada Plat A 27
Gambarajah 15 : Plat B 27
Gambarajah 16 : Ditanda Dengan Penebuk Pusat 28
Gambarajah 17 : Menebuk Lubang Pada Plat B 28
Gambarajah 18 : Menebuk Lubang Kecil Di Tengah 28
Gambarajah 19 :Bahagian Yang Perlu Dipotong 29
Gambarajah 20 : Selepas Membuang Bahagian Tengah 29
Gambarajah 21 : Mengikir Bahagian Yang Perlu Dinipiskan 29
Gambarajah 22 : Kemaskan Permukaan 30
Gambarajah 23 : Membuat Alur Pada Plat 30
Gambarajah 24 : Alur Yang Telah Siap 30
Gambarajah 25 : Lekungan 30
Gambarajah 26 : pemeriksaan plat menggunkan Dye

3|Page
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini bagi
kursus SPPE 1012 Asas Ketukangan dengan jayanya. Pertama sekali kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta kami, Dr. Amirmudin Bin Udin
kerana beliau telah banyak tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk
kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami
dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami. Terima kasih
yang tidak terhingga juga kepada En.Ros Iskandar Zulkarnaian Bin Mansor yang juga banyak
membantu dan memberi tunjuk ajar untuk menyelesaikan tugasan ini dari segi praktikal.

Disamping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada kedua ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sehingga tugasan ini dapat kami siapkan dengan jayanya.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
menghulurkan bantuan, kerjasama dan teguran yang membina kepada kami bagi
merialisasikan usaha menyempurnakn tugasan asas petukangan ini.

Akhir madah, ucapan terima kasih sekali lagi kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

4|Page
1.0 PENGENALAN
Melalui Kursus Asas Pertukangan ini, secara umunya pelajar dapat mempelajari
serta didedahkan cara penggunaan alatan tangan dan alatan mesin yang berada di
bengkel. Selain itu, pelajar juga dapat mendisiplinkan diri agar sentiasa mematuhi
segala peraturan yang ada di dalam bengkel. Di dalam kursus ini, pelajar diberikan
tugasan kerja menggegas dan kepingan logam. Tugasan ini dilakukan di bengkel
fabrikasi logam.

Kerja menggegas dan kepingan logam ini bermaksud penghasilan tanggam melaui
kaedah manual. Tugasan ini,banyak menggunakan alatan tangan berbanding alatan
mesin. Ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam penggunaan
alatan tangan yang digunakan dalam kerja menggegas.

Ketika melakukan tugasan ini, keselamatan diri, bahan dan tempat adalah amat
penting bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan berlaku. Perkara ini semua
perlulah dititik beratkan agar tujuan kedua tugasan ini mencapai matlamat dan dan
objektif penghasilannya.

1|Page
2.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL FABRIKASI LOGAM
Fabrikasi logam merupakan kerja yang banyak dilakukan untuk membuat dan
mencipta objek/barangan untuk kegunaan seharian. Disamping itu juga ia banyak
digunakan dalam penghasilan bahan ciptaan yang baru. Kerja-kerja fabrikasi logam
biasanya dijalankan di bengkel kerana ia banyak menggunakan alatan tangan serta
mesin. Ini kerana mesin yang digunakan terlalu besar dan tidak sesuai untuk
diletakkan di kawasan rumah.

Dengan itu, segala peraturan yang telah ditetapkan dan dikuatkuasakan oleh pihak
pengurusan bengkel haruslah dipatuhi oleh para pelajar. Dengan itu, risiko untuk
berlakunya kemalangan dapat dikurangkan serta dapat dicegah. Berikut adalah
peraturan-peraturan penggunaan bengkel fabrikasi logam :

1) Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan dan kebenaran dari


pengajar.

2) Pengguna mestilah faham dan tahu untuk mengedalikan operasi mesin atau alatan
tangan sebelum melakukan sebarang kerja.

3) Jangan menggunakan mesin dan alat tangan yang diragui penggunaannya serta
dapatkan tunjuk ajar dari pensyarah atau pengajar bengkel.

4) Pengguna dikehendaki memakai pakain bengkel atau yang sesuai untuk kerja kerja
didalam bengkel.

5) Pemakain selipar didalam bengkel dilarang sama sekali. Mestilah memakai kasut
bertutup yang bergetah.

6) Pemakaian cermin mata keselamatan adalah dimestikan kepada pengguna.

7) Jangan menyimpan lebihan bahan atau komponen rekacipta didalam bengkel.

8) Jangan sesekali mengambil sebarang ukuran pada benda kerja yang sedang berputar
atau mesin yang sedang beroperasi.

9) Simpan alat alat dan segala peralatan yang telah digunakan diletakkan ditempat
asalnya. Jangan biarka ianya bersepah diatas mesin dan diatas kawasan persekitaran
bengkel.

2|Page
10) Sila pastikan peralatan yang telah digunakan ,dikemas dan mencukupi bilangannya.
Sekira berlaku kehilangan ,pelajar dikehendaki menggantikan peralatan yang baru.

11) Pelajar tidak dibenarkan mengabil peralatan bengkel tanpa kebenaran.

Gambarajah 1 : Contoh pakaian yang sesuai di dalam bengkel

3|Page
3.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN
Keselamatan ditempat kerja khususnya dibengkel perlu diambil berat. Ia adalah
penting bagi menjamin keselamatan dan kesihatan diri terpelihara. Dari segi
keselamatan, kepentingannya adalah dapat mengelakkan diri dari risiko tercedera dah
lebih buruk lagi melibatkan kematian. Kepentingan dari aspek kesihatan merangkumi
ergonomik, pendengaran dan gangguan pernafasan. Semua ini perlu dititik beratkan
dan kaedah pengawalan perlu diambil sebelum sesuatu kemalangan berlaku dan juga
melibatkan kesihatan terjejas. Dan perkara yang paling penting dan harus diberi
keutamaan sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan tentulah nyawa pengguna
bengkel berkenaan.

Antara faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah:

Faktor kemanusiaan

Faktor pentadbiran

Faktor fizikal

3.1 Faktor Kemanusiaan

Kecuaian

kurang memberi tumpuan kepada kerja

mengalamun/berkhayal semasa bekerja

Kurang pengetahuan

mengenai kerja yang di lakukan

mengenai langkah-langkah keselamatan

mengenai latihan untuk melakukan tugas

sikap tak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalam


melaksanakan tugas dengan betul.

4|Page
Tidak berdisiplin

bergurau semasa bekerja

gagal mematuhi peraturan-mengambil jalan pintas.

3.2 Faktor Pentadbiran

Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak di laksanakan


dengan bersungguh-sungguh

Kurang/tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakantugas

Kawalan keselamatan yang longgar

Tiada latihan/kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas

Tiada prosedur kerja yang ditetapkan

Tiada latihan berkaitan pencegahan keselamatan pekerja

3.3 Faktor Fizikal

Persekitaran

kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian seperti tidak


dibersihkan, licin, berselerak-pencahayaan tempat kerja yang tidak
mencukupi

Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan


memberi kesan psikologi, mengganggu komunikasi atau menyebabkan
kehilangan pendengaran

Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu kecerdasan


minda dan tumpuan individu-Penyimpanan, pengendalian dan
pelupusan yang tidak sistematik boleh membawa akibat buruk kepada
persekitaran

5|Page
Peralatan dan Mesin

susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja-keadaan
mesin yang telah lama dan tidak sesuai di gunakan lagi

keadaan mesin & peralatan tangan yang tidak di selenggara dengan


baik

penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah

penggunaan dan penyimpanan mesi yang tidak teratur

pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat.

Sistem Pendawaian

pendawaian yang lebih daripada 40 tahun

kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan kebocoran arus


elektrik

beban lebih had (overload)-pendawaian tambahan tanpa kebenaran-


pendawaian yang salah pada alatan yang di gunakan

3.4 Langkah Pencegahan

Merancang terlebih dahulu kerja yang akan dilaksanakan.

Mempelajari cara mengendalikan peralatan atau mesin.

Mematuhi peraturan keselamatan ketika berada dibengkel.

Menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar peralatan tersebut.

Mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pastikan mesin yang digunakan memenuhi piawaian keselamatan yang


ditetapkan.

Pastikan peralatan yang rosak atau kebocoran bar elektrik dibaiki segera.

6|Page
Pastikan alat yang digunakan sentiasa berkeadaan baik.

Pastikan penghadang keselamatan pada mesin tidak ditanggalkan.Ketatkan


skru penghadang keselamatan jika longgar.

Setiap mesin hendaklah disenggarakan secara berkala.

Mesin perlu disusun dengan teratur

Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik dan laluan berjalan
tidak dihalang

Sistem pengalihudaraan dan pencahayaan peru berfungsi dengan baik.

3.5 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK

a) DIRI
i. Pakaian pakaian yang sesuai.
ii. Gunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.
iii. Jangan bermain ketika melaukan kerja yang melibtakan mesin atau
alatan yang tajam
iv. Pakai gogel ketika ketika yang melibatkan mesin dilakukan.
v. Pakai sarung tangan ketika menggunakn alatan tangan

b) TEMPAT
i. Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.
ii. Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.
iii. Pastikan tempat berkerja tidak bersepah ketika melakukan kerja.
iv. Kemaskan tempat selepas kerja dilakukan.

c) ALATAN
i. Pastikan alatan sentiasa berminyak.
ii. Jangan berebut ketika menggunkan alatan terutama alatan yang tajam.
iii. Jauhkan diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.
iv. Susun alatan selepas menggunakan.

Sebagai pengguna bengkel, kita bertanggungjawab terhadap sebarang perkara yang berlaku
didalam bengkel semasa kita menggunakannya. Bagi mengelakkan kemalangan dariapada
berlaku, beberapa langkah boleh diikuti :

7|Page
Laporkan sekiranya terdapat perkara yang tidak selamat dan membahayakan.
Pastikan peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan yang baik.
Guna peralatan dengan kaedah yang betul.
Gunakan peralatan keselamatan diri semasa menggunakan peralatan bengkel.
Menghadiri kursus asas latihan keselamatan bengkel.
Sentiasa sedia dan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan berlakunya
kemalangan.

Sekiranya berlaku kemalangan, siasatan segera haruslah dijalankan. Hal ini bagi
mengenalpasti punca berlakunya kemalangan di dalam bengkel itu. Dengan itu, barulah
langkah pencegahan yang berkesan dapat diambil bagi mengelakkan perkara atau
kemalangan yang sama daripada berulang lagi.

8|Page
4 .0 PROJEK 1 : PROJEK
MENGEGAS

4.1 PENGENALAN

Amali yang dijalankan pada kali iaitu menggegas dapat memberikan pelbagai impak
kepada pelajar.Amali ini amat bersesuaian dengan pelajar yang bakal bergelar sebagai
seorang pendidik pada masa akan datang. Menerusi gerak kerja yang dilakukan
seperti menanggam, menggerudi, mengukur dan mengikir sedikit sebanyak dapat

9|Page
menerapkan kemahiran kepada pelajar supaya lebih berkemahiran apabila bergelar
sebagai seorang pendidik kelak. Dalam kerja menggegas ini, kami deberikan tugsan
untuk mengahsilkan tanggam dengan dua bahagian yang dinamakan bahagian A dan
bahagian B. Jenis bahan logam yang digunakan untuk kerja menggegas ini ialah
Mail steel iaitu keluli lembut.

4.2 OBJEKTIF

i. Memberikan pengetahuan dan melatih pelajar menggunakan peralatan tangan


dengan betul.

ii. Menjadikan pelajar mahir dalam kerja mengegas.

iii. Memberikan pelajar gambaran sebenar kerja mengegas.

4.3 PERALATAN TANGAN KERJA MENGGEGAS

Peralatan tangan dalam kerja menggegas ini dapat dibahagikan kepada beberapa
kategori. Dalam kerja menggegas ini peralatan tangan banyak digunakan. Peralatan
tangan ini dibahagikan kepada kategorinya berdasarkan ciri-ciri atau fungsi kegunaan

10 | P a g e
yang dimiliki oleh alatan tangan tersebut. Berikut adalah kategori alatan tangan yang
terdapat dalam kerja menggegas. Antaranya seperti:

Alat Mengukur
Alat mengukur berfungsi untuk mengukur dan memindahkan jarak yang
dikehendaki ke atas benda projek.

Alat Menanda

Alatan menanda digunakan untuk menanda jarak, bahagian Mail steel dan
sebagainya sebelum dipotong.

Alat Mengapit

Alatan mengapit befungsi memastikan kerja-kerja menggergaji, mengetam dan


menukul dapat dilakukan dengan sempurna.

Alat Memotong

Alatan memotong berfungsi untuk menyediakan Mail steel dalam bentuk yang
dikehendaki.

Alat Memutar

Alatan memutar digunakan untuk membuat lubang.

11 | P a g e
4.3.1 PERALATAN MENGUKUR
NAMA ALATAN PENERANGAN CARA PENGGUNAAN
ALATAN

Sesiku L Untuk membuat garisan Rapatkan badan sesiku L ke


bersudut tepat 90. bahagian benda kerja.
Untuk menguji Gariskan bahagian yang
kepersegian. hendak dikukur dengan
Untuk menguji kerataan pensil.
permukaan benda kerja.
Untuk menguji ketepatan
dua permukaan.

Pembaris Untuk mengukur dan Letakkan pembaris keluli


Keluli memindahkan jarak. diatas permukaan yang
hendak diukur dengan lurus.
Tandakan ukuran yang
hendak dibuat pada bahan
kerja.

Pita Untuk mengukur jarak Tarik pita mengikut ukuran


pengukur yang lebih panjang dari yang diperlukan. Tanda

12 | P a g e
pembaris keluli. ukuran pada bahan.

Vernier
Caliper Sejenis alat pengukuran Mengukur diameter luar
(Angkuh yang jitu. dan dalam bahan kerja
Vernier) Mempunyai kejituan Mengukur panjang dan
sehingga 0.02mm. lebar bahan kerja
Terdapat dalam dua jenis, Mengukur kedalaman
iaitu: dan kelebaran lurah
~angkup vernier bahan kerja.
~angkup vernier digital

Plat Sudut Diperbuat daripada logam Untuk menyokong benda


yang kukuh. kerja supaya kedudukannya
Digunakan bersama kukuh semasa menanda.
surface plate.

Vernier
High Tolok ini selalunya Digunakan untuk mengukur

13 | P a g e
Gauge digunakan bersama angle ketinggian bahan kerja pada
(Tolok block dan surface plat permukaan yang rata.
Tinggi yang diperbuat daripada
Vernier) seramik atau logam.
Mempunyai radas untuk
mengukur, menanda dan
membaca bacaan .

Surface
Plate Diperbuat daripada Sebagai tapak yang
(Plate seramik, besi tuang atau mempunyai permukaan
Permukaan granik. untuk mengukur dan
) Sangat kukuh dan kuat. menanda bacaan semasa
menggunakan tolok
ketinggian vernier.
permukaan yang jitu.
Radius
Gauge Terdapat dalam pelbagai Digunakan untuk mengukur
(Tolok saiz yang mempunyai dan menguji ketepatan jejari
Perasa ukuran jejari yang pada bucu benda kerja.
Jejari) pelbagai

14 | P a g e
Divider
(Pembahagi Pembahagi mempunyai Untuk membahagi sesuatu
Gegas) dua mata jarum. jarak kepada beberapa
bahagian yang sama atau
untuk memindahkan sesuatu
jarak sekali atau berulang

4.3.2 PERALATAN MENANDA


NAMA ALATAN PENERANGAN CARA KEGUNAAN
ALATAN
Scribber Diperbuat daripada keluli Membuat garisan diatas
(Penggarit) berkarbon tinggi. permukaan logam.

Center Pusa Mata bersudut 60 & 90 . Menanda pusat bulatan


(Penebuk Diperbuat daripada keluli sebelum kerja menggerudi
pusat) berkarbon tinggi.

15 | P a g e
Anvil Diperbuat daripada logam. Sebagai alas bahan kerja
(Andas) Sangat teguh,berat dan semasa kerja penebukan
kuat. pusat dilakukan.
Juga digunakan sebagai alas
semasa proses membentuk
dijalankan.

Ball Pin Muka dan bongkol kepala Bahagian permukaan rata


Hammer tukul dikeraskan dan digunakan untuk menatal
(Tunggul dibaja dengan baik supaya dan membuat kerja am
Bongkol tidak mudah sumbing dan seperti menukul kepala pahat
Bulat) mengembang apabila dan alat-alat menanda.
ditukul.
Bongkol kepala tukul ini
berbentuk separuh bulat
dan muka permukaannya
adalah berbentuk rata.

4.3.3 PERALATAN MENGAPIT


NAMA ALATAN PENERANGAN CARA PENGGUNAAN
ALATAN

16 | P a g e
Ragum Diperbuat daripada besi Untuk memegang benda
Meja tuangan dalam pelbagai kerja semasa ianya dikerjakan
saiz dan bentuk.
Dipasang pada sisi meja.

4.3.4 PERALATAN MEMOTONG


NAMA ALATAN PENERANGAN CARA PENGGUNAAN
ALATAN

Hack Saw Mata gergaji diregang Memotong benda kerja


(Gergaji dengan tegang diantara kepada saiz yang dikehendaki
Besi) dua stad pada pemidang Secara amalan am, pastikan
besi. sekurang-kurangnya tiga gigi
Satu stad adalah tetap perlu bersentuh dengan
dan satu lagi boleh dilaras bendakerja supaya mata
untuk ketegangan mata gergaji tidak patah.
gergaji.
Mata-rnata gergaji boleh
didapati dalam ukuran
panjang 8 inci, 10 inci dan
12 inci.

17 | P a g e
File
(Pingikir) Terdapat dalam pelbagai Untuk memotong,
jenis, contohnya seperti menipiskan atau melicinkan
kikir bulat, kikir pipih permukaan sesuatu
kasar/tepi selamat, dan komponenan atau benda
kikir pipih tirus. kerja.
Gigi kikir mengelaskan
kikir tersebut samada
halus, sederhana atau
kasar.
Panjang kikir diukur dari
hujung hingga ke hulunya.

Cold Chisel
( Pahat Diperbuat daripada keluli Digunakan untuk menatal,
Sejuk) bermutu tinggi yang memotong dan membuang
dikeras dan dibajakan. logam benda kerja.
Terdiri daripada beberapa Gaya memahat amatlah
jenis mata seperti pahat penting. Pahat hendaklah
mata rata, mata dipegang dibahagian kepala
melintang dan mata dan tukul pula hendaklah di
bentuk intan. pegang dihujung batangnya.
Terdapat dua kelas pahat, Fokuskan mata pada garisan
iaitu pahat panas dan pemotong supaya dapat
pahat sejuk. memahat dengan tepat.
Pahat panas = untuk
memotong logam panas
Pahat sejuk = digunakan

18 | P a g e
bagi kerja logam
sejuk/memotong
permukaan logam yang
nipis.

Band Saw
Machine Menggunakan band Digunakan untuk memotong
blade,untuk bentuk blok/persegi atau
menggerakkan ini pada bersudut.
mesin blade ia disokong
oleh drive wheel,idle
wheel dan penggerak
blade
Band saw machine
tersebut menggunakan
kaedah continous blade
Terdapat dua jenis iaitu
vertical band saw

19 | P a g e
machine dan horizontal
band saw machine
Hasil pemotongan sangat
cepat dan mempunyai
toleransi yang tinggi
sesuai apa yang kita
inginkan.

4.3.5 PERALATAN MEMUTAR


NAMA ALATAN PENERANGAN CARA PENGGUNAAN
ALATAN
Reamer Merupakan sejenis alat untuk Digunakan semasa proses
(Pelulas) membesarkan lubang. permulaan untuk membuat
ulir dalam pada bahan projek.

20 | P a g e
Tap and
Die Diperbuat daripada besi yang Untuk penghasilan ulir dalam
dibaja atau besi karbon yang secara manual.
dibaja. Proses membuat ulir
Biasanya terdapat tiga tap dimulakan dengan tap yang
dalam satu set. mempunyai separuh ulir,
kemudiannya yang 70%
mempunyai ulir dan diakhiri
dengan tap yang mempunyai
ulir yang penuh.

Dench
Grill Merupakan sejenis mesin Untuk kerja melubang pada
(Gerudi gerudi yang berfungsi untuk benda kerja.
Meja) proses melubang.

21 | P a g e
Mempunyai meja untuk
melapik bahan kerja.
Mata gerudi boleh ditukar
berdasarkan saiz lubang yang
hendak dibuat.
Minyak pelincir digunakan
sebagai bahan pelincir dan
penyejuk semasa kerja
menggerudi dijalankan.
Kelajauan boleh dilaraskan

22 | P a g e
4.4 PROSES KERJA MENGGEGAS
Pada minggu pertama kami telah dikenalkan dengan kerja mengegas dan diberikan plat logam
yang masih kosong. Plat logam tersebut telah dipotong mengunakan Band Saw Machine.
Tersebut adalah langkah-langkah proses kerja mengegas :

Langkah 1 proses kerja yang kami lakukan adalah kami mesti mengenalpasti ukuran dan
bahagian yang diperlukan berdasarkan lukisan projek yang telah diberikan. Didalam kerja
menggegas ini terdapat dua bahagian iaitu : 1) Bahagian plat A, 2) Bahagian plat B.

Kedua dua bahagian plat mempunyai ciri ciri yang berbeza dari segi bentuk. kami di
bahagikan kepada 4 kumpulan iaitu satu kumpulan 3 orang dan 3 kumpulan lagi seramai 2
orang.

Gambarajah 2: Bahagian plat A

Gambarajah 3: Bahagian plat B

23 | P a g e
Langkah 2 kami perlu memotong kepingan logam yang panjang kepada ukuran yang telah
ditetapkan menggunakan Band Saw Machine pada keluli lembut yang panjang untuk
dibahagikan kepada bahagian plat A dan plat B.

Gambarajah 4 : Ukuran kepingan logam yang perlu dipotong

Gambarajah 5 : proses memotong kepingan logam

24 | P a g e
Gambarajah 6 : kepingan logam atau plat yang telah dipotong

Langkah 3 ialah setelah kepingan logam dibahagikan kepada plat A dan B proses pengukuran
dan penandaan dilakukan pada bahagian panjang sisi dan ketinggian lebar serta mengikut
ukuran plat A dan B yang telah diberikan. Proses pengukuran ini menggunakan Vernier high
gauge.

Gambarajah 8 : proses menanda


Gambarajah 7 : proses menanda
dan mengukur plat B
dan mengukur plat A

Kemudian langkah 4 yang kami lakukan adalah kami melakukan proses pemotongan dengan
menggunakan hack saw dan kami menanda plat A dan B kepada bahagian yang tidak
diperlukan

Gambarajah 9 : plat yang telah diukur dan ditanda

25 | P a g e
Gambarajah 10 : Memotong menggunakan Hack Saw

Gambarajah 11 : plat yang telah dipotong

untuk memastikan ketepatan ukuran pada plat tersebut tiada berlaku kecacatan pada tanggam
yang mengakibatkan dan penolakan markah, kami menggunakan Vernier caliper dan sesiku
L

26 | P a g e
Gambarajah 12 : Pengukuran menggunakan Vernier Calliper

Gambarajah 13 : penggukuran menggunakan sesiku L

Pada minggu kedua adalah langkah 6 iaitu kami menggunakan Dench drill utuk membuat 3
lubang bulatan yang perlu ditebuk dan pada bahagian hujung kanan dan kiri dengan ukuran
diameter lubang bulatan tersebut adalah 5mm. Manakala satu bahagian lubang dengan
ukuran diameter 7mm. Semasa proses menebuk lubang menggunakan Dench drill ini kita
perlu meletakkan minyank pada mata drill agar mudah untuk menebuk.adalah dibahagian
tengah.

Gambarajah 14 : Proses menebuk lubang pada plat A

27 | P a g e
Langkah 7 kami membuat lubang kecil pada bahagian B benda kerja dengan menggunakan
penebuk pusat sebelum digerudi. Menggerudi lubang kecil, titik 1, titik 2, titik 3 dan titik 4
dengan menggunakan mesin gerudi. Saiz mata gerudi ialah 5 mm.

Gambarajah 15 : Plat B

Gambarajah 16 : Ditanda dengan penebuk pusat

Gambarajah 17 : menebuk lubang pada plat B

28 | P a g e
Gambarajah 18 : Menebuk lubang kecil di tengah

Langkah 8 kami perlu memotong sisi bahagian Plat B dengan menggunakan gergaji besi.

Gambarajah 19 :Bahagian yang perlu dipotong

Setelah melkukan lubang kecil-kecil padan bahagian tengah plat B, kami menggunakan cold
chisel untuk membuang bahagian tersebut seperti digambarajah 20.

29 | P a g e
Gambarajah 20 : Selepas membuang bahagian tengah

Seterusnya langkah 10 adalah Plat A dan plat B perlu menggunakan kikir untuk menipis dan
melicinkan permukaan yang tidak rata setelah kedua dua plat ini selesai melakukan proses
membuang bahagian yang tidak diperlukan.

Gambarajah 21 : mengikir bahagian yang perlu dinipiskan

Gambarajah 22 : kemaskan permukaan

Langkah 11 setelah melakukan kemasan pada plat adalah proses membuat alur pada salah
satu bahagian bulatan pada setiap plat A & B dengan menggunakan Reamer dan Tap and
die.

30 | P a g e
Gambarajah 23 : membuat alur pada plat Gambarajah 24 : alur yang telah siap

Proses yang terakhir kemi perlu membuat bahagian tepi sisi kedua - dua plat dikikir untuk
mendapat lekuk . kemudian kami harus melakukan pemeriksaan plat tersebut sama ada
permukaan benar benar rata atau tidak dengan menggunakan Dye. Ini adalah proses
menggegas yang terakhir

Gambarajah 25: Lekungan Gambarajah 26 :Pemeriksaan plat


5.0 REFLEKSI menggunakan Dye
Selama 4 minggu berada di bengkel fabrikasi logam, kami melakukan projek tanggam
ini pelbagai permasalahan yang kami hadapi. Namun, dengan bantuan pensyarah,
instructor serta rakan-rakan seerjuangan kami, masalah yang kami hadapi itu dapat
diselesaikan dangan mudah dan berjaya. Apabila plat tanggam kami sudah siap, kami
dapati terdapat banyak kecacatan yang berlaku pada plat logam kami. Oleh itu, kami
boleh menyenaraikan antara refleksi yang kami dapati hasil daripada plat logam kami.

KECACATAN/KEKURANGAN SEBAB
Ukuran pada plat logam tidak tepat Takut untuk mengikir dan memotong
terlampau banyak kerana bimbang
ukuran tersebut akan kurang.
Tanggam longgar Tanggam longgar kerana bahagian U

31 | P a g e
telebih kikir

Disamping itu,daripada projek tanggam ini kami juga dapat mempelajari teknik-
teknik yang betul serta memudahkan kita sebagai seorang manusia yang mudah penat
dalam mengunakan alatan-alatan tangan seperti mengergaji, mengikir, memahat dan
sebagainya.

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulan kami dapati daripada projek ini, kami dapat belajar pelbagai teknik serta
cara-cara baru untuk melakukan kerja gegas ini. Hal ini kerana kerja menggegas ini
merupakan kerja yang memerlukan ketelitian dari segi aspek pemilihan bahan,
pengukuran serta kaedah kaedah lain dan teknik yang digunakan untuk
menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kerja mengegas ini juga memerlukan penelitian
yang tinggi bagi menghasilkan kerja yang sempurna dan berkualiti

Antara perkara yang baru kami pelajari ialah cara mengikir dengan teknik yang betul
serta mudah dan pantas untuk mengikir sesuatu objek. Selain itu, kami juga pelajari
bagaimana memilih kikir yang tepat untuk sesuatu kerja.

Disamping itu, dalam melaksanakan tugasan menggegas ini, kami banyak didedahkan
mengenai fungsi dan cara cara menggunakan alatan tangan berbanding alatan mesin.
Selama 4 minggu kami melaksanakan tugasan kerja mengegas ini ia memerlukan
kekuatan fizikal dan mental kerana semua proses kerja menggegas ini adalah
menggunakan tenaga manusia tanpa bantu daripada alatan mesin.

Walaubagaimana, projek tanggam ini sudah pernah kami lakukan tetapi tidak
bermakna hasilnya sempurna. Dengan tunjuk ajar instruktor iaitu Encik Ros Iskandar

32 | P a g e
Zulkarnaian Bin Mansor serta bantuan rakan-rakan, kami berjaya menyempurnakan
tugasan kami ini.

Secara keseluruhannya, tugasan ini adalah merupakan kerja yang mudah jika
dilakukan secara berdua serta mengikut segala panduan yang telah diberikan oleh
pensyarah dan instuktor.

6.0 LAMPIRAN
Hasil projek yang telah siap.

33 | P a g e
7.0 RUJUKAN

1) Part II. The 2nd SREE workshop on environment and safety engineering, Citation
Information, Hydraulic Engineering, Edited by Liquan Xie, CRC Press 2013,
Pages 193193, Print ISBN: 978-1-138-00043-8, eBook ISBN: 978-0-203-74448-
2, DOI: 10.1201/b14013-33

2) Chapter 7. Mining Equipment Safety, Citation Information, Safety and Human


Error in Engineering Systems, B . S . Dhillon, CRC Press 2012, Pages 111124,
Print ISBN: 978-1-4665-0692-3, eBook ISBN: 978-1-4665-0695-4,DOI:
10.1201/b12534-8

3) Internet,http://keselamatanbengkel.weebly.com/peraturan-keselamatan.html,
[14/10/2015,3:05PM]

34 | P a g e
4) Internet,http://kupunya-cara.blogspot.my/2010/10/laporan-bengkel-gegas.html
[fukfauzi,14/10/2015,3:30PM]

5) Internet,https://diaripav.wordpress.com/2014/02/16/amali-kerja-menggegas/
[15/10/2015,9:00PM]

6) Folio Projek, Nur Ain Nabila Binti Samsury, A14pp3075,4 JUN 2015.

35 | P a g e

You might also like