Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

LAPORAN PAMERAN

KELAB RUKUN NEGARA (MAKANAN TRADISIONAL)


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 2016

1. Nama Aktiviti
1.1 Pameran Kelab Rukun Negara (Makanan Tradisional) Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan 2016.

2. Tarikh dan Masa Pelaksanaan


20 September 2016

3. Tempat pelaksanaan
3.1 Ruang Lega Dataran Nik Arif, IPG Kampus Sultan Mizan.

4. Penganjuran

4.1 Ahli Kelab Rukun Negara 6 PISMP Bahasa Arab Ambilan Januari 2014
bersama Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

5. Objektif Program:

Objektif bagi program ini ialah:

5.1 Memberi pendedahan kepada warga IPGKSM mengenali dengan lebih


rapat makanan tradisonal ketiga tiga kaum.
5.2 Mencungkil kreativiti guru pelatih dalam mempamerkan makanan
tradisonal dalam bentuk yang menarik
5.3 Membina jaringan antara warga IPGKSM
5.4 Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
5.5 Memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim di
kalangan warga IPGKSM.
5.6 Mempertahankan budaya nasional selaras dengan konsep 1 Malaysia.
5.7 Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman
masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman.
6. Kumpulan Sasaran
6.1 Semua guru pelatih dan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan.

7. Proses Pelaksanaan

7.1 Sebelum pelaksanaan program ini, seramai 22 orang ahli kelab rukun
negara IPGKSM berkumpul di Ruang Lega Datatan Nik Arif bagi
memasang dan menghias booth makanan tradisional mengikut pasangan
masing-masing yang telah ditetapkan oleh pensyarah pembimbing.
7.2 Semasa program ini berlangsung pada 20 September 2016, pelbagai
aktiviti yang dirancang antaranya memperkenalkan makanan tradisional
dan memasang lagu tema kepada pengunjung yang datang . Sambutan
daripada guru pelatih dan para pensyarah adalah sangat menggalakkan.
Melalui aktiviti seperti ini semua Ahli Kelab Rukun Negara IPGKSM boleh
bersama-sama untuk membina hubungan yang baik kepada seluruh
warga IPGKSM.
7.3 Segala tugasan dan penjagaan booth makanan telah dibahagikan secara
sama rata kepada semua Ahli Kelab Rukun Negara IPGKSM.
7.4 Pada hari tersebut, seramai 3 orang juridari Unit Kokurikulum IPGKSM
telah membuat penilaian tehadap pameran makanan tardisional yang
dipamerkan oleh setiap pasangan di booth masing-masing.
7.5 Selepas pameran selesai dalam jam 12.00 tengah hari, semua ahli
.jawatankuasa pameran mengemas booth pameran. Meja dan kerusi yang
digunakan semasa pameran telah diletakkan semula di Bilik Bestari IPG
Kampus Sultan Mizan.

8. Penilaian Impak Program

8.1 Prestasi program sangat baik kerana pameran tersebut dapat berjalan
dengan lancar. Seterusnya, segala objektif program juga dapat dicapai
keseluruhanya.
8.2 Penerimaan dalam golongan siswa siswi pelatih dan para pensyarah
adalah sangat baik dengan melihatkan kepada kehadiran ke tapak
pameran.
9. Gambar-gambar
Disediakan oleh:

NORAZMAN BIN AHMAT SYAFRI


Setiausaha,
Kelab Rukun Negara,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Disemak oleh:

EN. SUKRERI @ SYUKRI BIN MOHD ZAIN


Pensyarah Penasihat,
Kelab Rukun Negara,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Disahkan oleh:

..

MOHAMMAD BIN LATIF


Ketua Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

You might also like