Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PROGRAM MINUM PETANG PERPISAHAN AHLI JPP

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Pada 11 Mei 2013, bersamaan dengan hari Sabtu satu jamuan perpisahan

telah diadakan di Cafetaria Hotel Seri Malaysia pada jam 3 petang. Ahli JPP

seramai __ orang bersama 2 orang pensyarah pengiring iaitu Dr.Hj.Ali dan

keluarganya serta Pn.Suzanah.

Tujuan jamuan perpisahan ini adalah untuk meraikan salah seorang ahli JPP

iaitu saudara Ahmad Fakhrurrazi B Che Daud yang akan berpindah ke IPGK Tuanku

Mizan atas masalah kesihatan.

Pensyarah pengiring Dr.Hj.Ali telah berucap mengenai isu pendidikan semasa

dan juga memohon semua ahli JPP untuk mendoakan saudara Fakhrurrazi agar cepat

sembuh dan sihat semula. Saudara Hilmi, YDP JPP IPGKRM berterima kasih atas

kedatangan ahli JPP ke jamuan minum petang

ini dan meminta saudara Fakhrurrazi untuk

menjaga kesihatan diri.

Sebagai tanda penghargaan atas

khidmat saudara Fakhrurrazi sebagai ahli JPP

YDP telah menyampaikan cenderahati kepada

saudara Fakhrurrazi. Selepas itu, kami telah berjamu selera.

Kesimpulannya, program ini Berjaya mengeratkan lagi hubungan kami. Program

ini tamat pada pukul 5.00 petang.


LAPORAN MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU (MPPB)

PROGRAM PRA IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2013

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu untuk Program Pra ijazah Sarjana Muda

Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2013 telah dilaksanakan dengan jayanya. Pada

MPPB ini, seramai 35 orang siswa pendidik telah mendaftarkan diri. MPPB telah

dijalankan selama 4 hari 3 malam. Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama padu

dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) turut serta dalam menjayakan MPPB.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan

seperti taklimat MPPB (JHEP), sesi moral,

latihan dalam kumpulan 1,2,3,4, riadah/

rekreasi ,taklimat kolej kediaman (warden),

taklimat kurikulam (penyelaras/ mentor/

pensyarah), taklimat peperiksaan (unit

peperiksaan), taklimat kokurikulam (unit koku), taklimat pusat sumber (unit PS),

taklimat akta 174 (JHEP), taklimat borang perjanjian (jhep), sesi bersama jpp (jpp/

pensyarah penasihat JPP), taklimat tapisan keselamatan (jhep), bersama mentor

(penyeleras/mentor), persediaan majlis perasmian penutupan MPPB, majlis

perasmian penutupan MPPB

Secara keseluruhannya, program Minggu

Pengurusan Pelajar Baharu ini telah berjalan dengan

baik sepertimana yang dirancangkan. Masalah atau

kekurangan yang timbul semasa program ini

berlangsung telah dapat diselesaikan dengan baik. Kami berharap semoga pada masa

akan datang, program program yang dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar (JPP)akan menjadi baik.


LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS JPP IPG KAMPUS TUANKU
BAINUN KE IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Pada 27 April 2013 bersamaan dengan hari Sabtu pihak JPP IPG Kampus Raja

Melewar (IPGKRM) telah menerima satu lawatan penanda aras dari JPP IPG KAMPUS

TUANKU BAINUN (IPGKTB). Kunjungan mereka telah

kami terima pada jam 10 pagi di hadapan blok

pentadbiran dan kedatangan mereka dialukan oleh YDP

IPGKRM dan ahli JPP yang lain. Seramai 30 orang

bersama 4 orang pensyarah pengiring telah menyertai

lawatan ini.

Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara IPGKRM dan

IPGKTB. Di samping itu, lawatan ini memberi laluan untuk kami berkongsi pengalaman secara

ilmiah dan ini membantu kedua dua pihak JPP IPG untuk membuat perancangan aktiviti

tahunan yang rapi dan menarik.

Salah seorang pensyarah pengiring IPGKTB telah

memberikan ucapan dan nasihat tentang kepimpinan dan

kemuadahan di IPG. Beliau menyarankan semua ahli JPP untuk

menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan baik dan

bukan sekadar untuk menunjukkan kepopularitian mereka.

Tanggungjawab seorang pemimpin adalah memimpin anak buah

mereka kea rah yang betul. Dr.Hj.Ali penasihat JPP IPGKRM juga berpendapat yang sama

dengan pensyarah tersebut dan menyatakan bahawa lawatan ini dapat mengeratkan lagi

hubungan antara kedua dua IPG.

Saudara Mohd.Hilmi, YDP IPGKRM mengalu alukan kedatangan JPP IPGKTB. YDP

telah meminta ahli JPP untuk memanfaatkan sesi pertemuan ini dengan berkongsi

pengalaman antara JPP IPGKTB dan JPP IPGKRM di samping merapatkan lagi hubungan

silaturahim. Manakala YDP IPGKTB telah menyatakan rasa berterima kasih atas kesudian
kami menyambut kedatangan mereka dengan hati yang terbuka. Beliau juga berpendapat

hubungan kami dan kujungan ini akan memberikan manfaat kepada IPG masing masing.

Selepas itu, kita telah mengadakan satu jamuan ringan dan kami berpeluang untuk

bermesra dan berkongsi pengalaman. Sebagai penghargaan kunjungan mereka pihak IPGKRM

telah memberikan cenderahati.

Kesimpulannya, lawatan penanda aras ini telah

memberi satu peluang kepada JPP IPGKRM untuk

menimba pengetahuan dan pengalaman yang baru.

Kami berharap dapat menerima kunjungan mereka

pada masa akan datang dengan lebih baik lagi.

Lawatan ini tamat pada jam 12 tengah hari.


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YANG AMAT
BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Pada 17 Jun 2013 bersamaan hari Selasa, siswa-siswi pendidik Institut Pendidikan

Guru Kampus Raja Melewar telah dijemput untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

bertempat di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Seramai 31 siswa-siswi pendidik dari JPP,

SPR dan RIM serta seorang pensyarah, iaitu Cik

Norazian binti Jaafar telah menghadiri majlis

tersebut. Majlis ini telah dihadiri seramai 2,000

orang dari pelbagai IPG, universiti dan badan-badan

kerajaan.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menyampaikan ucapan perasmian.

Dalam ucapan tersebut, beliau telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan daripada para

hadirin atas kehadiran mereka. Beliau juga

menyeru para hadirin agar sentiasa cinta akan

negara dan bersedia untuk berkorban demi

negara. Sebelum majlis tamat, Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato

Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah

menyampaikan cenderamata kepada anak-anak

yatim.

Majlis ini telah tamat kira-kira pukul

10.00 malam. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan majlis sebegini dapat

diadakan pada masa akan datang.


KONVOKESYEN PPG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2013

Pada 3 Julai 2013 hingga 7 Julai 2013 yang lalu, pihak Institut Pendidikan Guru Kampus

Malaysia (IPGM) telah menganjurkan Konvokesyen PPG Peringkat Kebangsaan yang melibatkan

seluruh kampus Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Konvokesyen ini telah diadakan di Putrajaya

International Conventional Centre Siswa pendidik dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja

Melewar telah menjadi wakil pelajar untuk menjadi urusetia dan membantu menguruskan majlis

konvokesyen tersebut. Seramai 9 orang siswa pendidik dari Jawatan Perwakilan Pelajar, 8 orang

masing-masing dari unit Sains dan Bahasa Melayu, 10 orang dari unit Tesl dan sekumpulan koir dari

unit yang berbeza serta kumpulan caklempong di bawah pimpinan Wan Mahmad Saad bin Wan Chik.

Tidak ketinggalan juga terdapat sebahagian dari siswa pendidik yang hadir adalah dari kampus yang

lain seperti I.P.G Pendidikan Islam Selangor, I.P.G Kampus Kuala Lumpur dan I.P.G Kampus Teknik.

Bermulanya hari pertama Majlis Konvokesyen PPG, ruang legar Pusat Konvesyen Putrajaya

telah dipenuhi dengan orang ramai seawal jam 7 pagi. Mereka terdiri daripada graduan-graduan

bersama-sama dengan keluarga masing-masing yang tidak jemu dan tidak letih menunggu bermulanya

majlis tersebut. Tidak lupa juga para jemputan dan pensyarah-pensyarah yang hadir untuk

memeriahkan lagi Majlis Konvokesyen PPG Institut Pendidikan Guru Kampus Peringkat Kebangsaan

bagi sesi tahun 2013. Rentetan daripada itu, semua petugas dan urusetia yang terdiri daripada pihak

IPGM dan siswa pendidik sendiri telah diagihkan tugas masing-masing bagi melancarkan malis

konvokesyen ini.

Penganugerahan sijil di majlis konvokesyen kali ini diadakan secara berperingkat mengikut

unit. Sebagai contoh, siswa pendidik unit Pemulihan Bahasa Cina akan dianugerahkan pada hari Isnin

manakala untuk unit Pengajian Islam pula ada hari Selasa dan begitulah seterusnya sehingga hari

Jumaat. Namun begitu, sehari sebelum bermulanya majlis konvokesyen ini, pihak IPGM telah

memberi taklimat kepada bakal graduan cara-cara dan demonstrasi mengambil sijil dan kawasan yang

akan dilalui mereka bagi mengelakkan masalah timbul dalam majlis konvokesyen yang sebenar. Para

petugas dalam kalangan wakil siswa iaitu Jawatan Perwakilan Pelajar dari IPGKampus Raja Melewar

dengan kerjasama JPP dari IPG Kampus Pendidikan Islam telah ditugaskan untuk mengawal laluan
keluar masuk para graduan dan tetamu yang hadir pada hari tersebut. Alhamdulilah, hasil kerjasama

kami, berjaya mengawal keadaan tetamu yang hadir dan laluan para graduan ke tempat duduk

mereka.

Jelas terpancar keceriaan dan tangisan kegembiraan di wajah-wajah para graduan, terbukti

mereka sangat lega dan berpuas hati sepanjang mereka melanjutkan pengajian mereka di setiap IPG

di Malaysia ini. Penat lelah, pengorbanan masa, pengorbanan tenaga dan wang mereka ternyata

berbaloi apabila akhirnya berjaya memegang segulung ijazah hasil daripada usaha dan pengorbanan

mereka itu.

Majlis konvokesyen berakhir pada hari Jumaat apabila kesemua para graduan berjaya

dianugerahkan sijil pensiswazahan guru peringkat IPG. Jadi, kami berbesar hati mengucapkan ribuan

terima kasih kepada pihak IPGM kerana memilih sebahagian dari kami wakil IPG Kampus Raja

Melewar untuk menimba pengalaman dan mengambil pengetahuan baru sepanjang kami bertugas di

Majlis Konvokesyen PPG Peringkat Kebangsaan bagi sesi 2013.


LAPORAN KEM TRANSFROMASI NEGARA (BIRO TATANEGARA)

Pada 4 hingga 7 Julai 2013 yang lalu, seramai 30 orang wakil pelajar IPh Kampu s

Raja Melewar telah menlibatkan diri mewakili IPG program ini. Kem ini diadakan di Kem Bina

Negara Gunung Pulai, Johor. Program ini turut melibatkan kesemua IPG Zon Selatan seperti

IPG Temenggung Ibrahim, Perempuan Melayu dan Tun Husseien Onn. Program ini lebih

fokus pada kepimpinan dan membincangkan isu isu semasa berkaitan pendidikan.

Pelbagai program berbentuk ilmiah

dan juga fizikal telah dijalankan di sana.

Antara program yang telah dilaksanakan

ialah senaman pagi, jungle tracking,

explorace dan riadah petang. Aktiviti

meredah hutan Gunung Pulai merupakan

aktiviti yang paling mencabar.

Selain itu, melalui program ini kami turut

didedahkan dan berbincang mengenai isu isu terkini berkaitan pendidikan. Hal ini kerana,

terdapat beberapa slot khas bersama wakil IPGM dan juga pengarah IPG. Slot ini sedikit

sebanyak memberi peringatan dan

panduan kepada kami bakal bakal

guru ini.

Secara konklusinya,

program Transformasi Pendidikan

ini sedikit sebanyak memberi

pengalaman dan pengetahuan dari

pelbagai aspek, baik dari segi

kepimpinan ketahanan fizikal,


kekuatan emosi, perkenalan sahabat sahabat baru dan juga cakna terhadap isu isu

semasa yang berkaitan dengan pendidikan dan juga negara.


LAPORAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH MEMEGANG JAWATAN DAN PENGURNIAAN
WATIKAH PERLANTIKAN

Pada 8 Jun yang lepas telah diadakan majlis angkat sumpah memegang jawatan dan

pengurniaan watikah perlantikan JPP sesi 2013/2014. Majlis ini telah dijalankan di Dataran Melewar

IPG Kampus Raja Melewar. Sehari sebelum majlis ini berlangsung, iaitu pada jam 7 petang persiapan

dataran telah dilakukan. Seterusnya raptai penuh telah diadakan. Persiapan berjalan dengan amat

baik sekali berikutan kerjasama yang diberikan oleh semua JPP yang amat memuaskan bak kata

pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Segala kerja menjadi lebih mudah jika kita saling

bekerjasama.

Para siswa pendidik mula memenuhi dewan pada jam 7.30 pagi. Sebaik sahaja Dr.Mahender

Singh A/L Nahar Singh, timbalan pengarah IPG Kampus Raja Melewar tiba ke dataran melewar dan

menyanyikan lagu Negaraku. Majlis ini telah dipengerusikan oleh saudara Amin. Bagi memberkati

majlis, doa telah dibacakan oleh Faruk Amirul Bin Abd Rahman dari unit Pendidikan Islam.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian watikah pelantikan kepada JJP yang telah

memenangi kerusi pilihan raya kampus bagi sesi 2013/2014. Watikah telah disampaikan oleh

Dr.Mahender Singh A/L Nahar Singh,

timbalan diiringi oleh Dr. Hj Ali bin

Jaamat selaku penasihat JPP. Watikah

pertama disampaikan kepada saudari

Noraini bt Jumain dari Exco

Keusahawanan dan diakhiri dengan naib

bendahari agung iaitu saudara Yoginaath

A/L Iyappa Pillai.

Sebaik sahaja tamat upacara

penyampaian watikah, majlis diteruskan dengan upacara angkat sumpah memegang jawatan

2013/2014. Seterusnya ialah upacara menandatangani aku janji JPP. Saudara Mohd Hilmi bin

Abdullah telah mewakili semua JPP bagi menandatangani aku janji JPP.
Selepas itu, YDP tampil memberikan ucapan. Selesai YDP memberikan upacara majlis

seterusnya dengan ucapan oleh Dr.Mahender Singh

A/L Nahar Singh, timbalan pengarah IPG Kampus

Raja Melewar. Antara isi penting dalam ucapan

yang telah disampaikan oleh beliau ialah mengenai

peraturan IPG dan kepimpinan sebagai seorang

bakal pemimpin Negara. Beliau turut menekankan

tentang peranan JPP dan juga menggunakan gelaran

yang betul apabila ingin berkomunikasi.

Sebelum majlis bersurai, hadirin bersama

sama menyanyikan lagu rasmi IPG dan kebesaran Negeri Sembilan.


LAPORAN LAWATAN PENANDA ARASAN JPP KE ZON UTARA

Lawatan penanda arasan ini telah berlangsung pada 3 hingga 6 oktober dengan

melibatkan 3 buah IPG zon utara iaitu IPG kampus Pulau Pinang, IPG kampus Tuanku

Bainun dan IPG kampus Sultan Abdul Halim. Lawatan ini disertai oleh 24 orang JPP,

3 orang ketua blok, 2 orang wakil SPR IPG dan seorang wakil RIM dengan diiringi

oleh 4 orang pensyarah penasihat.

Rombongan kami

telah disambut baik oleh

ketiga-tiga IPG tersebut

dan telah diberi layanan

yang sangat istimewa.

Kami telah bertukar-tukar

pendapat dan buah fikiran

sesama kami bagi

melonjakkan mutu perkhidmatan JPP di kampus ini. Kami telah menimba banyak

pengetahuan baru yang boleh digunapakai di masa akan datang. Lawatan ini juga

telah merapatkan hubungan diantara JPP IPG Raja Melewar dgn JPP kampus-

kampus yang terlibat. Hubungan silaturrahim antara peserta juga bertambah erat.

Diharapkan pada masa akan

datang, program seumpama ini

dapat dianjurkan lagi bagi

menambahkan pengetahuan dan

pengalaman yang sedia ada.

You might also like