Professional Documents
Culture Documents
Buletin Anjakan Bil 5-2015 (Final) PDF
Buletin Anjakan Bil 5-2015 (Final) PDF
Guru: Kementerian akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan terbeza
dilaksanakan secara berkesan di dalam bilik darjah
(PPPM 5-2)
Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid masa lalu. Murid-
murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai
kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih
mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai
guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka
menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang
tidak sedikit dan sebagai bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak
didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.
Memahami
Menggunakan Ciri-ciri Guru perkembangan
teknologi terkini murid dan menyayangi
Abad 21 mereka
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia pada 10 April 2015. PPPM (PT) merupakan kesinambungan dari segi matlamat, aspirasi dan
penyampaian pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat pendidikan tinggi dan seterusnya.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) daripada Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah
diikuti PPPM (Pengajian Tinggi) terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan
seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Kedua-dua pelan ini berfokus untuk membangunkan kemahiran
khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid dan mahasiswa bagi membolehkan mereka menerajui
pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.
Kementerian telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang membolehkan murid Malaysia bersaing pada peringkat antarabangsa. Bagi merealisasikan
Aspirasi Murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, proses
pengajaran dan pembelajaran perlulah disesuaikan dengan keperluan masa hadapan, justeru pedagogi guru-
guru ditingkatkan untuk mengamalkan pembelajaran abad ke 21. Buletin Anjakan berkesempatan meninjau
pendapat murid, guru dan ibu bapa dari beberapa sekolah di negeri Kelantan baru-baru ini.
Saya suka belajar Matematik kerana ada banyak aktiviti kumpulan yang kami boleh
buat. Contohnya semasa belajar pecahan, kami bawa bahan dari rumah dan bila belajar
bahagi, saya bawa roti dan rakan-rakan pula bawa bahan lain; jadi seronok sebab kami
buat sendiri. Kami juga bincang dalam kumpulan dan buat pembentangan; contohnya
bagaimana nak tukarkan pecahan kepada perpuluhan menggunakan peta titi seperti
dalam i-Think. Sekarang saya rasa tak sabar nak ke sekolah sebab suka belajar dalam
kumpulan, boleh bincang belajar lebih seronok!
Nordini Safarini,
Tahun 5
Di dalam kelas sekarang kami belajar lebih seronok kerana kami boleh menjalankan aktiviti berkumpulan,
bertukar fikiran, berbincang dan ada masanya berpeluang menilai kerja rakan-rakan. Proses pembelajaran
seperti ini dapat menghasilkan murid yang berkualiti kerana terdapat perubahan dari segi guru mengajar. Di
dalam kelas saya, beberapa orang murid telah dipilih untuk menjadi Guru Muda mengikut subjek bagi
memberi bimbingan kepada rakan-rakan sekelas. Saya sendiri terpilih untuk menjadi Guru Muda subjek
Matematik, maka saya berpeluang untuk menerangkan kepada rakan-rakan sekelas tentang langkah-langkah
penyelesaian dalam algebra, contohnya. Saya rasa gembira dan bangga kerana dapat membantu rakan-
rakan, dan saya juga dapat belajar daripada mereka.
Wan Naili Najihah, Pada mulanya kami ibu bapa diberi penerangan tentang
Murid Tingkatan 3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan PT3, saya dan
ramai lagi ibu bapa kurang faham tentang perlaksanaannya.
Tetapi apabila saya mendapatkan lebih banyak maklumat,
saya mula faham yang pentaksiran ini lebih baik kerana
murid ditaksir secara berterusan dan menyeluruh. Sebagai
ibu kepada Wan Naili, saya selalu berinteraksi bersama-
sama anak saya tentang apa yang berlaku di sekolah. Saya
dapati untuk subjek Sains, saya boleh berkongsi
pengetahuan dan pengalaman saya sebagai jururawat; dan
ilmu yang saya kongsikan dengan dia dapat digunakan
dalam aktiviti di dalam kelas. Peranan ibu bapa penting
untuk mengukuhkan apa yang dipelajari di sekolah. Saya
sangat menyokong usaha Kementerian untuk
meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Pn Wan Mahani,
Ibu