Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

kedai gunting rambut

KELAINAN DALAM PERNIAGAAN KAMI

Diskaun

Diskaun kepada pemegang kad diskaun

Diskaun kepada pelajar (tunjukkan kad matrik

Perkhidmatan free

Perkhidmatan percuma seperti cukur,celak, dan urut

Tukang gunting berkemahiran

Tukang gunting yang menggunting rambut mempunyai kemahiran yang tinggi(mempunyai diploma
politeknik) dalam bidang fesyen, rambut dan berupaya memberikan fesyen yang terbaik

Layanan mesra

Kami memberikan layanan mesra kepada pelanggan kami agar mereka terus menjadi pelanggan yang
setia kepada perniagaan kami.

Fesyen terkini

Fesyen rambut yang dipaparkan pada papan promosi adalah mengikut fesyen terkini.

Kami mampu memberi nasihat kepada para pelanggan tentang fesyen yang sesuai dengan
penampilan para pelnggan.

Radio dan televisyen

Membuka radio dan televisyen untuk menghiburkan para pelanggan dan mengelakkan pelanggan
bosan untuk menunggu giliran.
Aircon

Untuk keselesaan para pelanggan.

Sambil tunggu pelanggan boleh berkaraoke

Untuk memastikan pelanggan tidak bosan untuk menunggu giliran, kami menyediakan sebuah bilik
untuk mereka berkaraoke semasa menunngu giliran mereka.

Pakej

Pelanggan yang datang secara berkumpulan seramai 5 orang akan menikmati diskaun yang hebat.
Dimana salah seorang daripada mereka akan mendapatkan perkhidmayan menggunting rambut secara
percuma.

10 Latihan gunting rambut(masa cuti minggu) - ada sijil

Para pelanggan yang mahu mendalami ilmu rekaan fesyen rambut dan kaedah menggunting rambut
yang betul boleh mengikuti kursus yang dijalankan pada setiap hujung minggu.

Pelanggan yang berminat hanya perlu mengisi borang pendaftaran dan hanya perlu membayar yuran
pendaftaran iaitu sebanyak RM 5.00.

KEISTIMEWAAN PERNIAGAAN

Antara keistimewaan yang kami tawarkan bagi kelainan dalam perniagaan ini ialah

Kami memberikan diskaun kepada pelajar&orang awam.

Pemberian kad diskaun

Pemberian potongan diskaun berpatutan kepada pelajar yang mempunyai

Kad matriks.
Kami memberi perkhidmatan percuma.

Perkhidmatan mencukur

Perkhidmatan mengurut

Perkhidmatan mencelak

Kami menyediakan pakej kepada pelaggan.

Lima orang pelanggan yang datang sekali gus, seorang daipadanya kami berikan perkhidmatan
percuma.

Kami menyediakan media

Televisyen

Radio

Persekitaran kedai kami

Penyediaan air-con

Penyediaan minuman dan makanan

Kami memberikan layanan mesra kepada semua pelanggan.

Perkhidmatan menggunting mengikut fesyen terkini.

Kami menyediakan latihan menggunting rambut.

Dibuka latihan pada hari cuti minggu iaitu pada hari sabtu dan ahad.

Kami memberi sijil yang diakui kepada pelatih yang tamat pengajian.

Tukang gunting kami adalah seorang yang berkemahiran


Mempunyai sijil

Mempunyai pengalaman

Kedai kami mempunyai lesen perniagaan yang disahkan.

CARA MEMPROMOSI

Kami mempromosikan perniagaan kami ialah dengan mengunakanmedia-


media tersebut iaitu Radio, televisyen, internet dan akhbar.

Radio

Kami menggunakan kaedah mempromosikan perniagaan dengan mengiklankan


perniagaan kami diradio.

Saluran radio yang kami daftar untuk tujuan mempromosikan perniagaan kami ialah
di Radio ERA.

Kami memilih kaedah pengiklanan menggunkan radio kerana ia merupakan salah


satu kaedah pengiklanan yang popular masa kini.

2 Televisyen

Selain itu, kami juga mengiklankan perniagaan kami di televisyen dengan


mendaftar iklan perniagaan kami di saluran nTv7.

Kami memilih media pengiklanan ini kerana dengan mengiklankan ditelevisyen,


pengguna dapat melihat sendiri syarikat kami dengan jelas.

3 Internet

Kami juga mengiklankan perniagaan kami dengan menggunakan pengiklanan di


internet.
Kami juga memilih kaedah ini kerana pada masa ini masyarakat lebih suka
melayari internet untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat.

Laman web perniagaan kami ialahwww.smartguyhairsaloon.com.my

4 Akbar

Selain itu, kami juga mengiklankan perniagaan kami di akhbar.

Akhbar yang kami daftarkann untuk tujuan pengiklanan kami adalah


akhbar Harian Metro

Ia merupakan salah atu kaedah promosi yang berkesan dimana dengan


menggunakan media ini maklumat tentang perniagaan kami dapat disebarkan
dengan lebih cepat dan meluas.

CAMPURAN PEMASARAN

Dalam pemasaran, aktiviti utama yang perlu dilakukan dapat dibahagikan kepada mengikut konsep 4 P
iaitu

Product (produk)

Price (harga)

Promotion (promosi)

Place (tempat)

1.Product (produk)

Kami memberikan perkhidmatan kepada orang awam. Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah
perkhidmatan menggunting. Oleh itu kami tidak menyediakan atau membuat produk untuk membuka
perniagaan kami.
2.Price (harga)

Harga perkhidmatan yang kami tawarkan adalah berpatutan. Hal ini kami tentukan berdasarkan
kumpulan sasaran pelanggan kami iaitu golongan pelajar. Maka kami tidak meletakkan harga yang terlalu
tinggi supaya dapat menarik minat pelanggan datang untuk mendapatkan perkhidmatan kami. Selain itu,
kami juga memberikan harga istimewa kapada pelajar. Harga istimewa ini atau pemberian potongan
harga diberikan jika pelajar tersebut mempunyai kad matrik pelajar.

3.Promotion (promosi)

Antara kaedah promosi yang kami lakukan untuk menarik minat pelanggan datang ke kedai kami adalah
pemberian kad diskaun. Kad diskaun yang kami tawarkan mempunyai keistimewaan. Antaranya ialah kad
diskaun ini diberikan kepada setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami. Pelanggan
diberikan diskaun sebanyak 20% daripada harga seiap perkhidmatan yang kami tawarkan. Selain itu,
pemberian diskaun juga diberikan kepada golongan pelajar yang mempunyai kad matrik. Pelajar yang
inginkan potongan diskaun daripada harga perkhidmatan kami perlu menunjukkan kad matrik.

3.Place (tempat)

Kami memilih kedudukan yang berhampiran dengan kampus UTM. Pemilihan tempat kedudukan
perniagaan ini adalah berdasarkan beberapa perkara utama. Antaranya kawasan yang sesuai bagi
menjamin kehadiran sasaran pelanggan yang ramai. Hal ini bertepatan dengan konsep perniagaan kami
yang mahukan pelanggan yang ramai hadir kekedai kami setiap hari. Selain itu, kedudukan kedai kami
yang menjadi laluan pelajar. Setiap hari pelajar berulang alik dari persekitaran kedai kami ke tempat
pengajian mereka. Dengan ini, pelajar akan dapat mengenali penempatan kedai kami kerana mereka
mahukan perkhidmatan yang kami sediakan.

PERANCANGAN

Perancangan Lokasi
Pemilihan lokasi pengeluaran adalah penting dan melibatkan kos yang tinggi. Pihak pengurusan
perlu menentukan kapasiti dan lokasi sesuatu kemudahan fizikal dalam sesuatu operasi untuk
memaksimumkan keuntungan atau meminimakan kos.

Pembuatan keputusan tentang lokasi kemudahan adalah amat rumit kerana sentiasa melibatkan
penilaian ke atas faktor-faktor yang tidak dapat diukur dengan jitu.Terdapat beberapa opsyen lokasi yang
boleh di ambil kira iaitu

memperluaskan kemudahan sedia ada

mengadakan kemudahan dilokasi baru pada masa yang, sama kekalkan kemudahan dilokasi sedia ada.

pindah ke lokasi baru.

Dalam proses pembuatan keputusan tentang lokasi kemudahan, faktor-faktor penting yang berikut perlu
dipertimbangkan:-

Ciri-ciri sosial seperti pendapatan penduduk persekitaran dan kebajikan sosial

Jarak lokasi kemudahan dengan pasaran sasaran. Faktor ini adalah amat kritikal khususnya untuk
perniagaan yang berbentuk perkhidmatan.

kemudahan untuk mendapatkan bekalan input seperti buruh, air dan elektrik.

Kos utiliti seperti air, elektrik, gas dan telefon kos pembinaan, kemudahan fizikal serta pelbagai jenis
cukai yang perlu dibayar.

kestabilan politik serta undang-undang kerajaan berkenaan dengan pemilikan harta, pencemaran alam
perseki taran dan insentif perniagaan yang disediakan.

click ads for your tq

Pekerjaan Hina Di Mata Bangsa, Tetapi Lumayan


Setelah beberapa bulan saya tidak mengunting rambut saya yang sudah kian serabut,
saya melangkah masuk ke kedai Saravanan, seorang tukang gunting rambut yang sering
mengunting rambut saya.
Kedatangan saya disambut dengan senyuman dan di suruh saya duduk sebentar
sementara menanti Saravanan dan dua orang rakannya mengunting rambut pelanggan
lain.

Saya sangat jarang berbual mengenai perniagaan dengan Saravanan tetapi kali ini saya
nekad bertanya beberapa soalan kepada dia. Setiap kali saya mengunjungi kedai gunting
rambut ini, saya sering terdetik ingin bertanya mengenai perniagaan mereka.

Saya pun memulakan perbualan dalam bahasa Tamil.

SJ : Saravanan, berapa harga sewa tempat ini ?

Saravanan : Sekarang sudah mahal anne, RM 3000 sebulan. Kalau masuk api air kami
kena bayar lagi dalam RM 300 sebulan. Kenapa Anne ?

SJ : Saja nak tahu. Berapa ramai orang yang kamu gunting rambut sehari ?

Saravanan : Bergantung juga, tapi pada hari biasa kami akan dapat dalam 30 orang
sehari. Kalau waktu nak bermula sekolah, mungkin dapat la lebih. Tetapi ada ketika
sehingga 100 orang sehari.

Dua soalan ini sudah cukup bagi saya untuk mengetahui berapa pendapatan mereka
setiap seorang sebulan.

Saya pun membuat pengiraan.

30 orang x RM 8.00 = RM 240 sehari.


Sebulan : RM 240 x 30 hari = RM 7200
Jika ditolak dengan sewa yang mereka bayar seribu seorang dan elektrik RM 100
seorang. Bersih mereka akan dapat RM 6100 sebulan minimum.

Jika musim yang bagus pendapat ini boleh mencecah sehingga RM 15,000 sebulan.

Dalam tajuk di atas, saya menyatakan pekerjaan mengunting rambut adalah perkerjaan
yang hina. Memang betul, bagi masyarakat India di India dan mungkin juga di
Malaysia, pekerjaan ini dianggap sesuatu yang kotor.
Jika ada anak perempuan, mereka tidak akan mengahwinkan kepada tukang gunting
rambut ataupun kepada keluarga tukang gunting rambut.

Namun bagi pandangan saya, Saravanan dan rakan-rakannya bukanlah warganegara.


Apabila balik ke negara India nanti, tidak siapa di kampung mereka yang tahu mereka
bekerja sebagai tukang gunting rambut.

Namun pendapatan mereka adalah lumayan bagi seseorang pekerja pendatang seperti
ini.

Saya kagum dan pelik dengan masyarakat India di Malaysia yang tidak habis-habis
merungut tak ada kerja, miskin, tak ada pendapatan, ditindas. Ditindas apanya, jika
orang asing boleh membuat pendapatan sebegini, kenapa tidak anda rakyat Malaysia
sendiri.

Malah pengajaran ini juga patut diambil oleh anak-anak Melayu yang mempunyai
pelbagai jenis Ijazah tetapi lebih selesa goyang kaki di rumah ataupun bekerja di KFC
dengan pendapatan RM 4.00 sejam.

Sepatutnya kita malu kepada Saravanan dan rakan-rakannya.


Sedar tak sedar, Saravanan telahpun habis mengunting rambut saya dan mencukur
jambang saya. Aktiviti akhir ialah mengilas kepala saya. Selesai mengilas, saya
meninggalkan kedai Saravanan dengan satu pengajaran berharga
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

CERITA KEDAI GUNTING

Pagi tadi, gua pergi gunting rambut di Taman Malim. Ada kedai gunting rambut baru beroperasi. Tukang
gunting pula rakyat asing dari Paksitan. Sekarang ni memang trend kedai gunting rambut tarik budak
budak paskitan atau Chennai, atau Nepal. Monopoli orang India dalam industri gunting rambut di
Malaysia dah barai ke?

Mula mula gua pun fikir macam tu, rupanya fikiran gua jauh terbabas, orang India yang berkecimpung
dalam industri gunting rambut sebenarnya dah maju. Mereka ni rupanya yang mengimport budak
Pakistan, atau Chennai atau Nepal datang menjadi penggunting rambut di kedai kedai milik orang India.
Sistem pengurusan bijak macam ni sebenarnya sangat menguntungkan. Macam agen mencari amah
(dimonopoli oleh orang Indonesia yang menetap di Malaysia), atau agen menyeludup ayam dari China (di
monopoli oleh kongsi gelap), atau meng-hire pekerja pekerja kedai mamak yang berstatus Islam tapi ada
tatto serta tak pandai baca fatihah, projek menjadi agen pengggunting rambut juga memberi keuntungan
laju serta berisiko rendah.

Berbalik pada cerita pagi tadi, gua sampai di premis gunting rambut dengan moto tercabut nombor plat
kira kira pukul 11 pagi. Ada 4-5 orang warga asing gua tak tahu dari negara mana sedang menunggu
giliran nak gunting rambut. Gua masuk terus menemui penggunting rambut, gua tunjuk kad pengenalan.
Penggunting rambut hangguk hangguk kepala. Terus gua duduk dan acara menggunting rambut bermula.
Unutk pengetahuan lu orang, Bumiputera melayu masih mendapat keutamaan dalam hieraki sosial di Tg
Malim. Sebab tu gua suka duduk Tg Malim.

"Saif"

Penggunting rambut memperkenalkan diri. 4-5 orang warga asing yang gua tak tahu datang dari negara
mana tadi usha gua tak puas hati. Gua buat tak pedulik.

"Fdaus..dari suku melayu.".


Saif kata dia baru sampai lebih kurang dua bulan. Sampai saja terus kena kerja. Untuk menyenangkan
kerja pengguntingan, Saif kena belajar cakap melayu, cakap india dan cakap cina sekaligus. Tak sempat
langsung nak pegi ambil gambar di tepi air pancut KLCC, sambil shopping shopping, kompelin Saif.

"Baru kerja..dah berangan nak rehat rehat..nak jadi kaya, pemalas!" - Gua memberi komen dalam hati,.

"Pendek suma?" - tanya saif.

"Nak macam Aril AF". - Gua jawab balik bertenang.

Zrrttt...zrrtttt..bunyi mesin pencukur menelusuri ruang kepala belah tepi.

Saif tanya kalau nak beli mangkuk sinki mana yang murah. Gua suruh dia beli dekat kedai Hardware Lim
Siap kawasan bandar. Sana murah. Kalau nak beli VCD filem Pakistan, pegi cari kedai Ravi, kawasan pekan
jugak sebelah kedai buku dan alat tulis Sam Meng. Kalau nak periuk nasik murah, pegi tanya Wong, tokeh
kedai elektrik SAMSUNG. Wong ni ada lori bawak tong gas hijau. Gua memperkenalkan Wong secara
agak detail pada Saif.

"Periuk nasi sudah ada". - Saif balas jujur.

Kalau nak makan TomYam sedap, pegi kedai Cupak, semua budak siam hendel. Kalau nak groupies, boleh
cuba makan pau YikMun, sebelah lampu isyarat. Kalau paip bocor, talipon Siva, kalau nak buat plaster
syiling kontek Chan, kalau nak pekena kari kepala ikan, pegi KP Mohammad india muslim, kalau nak
bukak akaun fesbuk pulak, pegi saiberkafe Yong THL sebelah kentaki, boleh dapat murah.

Gua memberi panduan survival pada Saif. Yaa..orang asing macam saif yang mencari rezeki di negara
gua, perlu sedikit pertolongan.

Minyak rambut poken tin bujur gambar perempuan bogel, bertindih 4-5 tin atas meja. Beberapa gunting
pelbagai saiz disumbat dalam bekas plastik. Ada majalah Mangga juga bersusun di bucu meja.Dari jauh
gua perasan ada kesan koyak rabak di sana sini pada majalah majalah Mangga tersebut. Gua geleng
kepala dalam hati.."Saif...saiff..gampang juga lu ni ya".

Saif terus rancak menggunting pakai manual pulak lepas habis sesi pakai mesin.

"Awak kerja mana?," - Saif tanya lagi.

"Gua tak kerja. Gua sudah kaya!". - Kali ni gua jawab tipu supaya Saif respek sikit pada gua.

''Saya mau tanya..itu bangunan Medan Selera tempat makan makan juga banyak tutup, apa pasal?

Gua tepis sisa rambut yang merusuh nak masuk lubang telinga. Tepi pakai pakai bahu.

"Itu Medan Selera bukan tutup. Kerja juga. Itu jual makan makan semua masak hantar pergi itu Kuala
Lumpur punya hotel. Bisnes juta juta.

Jual makan sama lu lima ringgit apa mau buat?,

Mesti mau tangkap itu juta juta punya. Jadi itu kedai tutup. Masak sana dalam gudang belakang rumah
saja".

Saif hangguk hangguk lagi, gua anggap dia percaya.

"Itu bangunan MARA sama juga, semua kedai selalu tutup?, orang tarak?, ini tokeh mau pindah
sana..tapi tarak dapat." - Saif makin galak bertanya.

Gua memberi penjelasan.


"Itu tokeh kedai bangunan MARA banyak pergi luar negara berehat rumah anak anak. semua anak anak
kerja luar negara.. jadi doktor dekat London. lu tau London?. Ada anak kerja enjineer dekat Amerika. Ada
kerja pegawai bank dekat Australia. Ada jadi bisnesman dekat Perancis, Itali, Afrika Selatan, Jepun,
macam macam negara la gua pun sudah lupa..Ada jadi penyanyi rock. Lu kenal Metallica?, itu kumpulan
sini Tg Malim punya orang..duit sudah banyak, apa bikin mau kerja lagi?

"Ini hal kecik kecik jual pasu bunga, cuci kereta,jual sinki, jual ikan sayur, jahit baju, jual prepaid, jual
bedak, jual air kotak, bukak bengkel, bukak kedai tayar, bukak kedai kompiter, gua punya orang tarak
main punya...semua main juta juta, kalau mau kerja semua mesti kerja dalam ekon."

Gunting rambut dah siap. Saif diam dengar gua behujah panjang gila. Gua bangun selok poket cari tujuh
ringgit. Ada sepuluh ringgit. Gua hulur pada Saif.

Saif bukak laci, ambil tiga ringgit dan hulur balik pada gua sambil tanya lagi soalan dengan muka kesian
macam nak kena tendang.

"Saya tengok ramai itu kerja Billion, duduk dalam ekon...itu orang dapat gaji juta juta ka?"

"Cisss...gua balik dulu, bulan depan sembang lagi!".

You might also like