Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Jimmy Choo

Nama sebenar Jimmy Choo adalah sebenarnya Jimmy Chow. Pendaftar telah tersilap
mengeja namanya pada sijil kelahiran Jimmy Choo sehinggakan nama Jimmy Choo
itu dikenali ramai. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam
sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut.

Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajarannya pada
tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada
umur 11 tahun. Beliau menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan
fesyen di London.

Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan
menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4
tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah
empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue,
sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau
masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.

Jimmy Choo terkenal kerana kasut serta beg tangan buatan tangan yang mahal.
Antara pelanggan-pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes,
serta Puteri Diana dari Wales. Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana
berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak
daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan
nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau
mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Tamara
Mellon menjadi rakan kongsi dengan Jimmy Choo untuk memulakan sebuah syarikat
pengeluaran kasut yang berpusat di Itali untuk mengeluarkan kasut dalam kuantiti
yang besar.Pada April 2001, Jimmy Choo mengumumkan satu perjanjian perkongsian
baru dengan Equinox Luxury Holdings Ltd, yang memperoleh saham-saham Jimmy
Choo. Pengerusi dan CEO Equinox Robert Bensoussan menjadi CEO syarikat Jimmy
Choo. Jimmy Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak
10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture
yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT

Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabarannya dan rintangannya sendiri.
Begitu juga dengan syarikat Jimmy Choo sendiri. Banyak cabaran dan dugaan yang
terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam
bidang yang diceburinya.

Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di
London selama empat tahun. Selepas menyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk
membiayai yuran untuk tahun pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar
dengan bersungguh-sungguh. Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun
dan beliau perlu bekerja untuk membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun.
Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang
kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.

Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai
kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di
Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan
kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan.
Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah
Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali.
Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus
merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi
segera.

Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang
Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak dari
hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo
terus melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo
dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan
selebriti di serata dunia.

Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau
dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan
jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui
walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat
untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah
permulaan kepada kejayaan.

ANUGERAH

Dianugerahkan dengan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang atas kejayaannya


dalam bidang fesyen.

Mendapat anugerah gelaran Profesor oleh University of the Arts London atas
sumbangannya dalam bidang fesyen.

Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah Order of the


British Empire OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II
pada tahun 2002.

Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua


Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato.

Kehebatan Jimmy Choo


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
JARANG benar kelibat pereka kasut bertaraf antarabangsa, Profesor Datuk Dr. Jimmy
Choo Yeang Keat kelihatan di Malaysia. Kesempatan bertemu secara eksklusif yang
diaturkan Pengarah Urusan Tradisi Busana, Dodi Mohasdi Mohammad, membuatkan
penulis teruja.

Apa yang mengagumkan penulis, bukanlah status atau namanya yang glamor.
Sebaliknya, sifat rendah diri dan mesra beliau.

Anak kepada seorang tukang kasut ini lahir dalam sebuah keluarga yang kecil. Beliau
dibesarkan di Lebuh Hutton, Georgetown, Pulau Pinang dan gemar menghabiskan
masa dengan berenang di Gurney Drive.
Sekalipun telah mencipta nama di luar negara, namun Jimmy akan pulang ke
kampung halamannya setiap tahun bersama keluarga.

Bercerita tentang pengalamannya sebagai pereka fesyen kasut, Jimmy memberitahu,


sebaik saja tamat pengajian, beliau bekerja sebagai penolong pereka fesyen di sebuah
kilang di Hackney, London. Beliau hanya bekerja selama dua tahun sebelum membuka
kedainya sendiri.

"Pada masa itu sangat sukar untuk menjual kasut kerana anda bukan orang terkenal.
Penglibatan awal saya di sana sangat susah kerana London bukan kota kecil dan ia
sangat popular."Secara jujurnya, bekerja sebagai orang asing di tanah asing
sebenarnya sangat mencabar. Namun, saya mengambil cabaran itu dan syukur pada
Tuhan saya berjaya mengharunginya," ujarnya.

Nasibnya berubah selepas kasutnya mendapat liputan sebanyak lapan muka surat
dalam majalah fesyen terkemuka Vogue pada 1998.

Motivasi

Tambahnya, seseorang yang berminat dalam industri kasut boleh memilih untuk
menjadi pereka fesyen kasut atau seorang tukang kasut. Sesetengah pereka fesyen
kasut tidak tahu cara memotong pola kasut tetapi adalah lebih baik kalau mereka
memahami selok-belok teknikal membuat kasut.
Bagi Jimmy, apa sahaja boleh menjadi inspirasinya kerana dia selalu berfikir;
"inspirasi boleh datang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja". Jika ada yang
bertanya mengenai motivasinya dalam bidang ini, jawapannya mudah; "'Minat saya
terhadap kasut".

Jimmy mengakui, kerja kuat juga sangat penting untuk berjaya. "Tahun demi tahun,
saya mengalami perubahan. Semuanya kerana kerja keras. Sejak bermula dalam
bidang ini, motivasi saya berubah.
"Banyak benda yang saya lakukan menjadi mudah dan saya berjaya mencipta nama
secara global. Saya tidak fikir saya sudah berjaya mencapai apa yang dimahukan untuk
menjadi yang terbaik. Ini kerana masih banyak perkara yang perlu saya lakukan,"
katanya.

Jimmy tidak pernah menganggap dirinya yang terbaik. "Prinsip ini sangat penting
walaupun suatu hari anda menjadi pereka fesyen yang tersohor di dunia, anda masih
perlu terus belajar," ujarnya.

Sebagai pereka kasut, kenangan paling manis Jimmy apabila kasutnya diterima dan
dipakai di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia. Menurutnya, kejayaan yang
diperoleh hari ini kerana keazaman yang asli.
"Saya seronok dengan pekerjaan saya sekarang kerana dapat berkongsi karya seni saya
dengan semua orang. Kepada generasi muda yang ingin berjaya, anda perlu bekerja
kuat dan buka minda anda," ujarnya.
Jika terpaksa memilih antara kerjaya dan keluarga, Jimmy pantas menjawab akan
memilih berkongsi kasih sayang bersama keluarga.

Justeru, tidak hairanlah beliau berusaha membahagikan masa sebaik mungkin.


"Keluarga sangat penting untuk kesejahteraan kita," tegasnya menutup bicara sambil
sempat berkongsi rahsia senaman dan diet seimbang untuknya kekal sihat dan
sentiasa nampak muda.

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120708/re_13/Kehebatan-
Jimmy-Choo#ixzz2hNd6AeYS
Utusan Melayu (M) Bhd

Rendah diri, hormat rahsia kejayaan Jimmy Choo


1 Jun 2013

Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing
Services0
KUALA LUMPUR - Kasut rekaan Datuk Jimmy Choo mungkin telah menghiasi kaki
begitu ramai kerabat diraja dan selebriti namun orang yang menghasilkan ciptaan
cemerlang itu tetap menegaskan bahawa sikap rendah diri dan hormat terhadap orang
lainlah yang meletakkan beliau di tempatnya sekarang.

Dan nampaknya anugerah gelaran datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul
Halim Mu'adzam Shah tidak mengubah sedikitpun pandangannya.

"(Gelaran) ini akan mendorong saya bekerja lebih kuat untuk mempromosi Malaysia
kepada dunia. Kasut saya 'mengembara' ke Milan, Paris, Amerika Syarikat, United
Kingdom dan tempat-tempat lain.

"Tetapi hakikatnya di belakangnya ialah Jimmy Choo yang berasal dari Malaysia,"
katanya kepada Bernama dengan rasa bangga terhadap negaranya selepas istiadat
pengurniaan bintang kebesaran dan pingat di Istana Negara di sini hari ini.

Menjelaskan tentang sifat-sifat yang membawa kepada kejayaannya, Choo anak


kelahiran Pulau Pinang berkata: "Anda mesti menghormati orang lain tidak kira dari
mana asal mereka. Bagi saya, saya amat menghormati ibu dan guru-guru saya oleh
kerana merekalah orang yang meletakkan saya di tempat sekarang".

Choo adalah antara penerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa
gelaran 'Datuk' sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak, Joseph Mauh Ikeh, 62,
menyifatkan sambutan perayaan Gawai tahun ini lebih bermakna dengan
penganugerahan darjah PJN kepadanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Tamin itu menyifatkan gelaran 'datuk' itu adalah
milik rakyat Sarawak selain menjadi tanda penghargaan daripada kerajaan
persekutuan kepada anak jati Bumi Kenyalang.

"Saya akan lebih berusaha untuk membangunkan masyarakat Sarawak terutama di


kawasan pedalaman. Semoga tali perpaduan rakyat Semenanjung dengan Sarawak
akan terus diperkukuh," katanya.

Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn Bhd Mohamed Faroz Mohamed Jakel, 40, berkata
beliau tidak menyangka akan menerima pengiktirafan serupa daripada ketua negara.

"Saya rasa amat bertuah diberikan anugerah berprestij ini yang akan menjadi motivasi
untuk saya terus berkhidmat kepada masyarakat dan negara," katanya. - Bernama

http://www.karangkraf.com/berita/rendah-diri-hormat-rahsia-kejayaan-jimmy-
choo-1.166467

Pra Start Up Perniagaan


Jimmy Choo mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan
kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh
masa. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat
pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan
berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11
tahun.Beliau m enyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan
fesyen di London. Bapanya menanggung pengajiannya untuk tahun
pertama, manakala beliau terpaksa menanggung pengajiannya
sendiri selama 3 tahun lagi dengan melakukan kerja secara separuh
masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut.

Semasa Start Up Perniagaan


Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai
kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang
ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan
kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun
bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah
Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo
mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun
mendapat liputan media jualannya terus merosot. Empat tahun
berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan
beliau lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, dia terus jatuh
cinta dengan rekaan Jimmy Choo.

Selepas Start Up Perniagaan

Nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Antara


pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Kasut
Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood
seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes
(Cameron Diaz). Jimmy Choo dianugerahkan dengan gelaran Datuk
oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen. Jimmy
Choo mendapat anugerah gelaran Profesor oleh University of the
Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen. Beliau
merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah Order
of the British Empire OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England,
Queen Elizabeth II pada tahun 2002. Dianugerahkan Darjah Setia
Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang
juga membawa gelaran Dato. Beliau bersara pada tahun 2006 dan
menjual saham syarikatnya sebanyak 50 peratus.
http://akuceritakualkisahku.blogspot.com/2012/03/datuk-jimmy-choo.html

CONTOH PEREKAAN JIMMY CHOO


http://usahawanwibawa.blogspot.my/2013/10/jimmy-choo.html

You might also like