Kisah Kejayaan Datuk Jimmy Choo

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kisah Kejayaan Datuk Jimmy Choo

Posted by Usahawan.com

Kisah Kejayaan Datuk Jimmy Choo

Dianugerahkan dengan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang atas kejayaannya


dalam bidang fesyen.

Mendapat anugerah gelaran Profesor oleh University of the Arts London atas
sumbangannya dalam bidang fesyen.

Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah Order of the


British Empire OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth
II pada tahun 2002.

Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri


Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato.

Siapa yang tidak kenal dengan figura terkenal ini?

Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan
sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir
dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi
rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan
sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat
teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan
tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa
selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.
Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah
keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau
mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya
iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.

Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau
pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama
pada umur 11 tahun. Menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan
fesyen di London. Pada tahun pertama, bapanya menanggung pengajiannya tetapi
untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau melakukan kerja secara separuh masa sebagai
pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan
menampung pengajiannya.

Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan
menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4
tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah
empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue,
sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau
masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.

Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau
lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta
dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di
persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd
bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Choo menjual
pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak 10 juta untuk menumpukan
kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen
daripada Jimmy Choo Ltd.

Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta
menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual
sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie
Imbruglia dan Katie Holmes. Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut
beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The
Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut
digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem
terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes
(Cameron Diaz).

STAIL PENGURUSAN
Datuk Jimmy Choo adalah pengurus atasan. Beliau bertanggungjawab dalam
membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd. Beliau
juga yang menubuhkan syarikat beliau sendiri dari hasil titik peluhnya. Sebagai pereka
kasut dan beg tangan, beliau juga perlu memilih saluran komunikasi yang paling
berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan terbarunya.

Peranan Jimmy Choo dalam stail pengurusan syarikatnya boleh ditafsirkan mengikut
Mintzberg iaitu dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, dalam hubungan
interpersonal iaitu sebagai ketua, pemimpin dan orang yang berhubung dengan pihak
luar. Sebagai ketua, Datuk Jimmy Choo perlu melaksanakan tugas yang simbolik iaitu
tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Contohnya, Jimmy Choo
melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk mendapat rekaan kasut yang
terbaik mengikut cita rasa Puteri Diana. Oleh itu jugalah Jimmy Choo merupakan
pereka kasut yang diminati oleh Puteri Diana semasa hayatnya di atas stail
pengurusan Jimmy Choo yang berorientasikan pelanggan.

Kedua, Jimmy Choo juga bertindak sebagai pemberi maklumat iaitu memantau dalam
syarikatnya, sebagai penyebar dan jurucakap. Sebagai penyebar, beliau perlu
mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran baru butiknya, membuat promosi,
menawarkan diskaun, memberi perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya bagi
menarik minat pelanggan. Manakala sebagai jurucakap pula, Jimmy Choo perlu
mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada media massa, media cetak mahu
pun media elektronik mengenai barang keluarannya.

Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai barangannya juga, beliau perlu


mengadakan media konferensi untuk menyelesaikan konflik tersebut. Sebagai contoh,
Datuk Jimmy Choo mendapat anugerah OBE iaitu Order of the British Empire
daripada Permaisuri England, Queen Elizabeth II. Dalam sebuah temu ramah, Datuk
Jimmy menceritakan dia membaca perutusan daripada Queen Elizabeth untuk
menerima anugerah tersebut sambil tangannya terketar ketar. Namun, hasil
kesungguhan beliau yang selama ini menubuhkan syarikatnya membuat beliau
berkeyakinan untuk menerima anugerah tersebut.

Ketiga, Jimmy Choo merupakan pembuat keputusan di dalam butik atau syarikatnya.
Beliau adalah usahawan iaitu beliau perlu memikirkan apa yang terbaik untuk
syarikatnya, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan cara untuk
menjaga kualiti barangan rekaannya. Beliau juga bertindak sebagai penyelesai
gangguan dalam syarikat. Contohnya, jika ekonomi merosot beliau perlu memikirkan
cara-cara untuk mengatasinya. Beliau juga turut berperanan sebagai pengagih
sumber iaitu langkah-langkah untuk membelanjakan sumber ke arah mana sama ada
ke bahagian pemasaran atau pun bahagian pengurusan dan bahagian-bahagian lain.
Sebagai pembuat keputusan, beliau turut mengambil peranan sebagai perunding.
Beliau perlu berunding dengan pihak-pihak luar mengenai cita rasa mereka untuk
menghasilkan rekaan yang terbaik. Beliau juga akan memberi pendapat beliau kepada
pelanggannya mengenai kasut yang sesuai dengan pelanggan tersebut. Peranan
Jimmy Choo sebagai perunding amat penting kepada pelanggannya untuk mereka
membuat keputusan.

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT

Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabarannya dan rintangannya sendiri.
Begitu juga dengan syarikat Jimmy Choo sendiri. Banyak cabaran dan dugaan yang
terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam
bidang yang diceburinya.

Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di
London selama empat tahun. Selepas meyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk
membiayai yuran untuk tahun pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar
dengan bersungguh-sungguh. Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun
dan beliau perlu bekerja untuk membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun.
Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang
kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.

Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai
kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di
Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan
kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan.
Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah
Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali.
Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus
merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi
segera.

Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang
Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak dari
hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo
terus melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan
dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di
serata dunia.
Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau
dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan
jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang
dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat
kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah
permulaan kepada kejayaan.

Walaupun beliau mengecapi kejayaan dan menikmati hidup yang mewah di London,
namun hati beliau tetap di Malaysia. Ini dapat dilihat ketika beliau berucap di majlis-
majlis umum di mana beliau sentiasa bercerita tentang Malaysia dengan penuh
semangat. Malaysia masih menjadi pilihan utamanya sebagai tempat percutian.
Antara sebab-sebab beliau memilih Malaysia adalah kerana keramahan masyarakat
Malaysia sendiri dan juga pantai-pantai di Pulau Langkawi yang cantik dan tidak
tercemar serta alam sekitarnya yang tenang. Beliau juga pasti tidak melepaskan
peluang untuk menikmati juadah tempatan setiap kali beliau pulang ke tempat asalnya
di Pulau Pinang. Beliau juga gemar melawat Kuala Lumpur. Pada pandangannya, kota
yang sedang membangun dengan pesat ini mempunyai suasana yang penuh
bertenaga serta turut menawarkan barangan pada harga yang berpatutan.

Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan


nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkan nya
ketika berucap tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin
dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam
masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur
dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut
memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan
diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat.

Baru-baru ini beliau bersama-sama duta makanan Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail
atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah dianugerahkan Anugerah Khas
Kementerian Pelancongan kerana mempromosikan Malaysia di luar negara. Kedua-
duanya menerima trofi daripada Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen di
Anugerah Pelancongan Malaysia 2010 dan 2011 yang disaksikan Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku
Haminah Hamidun.

Beliau kini terlibat dalam projek untuk menubuhkan sebuah institut pembuatan kasut
di Malaysia, di mana status ikonik beliau sering membangkitkan inspirasi kepada
pembuat kasut tunas dan pereka fesyen.
http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/kisah-kejayaan-datuk-jimmy-choo.html/

You might also like