TOPIK 8-Kebarangkalian PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

TOPIK 8 : MENGGUNAKAN KEBARANGKALIAN SPA 3204

MATEMATIK
GUNAAN

KEBARANGKALIAN MUDAH

Definisi kebarangkalian :

Kebarangkalian suatu peristiwa :

Jika A mewakili sesuatu peristiwa atau suatu set kesudahan yang dikehendaki dan S
mewakili ruang sampel bagi semua kesudahan yang mungkin berlaku, kebarangkalian
peristiwa A berlaku ialah :

P (A) = n (A)
n (S)

n(A) = bilangan kesudahan dalam set


n (S) = jumlah semua kesudahan yang mungkin dalam ruang sampel

Kebarangkalian suatu peristiwa itu berlaku adalah dari 0 hingga 1, iaitu 0 P (A) 1.

Jika A mewakili pelengkap bagi set A, iaitu peristiwa A tidak akan berlaku,
kebarangkalian peristiwa A tidak akan berlaku ialah :

P ( A ) = 1 P (A)

Contoh 1 :

Apakah kebarangkalian untuk mendapatkan nombor ganjil apabila sebiji dadu


dilambungkan?

Penyelesaian :

Apabila sebiji dadu dilambungkan, terdapat 6 kesudahan yang sama boleh jadi.

Ruang sampel, S = {1, 2, 3, 4, 5, 6}


n(S) = 6

A = peristiwa mendapatkan nombor ganjil


A = {1, 3, 5}
n(A) = 3

Maka,
P (A) = n (A)
n (S)

= 3
6

=1
2

1
TOPIK 8 : MENGGUNAKAN KEBARANGKALIAN SPA 3204
MATEMATIK
GUNAAN

Contoh 2 :

Dua biji dadu dilambungkan. Cari kebarangkalian bahawa :

a. Kedua-dua dadu itu menunjukkan nombor yang sama


b. Hasil tambah dua nombor itu ialah 9
c. Hasil darab dua nombor itu boleh dibahagi tepat dengan 5

Penyelesaian :

Ruang sampel, S = mempunyai 6 x 6


n(S) = 36

a. Katakan A = Peristiwa kedua-dua dadu itu menunjukkan nombor yang sama


A = {(1,1), (2,2), (3,3), (4,4), (5,5), (6,6)}
n(A) = 6

Maka,
P (A) = n (A)
n (S)

= 6
36

=1
6

2
TOPIK 8 : MENGGUNAKAN KEBARANGKALIAN SPA 3204
MATEMATIK
GUNAAN

b. Katakan B = Peristiwa hasil tambah dua nombor itu ialah 9


B = {(3,6), (4,5), (5,4), (6,3)}
n(B) = 4

Maka,
P (B) = n (B)
n (S)

= 4
36

=1
9

c. Katakan C = Peristiwa hasil darab dua nombor itu boleh


dibahagi tepat dengan 5

C = { (1,5), (2,5), (3,5), (4,5) , (5,5), (6,5),


(5,1) , (5,2), (5,3), (5,4), (5,6) }

n(C) = 11

Maka,
P (B) = n (C)
n (S)

= 11
36

MENENTUKAN KEBARANGKALIAN BAGI GABUNGAN DUA PERISTIWA YANG


TIDAK BERSANDAR

Dua peristiwa A dan B adalah saling tidak bersandar jika kewujudan peristiwa A
tidak mempengaruhi kewujudan peristiwa B dan sebaliknya.

Bagi dua peristiwa A dan B yang saling tak bersandar, kebarangkalian peristiwa A
dan peristiwa B berlaku ialah :

P(A B ) = P (A) x P (B) D A n

Operasi Simbol persilangan


darab

3
TOPIK 8 : MENGGUNAKAN KEBARANGKALIAN SPA 3204
MATEMATIK
GUNAAN

Contoh 3 :

Cari kebarangkalian untuk mendapatkan sepasang nombor 6 apabila sebiji dadu


dilambungkan dua kali secara berturut-turu.

Penyelesaian :

Katakan A = Peristiwa mendapatkan nombor 6 pada lambungan pertama


P (A) = n (A)
n (S)

= 1
6

B = Peristiwa mendapatkan nombor 6 pada lambungan kedua


P (B) = n (B)
n (S)

= 1
6

Maka,

P (mendapatkan sepasang nombor 6) = P(A B)


= P (A) x P (B)

=1 x 1
6 6

= 1
36

Contoh 4 :

Sebiji dadu dan sekeping syiling dilemparkan serentak. Cari kebarangkalian untuk
mendapat nombor ganjil dan gambar.

Penyelesaian :

3
P (Nombor ganjil) =
6

1
P (Gambar syiling) =
2

3 1
Maka, P (No. ganjil dan gambar syiling) = x
6 2

1
=
4
4
TOPIK 8 : MENGGUNAKAN KEBARANGKALIAN SPA 3204
MATEMATIK
GUNAAN

Masalah-masalah yang melibatkan peristiwa-peristiwa yang saling tak bersandar


boleh diselesaikan dengan menggunakan gambarajah pokok.

Contoh 5 :

Seorang bayi yang dilahirkan adalah berkemungkinan mempunyai jantina lelaki


atau perempuan. Cari :

a. Kebarangkalian bahawa ketiga-tiga orang anak dalam sebuah keluarga ialah


lelaki

b. Kebarangkalian bahawa hanya seorang daripada tiga orang anak dalam


keluarga itu ialah lelaki.

Penyelesaian :

Katakan L mewakili anak lelaki dan P mewakili anak perempuan.

a. Kebarangkalian untuk mendapatkan tiga orang anak lelaki

= P (LLL)
= P (L) x P (L) x P (L)
= x x
=1
8

5
TOPIK 8 : MENGGUNAKAN KEBARANGKALIAN SPA 3204
MATEMATIK
GUNAAN

b. Kebarangkalian untuk mendapatkan hanya seorang anak lelaki

= P (LPP) + P (PLP) + P (PPL)


=1 + 1 + 1
8 8 8
=1
8

MENENTUKAN KEBARANGKALIAN BAGI GABUNGAN DUA PERISTIWA YANG


SALING EKSKLUSIF

Dua peristiwa yang dikatakan saling eksklusif jika kedua-dua peristiwa itu tidak boleh
berlaku pada masa yang sama iaitu :

A T A U
P(A B ) = P (A) + P (B)
Operasi
tambah Simbol persilangan

Contoh 6 :

3 biji guli kuning, 4 biji guli merah dan 6 biji guli biru dimasukkan ke dalam sebuah
kotak gelap. Sebiji guli dikeluarkan secara rawak dari beg itu. Berapakah
kebarangkalian bahawa guli yang dikeluarkan itu berwarna kuning atau merah?

Penyelesaian:

P (guli kuning atau guli merah) = P(A U B)

= P(A) + P (B)
3
= /13 + 4/13
7
= /13

Contoh 7 :

Sebuah beg mengandungi 2 biji bola hitam, 3 biji bola putih dan 4 biji bola merah.
Jika sebiji bola dikeluarkan secara rawak, cari kebarangkalian bahawa bola yang
dipilih itu

(a) berwarna hitam atau putih

(b) berwarna putih atau merah

6
TOPIK 8 : MENGGUNAKAN KEBARANGKALIAN SPA 3204
MATEMATIK
GUNAAN

Penyelesaian :

(a) berwarna hitam atau putih

P( bola hitam atau putih) = P(A U B)

= P(A) + P (B)
2
= /9 + 3/9
5
= /9

(b) berwarna putih atau merah

P( bola putih atau merah) = P(A U B)

= P(A) + P (B)
3
= /9 + 4/9
7
= /9

You might also like