Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016)

Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development


Bandung, Indonesia.
31 October & 1 November 2016

BULI DAN GANGSTERISME DI SEKOLAH


Fathilah Akmal Bt. Ismail a, Mohd Mahzan Awang a, Abdul Razaq Ahmad a
a
Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Salangor, Malaysia.

Abstrak

Kajian ini merupakan satu penelitian terhadap salah laku buli dan gangsterisme yang melanda di kalangan
pelajar di sekolah menengah pada masa kini. Ianya menjadi rentetan daripada kadar peningkatan jumlah
kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah terutamanya sekolah menengah, misalnya beberapa
insiden pelanggaran disiplin yang serius sekaligus sedikit sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi
negara dalam melahirkan pelajar harapan bangsa dan pemimpin negara pada masa akan datang. Kajian lepas
telahpun membuktikan bahawa jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah ini
semakin meningkat terutama dalam kes rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuh sehingga ia
menimbulkan kebimbangan dalam kalangan semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Justeru, kertas
kajian ini cuba mengenal pasti punca buli dan gangsterisme yang berlaku di kalangan pelajar sekolah
menengah dan apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah perlakuan buli dan gangsterisme
daripada terus berleluasa di kalangan pelajar sekolah menengah terutama di sekolah-sekolah.

Keywords: Buli, Gangsterisme, Punca Buli dan Gangsterisme, Cara Menangani Buli dan Gangsterisme.

1. Pendahuluan

Sejak akhir-akhir ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang penglibatan generasi muda
dalam aktivitiaktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur masyarakat di negara ini. 400 pelajar
dikenal pasti langgar disiplin, Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, Buli gugat semangat
belajar dan Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang
terpapar di dada-dada akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan
disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini semakin serius sehingga mencapai
tahap yang membimbangkan. Walaupun pelajar sekolah telah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi
nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. Pelajar merupakan elemen atau asset penting dalam negara
dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program
pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor
ekonomi, sosial dan budaya yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral
serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Menurut Azizi Yahya (2007), insiden buli dan gangsterisme yang berlaku sejak kebelakangan ini di
kalangan pelajar sekolah dan ia juga sering dilaporkan oleh media-media tempatan yang mana rata-rata hanya
membabitkan pelajar lelaki. Namun, apakah insiden buli mahupun gangsterisme ini juga wujud di kalangan
pelajar wanita di sekolah? Persoalan ini menjadi tanda tanya di kalangan kita kerana ianya tidak mustahil
mungkin juga boleh berlaku di kalangan pelajar perempuan pada masa kini.
Justeru, amatlah tidak adil jika kita menunding kesalahan ini kepada ibu bapa ataupun guru apabila
berlakunya perlakuan buli dan gangsterisme di kalangan pelajar sekolah. Sepatutnya setiap individu
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 235

memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah gejala ini daripada terus berleluasa. Bagi
menangani masalah ini, kita perlu mencari punca masalah yang menyebabkan berlakunya perlakuan buli dan
gangsterisme dalam kalangan pelajar. apakah yang dimaksudkan dengan buli atau gangsterisme? Adakah
pihak sekolah menyedari akan kewujudan masalah ini dan apakah langkah dan program intervensi yang
dijalankan oleh pihak sekolah bagi memastikan ianya sebagai lokasi yang selamat bagi menjalankan program
tersebut berjalan dengan sempurna dan juga lancar.

1.1. Definisi Istilah

Mengikut definisi yang diambil oleh beberapa pakar berkenaan dengan buli. Antaranya Atlas dan
Pepler, 1998; Craig dan Pepler, 1999; Hazler, 1996; Olweus, 1993; Salmivalli, et al., 1997): (Azizi Yahya
2007:2)
i. Perlakuan buli melibatkan ketidakseimbangan kuasa. Kanak-kanak yang melakukan buli atau pembuli
mempunyai lebih kuasa dengan faktor seperti umur, saiz, sokongan rakan sebaya, atau mempunyai status
yang tinggi.
ii. Perlakuan buli selalunya merupakan aktiviti yang diulang-ulang, iaitu seseorang kanak-kanak itu
disisihkan lebih daripada sekali, dan lazimnya dalam keadaan yang kronik.
iii. Perlakuan buli dilakukan dengan tujuan untuk memudaratkan mangsa.
iv. Perlakuan buli termasuk keagresifan fizikal, penghinaan lisan, penyebaran fitnah, atau gossip, dan
ancaman penyisihan daripada kumpulan sebaya.

Di samping itu, menurut Smith dan Thompson (1991), buli bermaksud satu set tingkah laku yang
dilakukan secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi penerimanya. Tingkah
laku buli yang dimaksudkan termasuk tindakan yang bersifat mengejek, penyisihan sosial, dan memukul
(Crick, 1997; Olweus, 1991; Rigby, Cox, dan Black, 1997; Thompson dan Sharp, 1998). Manakala Tattum
dan Tattum (1992) telah mendefinisikan buli sebagai keinginan untuk mencederakan, atau meletakkan
seseorang dalam situasi yang tertekan. Diikuti pula Banks (2000) turut menerangkan bahawa perlakuan buli
sebagai mempersenda, menghina, mengancam, memukul, mencuri, dan serangan lansung yang dimulakan
oleh seseorang atau lebih terhadap mangsa. Selain itu Smith dan Sharp (1994) turut menghuraikan buli
sebagai memanggil nama dengan tujuan menghina, memeras ugut, perlakuan ganas, fitnah, penyisihan
daripada kumpulan, merosakkan harta benda orang lain, dan ancaman verbal.
Gangsterisme menurut Shaefer (2000) ialah lebih merujuk kepada tingkah laku atau perlakuan agresif,
mungkin juga dikenali sebagai gangster atau samseng. Manakala Gangs (1998) menyifatkan gangsterisme
merujuk kepada kumplan individu yang menuntut penguasaan sesebuah kawasan daripada masyarakat
setempat dan melanggar undang-undang serta melakukan kegiatan antisosial. Di samping itu, Baron dan
Byrne (1981) pula mendefinisikan perlakuan gangsterisme sebagai apa-apa saja bentuk perlakuan, yang
bermatlamat untuk merosakkkan, memudaratkan, menyakitkan, atau mencederakan manusia lain, selain
melanggar undang-undang. Morales (1961) mendefinisikan perlakuan gangsterisme sebagai perlakuan
keganasan dan keagresifan. Ia melibatkan aspek psikologi, fizikal, dan lisan terhadap individu yang lemah.
Dengan kata lain, gangsterisme ialah mempunyai keinginan untuk menguasai orang lain dan meletakkan
mangsa dalam ketakutan dan kebimbangan. Taylor (2000) pula menghuraikan tingkah laku gangsterisme
sebagai perlakuan mencemuh, mencaci, memukul, merosakkan harta benda, malah serangan-serangan secara
lansung terhadap individu yang lemah. Manakala gangsterisme di sekolah pula membawa erti wujudkan
kumpulan gangster yang melibatkan para pelajar sekolah sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau
penyokong sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku atau pelanggaran disiplin dan undang-undang.
Kebanyakkan kumpulan pelajar yang terlibat dengan gangsterisme ini adalah terdiri daripada pelbagai etnik,
jantina, peringkat umur, peringkat persekolahan dan jenis kediaman mereka.
Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gangsterisme menyatakan bahawa
pada awal remaja, golongan ini berpotensi untuk mewujudkan gang. Golongan remaja ini mudah terdedah
dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka.
Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut
tingkah laku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 236

perancangan. Beliau juga turut menyatakan bahawa kewujudan gangster adalah hasil daripada perkembangan
sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenil yang bertukar kepada perlakuan devian.

2. Sorotan Literatur

Kajian mengenai kes buli dan gengsterisme bukanlah perkara baru yang berlaku di sekolah, ianya telah
menjadi berita sensasi setelah diviralkan melalui laman sosial You tube. Suatu ketika dulu, kemungkinan
besar ada sebahagian pihak sekolah yang cuba menyembunyikan insiden yang berlaku demi untuk menjaga
kepentingan sekolah atau individu yang terlibat. Tetapi dengan adanya kecanggihan alat seperti komputer dan
telefon pintar, isu-isu ini tidak dapat di selindungi lagi. Dengan adanya bukti bahan rakaman yang jelas,
dengan mudah pembuli tersebut dapat di bawa ke muka pengadilan dan menjadi isu sensasi di dada-dada
akhbar dan laman sosial.
Begitu juga Menurut Laporan Utusan Malaysia pada 11 April 2013, Kes buli yang telah menjadi kejutan
orang ramai melalui laman sosial You Tube. Memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah
telah dibelasah sekumpulan remaja lain di sekolah yang sama di sebuah bilik. Remaja tersebut diserang secara
bertubi-tubi tanpa rasa belas kasihan dengan mengunakan objek yang keras. Kejadian yang sama juga telah
berlaku di Kangar apabila enam orang pelajarsekolah anak yatim telah bertindak memukul seorang
pelajaryang berusia 11 tahun. Didalam klil video selama enam minit 52 saat itu, tujuh pelajar kelihatan
membuli seorang pelajar lain tanpa belas kasihan, diterajang dan disepak di beberapa anggota badan termasuk
di muka sehingga menyebabkan mangsa mengerang kesakitan ( Utusan Malaysia, 25 Disember 2014).
Penularan kes buli ini juga telah membawa kepada kes kematian seorang pelajar tingkatan 4 daripada
sekolah menengah Teknik di pahang, kesalahan yang kecil berpunca daripada tersalah meletakkan tuala
dikatil rakan menimbulkan keberangan sehingga sanggup memukul dan menerajang mangsa . (2016).
Remaja sekolah pada abad ini, bukan sekadar buli malahan ada dikalangan mereka yang terlibat dengan
samseng. Ini dibuktikan daripada laporan Sinar harian pada 8 Julai 2014, apabila dua remaja yang masih
bersekolah berusia 16 dan 17 tahun berlagak samseng melakukan samun bersama empat lagi rakan mereka di
sekitar Puchong. Pada 1 April 2014, Berita Harian juga telah melaporkan terdapat seorang pelajar disyaki
terlibat dengan kegiatan samseng apabila bertindak menyerang guru dengan menggunakan kerambit.
Begitu juga kajian mengenai buli dan gensterisme seperti memukul , bertindak ganas dengan menggunakan
alat tajam, menggugut pelajar dan guru, lumba haram, merogol, merompak dan lain-lain yang dikategorikan
sebagai buli dan gansterisme telah banyak dilakukan di institusi pengajian tinggi. Namun mini kajian yang
akan dilakukan ini lebih menumpukan kepada gejala buli dan gansterisme yang berlaku hanya di dalam
kawasan tiga buah sekolah menengah harian.
Menurut Khalim (2005) pelajar yang bermula dengan pelanggaran disiplin akan berpotensi untuk
membalas dendam kepada rakan lain yang dianggap lemah daripadanya. Justeru itu sekiranya pelajar ini tidak
diberi kaunseling dan tindakan sewajarnya, tidak mustahil individu ini akan melakukan pelbagai gejala buli
samada secara mental atau fizikal. Ini telah dibuktikan masalaah gangsterisme di beberapa buah sekolah di
Amerika Syarikat sudah sampai ketahap penggunaan senjata api untuk mencederakan orang lain (
Benbenishty & Astor,2005)
Begitu juga kajian telah dilakukan disebuah sekolah mendapati kes buli dan gansterisme di Malaysia telah
pun menggunakan senjata berbahaya. (Khalim & Wan Zulkefli, 2009). Pengkaji telah melaksanakan program
selama 6 bulan dengan menggunakan pendekatan Islam berbentuk kerohaniaan. Hasil kajian mendapati,
responden telah menampakkan kesan positif , iaitu daripada 8/10 daripada responden telah mennunjukkan
perubahan tingkah laku serta meninggalkan perbuatan negatif termasuk menghisap rokok. Penulis mendapati
pengkaji telah membuat perancangan yang teliti dalam melaksanakan program secara intensif dan juga
mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak pentadbir. Mereka telah membenarkan pengkaji
mengambil masa waktu Pengajaran dan pembelajaran seawa waktul pagi dan waktu akhir untuk membantu
rsponden bagi mencegah budaya buli dan pelanggaran disiplin yang lain.
Menurut Asmah et. al. (2011) dapatan kajian menunjukkan salah laku adalah salah laku fizikal paling
dominan yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Selain itu bagi salah laku verbal, dapatan kajian menunjukkan
salah laku melawan guru adalah yang salah laku verbal paling dominana yang dilakukan oleh pelajar di
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 237

sekolah. Walaubagaimana pun sejak akhir-akhir ini, cubaan pelajar untuk menggugut guru melalui laman face
book telah pun berlaku. Insiden ini telah pun dimaklumkan kepada pihak berkuasa.
Berdasarkan kajian Azizi & Gan (2007) hasil kajian mereka mendapati bahawa tingkah laku buli dan
gengsterisme ini mempunyai perkaitan dengan mereka yang suka gemar ponteng sekolah. Mereka ini
mempunyai masa senggang yang banyak menyebabkan mereka mengisi masa senggang mereka dengan
aktiviti-aktiviti yang berbentuk negatif seperti berlumba haram, mengambil dadah dan melepak di pusat
membeli belah tanpa ada sebarang tujuan.
Menurut Kajian Amnah ( 2016) dalam Personaliti Devian Pelajar Mengikut Perpektif Teori Psikionalisis
dan Humanistik menyatakan perlakuan buli dan samseng pelajar ini mempunyai perkaitan yang amat rapat
dengan persekitaran kekeluargaan, faktor keinginan dan faktor rakan. Selain daripada itu orientasi keagamaan
memainkan peranan yang amat penting ke arah pembentukkan personaliti pelajar. Berdasarkan kajian ini,
pengkaji menggunakan dasar teori humanistik, Maslow memperkenalkan konsep kesempurnaan kendiri (self
actualization) iaitu mencapai potensi diri yang bermakna kepada seseorang.
Terdapat juga kajian Mohd Afif ( 2011) Keterlibatan remaja dalam lumba haram. Pengkaji mendapati
bahawa remaja ini bukan sekadar lumba haram tetapi terlibat juga dalam aktiviti mencuri alat-alat motorsikal,
dadah dan merogol. Kesemua responden kajian ini adalah antara 16 hingga 17 tahun. Kesimpulannya kita
dapati perbuatan buli dan gansterisme ini bepunca daripada pelbagai faktor dalaman iaitu jati diri pelajar yang
tidak ada nilai penghayatan agama dan didikan kasih sayang daripada kedua ibu bapa, manakala faktor luaran
adalah pengaruh daripada rakan sebaya dan masyarakat yang sudah hilang nilai dan norma kebaikan.
Menurut kajian Rohaya dan fatimah ( 2006) kurangnya interaksi dan kucar kacir dalam keluarga
kebiasannya menjadikan remaja berasa kecewa dan mendendam perasaan. Dalam situasi ini, perasaan ini
akan diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku yang agresif seperti memukul, penyalah gunaan dadah dan
bersikap kurang ajar dengan guru . Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa remaja yang melakukan
pelanggaran disiplin dan seterusnya bertingkah laku delikuen berkemungkinan menjadi penjenayah apabila
dewasa .( Sampson dan Laub, 1990).
Kajian ini telah menepati teori keperluan Hierarki Maslow (1968) dan Rogers (1951) menyatakan
kepentingan orang signifikan dalam kehidupan individu. Berkaitan dengan kajian ini, apabila interaksi dalam
keluarga berlaku dengan baik, anak-anak akan dapat membina hubungan yang positif juga dengan ahli
keluarga. Pengalaman positif bersama ahli keluarga akan dikembangkan seterusnya menyumbang kepada
perkembangan konsep kendirinya.
Kesimpulannya pengkaji mendapati daripada kajian yang lepas berkaitan kes buli dan gansterisme
mempunyai beberapa persamaan daripada beberapa sudut iaitu faktor berlaku buli dan gansterisme. Faktor
didikan daripada kecil memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mengatasi gejala ini daripada terus
berlaku peningkatan. Faktor kedua adalah rakan sebaya yang sentiasa berusaha dan menghasut untuk
melakukan tindakan yang agresif. Faktor ketiga adalah jati diri remaja yang tidak mempunyai dalaman yang
kental walaupun mereka mengetahui bahawa perbuatan mereka itu adalah salah. Manakala cadangan kaedah
pengkaji-pengkaji sebelum ini samada Islam atau Barat, menyatakan cara yang terbaik bagi mengatasi gejala
ini ialah dengan menggunakan pendekatan keagaamaan atau penerapan spiritual.

3. Faktor- faktor yang Mempengaruhi Buli dan Gangsterisme

Perlakuan buli ialah tingkah laku yang kompleks. Ini kerana remaja sebenarnya bukan dilahirkan sebagai
pembuli. Tingkah laku buli juga tidak diajar secara lansung kepada mereka sedari kanak-kanak lagi.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang remaja yang membuli. Antaranya ialah faktor biologi
dan perangai, pengaruh keluarga, rakan dan persekitaran. Ia merujuk kepada kajian-kajian yang mana
mendapati bahawa faktor-faktor percampuran individu, sosial, risiko persekitaran dan perlindungan
berinteraksi bagi menentukan etiologi perlakuan buli (Espelage, Bosworth dan Simon, 2000; Verlinden,
Herson dan Thomas, 2000).
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 238

3.1. Faktor Jantina

Secara umumnya bahawa kebanyakan insiden buli yang berlaku di kalangan remaja adalah daripada
golongan remaja lelaki. Ini kerana remaja lelaki mempunyai naluri ataupun sifat agresif secara semulajadi.
Namun, perlakuan buli di kalangan pelajar perempuan tidak harus diketepikan malah ada yang merasakan
kekerapan perlakuan buli di kalangan pelajar perempuan semakin meningkat. Malahan kajian juga turut
menunjukkan bahawa golongan pelajar perempuan ini tidak mustahil mampu bertindak agresif secara fizikal
khususnya mereka yang gemar berlagak ataupun berkelakuan seperti lelaki. Beberapa faktor yang boleh
menyumbang kepada perlakuan buli seumpama ini di kalangan pelajar perempuan ialah kurangnya didikan
ibu bapa. Selain itu, mereka juga berkemungkinan terpengaruh oleh media yang memaparkan wanita yang
beraksi ganas adalah hebat misalnya dalam pertandingan gusti. Pelajar ini juga turut merrasakan bahawa
dengan bertindak agresif, ia mampu memberikan satu nilai status yang tinggi buat diri mereka. Dan yang
terakhir ialah mereka sebenarnya mengalami kekeliruan antara tindakan agresif atau asertif.
Walau bagaimanapun, perlakuan buli dan gangsterisme ini lebih cenderung berlaku di kalangan
pelajar lelaki, sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Ini disebabkan oleh pelajar lelaki dilihat lebih
gemar membuli secara fizikal, berbeza dengan remaja perempuan yang lebih cenderung membuli secara tidak
lansung melalui lisan atau psikologi seperti menyisihkan mangsa daripada pergaulan sosial.

3.2. Faktor Individu

Menurut Azizi Yahya (2007), terdapat dua kumpulan individu yang terlibat dalam kejadian buli iaitu
pembuli dan mangsa buli. Hasil kajian lepas mendapati bahawa pembuli mungkin berasal daripada mangsa
yang pernah mengalami perlakuan ganas atau deraan. Pembuli biasanya lebih cenderung menganggap dirinya
sentiasa diancam dan berada dalam bahaya. Secara lazimnya, pembuli terdiri daripada mereka yang kuat
fizikalnya dengan penghargaan kendiri yang baik dan berkembang. Pembuli juga tidak mempunyai perasaan
bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah mereka lakukan, sering berasa ingin mengawal dan
mendominasi, serta tidak mampu memahami dan menghargai orang lain. Selain itu, individu yang sering
menjadi pembul ialah kanak-kanak atau pelajar yang popular dan bersikap sebagai pendesak. Mereka juga
sukar dikawal, dan sukar untuk mematuhi peraturan sosial berbanding pelajar lain. Menurut Loeber dan Hay
(1997) dan Verlinden, Herson dan Thomas (2000), mereka menyatakan bahawa pembuli mungkin berasal
daripada mangsa yang pernah mengalami perlakuan ganas atau deraan. Justeru individu tersebut bertindak
sebagai pembuli kerana membalas dendam atas ketidakupayaan untuk bertindak balas terhadap individu yang
telah membuli mereka secara lansung. Oleh yang demikian, mereka memilih dan menjadikan individu yang
lebih lemah untuk membalas dendam. Tindakan ini telah menukar mangsa buli menjadi pembuli.
Manakala mangsa buli pula adalah seseorang yang menjadi sasaran bagi pelbagai tingkah laku agresif.
Dengan kata lain, mangsa buli ialah orang yang dibuli atau sasaran pembuli. Kebanyakan mangsa buli ini
lazimnya akan menonjolkan ciri-ciri tingkah laku dalaman seperti bersikap pasif, sensitif, pendiam, lemah,
dan tidak akan bertindak balas sekiranya diganggu atau diserang (Nansel et al., 2001).
Berlainan pula dengan perlakuan gangsterime di mana menurut Farington (1993), remaja yang berada pada
tahap ketidakselarasan boleh menimbulkan kesan yang negatif dalam dirinya. Apabila mereka gagal membuat
penyesuaian yang baik, maka akan timbul konflik dalam diri mereka. Hasan (1996) pula menambah pada
zaman awal remaja ia merupakan zaman peralihan alam kanak-kanak ke alam dewasa, yang melibatkan
perubahan fizikal dan fisiologi. Jika kanak-kanak ini gagal dalam menyesuaikan diri dengan perubahan yang
melibatkan alam remaja, maka pelbagai masalah kekosongan jiwa serta tingkah laku penyelewengan akan
berlaku seperti gangsterisme, buli dan lepak. Empey (1997) berpendapat bahawa zaman remaja mengalami
gangguan emosi seperti kebimbangan. Gangguan emosi berlaku akibat daripada kegagalan membuat
penyesuaian semasa berlakunya pertembungan dengan situasi baru. Hujah ini turut disokong oleh Cohen
(1991), beliau menyatakan sekiranya seseorang remaja berjaya membuat penyesuaian diri dengan baik, maka
mereka akan dapat memenuhi keperluan dirinya. Namun jika mereka gagal membuat penyesuaian yang baik,
mereka akan menunjukkan tingkah laku antisosial. Strack (1993) pula mengukuhkan lagi pendapat tersebut
dengan menyatakan bahawa remaja mempunyai kecenderungan untuk mempunyai sikap memberontak,
mementingkan diri sendiri, tidak jujur, mengeksploitasi, dan tamak. Ini bermakna jika remaja tidak diberikan
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 239

didikan yang mencukupi tentang nilai agama dan moral, kanak-kanak itu terdorong untuk melakukan tingkah
laku yang agresif.

3.3. Faktor Keluarga

Keluarga merupakan insan yang paling dekat dalam hidup seseorang remaja. Jika ibu bapa remaja tersebut
mempunyai hubungan yang baik, maka akan membentuk ciri perlakuan yang baik. Sebaliknya, jika ibu bapa
itu sendiri sering bergaduh maka ia cenderung untuk mempunyai anak-anak yang berisiko agresif. Oleh sebab
itu, latar belakang sesebuah keluarga itu penting dalam membentuk tret atau ciri perlakuan buli dan
gangsterisme. Umumnya, remaja yang lazimnya didedahkan dengan kekerasan oleh ibu bapa, penjaga dan
guru sebenarnya secara tidak lansung boleh menggalakkan perlakuan buli di kalangan remaja. Remaja yang
kurang mendapat kasih sayang, didikan yang sempurna dan pengukuhan positif lebih terdedah untuk menjadi
seorang pembuli. Selain itu, remaja ini akan mempunyai sikap pemarah dan lebih agresif berbanding dengan
remaja lain yang sebaya ekoran daripada sikap ibu bapa yang suka mendera sama ada secara lisan mahupun
fizikal dalam mengajar anak-anak mereka. Maka remaja tersebut secara automatiknya akan belajar bahawa
tindakan menentang adalah cara bagi mereka untuk menyelesaikan masalah. Pendapat ini disokong oleh
Loeber dan rakan-rakan (1986), mereka berpendapat bahawa remaja yang kurang mendapat kasih sayang,
didikan yang sempurna, dan kurang perhatian serta tumpuan sebenarnya mendorong remaja ini bertingkah
laku agresif. Apabila mereka merasa mereka tidak dihiraukan, maka mereka akan menjadikan rakan sebaya
sebagai tempat berkongsi masalah. Green dan Miller (1996) berpendapat bahawa remaja memerlukan
penghargaan kendiri daripada ibu bapanya.
Ibu bapanya yang sibuk bekerja dan tidak cukup masa bersama anak-anak mereka menyebabkan remaja ini
terpaksa mencari role model atau contoh teladan untuk diikuti, melalui watak-watak dalam televisyen, filem,
muzik, dan majalah. Kajian juga turut mendapati bahawa keadaan rumah tangga yang kucar-kacir serta sikap
kurang peduli terhadap anak-anak sebagai salah satu unsur utama yang mendorong pembentukan tingkah laku
agresif dalam kalangan generasi remaja. Di samping itu, Kosterman (1996) menyatakan bahawa faktor
keperluan diri yang tidak dipenuhi, perasaan tidak selamat di kediaman masing-masing, dan tinggal dalam
kemiskinan merupakan faktor pendorong remaja, termasuklah pelajar sekolah menengah menyertai kumpulan
gangster. Banyak kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi
gangsterisme ini sebenarnya berpunca daripada ibu bapa remaja itu sendiri yang mana kurang memberi
sokongan kepada remaja dalam membentuk kendiri mereka, runtuhnya institusi kekeluargaan, serta ibu bapa
yang tidak memainkan tanggungjawab mereka dalam memberi kasih sayang dan didikan yang sempurna buat
anak-anak mereka. Benar sekali pepatah Mesir menyatakan Dunia masa kini banyak mnghasilkan kanak-
kanak atau remaja yang tidak lagi menghormati ibu bapa. Ini adalah disebabkan oleh keributan dan
ketegangan yang melanda dalam diri remaja ketika ini.

3.4. Faktor Rakan Sebaya

Rakan sebaya merujuk kepada remaja yang sama umur ataupun sama paras kematangannya. Rakan sebaya
juga tidak kurang pentingnya dalam kehidupan seseorang remaja. Ini kerana rakan sebaya mempunyai
pengaruh yang kuat dalam membentuk sahsiah dan peribadi remaja tersebut. Rakan sebaya yang baik mampu
membentuk akhlak yang baik, begitu juga sebaliknya. Dalam situasi perilaku buli, kehadiran rakan sebaya
sebagai pemerhati secara tidak lansung membantu pembuli memperolehi kuasa, populariti dan status. Pembuli
secara tidak lansung mencapai kesedaran tentang kuasa dan menerima pengukuhan sosial melalui rakan
sebaya pada tingkah laku buli yang mereka lakukan pada mangsa. Manakala saksi ataupun mangsa buli akan
mengambil sikap berdiam diri apabila perlakuan buli ini berlaku di hadapan mata mereka. Ini adalah
disebabkan mereka beranggapan apabila mereka campur tangan ataupun memberitahu orang lain tentang
perlakuan buli yang disaksikan oleh mereka, mungkin ia bakal mengundang keburukan ke atas mereka kelak.
Maka demikian itu, perlakuan buli ini secara sewenang-wenangnya dilakukan oleh pembuli apabila perlakuan
ini dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil tindakan yang sewajarnya.
Dalam situasi gangsterisme pula menurut Pomberi et.al,.( 1991), remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-
rakan. Oleh itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Justeru itu,
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 240

remaja yang berasal daripada keluarga yang bermasalah lazimnya lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya,
yang mungkin senasib dengannya, dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh
dengan anasir-anasir jahat dan mungkin mereka turut melakukan perkara yang sama supaya diterima oleh
kumpulannya, misalnya gaya berpakaian, pertuturan, sikap dan lain-lain. Pendapat ini turut disokong oleh
pengkaji Birgham (1991), beliau menyatakan bahawa anak-anak remaja yang menyertai sebuah kumpulan
mempunyai rasa kekitaan dalam kumpulan tersebut. Dari segi emosi, mereka lebih bergantung kepada rakan
sebaya. Oleh itu, apa-apa yang dilakukannya akan cepat disanjungi, dan mengharapkan juga sebahagiaan
pujian dan penghargaan tersebut daripada ibu bapa mereka sendiri. Tuntasnya, rakan sebaya memainkan
peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Selain daripada ibu bapa, rakan sebaya juga
merupakan tulang belakang bagi remaja tersebut dalam pembentukan personaliti, tingkah laku, kognitif dan
lain-lain.

3.5. Faktor Media Massa

Faktor yang berikutnya ialah peranan media massa sama ada media cetak dan eletronik selaku pendidik
masyarakat. Kajian lepas mendapati bahawa pada peringkat umur kanak-kanak dan remaja ini, secara
umumnya mereka gemar menonton paparan aksi dan tingkah laku ganas yang sering dipaparkan di kaca
televisyen dan media-media elektronik yang mana sekaligus menyumbang kepada tingkah laku ganas di
kalangan mereka. Wartella (1978) menjelaskan bahawa pengaruh dan kesan media terhadap kanak-kanak dan
remaja didapati berbeza-beza mengikut perkembangan pembesaran kanak-kanak tersebut. Pendedahan kepada
filem jenayah dan gangster juga boleh menyebabkan perubahan kepada tingkah laku sosial dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja (Murray, 1997). Selain itu, pengkaji lepas turut menyatakan bahawa era teknologi
maklumat sebenarnya menyumbang kepada pelbagai masalah sosial di kalangan remaja. Penggunaan internet
umpamanya telah menyebabkan beraneka maklumat sampai kepada pengguna tanpa dapat dikawal atau
ditapis. Lantaran itu, ia boleh disalahgunakan oleh remaja untuk tujuan yang tidak baik. Hujah ini disokong
berdasarkan daripada tinjauan yang dibuat oleh Tinjauan Penyelidikan Princeton (1997) mendapati bahawa
pengaruh komputer dan internet terhadap tingkah laku gangsterisme bergantung kepada individu itu sendiri.
Sekiranya penggunaan internet digunakan dengan cara baik, maka faedahnya menguntungkan. Sebaliknya
jika sekiranya salah penggunaannya, pasti memudaratkan remaja atau kanak-kanak itu sendiri.

4. Strategi Menangani Perlakuan Buli Dan Gangsterisme

Batsche dan Knoff (1994) mencadangkan beberapa strategi untuk menangani masalah tingkah laku
buli di sekolah. Cadangan yang dikemukakan termasuk:
i. Menyediakan fakta tentang perlakuan buli kepada para pelajar.
ii. Menghapuskan kepercayaan tentang tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar.
iii. Menjalankan penilaian terhadap kes-kes buli di sekolah
iv. Membentuk kod tingkah laku pelajar.
v. Menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa buli dan pembuli.
vi. Melibatkan ibu bapa dalam program intervensi.
vii. Mengimplimentasikan strategi-strategi intervensi, khusus kepada pelajar yang agresif.
viii. Memperkemaskan lagi sistem penilaian dan akauntabiliti.

Sekolah mempunyai peranan yang amat besar dalam mencegah dan mengawal perlakuan buli di kalangan
remaja. Sudah menjadi satu kelaziman bagi pihak sekolah dalam memastikan keselamatan pelajar berada pada
tahap yang paling tinggi. Oleh yang demikian, bagi mencapai matlamat tersebut pihak sekolah perlu
mengambil inisiatif dengan mengurangkan dan menghapuskan gejala perlakuan buli di kalangan pelajar di
dalam dan di luar kawasan sekolah. Di samping itu, pihak sekolah perlu mencegah akan kewujudan mahupun
sebarang perkembangan masalah yang berkaitan dengan gejala perlakuan buli di sekolah. Seterusnya ialah
pihak sekolah juga perlu mewujudkan hubungan dan interaksi yang sihat di kalangan pelajar. Namun begitu
sebelum usaha-usaha ini dijalankan, pihak guru terutamanya perlu sedar dan lebih peka terhadap kewujudan
serta tanda-tanda awal masalah perlakuan buli dan gangsterisme di sekolah mereka.
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 241

Adam dan Norton (1996) telah mencadangkan dalam kajian mereka bahawa sebelum sesuatu
program intervensi dijalankan, tiga kriteria berikut perlu dipertimbangkan, iaitu menekankan pengajaran
tingkah laku prososial bagi menggantikan tingkah laku sosial, berdasarkan prinsip-prinsip tingkah laku
gangster, dan disokong dengan penyelidikan. Manakala Lal et al,.(1993) menyarankan pihak sekolah supaya
mendokumentasikan kegiatan gangster. Pengesanan ini memerlukan teknik tertentu, iaitu teknik pengawasan,
penyiasatan, dan pendokumentasian. Teknik pengawasan memerlukan perkara-perkara berikut, antaranya:
i. Lokasi pelajar suka berkumpul atau melepak.
ii. Tanda-tanda graffiti di lokasi tersebut.
iii. Cara pergerakan.
iv. Perlakuan ganjil individu-individu yang menjadi gangster.
v. Bukti seperti lencana yang dipakai.
vi. Tanda fizikal yang sebahagian besarnya tanda yang kekal, misalnya tatu.

Di samping itu, program pemulihan bagi pelajar yang terlibat dengan kegiatan gangster juga boleh
dijalankan menerusi sistem mentor. Sistem ini bertujuan pelajar yang dikenal pasti terlibat dengan aktiviti
gangster, diletakkan di bawah pengawasan dan pemantauan seorang guru sebagai mentor. Peranan mentor
ialah memantau, mengawasi, dan memberi khidmat nasihat serta bimbingan kepada pelajar di bawah
jagaannya. Mentor juga perlu menyediakan program atau aktiviti bagi meningkatkan disiplin dan keyakinan
diri pelajar di bawah seliaan mereka. ( Azizi Yahya, 2007). Hasilnya pelajar yang berjaya dipulihkan, boleh
diserap dan dilatih sebagai pembimbing rakan sebaya. Mereka boleh memberikan khidmat kepada kawan-
kawan mereka yang sama-sama terlibat dalam kegiatan gangsterisme.

5. Cadangan

Justeru, pelbagai langkah serta strategi perlu diambil bagi menangani masalah buli ini berlaku lebih serius
di kalangan pelajar sekolah. Namun begitu dalam usaha menangani kelodak ini merebak lebih luas lagi dalam
kelompok pelajar, memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutama pihak ibu bapa dan juga sekolah.
Langkah pertama yang perlu dilaksanakan di peringkat sekolah ialah sekolah perlu mendapatkan maklumat
tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal.
Langkah seterusnya dengan mengenakan peraturan berkaitan dengan kes buli. Ini bukan sahaja dilakukan
dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar
untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
mencegah perlakuan buli dalam kalangan pelajar di sekolah menengah melalui perbincangan dalam mesyuarat
PIBG. Langkah ini juga dapat mempertingkat kesedaran pihak ibu bapa tentang masalah buli di sekolah.
Bagi peringkat kelas pula, satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli perlu
diwujudkan. Menurut Azizi Yahya (2007) peraturan tersebut hendaklah menyenaraikan semua tingkah laku
yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (fizikal atau psikologi), dan apa pula hukuman yang akan diterima
jika ditangkap atau dilapor melakukannya. Manakala bagi peringkat individu pula ia melibatkan pembuli dan
mangsa buli. Justeru, sesi perbincangan perlu diadakan di kalangan jawatankuasa penyelaras antibuli bagi
usaha menyelesaikan masalah buli bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, malahan termasuk juga ibu
bapa atau penjaga mereka. Di samping, guru kaunseling juga perlu memainkan peranan dengan mengadakan
sesi peranan tingkah laku empatik atau tidak agresif dengan pembuli.

6. Kesimpulan

Pada keseluruhannya, gejala perlakuan buli dan gangsterisme ini boleh ditangani dengan baik sekiranya
mendapat sokongan daripada semua pihak sama ada sekolah, ibu bapa mahupun masyarakat. Setiap individu
perlu memainkan peranan mereka masing-masing dalam membendung gejala ini menjadi semakin berleluasa
dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Tiada istilah jaga tepi kain sendiri seandainya kita mahu melihat
generasi muda kita mampu memiliki peribadi dan sahsiah yang mulia serta mampu mengubah masa depan
negara ke arah yang lebih baik. Maka sudah sampai masanya pihak yang bertanggungjawab perlu memikirkan
dengan lebih serius masalah buli dan gangsterisme, dan cuba mencari jalan bagaimana untuk menangani
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 242

masalah ini daripada terus berlaku. Peranan institusi kekeluargaan juga patut memainkan peranan yang
penting untuk membendung gejala yang tidak sihat di kalangan generasi muda yang merupakan pewaris
bangsa.
Justeru, tugas mendidik dan membentuk generasi muda bukanlah tugas yang mudah dan perlu dipandang
ringan. Ia adalah tugas yang melibatkan proses berterusan yang mencabar dan rumit serta memerlukan
ketekunan dan kesabaran dalam pelaksanaannya. Proses ini sewajarnya melibatkan semua pihak termasuk
kerajaan, masyarakat, ibu bapa dan para pendidik. Setiap pihak menyumbang kepada peranan dan
tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju generasi ini.

Rujukan

Amnah Aris. ( 2016) . Personaliti Devian Pelajar Mengikut Perpektif Teori Psikionalisis dan Humanistik. Universiti Pendidikan Sultan
Idris Tanjung Malim, Perak
Azizi Yahaya, Jamaluddin Ramli, Abdul Latif Ahmad & Zurhana Muhamad (2007). Buli.Universiti Teknologi Malaysia, Johor
Azizi Yahaya, Sharin Hashim, Yusof Boon, Zurhana Muhamad. Tip Menangani Buli Di Sekolah. (2008).PTS Profesional, Publishing
Sdn Bhd.
Batche, G.M. dan H.M. Knoff. 1994. Bullies and Their Victims: Understanding a Pervasive Problem in the School. School Psychology
Review.23:165-174.
Chua Yan Piaw, 2011. Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1. The McGraw-Hill companies.
Frankel, Jack R. And Norman E> Wallen. (2006). How To Design and Evaluate in Research.New York: The Mc Graw-Hill
Companies,Inc.
Hashim Ismail. (2001). Tingkah Laku Dan Hubungannya Dengan Harga Diri Pelajar Di Empat Buah Sekolah Menengah Harian Daerah
Kuala Muda Yan, Kedah. Universiti Utara Malaysia.
Khalim dan Wan Zulkefli . (2009). Pendekatan Islam dalam Menangani Disiplin Pelajar Tegar Dalam Kalangan Pelajar Sekolah: Satu
kajian Kes. Universiti Teknologi Malaysia
Maslow, A. H. (1968). Toward a psychology of being (2nd ed.). New York: Van Nostrand
Mohd Afif Yahya. ( 2013) . Keterlibatan Remaja dalam Lumba Haram Di Daerah Larut Dan Matang, Perak: Kajian daripada Perspektif
Pembangunan Insan. Universiti Malaya
Rohana, Nasir dan Fatimah Omar (2006) . Kesaejahteraan Manusia : Perspektif Psikiologi , Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Rohaya Hashim. (2013). Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah: Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri. Jurnal Kemanusiaan
Bil. 18. Universiti Teknologi Malaysia. ISSN :1675-1930
R Rogers, C.R. (1951). Client Centered Theraphy, Boston: Houghton Mifflin.einhold.
Sampson, R.J. and Laub J.H. (1990). Crime and Deviance over the life course The salience of adult social bond. American Sociological
Review, 55(10) : 609-627.

You might also like