Kertas Kerja Program Kemerdekaan 2017

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA

TAMAN PANTAI PUTRA

43950 SUNGAI PELEK

SELANGOR

KERTAS KERJA

PROGRAM SEHATI SEJIWA


NEGARAKU MERDEKA

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN SENI

Tarikh :SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN

Tempat : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA


Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra
Taman Pantai Putra
43950 Sungai Pelek
Selangor Darul Ehsan

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
Taman Pantai Putra,
43950 Sungai Pelek,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh: 17 OGOS 2017

Tuan/Puan

Memohon Kelulusan untuk Mengadakan Program Sehati Sejiwa Negaraku Merdeka


Merujuk perkara di atas, saya Christie Minda Anak Rekey selaku Guru Internship mewakili
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual, Puan Norhayati Binti Zainal ingin memohon kebenaran
untuk menjalankan Program Sehati Sejiwa Negaraku Merdeka bagi tujuan pemarkahan projek
internship saya.

2. Sehubungan itu, butiran lanjut mengenai program tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : Sepanjang Bulan Kemerdekaan


Tempat :Sekolah kebangsaan Taman pantai Sepang Putra

3. Pertimbangan dan kebenaran daripada pihak Tuan / Puan amat dihargai dan didahului
dengan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Disediakan oleh,

( CHRISTIE MINDA ANAK REKEY )


Setiausaha
Projek Pameran Pendidkan Seni
Yang menjalankan tugas,

( PN NORHAYATI BINTI ZAINAL)


KETUA PANITIA PENDIDKAN SENI VISUAL,
SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA
1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru
permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai
projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar
bilik darjah.

Pertandingan mewarna bertemakan Kemerdekaan merupakan salah satu


medium bagi para guru untuk memberi kesedaran dan menanam semangat patriotisme
dalam kalangan murid-murid sempena bulan Kemerdekaan ini. Pertandingan mewarna
ini turut memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan kemahiran motor
halus dan kasar mereka menjadi lebih baik. Pertandingan ini akan sempena minggu
bulan kemerdekaan bagi murid Tahap 1 dan Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Taman
Pantai Sepang Putra.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan Kemerdekaan bagi


memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara di samping mencungkil bakat
terpendam murid-murid dalam bidang seni. Selain itu, guru dapat mengenal pasti
potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik Sekolah Kebangsaan di
peringkat yang lebih tinggi misalnya pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan
daerah.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Menanam semangat patriotisme dan rasa kesyukuran dalam jiwa murid.
3.2 Mengenalpasti murid yang mempunyai bakat dalam bidang seni (mewarna) dan
mengetengahkan bakat mereka.
3.3 Meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar murid-murid menjadi lebih baik
terutama dalam menghasilkan tulisan berangkai.
3.4 Mendedahkan cara pengurusan sesuatu program berunsur akademik kepada
guru pelatih.

4.0 KUMPULAN SASARAN DAN PENGLIBATAN


i. Murid Tahap 1
ii. Murid Tahun 6
iii. Guru kelas.

5.0 TEMPAT.
Kelas.

6.0 TARIKH/ HARI:


Sepanjang bulan kemerdekaan.

7.0 MASA.
Semasa waktu PdP Seni dijalankan.

8.0 JENIS PERTANDINGAN YANG DIADAKAN

TAHAP 1 TAHAP 2
TAHUN 1 TAHUN 6
Pertandingan Menulis Tulisan Berangkai Pertandingan Melukis Poster
Pertandingan Pakaian Beragam
TAHUN 2
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Pakaian Beragam
TAHUN 3
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Pakaian Beragam

9.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN.

Hadiah Pertandingan Tahap 1

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH


DIPERLUKAN HARGA(RM)
1 Hadiah Pertama 10.00 12 120.00
2 Hadiah Kedua 9.00 12 108.00
3 Hadiah Ketiga 8.00 12 96.00
4 Hadiah Keempat 7.00 12 84.00
5 Hadiah Kelima 6.00 12 72.00
6 Hadiah Saguhati 20.00 12 240.00
(5pcs)
JUMLAH RM720
Pertandingan Menghasilkan Poster Kemerdekaan Tahap 2

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH


DIPERLUKAN HARGA(RM)
1 Hadiah Pertama 20.00 1 20.00
2 Hadiah Kedua 15.00 1 15.00
3 Hadiah Ketiga 10.00 1 10.00
4 Hadiah Keempat 8.00 1 8.00
5 Hadiah Kelima 6.00 1 6.00
6 Hadiah Saguhati 5.00 5 25.00

JUMLAH RM84
ANGGARAN JUMLAH KESELURUHAN BELANJAWAN = RM 804.00

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN MEWARNA

Penaung : Puan Yaw Suranie@Surianie Binti Asang

Penasihat : Encik Abdullah Bin Musa

Pengerusi : Puan Norhayati Binti Zainal

Setiausaha : Cik Christie Minda anak Rekey

Bendahari : Puan Kilauwati Binti Abdullah

Ahli Jawatankuasa :

i. AJK Hakim & Penilai : Puan Hjh. Khalijah Binti Ibrahim


ii. AJK Hadiah : Kesemua Guru Panitia Pendidikan Seni
10. PENUTUP

Diharapkan program Sehati Sejiwa Negaraku Merdeka Sempena Bulan


Kemerdekaan ini dapat dijayakan dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat
khususnya bagi memberi kesedaran cinta akan negara. Semoga segala pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman yang ditimba semasa berlangsungnya program ini dapat
meningkatkan kemahiran mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi dengan baik
dan berkesan sekali gus dapat mempraktikkan kemahiran ini apabila berkhidmat di
sekolah kelak.

Disediakan oleh:

...............................................................

( CHRISTIE MINDA ANAK REKEY )

Guru Pelatih,

IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai

Tarikh:

Disahkan oleh: Ulasan:

....................................................................

( NORHAYATI BINTI ZAINAL )

Ketua Panitia,

Pendidikan Seni,
SK Taman Pantai Sepang Putra.

Tarikh:

Diluluskan oleh: Ulasan:

...................................................................

( YAW SURANIE@SURIANI BTE ASANG )

Guru Besar,

SK Taman Pantai Sepang Putra,

Sepang Putra,

Selangor.

Tarikh

You might also like