Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN
Menurut lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dianggap sebagai
suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Kemudian, hasil pentaksiran itu
akan dinyatakan dalam bentuk skor yang mana skor tersebut mestilah sah dan
boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid. Dalam konteks ini,
pentaksiran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pentaksiran Formatif dan
pentaksiran Sumatif.
Tambahan pula, Yahaya (2003) berpendapat bahawa pentaksiran formatif
merupakan pentaksiran yang dilaksanakan untuk tujuan memperbaiki
pembelajaran murid manakala pentaksiran sumatif pula dilaksanakan bagi tujuan
mengetahui sejauh manakah penguasaan murid terhadap perkara yang telah
dipelajari. Manakala menurut Menurut Norsyuhadah Binti Maskan (2013), pula
pentaksiran sekolah merujuk kepada proses pengumpulan maklumat autentik
melalui pentaksiran formatif dan sumatif.
Secara rumusnya, pentaksiran di sekolah merupakan salah satu cara guru
untuk menilai tahap prestasi pelajar serta untuk mengetahui objektif-objektif
pelajaran yang telah dicapai oleh murid. Dua jenis pentaksiran telah dilaksanakan
di Malaysia iaitu pentaksiran formatif dan sumatif. Kedua-dua pentaksiran ini
mempunyai fungsi masing-masing yang bertujuan untuk meningkatkan
pencapaian murid.
2.0 FUNGSI PENTAKSIRAN FORMATIF
Menurut McMillan dalam Boon Pong Ying (2017), tujuan utama pentaksiran
Formatif adalah untuk memberikan maklumat supaya langkah pembetulan dapat
dibuat semasa pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran murid. Hal ini
bermaksud, pentaksiran ini dapat memberi maklum balas kepada guru tentang
pengajaran sama ada perlu mengubah suai cara pengajaran atau menambahkan
pelbagai aktiviti menarik.
Asraf Mubarak Bin Atan (2013) yang menyatakan bahawa pentaksiran formatif
turut dikenali sebagai assessment for learning di mana pentaksiran dilaksanakan
bukan setakat untuk menilai pencapaian murid sahaja, tetapi untuk merangka
langkah alternatif bagi meningkatkan pencapaian murid tersebut. Dalam konteks

1
ini murid akan mengetahui sejauh manakah penguasaan mereka terhadap isi
pelajaran yang diajarkan oleh guru mereka setelah selesai proses P&P
dilaksanakan. Manakala guru pula dapat melihat sejauh manakah anak murid
mereka dapat menguasai isi pelajaran yang diajarkan. Jika ramai murid yang tidak
mencapai skor yang memuaskan, maka guru perlu membuat refleksi dengan
menambahbaik cara atau teknik pengajaran.
Pentaksiran Formatif ini boleh dilakukan melalui pemerhatian guru, soal jawab
lisan, kuiz, latihan, kerja rumah serta maklum balas kepada murid. Skop untuk
pentaksiran jenis ini tidak menyeluruh namun hanya terhad kepada sesuatu tajuk/
subtajuk atau kemahiran yang sedang dipelajari dan pentaksiran ini perlu
dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh
dalam pengajaran bahasa Melayu, bagi kemahiran membaca, guru melaksanakan
aktiviti teater membaca bagi menguji nada, intonasi dan sebutan. Kemudian,
semasa aktiviti itu berlangsung guru perlu mencatat kelebihan serta kekurangan
yang ada pada murid tersebut supaya guru dapat membetulkan kesilapan dan
meningkatkan prestasi murid tersebut. Hal ini amat dipersetujui oleh Varatharaj,
R. (2015) yang berpendapat bahawa pentaksiran formatif bertujuan untuk
mengenal pasti tahap pembelajaran dan kelemahan murid seterusnya
melaksanakan penambahbaikan.
Pentaksiran Formstif bukan sahaja menumpukan kepada membuat ujian,
memeriksa, merekod skor dan sebagainya, malah apa yang lebih penting ialah
melihat perkembangan pembelajaran murid dan memberikan maklum balas yang
berterusan kepada murid serta sesiapa sahaja yang memerlukan maklum balas
seperti ibu bapa dan penjaga, pihak pengurusan sekolah atau pihak pemegang
amanah yang lain.
3.0 FUNGSI PENTAKSIRAN SUMATIF
Pentaksiran Sumatif dilaksanakan untuk guru membuat pertimbangan tentang
tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dengan menggunakan maklumat
yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Pentaksiran Sumatif
dijalankan pada akhir penggal, semester, kursus, dan ianya juga dikenali sebagai
pentaksiran konvensional. Menurut Mc Millan dalam Boon Poon Ying (2017),
tujuan Pentaksiran Sumatif dijalankan adalah untuk mendokumenkan prestasi
murid pada akhir sesuatu pengajaran. Maksudnya, pentaksiran ini mengukur
pencapaian murid dalam bentuk kualitatif terhadap objektif pengajaran dalam

2
sesuatu tempoh yang diperlukan. Sebagai contoh, dalam tempoh lima atau enam
bulan, murid akan dinilai dengan menduduki peperiksaan secara formal bagi
menilai tahap penguasaan murid terhadap objektif pembelajaran yang telah
dipelajarinya.
Pentaksiran Sumatif dilaksanakan berdasarkan soalan yang dibina oleh guru
serta penilaian guru terhadap prestasi murid berdasarkan bentuk tugasan yang
diberikan seperti peperiksaan akhir tahun, ujian penggal, laporan makmal,
pembetangan lisan serta portfolio.
Tambahan lagi, pentaksiran ini juga bertujuan untuk menentukan gred murid-
murid melalui penggredan berdasarkan skor yang diperolehi murid dan kemudian,
murid itu akan dikeluarkan sijilnya berdasarkan gred yang diperoleh. Hal ini turut
dipersetuji Yahaya (2003) bahawa pelaksanaan pentaksiran sumatif bertujuan
untuk membuat penilaian tentang penguasaan murid terhadap perkara yang telah
diajarkan untuk bulan atau penggal tersebut secara keseluruhan. Pentaksiran ini
dikenali sebagai assessment of learning di mana pentaksiran dilaksanakan untuk
menilai dan memberikan gred berdasarkan tahap penguasaan murid.Ianya
dinamakan sebagai pensijilan. Hal ini biasa dilakukan dalam peperiksaan awam
seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan peperiksaan-peperiksaan yang lain.
Seterusnya, Hoy, C. & Gregg, N. (1994) turut berpendapat bahawa
pentaksiran seharusnya dapat membantu murid menentukan hala tuju dan
penempatan pengajian untuk menjamin masa depan akademik seseorang murid.
Contohnya, jika seseorang murid itu memperoleh pencapaian yang cemerlang
dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, maka ia berkemungkinan akan diterima
masuk ke Sekolah Berprestasi Tinggi manakala murid yang gagal akan
berkemungkinan masuk kelas peralihan atau ke sekolah harian biasa.
Dalam konteks ini juga, pentaksiran ini mampu juga memberikan maklumat
berkaitan kelemahan murid melalui analisis yang dilakukan ke atas item-item ujian
yang gagal dijawab murid. Analisis sedemikian dapat memberikan maklum balas
bagi menambah baik pengajaran dan pembelajaran di samping dapat menilai
keberkesanan kaedah pengajaran guru.

3
4.0 PERBANDINGAN ANTARA PENTAKSIRAN FORMATIF DAN PENTAKSIRAN
SUMATIF
Antara perbezaan paling ketara yang boleh dilihat ialah waktu pelaksanaannya.
Menurut Rasidayanty Binti Saion (2014) menyatakan bahawa pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Maksudnya,
pentaksiran formatif boleh dilakukan semasa proses P&P dijalankan dan bukan hanya
setelah tamat sesuatu proses P&P. Guru biasanya banyak keliru di situ dan mereka
akan lebih cenderung untuk melaksanakan pentaksiran setelah tamat proses P&P.
Berbeza pula dengan pentaksiran sumatif. Pentaksiran sumatif hanya boleh
dijalankan sekali sahaja untuk setiap penggal. Ringkasnya, pentaksiran formatif boleh
dilaksanakan sejurus selesainya sesuatu unit pembelajaran kecil manakala
pentaksiran sumatif hanya boleh dilaksanakan pada akhir penggal.
Selain itu, P. & Russell, M. (2011) menyatakan bahawa pentaksiran formatif
dijalankan untuk memantau dan membimbing proses pembelajaran yang masih
berada dalam peringkat pelaksanaan. Hal ini amat bersesuaian dalam konteks
peranan dan tujuan pelaksanaan. Hal ini boleh dilihat pada tujuan pentaksiran formatif
yang mana ia bertujuan untuk melihat sejauh mana murid menguasai topik atau isi
pelajaran yang telah diajar beberapa ketika yang lalu. Berdasarkan keputusan yang
diperoleh itu, guru akan menilai dan akan membuat penambahbaikan terhadap teknik
pengajarannya supaya murid dapat menguasai objektif pelajaran yang diajar. Berbeza
pula dengan pentaksiran sumatif yang mana ianya lebih menekankan kepada guru
yang gred itu berfungsi untuk menentukan haluan masa depan murid. Sebagai contoh,
jika murid mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan konvensional seperti
Sijil Pelajaran Malaysia, maka dia akan dapat pelbagai tawaran sambung belajar ke
peringkat yang lebih tinggi serta akan memperoleh biasiswa yang mampu
menampung kos perbelanjaan pendidikan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa peranan
atau fungsi antara dua jenis pentaksiran ini adalah sangat berbeza.
5.0 ISU PENTASKIRAN FOMATIF DAN SUMATIF
Yaakop Ederis (2002) menyatakan bahawa ketidaksediaan guru dalam melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ketidaksediaan tersebut telah membawa kepada
isu-isu lain seperti kesahan, kebolehpercayaan, pentadbiran, pemantauan dan
sebagainya. Tan, A.M (2010) telah membuktikan bahawa guru memberikan gred baik
dengan sewenang-wenangnya kepada murid yang tidak selaras dengan tahap
pencapaiannya. Tindakan tersebut telah memberi impak yang tidak baik kepada murid

4
itu sendiri kerana sampai bila pun murid itu tidak mampu meningkatkan tahap
penguasaannya terhadap sesuatu pelajaran.

6.0 CONTOH-CONTOH SOALAN


6.1 ITEM ANEKA PILIHAN (Tahun 3)
1. Pemuda itu bertungkus lumus____________ air yang memasuki
perahunya akibat hujan lebat.
a. Menuang
b. Menimba
c. Mengepam
d. Menyimbah
Soalan 2
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
2. Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling
lama berkhidmat.
a. Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat ialah Tun Dr.
Mahathir
b. Tun Dr Mahathir ialah pemimpin yang paling lama
c. Tun Dr Mahathir merupakan pemimpin yang paling lama
berkhidmat sebagai Perdana Menteri di Malaysia.
Tun Dr Mahathir pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri
Malaysia.
Skema Jawapan
1. Pemuda itu bertungkus lumus____________ air yang memasuki
perahunya akibat hujan lebat.
b. Menimba

2. Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling


lama berkhidmat.
a. Tun Dr Mahathir merupakan pemimpin yang paling lama
berkhidmat sebagai Perdana Menteri di Malaysia.

5
6.2 ITEM ANEKA GABUNGAN (Tahun 5)
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1. Hasil ukiran pengukir itu sangat halus.
2. Rempah ratus itu ditumbuk sehingga halus.
3. Kewujudan makhluk halus itu menakutkan penduduk.
4. Gadis itu sangat bersopan santun dan halus budi pekertinya.
A. I dan II B. III dan IV C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

2. Pilih ayat-ayat yang betul


1. Encik Yusri menemui seutas jam tangan di dalam lacinya
sebentar tadi.
2. Mesin kira digunakan untuk memudahkan proses kira-
mengira.
3. Stephen menerima arahan dari Unit Disiplin sekolahnya pagi
tadi.
4. Kerana hujan lebat, perlawanan akhir bola sepak itu
ditangguhkan.
A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

Skema Jawapan
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
D. I, II, III dan IV

2. Pilih ayat-ayat yang betul.


I. Encik Yusri menemui seutas jam tangan di dalam lacinya
sebentar tadi.
II. Mesin kira digunakan untuk memudahkan proses kira-
mengira.
A. I dan II

6
6.3 ITEM BENAR PALSU ATAU BETUL - SALAH

1. Tuliskan betul pada pernyataan yang betul, dan salah pada pernyataan
yang salah

Bil Pernyataan Jawapan


1 Mikroorganisma merupakan benda hidup.
2 Manusia mampu melihat mikroorganisma dengan
menggunakan mata kasar
3 Ikan paus merupakan haiwan mamalia
4 Tenaga kinetik boleh dikitar semula

2. Tandakan () pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang
salah.
Bil Pernyataan Jawapan
1 Kelawar merupakan haiwan reptilia.
2 Semua bakteria adalah bahaya
3 Pokok Semalu bertindak balas dengan sentuhan
4 Biji benih tidak memerlukan cahaya untuk hidup

Skema Jawapan
Soalan 1
1. Betul
2. Salah
3. Betul
4. Betul
Soalan 2
1.
2. x
3.
4.

7
6.4 ITEM PADANAN (Tahun 1)

1. Suaikan gambar dengan perkataan yang betul.

kasut

pokok

ayah

itik

8
5

lampu

2. Padankan suku kata dengan betul

ku
pa

su
sa

2
tu
ba

ju
ke

3
ju
da

du
ba

ko ko

te bu

9
5

la bu

ra ci

Skema Jawapan
1. Suaikan gambar dengan perkataan yang betul.

kasut

pokok

ayah

itik

10
5

lampu

2. Padankan suku kata dengan betul

ku
pa

su
sa

2
ba tu

ke ju

3
ju
da

du
ba

11
4

ko ko

te bu

la bu

ra ci

6.5 ISI TEMPAT KOSONG

1. Pilih suku kata dibawah dan lengkapkan perkataan berdasarkan gambar.

1 2 3

a i i

4 5

u e

tik kan nam lar dik


12
2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

makan kereta bulat

biru cantik

1. Ali suka _______________ nasi.

2. Ayah beli _______________ baru.

3. Kereta itu warna _____________.

4. Rumah itu _______________.

5. Bola itu ___________________.

Skema Jawapan

1. Pilih suku kata dibawah dan lengkapkan perkataan berdasarkan


gambar.
1. A dik
2. I kan
3. I tik
4. U lar
5. E nam

2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.


1. Ali suka makan nasi.
2. Ayah beli kereta baru.

13
3. Kereta itu warna biru.
4. Rumah itu cantik.
5. Bola itu bulat.

6.6 ISI TEMPAT KOSONG (jawapan pendek)

1. Lengkapkan ayat dengan kata kerja yang betul.

1. Razif______________ roti sebelum ke


sekolah.

2. Siti_____________ ketika namanya dipanggil


oleh Cikgu Zubaidah.

3. Sarah____________ dua kali sehari.

4. Adik mengelap kaki sebelum__________ ke


dalam rumah.

2. Lengkapkan ayat dengan kata hubung yang sesuai.

14
Ayah membeli roti _____________ surat khabar.

Kamala tidak pergi ke sekolah ___________ demam.

Nenek saya sudah tua _______________ tenaganya


masih kuat.

Adik terjatuh dari basikal _________________ menangis.

Kakak makan nasi _______________ menonton


televisyen.

15
Skema Jawapan
1. Lengkapkan ayat dengan kata kerja yang betul.
1. Razif makan roti sebelum ke sekolah.
2. Siti bangun / berdiri ketika namanya dipanggil oleh Cikgu Zubaidah.
3. Sarah mandi dua kali sehari.
4. Adik mengelap kaki sebelum masuk ke dalam rumah.
2. lengkapkan ayat dengan kata hubung yang sesuai.
1. Ayah membeli roti dan surat khabar.
2. Kamala tidak pergi ke sekolah kerana demam.
3. Nenek saya sudah tua namun/ tetapi tenaganya masih kuat.
4. Adik terjatuh dari basikal lalu menangis.
5. Kakak makan nasi sambil menonton televisyen.

6.7 OBJEKTIF BERGRED (Tahun 6)

a) Senaraikan dua sebab berlakunya pencemaran air di Malaysia.


i. ___________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________

b) Pada pendapat bagaimanakah caranya untuk mencegah daripada berlakunya


pencemaran air di Malaysia.
i. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________
___________________________________________________________

Rubrik Jawapan

a)
i. Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai.
ii. Pembuangan sampah sarap merata-rata di tepi pantai
iii. Kesan daripada tanah runtuh.
iv. Pembuangan sampah ke dalam sungai.
v. Tumpahan minyak di laut.
vi. Mana-mana yang berkaitan

b)
i. Mengadakan kempen kesedaran tentang menjaga alam sekitar.

16
ii. Mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membuang sisa di
dalam sungai / laut.
iii. Menasihati rakan-rakan supaya tidak membuang sampah merata-rata
iv. Mana-mana yang berkaitan.

17
TUGASAN 2
1.0 PENGIRAAN MIN, MOD, MEDIAN
1.1 Ujian Sains
I. Min

=
85+89+50+49+23+30
= 6
326
= 6

= 54.3
II. Mod
Susunan skor secara menarik iaitu 23, 30, 49, 50, 85, 89
Taburan skor tidak mempunyai mod kerana ia tidak mempunyai kekerapan
skor yang wujud.

III. Median
Susunan adalah secara menarik iaitu 23, 30, 49, 50, 85, 89
49+50
Jadi Median bersamaan = 49.5
2

IV. Sisihan Piawai


Murid Skor X ( ) ( )
Hadi 85 85 - 54.3 = 30.7 (30.7)2 = 942.49
Hikmah 89 89 - 54.3 = 34.7 (34.7)2 = 1204.09
Lee 50 50 - 54.3 = - 4.3 (4.3)2 = 18.49
Mary 49 49 - 54.3 = - 5.3 (5.3)2 = 28.09
Hilmy 23 23 - 54.3 = - 31.3 (31.3)2 = 976.69
Jimmy 30 30 - 54.3 = - 24.3 (24.3)2 = 590.49
N=6 ( ) = 3760.34

( )
=

3760.34
= 6

= 626.72 = 25.0

18
1.2 Ujian Bahasa Inggeris
I. Min

=
34+55+50+50+53+60
= 6
302
= 6

= 50.3

II. Mod
Susunan skor secara menaik adalah 34, 50, 50, 53, 55, 60
Jadi Mod bagi ujian Bahasa Inggeris ialah 50

III. Median
Susunan skor secara menaik adalah 34, 50, 50, 53, 55, 60
50+53
Median = 2

= 51.5
IV. Sisihan Piawai
Murid Skor X ( ) ( )
Hadi 34 34 - 50.3 = - 16.3 (16.3)2 = 265.69
Hikmah 55 55 - 50.3 = 4.7 (4.7)2 = 22.09
Lee 50 50 - 50.3 = - 0.3 (0.3)2 = 0.09
Mary 50 50 - 50.3 = - 0.3 (0.3)2 = 0.09
Hilmy 53 53 - 50.3 = 2.7 (2.7)2 = 7.29
Jimmy 60 60 - 50.3 = 9.7 (9.7)2 = 94.09
N=6 ( ) = 389.34

( )
=

389.34
= 6

= 64.89
= 8.1

19
Rumusan
Ciri-ciri Sains Bahasa Inggeris
Min 54.3 50.3
Mod Tiada 50
Median 49.5 51.5
Sisihan Piawai 25.0 8.1

2.0 PENGIRAAN SKOR-T


2.1 PENGIRAAN UJIAN SAINS
Murid Lee
Markah / x 50
()
Skor - z = =

85+89+50+49+23+30
= 6
326
= 6

= 54.3

( )
=

3760.34
= 6

= 626.72
= 25.0

(5054.3)
Skor - z = 25.0
( 4.3)
= 25.0

= - 0.2
Skor - t = 50 +10z kor - t = 50 + 10(-0.2)
= 48

20
2.2 Pengiraan Ujian Bahasa Inggeris
Murid Lee
Markah / x 50
()
Skor - z = =

34+55+50+50+53+60
= 6
302
= 6

= 50.3

( )
=

389.34
= 6

= 64.89
= 8.1

(5050.3)
Skor - z =
8.1
( 0.3)
= 8.1

= 0.0
Skor - t = 50 +10z Skor - t = 50 + 10(0.0)
= 50

3.0 Pentafsiran Skor T


Mata x Skor - Z Skor - T
Pelajaran
Sains 50 54.3 25.0 - 0.2 48
Bahasa
Inggeris 50 50.3 8.1 0.0 50

Berdasarkan pada jadual di atas, Lee mempunyai pencapaian yang lebih baik dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris berbanding dengan mata pelajaran Sains walaupun
markah bagi kedua-dua mata pelajaran itu sama. Hal ini kerana, skor T yang
diperoleh berdasarkan pencapaian dalam mata pelajaran bahasa Inggeris adalah

21
lebih tinggi daripada mata pelajaran sains yang mana perbezaannya hanyalah 2
markah. Dalam hal ini juga, nilai sisihan piawai juga turut memberi kesan dalam
menentukan pencapaian Lee. Jika dilihat kembali, nilai sisihan piawai bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris adalah lebih kecil berbanding dengan mata pelajaran
Sains. Hal ini adalah disebabkan taburan markah bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris tidak sebesar taburan markah bagi mata pelajaran Sains. Kesimpulannya,
pencapaian Lee dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah lebih baik berbanding
dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sains kerana nilai skor-T Bahasa Inggeris
yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran Sains

22

You might also like