Sejarah PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 75

SMK SEMERAH PADI

JALAN DEPO , KUCHING

FOLIO SEJARAH

NAMA : ZURFARINA FARAHIN


BINTI JAMHARI
NO.IC : 920202-13-5736
KELAS : 4 AMANAH
GURU MATAPELAJARAN :
ABG ARIF

ISI KANDUNGAN

1
BAB1 Kemunculan Tamadun Awal Manusiam.s 1 15

BAB2 Peningkatan Tamadunm.s 15 - 24

BAB3 Tamadun Awal Asia Tenggaram.s 24 - 32

BAB4 Kemunculan Tamadun Islam Dan


Perkembangannya Di Makkahm.s 32 - 39

BAB5 Kerajaan Islam Di Madinahm.s 40 - 46

BAB6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya


m.s 46 - 53

BAB7 Islam Di Asia Tenggaram.s 46 - 53

BAB8 Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia


Sebelum Kedatangan Baratm.s 53 - 57

BAB9 Perkembangan Di Eropahm.s 57 - 62

BAB10 Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi


Negaram.s 69 - 75

2
BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL
MANUSIA

1.1 Pengenalan

3
1. Bagaimanakah masyarakat prasejarah berubah
daripada Zaman Mesolitik kepada Zamana Neolitik?

Manusia pada zaman Mesolitik , hidup secara nomad , iaitu


berpindah randah. Mereka tinggal samada di kawasan tepi
tasik , tepi sungai atau di dalam gua dan hidup dalam
kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Apabila mereka
menyedari kesukaran hidup berpindah randah dan keperluan
hidup beramai-ramai. Mereka mula hidup menetap dalam
kelompok yang besar , iaitu masyarakat. Pada Zaman
Mesolitik juga , mereka menyara hidup dengan memungut
hasil hutan , memburu binatang serta menangkap ikan. Akiviti
yang membezakannya dengan Zaman Neolitik ialah mereka
mula menternak binatang. Disamping itu , manusia Zaman
Mesolitik juga mencipta alat-alat batu. Mereka lebih
mementingkan fungsi daripada nilai estetika atau seni. Pada
Zaman Neolitik penciptaan alatan batu telah dilicinkan serta
mempunyai pelbagai fungsi dan juga bahan tenbikar.

2. Jelaskan bagaimana masyarakat pada Zaman Neolitik


menyara hidup mereka.

Masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka


dengan cara bercucuk tanam dan menternak binatang.

3. Terangkan keadaan masyarakat pada Zaman Logam.

Masyarakat pada zaman tersebut hidup menetap di sesuatu


tempat. Keupayaan mereka dalam menghasilkan bahan
makanan melebihi keperluan telah melahirkan sistem
pertukaran barang yang dikenali sebagai system barter.
Penggunaan alat daripada logam khususnya besi , telah
menyebabkan manusia pada zaman ini berjaya mereka cipta
perahu dan rumah. Dengan perahu manusia dapat menerokai
lautan dan mempertingkatkan kegiatan perdagangan
maritim.

Perdagangan ini bermula dikalangan masyarakat pesisir di


kawasan yang berdekatan dan kemudian berkembang ke
masyarakat yang jauh. Pada zaman ini jugaterdapat
petempatan besar dan kota pertahanan di sesetengah
kawasan. Petempatan tersebut kemudiannya berkembang
menjadi bandar atau kota.

4
1.2 Makna Tamadun

1.Apakah yang dimaksudkan dengan Tamadun?

Terdapat istilah arab bagi perkataan tamadun iaitu madana


yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
Perkataan daripada bahasa inggeris yang mempunyai
persamaan makna dengan tamadun alah civilization yang
berasal daripada bahasa Greek , iaitu citivas yang bermaksud
bandar. Tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban.

2.Nyatakan maksud tamadun menurut islam.

Menurut islam , tamadun merangkumi pembangunan lahiriah


dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur
tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut
pandangan Syed Naquib al-Attas , tamadun ialah pencapaian
tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh
sesebuah masyarakat.

1.3 Ciri-ciri Tamadun

1. Senaraikan ciri tamadun.

Terdapat enam ciri-ciri tamadun iaitu petempatan kekal ,


kehidupan berorganisasi , sistem pemerintahan ,
pengkhususan pekerjaan , agama dan kepercayaan ,bahasa
dan system tulisan.

2.Terangkan ciri-ciri tamadun awal manusia.

Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri


utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap
membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.
Kawasan yang dipilih untuk petempatan tetap penting untuk

5
memastikan kelangsungan bekalan makanan.

Hasil inovasi manusia kemudiannya melahirkan kemajuan


dalam pertanian , iaitu dari segi penanaman dan
penyimpanan makanan serta perternakan binatang.

Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada


sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek
sosial , ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi
ini mamapu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan
kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Pada
peringkat awal , organisasi social atau masyarakat yang
wujud adalah pada tahap yang ringkas , iaitu system
keluaraga. Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti
ekonomi telah membawa kepada proses pembahagian
masyarakat yang lebih kompleks.

Untuk mengendalikan masyarakat yang lebih besar


system pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan
pertadbiran. Kewujudan system pemerintahan membawa
kepada kelahiran sistemperundangan yang menjad panduan
kepada masyarakat demi menjagaa keamanan dan
kemakmuran sebuah tamadun.

Pembentukkan organisasi social dan politik


membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun
awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebaabkan
pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting. Keadaan ini
boleh menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik yang
secara langsung akam membawa pula kepada peningkatan
dan perkembangan ekonomi. Barangan atau produk
dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui pengkhususan dan
kepakaran kumpulan tertsebut. Ini kemudiannya akan
menghasilkan pertukaran barangan yang juga dikenali
sebagai system barter.

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang


penting dalam perkembangan tamadun. Ini adalah kerana
kedua-duanya amat berkait rapat dengan pengikhtirafan
terhadap golongan pemerintahan , pembahagian sosial
masyarakat , perkembangan ilmu pengetahuan , kesenian
dan pembinaan dalam proses pembentukkan tamadun awal.

Proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia


mencuba untuk memahami dan menyesuaikan kehidupannya
dengan alam sekeliling.

Penciptaan bahasa dan system tulisan adalah


sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam
proses pembentukan tamadun yang hasilnya dapat dilihat
sehingga hari ini. Bahasa dan tulisan memainka peranan yang

6
sangat penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan
perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara
sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Penghasilan system tulisan amat penting untuk tujuan urusan
pentadbiran seperti penyimpanan rekod , penulisan undang
undang dan hal-hal keagamaan.

3.Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting


dalam proses pembentukan tamadun?

Petempatan kekal penting dalam proses pembentukkan


tamadun kerana untuk memastikan kelangsungan bekalan
makanan.

1.4 Proses Pembentukan Tamadun

1.Senaraikan tamadun awal yang terbentuk di lembah


sungai.

Antara tamadun awal yang terbentuk di lembah sungai ialah


bagi tamadun Mesopotamia ia terletak di Lembah Sungai
Euphrarates (3500 S.M) , tamadun Mesir Purba di Lembah
Sungai Nil (3100 S.M) , tamadun Indus di Lembah Sungai Indus
di Lembah Sungai Indus (2500 S.M) dan tamadun Hwang Ho di
Lembah Sungai Hwang Ho (1800 S.M) .

2.Mengapakah tamadun awal bermula di lembah sungai?

Tamadun awal bermula di lembah sungai kerana kesuburan


tanah di sekitarnya untuk pertanian. Disamping itu ,terdapat
juga kemudahan untuk mendapatkan bekalan air , makanan ,
pengangkutan dan perhubungan.

7
1.4.1 Tamadun Mesopotamia

1.Dimanakah terbentuknya tamadun Mesopotamia?

Tamadun Mesopotamia terbentuk di antara Sungai Tigris dan


Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di
Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk
Parsi. Kawasan ini juga dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di
bahagian timur laut , dataran tinggi Arab di barat daya dan
Teluk Parsi di bahagian selatan.

2.Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan


beraja di Mesopotamia?

Raja dalam system pemerintahan beraja di Mesopotamia


berperanan sebagai ketua agama dan beliau berkuasa
melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di
zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya. Disamping
itu , beliau juga amat berkuasa dalam soal tanah , cukai , hasil
pertanian dan perniagaan.

3.Huraikan Kod Undang-Undang Hammurabi.

Kod Undang-Undang Hammurabi digubal semasa Raja


Hammurabi memerintah kerajaan Babylon. Undang-undang ini ,
bertaraskan hak rakyat terhadap keadilan. Mengikut kod ini ,
hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi
berbeza mengikut susun lapis masyarakat.

Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang


dipahat besar , oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang
tersebut. Kod Undang-Undang Hammurabi telah menjadi dasar
perundangan dalam tamadun Mesopotamia.

Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya


permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga
dikalangan susun lapis masyarakat itu ssendiri. Undang-undang
ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan
system organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.
Seterusnya , kod ini juga telah membantu peradaban
Mesopotamia untuk bertahan dalam jangka masa yang
panjang , iaitu dari tahun 3500 S.M hingga tahun 539 S.M.

8
4.Senaraikan kegunaan tulisan dalam masyarakat
Mesopotamia.

Kegunaan system tulisan dalam masyarakat Mesopotamia


ialah untuk mencatat dam merekod segala urusan
pentadbiran dan perniagaan.

1.4.2 Tamadun Mesir Purba

1.Senaraikan nama Bandar yang menjadi pusat


pemerintahan penting dalam kerajaan Mesir Purba.

Giza , Heliopolis , Memphis , Sakkara , Aswan , Thinis , Abydos


dan Thebes.

2.Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan


dan agama.

Firaun berperanan untuk menjalankan pentadbiran , menjaga


keamanan serta mengurus dan mengagihkan penghasilan
makanan di dalam Negara.

3.Terangkan fungsi tulisan hierolif.

Fungsi tulisan hierolif ialah untuk mencatatkan rekod aktiviti


pertanian dan juga pengutipan cukai. Disamping itu , tulisan
ini juga berperanan penting dalam tamadun Mesir Purba
untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

4.Jelaskan pencapaian tamadun Mesir Purba dalam


bidang perubatan.

Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah


melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status
yang tiggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat
untk firaun dan juga masyarakat . Kemajuan bidang
perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait
rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap
keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik ,
kimia, perubatan dan pembedahan memberikan
sumbanganbesar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari
ini.

9
1.4.3 Tamadun Indus

1.Bagaimanakah tamadun Indus terbentuk?

Tamadun Indus terbentuk apabila pendudk dari barat laut


India berpindah dan membina petempatan di Sungai Indus.
Petempatan kekal wujud kerana Sungai Indus yang bukan
sahaja menyediakan sumber air tetapi juga menyuburkan
tanah.

2.Apakah keistimewaan Bandar Mohenjo-Daro dan


Harappa dalam tamadun Indus?

Keistimewaan Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam


tamadun Indus ialah ia merupakan sebuah bandar terancang
dan untuk mewujudkan Bandar tersebut memerlukan
gabungan kepakaran sama ada dari sudut perletakkan
bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.

3.Nyatakan sebab-sebab masyarakat Indus dapat


membina Bandar yang terancang.

Masyarakat Indus dapat membina Bandar yang terancang


kerana mereka mengamalkan sikap keterbukaan dalam
pentadbiran mahupun bidang lain. Disamping itu , hubungan
dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesur Purba
telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh
manfaatnya samada dalam bentuk pertukaran teknologi atau
seumpamanya.

1.4.4 Tamadun Hwang Ho

1.Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang


Ho.

Dinasti Shang ,dinasti Ching dan dinasti Chou.

2.Mengapakah Dinasti Shang mengalami kejatuhan?

Dinasti Shang mengalami kejatuhan kerana pemimpin yang


dilantik untuk memimpin tamadun tersebut tidak berwibawa.

10
3.Apakah fungsi tulang oracle dalam kehidupan
masyarakat tamadun Hwang Ho?

Fungsi tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun


Hwang Ho ialah untuk meramal sesuatu keadaan.

4.Nyatakan fungsi tulisan ideogram.

Fungsi tulisan ideogram ialah untuk mencatatkan rekod


aktiviti pertanian , perdagangan , cukai , urusan pentadbiran
dan kesusasteraan.

5.Nyatakan sumbangan Dinasti Shang dalam bidang


pertanian.
Sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian ialah
pembinaan sistem pengairan.

Ujian dan Penilaian

A. Soalan Objektif

1.Masyarakat tamadun awal mempunyai organisasi sosial yang


terbentuk berteraskan

I Agama

II Budaya

III Pekerjaan

IV Keturunan

A.I dan II C.I dan IV

B.I dan IV D.II dan III

2 .
sistem pemerintahan di Mesopotamia berbentuk
teokrasi kerana konsep pemerintahan beraja
bersifat ketuhanan.
11
SS

Antara yang berikut , yang manakah membuktikan kuasa raja di


Mesopotamia tidak terhad kepada hal-hal sekular sahaja?

I Raja melantik paderi

II Raja manentukan pentadbiran

rumah ibadat

III Raja mengawasi sistem tulisan.

IV Raja menguasai hasil sewa tanah yang dimiliki rumah ibadat

A. I,II dan III C. I,III dan IV

B.I,II dan IV D.II,III dan IV

3.
Di bandar Anyang , istana , rumah
golongan bangsawan dan rumah ibadat
dikelilingi oleh tembok termasuklah
bandarnya.

Apakah fungsi tembok dalam pernyataan di atas?

A . Membahagikan kawasan .

B . Memanatapkan pertahanan.

C . Memudahkan pentadbiran.

D . Menstrukturkan masyarakat.

Sungai Indus Sungai Nil

4.
Sungai Tigris Hwang Ho

12
Apakah sumbangan sungai di atas kepada ketamadunan
manusia?

A. Pelabuhan entrepot.

B. Pusat tamadun awal.

C. Penubuhan bandar terancang.

D. Pusat penyembahan tuhan.

5. Apakah alasan yang digunakan oleh pemerintah Mesir Purba


untuk membina pyramid?

A. Menunjukkan kegemilanagan

kerajaan.

B. Melambangkan kekayaan negara.

C. Membuktikan ketinggian teknologi.

D. Mendapatkan kebahagian selepas


mati.

B. Soalan Esei

1. Sebelum terciptanya tulisan , manusia tamadun awal


telah menggunakan pelbagai cara untuk menyimpan
rekod.

a. Dengan mengambil contoh tamadun awal duia ,


nyatakan jenis system tulisan yang telah dicipta.

Jenis system tulisan yang telah dicipta ialah Hieroglif

13
(tamadun Mesir Purba) , Cuneiform (tamadun Mesopotamia)
dan Ideogram (tamadun Hwang Ho).

b. Jelaskan kepentingan tulisan pada ketika itu.

Tulisan amat penting ketika itu untuk perhubungan dalam


sesebuah masyarakat , hubungan antara sesebuah
masyarakat dengan masyarakat yang lain , untuk merekod
segala urusan pentadbiran dan perniagaan serta
menyampaikan idea pemikiran manusia pada zaman dahulu.

Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai


Hadiah daripada Sungai Nil

Buktikan penyataan diatas dengan memberikan contoh-


contoh yang sesuai.

Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai Hadiah daripada


Sungai Nil kerana pada awalnya kawasan Mesir Purba adalah
sebuah kawasan yang mempunyai tanah gersang serta
berpadang pasir namun dengan adanya limpahan air Sungai Nil
ia bertukar kepada sebuah tanah dataran yang subur.
Disamping itu , dengan adanya Sungai Nil perkembangan ilmu
algebra , geometri dan astronomi yang digunakan untuk
mengawal banjir Sungai Nil semakin berkembang lalu akhirnya
Mesir Purba menjadi kerajaan teragung.

3. Pemimpin cemerlang , negara


gemilang.

Raja dianggap sebagai pemimpin berwibawa yang


menjadi pemangkin terhadap pembentukan sesebuah
tamadun. Rasionalkan pendapat ini dengan mengambil
contoh peranan raja dalam tamadun awal dunia.

Raja pada zaman tamadun awal dunia sentiasa memberi


dorongan kepada rakyatnya untuk berdagang dan berlayar
contohnya kerajaan maritim.

14
BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN

2.1 Pengenalan

1. Nyatakan ciri-ciri istimewa pemerintahan Negara kota


atau polis yang terdapat dalam tamadun Yunani.

Ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Negara kota atau polis


ialah ia memiliki corak pemerintahan dan undang-undang
tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan.

2. Jelaskan peranan majlis perbandaran dalam tamadun


Rom.

Peranan majlis perbandaran dalam tamadun Rom ialah


manjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran
pusat di Rom.

2.2 Aspek-Aspek Peningkatan Tamadun

2.2.1 Pemerintahan dan Pentadbiran

1. Nyatakan ciri-ciri sistem demokrasi yang


diperkenalkan oleh Athens.

Dalam sistem demokrasi ini terdapat Dewan Perhimpunan


dan maljis. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi
peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam
bulan sehingga setahun. Dewan Perhimpunan bersidang
sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan ini
boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan .
Segala keputusan Dewan dikendalika oleh Majlis . Ahli Majlis ,
Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan.

2. Nyatakan peranan Dewan Senat dan Dewan


Perhimpunan dalam sistem Republik dalam tamadun
Rom.

15
Dewan Senat berperanan sebagai tempat perbincangan hal-
hal pentadbiran Negara dan merangka perundangan .
Manakala Dewan Perhimpunan pula meluluskan keputusan
yang dibuat oleh Dewan Senat.

3. Nyatakan pengajaran yang boleh dicontohi daripada


Maharaja Asoka.

Pengajaran yang boleh dicontohi daripada Maharaja Asoka


ialah kita hendaklah mementingkan perpaduan , kemajuan
sosial dan kedamaian dalam mentadbir.

4. Terangkan kedudukan raja dalam sistem pentadbiran


berpusat dalam tamadun China.

Dalam sistem pentadbiran berpusat dalam tamadun China


raja ditakrifkan sebagai maharaja.

2.2.2 Perundangan

1. Nyatakan undang-undang yang diperkenalkan oleh :

(a) Tamadun Rom


-Rom pada mulanya menggunakan Hukum Kanun 12 . Pada
tahun 527 undang-undang tersebut diubah kepada Kod
Undang-undang Hammurabi.

(b) Dinasti Maurya

-Dinasti Maurya menggunakan undang-undang maharaja.

(c) Dinasti Chin

-Dinasti Chin menggunakan undang-undang yang


berteraskan legalisme.

2. Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang


berasaskan falsafah legalisme dengan prinsip undang-

16
undang berasaskan ajaran Confusius dalam tamadun
China.

Berdasarkan undang-undang legalisme , hukuman yang


dijatuhkan tidak harus wujud rasa belas kasihan . Undang-
undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira
dalam apa jua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung
tindakan liar manusia , dan dengan sebab itu raja mesti
memiliki kuasa yang utuh. Manakala ajaran Confusiuspula
menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan
menjaga keharmonian manusia serta masyrakat.

2.2.3 Perluasan Kuasa

1.Nyatakan sumbangan Alaxendar the Great dalam


perluasan empayar Yunani.

Alaxendar the Great telah menyebarkan suatu kebudayaan


yang dikenali sebagai Hellenistik. Disamping itu , beliau juga
telah menguasai banyak wilayah.

2.Senaraikan faktor yang menyebabkan Dinasti Maurya


semasa pemerintahan Chanragupta Maurya Berjaya
meluaskan kuasanya.

Dinasti Maurya Berjaya meluaskan kerana dinasti tersebut


mempunyai pasukan tentera yang besar.

2.2.4 Peningkatan Ekonomi

1.Mengapakah Athens memberikan tumpuan kepada


kegiatan ekonomi perdagangan?

Athens memberikan tumpuan kepada kegiatan ekonomi


perdagangan kerana berlakunya kekurangan bahan makanan

17
akibat kekurangan tanah untuk pertanian.

2.Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan


perusahaan pada Zaman Vedik dalam tamadun India?

Penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan pada Zaman


Vedik dalam tamadun India bertujuan untuk mengawal aktiviti
perniagaan.

3.Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap


kemajuan pertanian.

Dalam pertanian tamadun China telah memperkenalkan cara


untuk membuat batas pertanian. Sistem pengairan seperti
pembinaan terusan turut dilaksanakn untuk memperoleh sumber
air dalm pertanian terkawal.

2.2.5 Peningkatan Sosial

1.Apakah usaha-usaha oleh pemerintah Athens untuk


mengembangkan bidang pendidikan?

Pemerintah Athens amat mementingkan pendidikan ,sukan ,


muzik ,kesusasteraan , seni berpidato , membaca , menghafal
dan menulis dalam mengembankan pendidikan.

2.Apakah sumbangan Herodotus dalam bidang sejarah?

Beliau merupakan bapa sejarah dan telah menghasilkan karya


berjudul History Persian Wars.

3. Senaraikan perkembangan sains dan teknologi dalam


tamadun China dari zaman Dinasti Chin (tahun 221 S.M)
hingga zaman empayar Han (tahun 200 S.M).

Perkembangan ilmu astronomi dan ilmu perubatan.

4.Terangkan sistem sosial dalam tamadun berikut:

18
(a) Yunani

-Sosial dalam tamadun Yunani terbahagi kepada 3 golongan


iaitu warganegara , penduduk bukan warganegara dan golongan
hamba. Kumpulan pertama mempunyai hak dalam politik
Negara kota sementara golongan kedua dan ketiga tidak
memiliki hak tersebut.

(b) Rom

-Di Rom sistem sosialnya dibahagikan kepada warganegara


Rom dan bukan warganegara dan hamba. Warganegara Rom
merupakan mereka yang terdiri daripada Orang Rom dan bukan
warganegara ialah penduduk yang ditakluki.

2.3 Kemunculan Agama dan Ajaran


Utama Dunia

1. Jelaskan maksud Hukum Karma dalam agama Hindu.

Hukum Karma bermaksud kelakuan seorang manusia ketika


hidup dan kelahiran semula selepas mati.

Ujian dan Penilaian

A. Soalan Objektif

1. Pertandingan Olimpik bermula pada tahun 776


S.M. Bagi menghormati upacara Olimpik semua
orang Yunani bersetuju memberhentikan semua
peperangan sehingga pertandingan Olimpik
selesai.

Mengapakah pertandingan Olimpik Dianggap penting dalam


sejarah Yunani?

19
A. Untuk memilih jaguh olahraga.

B. Untuk memperingati Dewa Zeus.

C. Untuk menentukan kekuatan negara kota.

D. Untuk mengukuhkan hubungan

2.
Berdasarkan Hukum Karma dan Dharma
seseorang penganut Hindu akan mencapai
Moksya.

Penganut Hindu berusaha mencapai taraf moksya supaya


mereka

A. Dilahirkan semula

B. Berharmoni denngan alam

C. Bersatu dengan tuhan

D. Dilantik sebagai Brahmin

3.

Socrates (470 S.M)

Plato (427 S.M)

Aristotle (384 S.M)

Apakh persamaan tokoh di atas?

A. Memperkenalkan idea demokrasi.

B. Memperluas empayar.

C. Mencipta system tulisan.

D. Merupakan ahli falsafah.

20
4.

Seni
bina

Aqueduct

Binaan di atas adalag antara binaan termasyhur dalam sejarah


tamadun manusia. Binaan tersebut dikaitkan dengan tamadun.

A. Rom C. China
B. Yunani D. India

5. Mengapakah wujud perbezaan struktur social antara


masyarakat. Athens dengan masyarakat Sparta walaupun
kedua-duanya merupakan Negara kota dalam tamadun Yunani?

A. Wujudnya perbezaan pekerjaan .

B. Wujudnya perbezaan agama.

C. Wujudnya perbezaan bahasa.

D. Wujudnya perbezaan budaya.

B. Soalan Esei

1.
Alexander the Great Empayar
Yunani

Julius Caeser Empayar Rom

Shih Huang Ti Dinasti Chin

Asoka Dinasti Maurya

21
Senarai tokoh di atas terkenal dalam sejarah dunia
kerana sumbangan mereka dalam bidang perluasan
kuasa dan pembentukan empayar.

a. Huraikan ketokohan dan kewibawaan seorang


daripada mereka.

Alexander the Great telah berjaya meluaskan kawasan jajahan


dan akhirnya seluruh kawasan laut maditerranean jatuh di
bawah kekuasaannya. Pada zaman pemerintahannya
memperlihatkan penyebaran dan perkembangan kebudayaan
Hellenistik ke seluruh timur.

b. Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Shih


Huang Ti untuk mengukuhkan pemerintahannya.

Untuk mengukuhkan pemerintahan Shih Huang Ti telah


menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Beliau juga telah
mengarahkan pembinaan Tembok Besar China untuk
mempertahankan China dari serangan orang gasar.

2. Huraikan ciri-ciri perbezaan sistem pemerintahan dan


pentadbiran antara Yunani dengan Rom.

Pemerintahan Yunani mengalami monarki , oligarki , aristokrasi ,


diktator (tirani) dan demokrasi. Manakala bagi Rom pula
pemerintahannya bermula daripada system beraja.

3.
Kemuncak kegemilangan Dinasti Maurya
adalah

Pada zaman pemerintahan Asoka.

a. Huraikan kemunculan empayar Maurya.

22
Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga
ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya terletak di
Pataliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada
masa pemerintahan Maharaja Asoka iaitu pad tahun 273-232
S.M. Selepas Perang Kalinga , Asoka lebih menekankan
kedamaian dan kemajuan social serta menjalankan penaklukan
melalui penyabaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi
ketenteraan.

4.
Dinasti Chin dan Dinasti Han merupakan dua
buah dinasti yang terkenal dalam tamadun
China.

a. Bincangkan sumbangan Dinasti Chin dan Dinasti Han


dalam bidang falsafah dan pendidikan.

Sumbangan Dinasti Chin dan Dinasti Han bagi bidang falsafah


dan pendidikan ialah Kung-fu Tze atau Cofucius dengan
ajarannya serta peperiksaan awam.

b. Huraikan perkembangan seni bina yang terdapat


dalam tamadun China.

Tamadun China mula berkembang dalam seni bina melalui


pembinaan tembok.

5.
Setiap tamadun mempunyai organisasi
sosialnya tersendiri.

a. Bandingkan organisasi sosial bagi masyarakat Athens


dengan masyarakat Sparta.

Organisasi sosial bagi masyarakat Athens ialah terbahagi


kepada tiga iaitu warganegara , bukan warganegara dan
hamba. Manakala bagi Sparta pula turut terbahagi kepada tiga
iaitu warganegara Sparta yang tulen , yang kedua pekerja
,artisan dan pedagang dan yang ketiga ialah Helot (yang
mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti)

23
b. Mengapakah organisasi sosial bagi masyarakat dalam
tamadun India dikatakan unik?

Organisasi sosial bagi masyarakat dalam tamadun India


dikatakan unik kerana wujudnya sistem kasta.

6. Pada pendapat anda , apakah faktor-faktor yang


membolehkan sesuatu tamadun meningkat dan terus
berkembang?

Faktor-faktor yang membolehkan sesuatu tamadun meningkat


dan terus berkembang ialah kerjasama yang wujud diantara
rakyat dan pemerintah serta semangat juang yang tinggi yang
wujud dalam diri pemerintah dan rakyat.

BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA


TENGGARA

3.1 Pengenalan

1. Berdasarkan sumber dari China , nyatakan pendapat


anda kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara.

Pada pendapat saya , kewujudan seni arca berunsurkan Hindu


dan Buddha yang ditemui sudah cukup membuktikan
kewujudan awal kerajaan di Asia Tenggara.

2. Apakah bukti yang menunjukkan perdagangan maritim


telah berkembang di Asia Tenggara pada abad kelima
Sebelum Masihi?

Bukti yang menunjukkan perdagangan maritim telah


berkembang di Asia Tenggara pada abad kelima Sebelum Masihi

24
ialah dengan penemuan gendang gangsa Dongsong.

3. Senaraikan faktor yang membawa kepada kemunculan


kerajaan awal di Asia Tenggara.

Faktor yang membawa kepada kemunculan kerajaan awal di


Asia Tenggara ialah kedudukan geografi Asia Tenggara yang
strategik.

3.2 Bentuk-Bentuk Kerajaan Awal

1. Senaraikan tiga ciri utama kerajaan agraria.

Tiga ciri utama kerajaan agraria ialah kerajaan ini bergantung


pada kegiatan pertanian , petempatannya terletak di
lembangan sungai utama dan kerajaan ini juga membina sistem
pengairan untuk pertanian.

2. Senaraikan hasil kegiatan ekonomi kerajaan agraria.

Hasil kegiatan ekonomi kerajaan agraria dalam sektor pertanian


ialah padi , jagung, pisang , keledek , sayur-sayuran, dan
rempah ratus.

3. Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada


kemajuan pertanian kerajaan agraria.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian


kerajaan agraria ialah pembinaan sistem pengairan yang baik
disamping kewujudan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong.

4. Mengapakah Tasik Tonle Sap penting kepada


kehidupan masyarakat Angkor?

Tasik Tonle Sap penting kepada kehidupan masyarakat Angkor


kerana tasik ini membekalkan sumber air minuman kepada

25
masyarakat Angkor. Disamping itu , pada musim kemarau
kawasan sekitar Tasik Tonle Sap akan menjadi subur disebabkan
mendapan lumpur yang subur.

3.3 Kerajaan Maritim

1. Nyatakan tiga ciri utama kerajaan maritim.

Tiga ciri utama kerajaan maritim ialah kerajaan ini bergantung


kepada kegiatan kelautan , terletak di persisiran pantai dan
menjalankan aktiviti menangkap ikan.

2.Jelaskan peranan pelabuhan kerajaan maritim.

Pelabuhan kerajaan maritim berperanan sebagai pelabuhan


pembekal dan tempat berdagang.

3. Mengapakah penduduk kerajaan maritim mampu


menjadi pelaut yang hebat?

Penduduk kerajaan maritim mampu menjadi pelaut yang hebat


kerana mereka mempunyai semangat untuk meneroka dan
berdagang yang tinggi. Disamping itu , mereka juga mengetahui
kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang
di langit.

4. Terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan


Srivijaya untuk menjadi kuasa maritim utama di Asia
Tenggara.

Usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Srivijaya untuk


menjadi kuasa maritim utama di Asia Tenggara ialah
menubuhkan bala tentera laut yang besar dan mewujudkan
pelabuhan .

5. Mengapakah kerajaan maritim mengamalkan sikap


berbaik-baik dan bekerjasama dengan kerajaan agraria?

Kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dan


bekerjasama dengan kerajaan agraria kerana untuk menjaga

26
kepentingan ekonomi masing-masing.

3.4 Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam


Kerajaan Awal

1. Jelaskan bagaimana pengaruh India sampai ke Asia


Tenggara.

Pengaruh India sampai ke Asia Tenggara melalui perdagangan.

2. Senaraikan pengaruh India dalam masyarakat di Asia


Tenggara.

Pengaruh India dalam masyarakat di Asia Tenggara dapat dilihat


melalui seni bina dan peningalan artifak. Selain itu , dari segi
kepercayaan iaitu agama turut dipengaruhi.

3.5 Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian


dan Kesusasteraan

1. Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha


memasuki Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal.

Pengaruh agama Hindu dan Buddha memasuki Asia Tenggara


melalui perdagangan.

2. Senaraikan aspek yang menerima pengaruh Hindu dan


Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

Aspek yang menerima pengaruh Hindu dan Buddha dalam


kerajaan awal di Asia Tenggara ialah seni bina dan kebudayaan.

3. Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem


pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara.

Gelaran raja hanya mula digunakan apabila muncul kerajaan


awal yang dipengaruhi oleh sistem beraja di India . Dibawahnya
terdapat kerabat diraja dan selepas itu , pembesar termasuk

27
ahli agama iaitu Brahmin . Kemudian terdapat pula rakyat
daripda pelbagai golongan dan yang paling bawah ialah hamba.

Ujian dan Penilaian

A. Soalan Objektif

1.
Kerajaan Abad

Kedah Tua Kelima Sebelum Masihi

Srivijaya Ketujuh Sebelum Masihi

Majapahit Keempat Belas Sebelum


Masihi

Jadual di atas menunjukkan kerajaan-kerajaan awal Asia


Tenggara. Kegemilangan kerajaan ini adalh hasil daripada
kegiatan

A. Pertanian C. Perdagangan

B. Perikanan D. Perlombongan

2.

28
Peta lokasi kerajaan awal di Asia Tenggara.

Apakah factor yang menyebabkan kerajaan-kerajaan maritime


yang ditandakan ini terkenal dan kuat?

A. Kekayaan hasil bumi.

B. Penguasaan lalu lintas perdagangan.

C. Kekukuhan pengaruh Hindu dan Buddha

D. Bilangan penduduk yang ramai.

3.
671-685 S.M. Srivijaya menakluki kerajaan
Melayu Jambi

682-685 S.M. Srivijaya menakluki kerajaan


Kedah

Tindakan
diatas membolehkan kerajaan Srivijaya

A. Menyekat perluasan kuasa luar.

B. Menjadi pusat pengumpulan hasil.

C. Mengawal laluan perdagangan.

D. Menghapuskan ancaman lanun.

4.
Raja dalam kerajaan awal Asia Tenggara
berusaha

Untuk menjadi raja seluruh alam yang berdaulat.

Berdasarkan penyataan di atas , apakah langkah yang diambil


oleh raja untuk mengukuhkan kedaulatannya?

I Membina banyak monumen

II Mengamalkan konsep dewa-raja

29
III Menggunakan unsure mitos dan lagenda.

IV Mendapatkan perkhidmatan Brahmin

A. I , II dan III C. I , III dan IV

B. I , II dan IV D. II , III dan IV

5.

Candi Borobudur

Bahasa Sankrit

Epik Ramayana dan Mahabharata

Apakah rumusan yang boleh dibuat berdasarkan rajah di atas?

A. Pengaruh Hindu Buddha.

B. Kepakaran seni bina.

C. Kepentingan pendidikan.

D. Pemimpin berwibawa.

B. Soalan Esei

1.
Kerajaan agraria Kerajaan maritim

Funan Srivijaya

Angkor Kedah Tua

Kerajaan

30
awal di Asia Tenggara dikategorikan kepada kerajaan
agraria dan kerajaan maritim.

a. Jelaskan konsep kerajaan agraria dan kerajaan


maritim.

Kerajaan agraria bergantung kepada aktivti pertanian untuk


membangunkan kerajaan manakala kerajaan maritim pula
bergantung kepada aktiviti pelautan.

b. Bincangkan aspek saling bergantung dan melengkapi


antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim.

Kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling bergantung antara


satu sama lain untuk menjaga kepentingan ekonomi kerajaan
masing-masing . Contohnya kerajaan agraria seperti Sailendra
di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai hingga dapat
membekalkan tenaga untuk menghasilkan sumber makanan
utama iaitu beras dan membekalkan ia kepada kerajaan maritim
. Kerajaan agraria juga bergantung kepada kerajaan maritim
untuk mendapatkan bekalan barangan merah dari China dan
India.

2. Andaikan anda ialah raja kerajaan Angkor pada abad


kesembilan.

a. Huraikan langkah-langkah anda untuk memajukan


pertanian padi sawah.

Untuk memajukan pertanian padi sawah saya kan


membahagikan pekerja saya beberapa kumpulan untuk
memudahkan lagi pekerjaan . Disamping itu , saya akan
memperbanyakkan lagi kawasan pertanian untuk
membangunkan sektor pertanian ini.

b. Sebagai raja yang berfikiran strategik , berikan alasan


anda menukar status Angkor daripada kerajaan agraria
kepada kerajaan maritim.

Saya mahu menukar status kerajaan Angkor daripada kerajaan


agraria kepada kerajaan maritim kerana kerajaan ini
mempunyai Tasik Tonle Sap yang amat berguna kepda
penduduk disitu . Disamping itu , ia mengandungi hasil protein

31
yang amat tinggi.

3.Sistem kerajaan awal merupakan campuran system


tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha.

a. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai buktikan


pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia
Tenggara.

Antara pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia


Tenggara ialah melalui seni bina dan tinggalan arca. Disamping
itu , terdapat juga pengaruh agama dan kebudayaan dalam
tamadun awal.

BAB 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN


PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

4.1 Pengenalan

1. Apakah maksud Jahiliah?

Jahiliah barmaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak


mempunyai ilmu pengetahuan.

2. Nyatakan corak kehidupan social yang diamalkan oleh


masyarakat Arab Jahiliah.

Mereka mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti


minum arak , berzina dan berjudi. Mereka uga mengamalkan
sistem kabilah yang berasakan cara hidup berkelompok dan
bepuak-puak.

3. Mengapakah amalan Sistem Kabilah telah


mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan
masyrakat Arab Jahiliah?

Amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang buruk


kepada kehidupan masyrakat Arab Jahiliah kerana dengan
adanya system tersebut munculnya semangat assabiah atau
semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya

32
peperangan di kalangan masyarakat.

4.2 Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum


Dilantik Menjadi Rasul

1. Berdasarkan salasilah keturunan Nabi Muhammad


s.a.w pada halaman 103 , senaraikan nama moyang dan
bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.

Nama moyang Nabi Muhammad s.a.w. ialah Hasyim manakala


nama bapa saudara ialah Al-Haris , Abu Talib , Abu Lahab ,
Abbas dan Hamzah.

2. Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w


disebut Tahun Gajah?

Tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disebut sebagai Tahun


Gajah kerana berlakunya serangan tentera bergajah yang
dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah terhadap kota Makkah.

3. Nyatakan penngalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam


bidang perdagangan.

Pengalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perdagangan


diperolehi sejak bainda berusia 12 tahu iaiatu dengan megikut
rombonan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam , sebuah
kawasan yang terletak di Semenanjung Tanah Arab.

4.3 Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w

1. Senaraikan empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w.

Empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w. ialah siddiq (berkata


benar) ,amanah (dipercayai) , tabliq (menyampaikan) dan
fatanah (bijaksana).

33
2. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w digelar al-Amin?

Nabi Muhammad s.a.w digelar al-Amin kerana perkataan dan


perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah
berbohong.

4.4 Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w

1. Apakah wahyu pertama yan diturunkan kepada Nabi


Muhammad s.a.w dan apakah kandungannya?

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad


s.a.w ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat
islam supaya membaca.

2. Nyatakan alasan mengapa amalan membaca dikatakan


sangat penting dalam Islam.

Amalan membaca dikatakan sangat penting dalam Islam


kerana dengan membaca kita akan memperoleh ilmu
pengetahuan atau menambah ilmu pengetahuan.

4.5 Penyebaran Islam di Makkah

1. Senaraikan tokoh yang telah memeluk Islam sebelum


dakwah Islam selepas dakwah Islamiah dilaksanakan.

Tokoh yang telah memeluk Islam sebelum dakwah Islam ialah


Khadijah binti Khuwalid , Ali bin Abu Talib , Zaid bin Harithah
dan Abu Bakar al-Siddiq manakala selepas dakwah Islamiah
dilaksanakan ialah sebahagian daripada penduduk Makkah dan
Madinah.

2. Mengapakah golongan bawahan merupakan golongan


awal yang memeluk Islam?

34
Golongan bawahan merupakan golongan awal yang memeluk
Islam kerana mereka tertarik kepada ajaran islam yang
memberikan layanan yang sama kepada semua manusia.

3. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w berdakwah di


Makkah?

Semasa di Makkah baginda berdakwah secara rahsia pada


awalnya. Apabila turunnya wahyu daripada Allah s.w.t. barulah
baginda berdakwah secara terbuka.

4. Rumuskan sebab-sebab orang Arab Quraisy


menentang ajaran islam.

Orang Arab Quraisy menentang ajaran islam kerana perbezaan


dari segi kepercayaan , penyaranan prinsip persamaan taraf
sesama manusia , menggugat ekonomi masyarakat tersebut
dan berlakunya salah faham mengenai tugas rasulullah.

5. Bincangkan reaksi masyarakat Arab Quraisy terhadap


dakwah Islamiah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. di Makkah.

Masyarakat Arab Quraisy telah menentang keras dakwah


Islamiah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah.

Ujian dan Penilaian

A. Soalan Objektif

1. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w digelar al-Amin?

A. Bersifat amanah dan dipercayai

B. Suka membantu golongan miskin

C. Pemaaf dan pengampun

D. Bergaul dengan semua orang

35
2.
Zaid bin Harithah

Ali bin Abu Talib

Khadijah binti Khuwalid

Apakah kaitan tokoh di atas dengan dakwah Islamiah di


Makkah?

A. Mereka berhijrah ke Taif

B. Mereka merupakan orang yang awal memeluk Islam.

C. Mereka di seksa dengan kejam


D. Mereka berhijrah ke Habsyah.

3. Mengapakah dakwah Islamiah pada peringkat awal di Makkah


dilakukan secara rahsia?

I Tindakan itu adalah suatu strategi

dalam penyebaran Islam.

II Ini adalah untuk mengelak daripada diketahui oleh orang


ramai

III Ajaran Islam masih belum lengkap.

IV Bilangan umat Islam masih kecil.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

4. Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran


Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada
mereka?

I Ajaran Islam menggugat perusahaan mengukir patung.

36
II Ini berlaku kerana tanggapan yang salah terhadap tugas nabi

III Sikap dan peribadi Nabi Muhammad s.a.w tidak disenangi ole
mereka.

IV Islam mengamalkan prinsip persamaan taraf

A. I , II dan III C. I , III dan IV

B. I , II dan IV D. II ,III dan IV

5. Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w


dalam menyebarkan Islam setelah baginda menerima tentangan
daripada orang Arab Quraisy Makkah?

I Baginda meminta orang Islam berhijrah ke Habsyah

II Sekumpulan orang Islam diarah berhijrah ke Taif

III Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat berhijrah ke


Habsyah

IV Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah selepas


mendapat keizinan Allah

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

B. Soalan Esei

1. Mengapakah masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi


Muhamad s.a.w digelar sebagai masyarakat Arab
Jahiliah?

Masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhamad s.a.w


digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka tidak
menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan
rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman , Nabi Ibrahim , Nabi
Ismail , Nabi Musa , Nabi Isa dan lain-lain.

37
2. Salah satu amalan hidup masyarakat Arab Jahiliah
ialah semangat asabiah.

a. Apakah maksud semangat asabiah?

Semangat assabiah bermaksud semangat setia kawan yang


diamalkan oleh orang Arab Jahiliah berdasarkan darah
keturunan.

b. Bagaimanakah semangat ini boleh terbentuk dalam


kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?

Semangat ini terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab


Jahiliah apabila wujudnnya system system kabilah.

c. Bincangkan kesan amalan semangat assabiah di


kalangan masyarakat Arab Jahiliah?

Kesan utama amalan semangat assabiah di kalangan


masyarakat Arab Jahiliah ialah tercetusnya peperangan di
kalangan masyarakat.

3. Penyebaran Islam di Makkah telah menimbulkan


pelbagai reaksi di kalangan masyarakatnya. Ada orang
Arab yang menerima Islam dan ada juga yang
menolaknya. Ada orang Arab yang menerima Islam dan
ada juga yang menolaknya.

a. Apakah sebab orang Arab dapat menerima ajaran


Islam dengan mudahnya.

Orang Arab dapat menerima ajaran Islam dengan mudah kerana


kemurnian ajaran dan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w
dalam menyampaikan dakwah.

b. Mengapakah pula sebahagian daripada masyarakat


Arab tidak dapat menerima ajaran Islam?

Orang Arab Quraisy tidak dapat menerima ajaran islam kerana


perbezaan dari segi kepercayaan , penyaranan prinsip
persamaan taraf sesama manusia , menggugat ekonomi
masyarakat tersebut dan berlakunya salah faham mengenai

38
tugas rasulullah.

4. Mengapakah pelantikan Nabi Muhammad s.a.w


sebagai rasul dianggap sebagai rahmat yang besar
kepada masyarakat Arab Jahiliah dan masyarakat dunia
umumnya?

Pelantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul dianggap


sebagai rahmat yang besar kepada masyarakat Arab Jahiliah
dan masyarakat dunia umumnya kerana baginda banyak
membawa perubahan dalam hidup masyarakat dahulu dan
perubahan tersebut kekal hingga kehari ini.

BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

5.1 Pengenalan

1. Nyatakan perbezaan antara kandungan Perjanjian


Aqabah Pertama dengan kandungan Perjanjian Aqabah
Kedua.

Perbezaan antara kandungan Perjanjian Aqabah Pertama


dengan kandungan Perjanjian Aqabah Kedua ialah Perjanjian
Aqabah Pertama suku kaum Aus dan Khazraj dikehendaki
membantu perjuangan rasulullah dan dilarang melakukan
amalan jahiiliah manakala Perjanjian Aqabah Kedua pula ialah
mereka dikehendaki

2. Apakah kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan


Perjanjian Aqabah Kedua yang dimeteraikan oleh Nabi
Muhammad s.a.w dan orang Madinah?

Kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua


ialah berlakunya penghijrahan orang Islam dari Kota Makkah ke
Madinah.

5.2 Hijrah
1. Apakah maksud hijrah dalam konteks Islam?

Hijrah dalam konteks Islam bermaksud perpindahan orang

39
Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk
memperkukuh kedudukan Islam serta merupakan strategi baru
untuk menyebarkan Islam.

2. Mengapakah hijrah berlaku dari Kota Makkah ke


Madinah?

Hijrah berlaku dari Kota Makkah ke Madinah kerana ia


merupakan perintah Allah s.w.t menerusi wahyu yang
diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.

3. Senaraikan beberapa contoh yang menunjukkan


bahawa konsep hijrah boleh diamalkan dalam
kehidupan pelajar.

Sebagai seorang pelajar , kita boleh mengamalkan hijrah dalam


konteks merubah sikap malas kepada rajin , tidak
bertanggungjawab kepada bertanggungjawab dan berfikiran
tidak matang kepada matang.

5.3 Piagam Madinah

1. Apakah Piagam Madinah?

Piagam Madinah bermaksud perlembagaan bertulis yang telah


dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622 M.
berpandukan wahyu Allah s.w.t

2. Bina peta minda untuk menggambarkan kandungan


Piagam Madinah.

(23 Fasal)
Membincangkan
KANDUNGAN hubungan di
PIAGAM kalangan orang
MADINAH Islam dan
(47 Fasal) tanggungjawab
mereka.

(24 Fasal)
Membincangkan
tanggungjawab orang
bukan Islam termasuk
40 orang Yahudi terhadap
Negara Madinah
5.4 Perjanjian Hudaibiyah

1. Apakah tujuan utama rombongan orang Islam ke


Makkah pada tahun 628 M.?

Tujuan utama rombongan orang Islam ke Makkah pada tahun


628 M. ialah untuk menziarahi sanak saudara dan pada masa
yang sama Rasulullah ingin menunaikan umrah.

2. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w menghantar


Uthman bin Affan sebagai utusan ke Makkah?

Nabi Muhammad s.a.w menghantar Uthman bin Affan sebagai


utusan ke Makkah kerana beliau mempunyai banyak saudara
mara di Makkah , beliau sahabat yang matang dan tua
berbanding dengan sahabat yang lain serta beliau bersifat
lemah lembut dan bertolak ansur.

3. Apakah sebabnya Perjanjian Hudaibiyah dimeterai?

Perjanjian Hudaibiyah dimeterai kerana orang Quraisy


mendapat tahu umat Islam telah berikrar untuk membela
kematian Uthman bin Affan , lalu mereka menghantar Suhail
bin Amru untuk berunding. Apabila persepakatan dicapai lalu
termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara pihak Islam
dengan Arab Qiraisy di Hudaibiyah pada tahun 628 M.
bersamaan 6H.

4. Nyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.

Perjanjian Hudaibiyah penting untuk memastikan program

41
dakwah Islamiyah ke seluruh Semenanjung Tanah Semenanjung
yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. berjalan dengan
lancar.

5.5 Pembukaan Semula Kota Makkah

1. Apakah sebabnya Nabi Muhammad s.a.w bertindak


membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 M.?

Nabi Muhammad s.a.w bertindak membuka semula Kota Makkah


pada tahun 630 M. kerana pihak Arab Quraisy melanggar
Perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak kebebasan
yang telah dipersetujui bersama. Disamping itu ia merupakan
strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam.

2. Mengapakah Kota Makkah mudah dibuka oleh tentera


Islam?

Kota Makkah mudah dibuka oleh tentera Islam kerana keempat-


empat pasukan tentera yang ditubuhkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w telah diarah oleh beliau untuk memasuki Kota Makkah
melalui empat arah iaitu dari arah utara , selatan , barat dan
barat daya Makkah.

3.Nyatakan kepentingan pembukaan semula kota


Makkah?

Pembukaan semula kota Makkah penting untuk memelihara


Kaabah daripada unsur Jahiliah. Disamping itu , pembukaan
Kota Makkah telah mewujudkan sebuah pusat pemerintahan
Islam yang kuat dan kota ini juga telah menjadi tumpuan umat
Islam seluruh dunia untuk melakukan ibadat.

42
Ujian dan penilaian

A. Soalan Objektif

1. Apakah nama Madinah sebelum tahun 622 M.?

A. Taif C. Yathrib

B. Syam D. Madain

2.Antara yang berikut , yang manakah janji orangArab Madinah


kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Perjanjian Aqabah
Pertama?

I Beriman kepada Allah dan Rasul

II Taat kepada Rasulullah sepenuhnya

III Sanggup berperang dengan orang Arab Qurasy

IV Tidak melakukan amalanamalan jahiliah

A. I , II dan III C. I , III dan IV

B. I , II dan IV D. II , III dan IV

3. Apakah factor yang menyebabkan orang Islam Makkah


berhijrah ke Habsyah?

A. Jemputan dan sokongan peduduk Habsyah terhadap mereka.

B Nabi ingin berdakwah ke luar Makkah

C. Raja Habsyah adalah seorang muslim yang baik

D. Penindasan orang Arab Quraisy terhadap Islam

4. Wahyu pertama mengandungi suruhan membaca kepada


Nabi Muhammad s.a.w. Pada pandangan anda apakah kesan
penting daripada perintah itu?

A. Membaca meluaskan pengetahuan dan pengalaman

43
B. Membaca harus dimulakan oleh pemimpin

C. Membaca dan menulis asas pendidikan Islam

D. Al-Quran wajib dibaca oleh semua orang.

B. Soalan Esei

1. Perjanjian Aqabah telah merintis jalan ke arah


berlakunya hijrah dari Makkah ke Madinah dan
perkembangan Islam ke seluruh Semenanjung Tanah
Arab . Adakah anda bersetuju dengan penyataan ini?
Berikan alasan-alasan anda.

Ya , saya bersetuju dengan penyataan ini. Saya bersetuju


kerana berdasarkan Perjanjian Aqabah kedua suku Aus dan
Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam di
Makkah berhijrah ke Madinah

2.
Perkara yang penting dilakukan oleh Nabi
Muhammad s.a.w setelah berhijrah ke Madinah
ialah penubuhan sebuah kerajaan Islam yang
pertama di dunia.

Bincangkan asas-asas kerajaan Islam yang telah dibina


oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga terbentuknya
masyarakat Islam yang sempurna.

Kerajaan Islam yang telah diasas oleh Nabi Muhammad s.a.w.


dilengkapi perlembagaan yang dapat diterima pakai oleh semua
golongan masyarakat . Perlembagaan tersebut meliputi aspek
politik , agama , sosial , perundangan , ekonomi , pertahanan
dan Kedudukan Yahudi. Dengan adanya kewujudan piagam ini
maka terbinalah sebuah kerajaan Islam yang unggul.

3. Peristiwa Hijrah sangat penting dalam sejarah


perkembangan Islam.

44
a. Apakah yang anda faham tentang konsep hijrah?

Berdasarkan kefahaman saya hijrah ialah suatu perubahan


yang negatif kepada yang positif dari pelbagai aspek.

b. Pada pandangan anda , mengapakah peristiwa hijrah


dikatakan sangat penting dalam sejarah perkembangan
Islam?

Pada pandangan saya , hijrah sangat penting dalam sejarah


perkembangan Islam kerana tanpa hijrah perkembangan Islam
akan terbantut.

c. Apakah teladan yang anda peroleh daripada peristiwa


hijrah dari Makkah ke Madinah?

Teladan yang saya perolehi daripada peristiwa hijrah dari


Makkah ke Madinah ialah kita haruslah tabah dan sabar dalam
menghadapi dugaan. Disamping itu kita janganlah mudah
berputus asa.

4. Islam tersebar berasaskan kekuatan dakwah


Islamiyah dan bukan melalui peperangan. Berikan
alasan-alasan anda.

Hal ini berlaku kerana Nabi Muhammad s.a.w telah


menggunakan kebijaksanaannya dalam berdakwah disamping
beliau juga turut mendapat hidayat daripada Allah s.a.w dalam
menjalankan dakwahnya.

BAB 6 PEMBENTUKKAN KERAJAAN ISLAM


DAN SUMBANGANNYA

6.1 Pengenalan

1. Nyatakan maksud khalifah.

Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan


tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang
sebelumnya telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

45
2. Bagaimanakah Saidina Abu Bakar al-Siddiq dilantik
menjadi khalifah?

Saidina Abu Bakar al-Siddiq dilantik menjadi khalifah apabila


Saidina Umar mencadangkan beliau sebagai pegganti rasulullah
dan cadangan inu telah dipersetujui oleh golongan Muhajirin.

3. Nyatakan maksud syura?

Syura bermaksud perundingan untuk mengambil keputusan


tentang sesuatu perkara .

4. Jelaskan pembaharuan yang dilaksanakan oleh


Khalifah Umar bin al-Khattab dalam pentadbiran dan
ketenteraan.

Dalam pentadbiran beliau telah memperkenalkan dasar


pentadbiran dan pelantikkan pegawai manakala dalam bidang
ketenteraan beliau telah membentuk tentera tetap dan tentera
sukarela.

5. Apakah sumbanagan Khalifah Uthman bin Affan dalam


memelihara al-Quran?

Untuk memelihara al-Quran beliau telah mengisytiharkan


sebuah naskhah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf
Uthmani.

6.2 Kerajaan Bani Umaiyah

1. Apakah maksud sistem warisan dalam kerajaan Bani


Umaiyah?

Sistem warisan bermaksud jawatan ketua pemerintah kerajaan


Islam diwarisi secara turun temurun atau dikenali sebagai
pemerintahan monarki.

2. Senaraikan sumbangan Khalifah Muawiyah dalam


bidang pemerintahan dan ilmu pengetahuan .

46
Antara sumbangan Khalifah Muawiyah dalam bidang
pemerintahan dan ilmu pengetahuan ialah sistem ketenteraan
telah diperkemas dan Diwanul Jundi ditubuhkan. Bagi
pendidikan pula , pusat pengajian tinggi telah ditubuhkan.

3. Apakah peranan baitulmal dalam pemerintahan


kerajaan Bani Umaiyah?

Peranan baitulmal ialah untuk mengimbangkan pendapatan dan


perbelanjaan Negara .

4. Apakah sumbangan penting kerajaan Bani Umaiyah


dalam bidang keilmuan?

Sumbangan penting kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang


keilmuan ialah dalam bidang keilmuan ialah kewujudan sistem
mandarasah.

6.3 Kerajaan Bani Abbasiyah

1. Bagaimanakah kerajaan Bani Abbasiyah ditubuhkan?

Kerajaan Bani Abbasiyah ditubuhkan selepas gerakan atau


Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani
Umaiyah pada tahun yang sama.

2. Apakah peranan baitulhikmah dalam perkembangan


ilmu pengetahuan?

Peranan baitulhikmah dalam perkembangan ilmu pengetahuan


ialah sebagai tempat penterjemahan karya falsafah dan sains
terutamanya daripada bahasa Yunani.

3. Senaraikan ilmu pengetahuan yang muncul pada


zaman Abbasiyah.

Pada zaman Abbasiyah kegiatan penulisan dilakukan secara tiga


peringkat iaitu mencatat segala idea atau percakapan yang
kedua mengumpulaka idea yang serupa atau mengumpulak
hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam sebuah buku dan yang
ketiga mengarang.

47
6.4 Kerajaan Turki Uthmaniyah

1. Bagaimanakah kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk?

Kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk apabila Uthman berjaya


menumpaskan tentera Byzantine dan perlusan kuasa telah
diteruskan oleh anaknya Orhan I.

2. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan empayar


Turki Uthmaniyah Berjaya menyebarkan ajaran Islam.

Faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah


berjaya menyebarkan ajaran Islam ialah pegangan akidah yang
kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam .
Disamping itu , tentera Islam pada zaman Uthmaniyah
mempunyai semangat ghazi.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari?

Janissari bermaksud kumpulan elit yang sangat terlatih dalam


selok belok peperangan.

4. Jelaskan sistem pentadbiran kerajaan Turki


Uthmaniyah.

Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan Turki


Uthmaniyah ialah berasaskan undang-undang Kanun Suleiman.

6.5 Pertembungan Tamadun Islam dengan


Tamadun Lain di Dunia

1. Nyatakan cara-cara tamadun Islam berkembang?

Tamadun Islam berkembang dengan cara perdagangan dan


perniagaan , hubungan diplomatik , serta penaklukan dan
ketenteraan.

2. Bagaimanakah tamadun Islam zaman Umaiyah

48
bertembung dengan tamadun lain didunia melaui
perniagaan?

Tamadun Islam zaman Umaiyah bertembung dengan tamadun


lain didunia melalui perniagaan ialah dengan cara penjualan
barang dagangan dan pertukaran barang dagangan.

3. Apakah kesan kemasukan Islam ke Sepanyol?

Kesan kemasukan Islam ke Sepanyol ialah penduduk orang


bukan Islam di Sepanyol bercakap dalam bahasa Arab dan
berpakaian seperti orang Islam.

4. Nyatakan sumbangan tamadun islam dalam bidang


sains.
Sumbangan tamadun Islam dalam bidang sains ialah
penghasilan buku-buku perubatan yang merangkumi formula
dan kaedah perubatan.

5. Senaraikan sumbangan Ibn Sina.

Sumbangan Ibn Sina ialah beliau beliau telah menghasilkan


beberapa karya yang penting dalam bidang undang-undang dan
pemikiran politik.

Ujian dan Penilaian

A. Soalan Objektif

1.
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq terkenal
sebagai penyelamat umat Islam.

Mengapakah beliau digelar sedemikian?

I Berjaya menghapuskan nabi-nabi palsu

49
II Menyelesaikan masalah pelantikkan khalifah

III Membasmi golongan murtad

IV Menyelamatkan Negara daripada bencana alam

A. I ,II dan III C. I , III dan IV

B. I ,II dan IV D. II , III dan IV

2.
Abu al-Abbas al-Saffah

Abdul Rahman al-Dakhil

Apakah persamaan kedua-dua tokoh di atas?

A. Khalifah terakhir kerajaan Islam

B. Pengasa kerajaan masing-masing

C. Tokoh ilmuwan Islam yang terkenal

D. Ketua tentera yang handal

3. Apakah factor yang menyebabakan kerajaan Turki


Uthmaniyah memperoleh kejayaan dalam bidang ketenteraan?

A. Kedudkan ekonomi yang stabil

B. Akidah dan moral yang tinggi

C. Perpaduan dikalangan rakyat

D. Pemimpin yang berwawasan

4. Perluasan Perniagaa
Kuasa n

TAMADU
N ISLAM
50
Ilmu
Pengetahu Hubungan
an Diplomatik

Rajah di atas menunjukkan pertembungan antara tamadun


Islam dengan tamadun lan di dunia melalui aktiviti perniagaan ,
perluasan kuasa, ilmu pengetahuan dan hubungan diplomatic.

Apakah kesan daripada pertembungan tamadun itu?

A. Pusat pengajian tinggi mula bertambah.

B. Ekonomi dan social berkembang pesat.


C. Berlaku interaksi antara orang Islam dengan bukan Isalm.

D. Sempadan Isalm bertambah luas.

B. Soalan Esei

1. Zaman keagungan kerajaan Islam di Baghdad dan


Sepanyol telah melahirkan tokoh-tikoh dalam bidang
ilmu penetahuan.

a. Huraikan perkembangan dan kemajuan ilmu


matematik paada zaman Abbasiyah dan Umaiyah.

Pada zaman Abbasiyah dan Umaiyah ilmu matematik amat


penting untuk digunakan dalam bidang pertanian dam
astronomi. Dengan adanya kepentingan tersebut manusia pada
zaman itu sentiasa menjalankan kajian.

b. Bincangkan sumbangan Ibn Sina dan al-Khawarizmi


dalam bidang ilmu pengetahuan.

Ibn Sina telah banyak menghasilkan karya dalam bidang politik


dan perubatan manakala al-Khawarizmi telah banyak
menyumbang kepada perkembangan intelektual dunia.

51
2. Pertembungan antara tamadun isalmdaenngan
tamadun lain di dunia telah berlaku seejak zaman awal
islam lagi.

a. Jelaskan bentuk pertembungan itu.

Pertembungan itu berlaku dalam perdagangan dan perniagaan,


hubungan diplomatik , serta penaklukan dan ketenteraan.

b. Apakah implikasi terhadap tamadun islam dalam


pertembungan tersebut?

Tamadun Islam semakin berkembang apabila pertembungan


tersebut berlaku.

3. Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang


besar kepada dunia Barat dan Timur.

a. Jelaskan sumbangan tamadun Islam dalam bidang


keilmuwan.

Tamadun Islam telah melahirkan banyak ilmuwan-ilmuwan dan


ilmuwan-ilmuwan tersebut belajar melalui al-quran. Disamping
itu , banyak karya telah dihasilkan dan hadis yang telah
diterjemahkan sebagai panduan.

b. Bagaimanakah ciri-ciri kehidupan sosial yang dicadang


oleh Islam.

Ciri-ciri kehidupan sosial yang dicadang oleh Islam ialah


bersifatkan keilmuwan dan berniat kerana Allah s.w.t

BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA

7.1 Pengenalan

1. Senaraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah Islam datang

52
dari Semenanjung Tanah Arab , Islam datang dari China dan
Islam dating dari India.

2. Senaraikan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Antara bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah bukti


catatan China yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi
telah mempunyai pusat perniagaan dan petampatan di Canton
dan Amoy sejak tahun 300 M dan bukti wujudnya persamaan
antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara
dengan yang terdapat di Semenanajung Tanah Arab.

7.2 Penyebaran Islam di Asia Tenggara

1. Senaraikan cara islam berkembang di asia tenggara.

Antara cara-cara islam berkembang di asia tenggara ialah


perdagangan, perkahwianan , pengislaman raja dan golongan
bangsawan , kelahiran kerajaan Islam , peranan pusat
kebudayaan dan peranan mubaligh .

2. Berdasarkan peta pada halaman 182 , senaraikan


kerajaan Islam di Asia Tenggara.

Acheh , Samudera Pasai , Perlak , Singkei , Barus , Siak ,


Pattani , Melaka , Palembang , Cheribun , Demak , Gerisik ,
Pontianak , Tanjungpura , Banjarmasin , Brunei dan Makasar.

3. Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh para


pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk


menyebarkan Islam di Asia Tenggara ialah dengan menunjukkan
akhlak yang baik , berdakwah secar berhemah dan lemah
lembut dan hubungan baik yang terjalin antara pedagang Islam
dengan pemerintah tempatan.

7.3 Pengaruh Islam di Asia Tenggara

1. Nyatakan peranan surau dan madrasah untuk

53
memberi pendidikan awal kepada masyarakat Islam Asia
Tenggara .

Peranan surau dan madrasah untuk memberi pendidikan awal


kepada masyarakat Islam Asia Tenggara ialah sebagai tempat
menyampaikan dakwah .

Ujian dan Penilaian

A. Soalan Objektif

1. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah banyak


mempengaruhi kehidupan masyarakat Asia Tenggara.

Apakah pengaruh yang dimaksudkan oleh pernyataan di atas?

I Wujud konsep persamaan taraf bagi menggantikan system


kasta

II Islam merupakan agama rasmi bagi kerajaan Islam

III Konsep raja bayangan tuhan ditukar kepada sultan

IV Kesemua adt dan ajaran Hindu terhapus.

A. I , II dan III C. I , III dan IV

B. I , II dan IV D.II , III dan IV

Periak Samudera-Pasai

Melaka Acheh

2. Kerajaan Islam di atas menjadi pusat penyebaran Islam di


Asia Tenggara sejak abad kesembilan hingga abad ke 17. Selain
menjadi pusat penyebaran Islam , apakah peranan kerajaan ini?

I Pusat pendidikan dan keilmuwan

II Pusat kebudayaan dan keseniaan

54
III Pusat pentadbiran kerajaan Islam serantau

IV Pusat pengumpulan rempah ratus

A. I dan II C. II dan IV

B. II dan III D. I dan IV

Kerajaan Melayu Melaka

Kerajaan Acheh

3. Apakah persamaan kedua-dua buah kerajaan di atas?

A. Dinaungi oleh kuasa Barat.

B. Menjadi pusat pengajian Islam.

C. Terkenal pada abad ke 16 dan ke 17

D. Menghapuskan kuasa Barat.

4. Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat Islam


datang ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab. Apakah
bukti yang dikemukakan untuk menyokong pendapat ini?

I Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab.

II Kesusasteraan awal mengikut gaya kesusasteraan Arab.

III Kitab-kitab yang ditulis bersumberkan Arab.

IV Wujud petempatan orang Arab di Melaka dan Acheh

A. I . II dan III C. I , III dan IV

B. I , II dan IV D. II , III dan IV

B. Soalan Esei

55
1.Pada pandangan anda , mengapakah agama Islam
dapat disebarkan dengan meluas di Asia Tenggara dari
Abad ke 13 hingga ke 16?

Pada pandangan saya , agama Islam dapat disebarkan dengan


meluas di Asia Tenggara dari Abad ke 13 hingga ke 16 kerana
adanya kerjasama dan strategi yang bijak dalam menyebarkan
dakwah Islam.

2. Dengan memberikan contoh tertentu , bincangkan


pengaruh yang dibawa oleh Islam kepada masyarakat
Asia Tenggara.

Islam banyak mempengaruhi masyarakat Islam terutamanya


dalam dalam perniagaan. Riba adalah dilarang sama sekali.
Keadilan dan hak seseorang amat dititik beratkan dalam Islam.

BAB 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH


ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM
KEDATANGAN BARAT

8.1 Pengenalan
1. Senaraikan nama pelabuhan di Asia Tenggara yang
menjadi tumpuan pedagang Islam sejak abad ke-13
hingga abad ke-14.

Pelabuhan Perlak , Parsi , Acheh , Sulu , Pattani dan Brunei.

2. Nyatakan penngaruh Islam dalam institut kesultanan


di Negara kita.

Islam telah mewujudkan panggilan sultan bagi raja ,


perlaksanaan konsep daulat , pengelaran sultan sebagai Amirul-
mukminin dan perlaksanaan undang-undang Islam (syariah).

3. Apakah yang dimaksudkan dengan daulat?

Daulat bermaksud pengikat antara golongan rakyat dan


golongan pemerintah.

56
4. Nyatakan perbezaan antara Adat Perpatih dengan
Adat Temenggung?

Perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung


ialah:

Adat Perpatih Adat Temenggung

1. Berasal dari Pagar Ruyung , 1. Berasal dari Palembang ,


Sumatera. Sumatera

2. Diasakan oleh Datuk 2. Diasakan oleh Datuk


Perpatih Nan Sebatang Ketumanggungan

3. Bersifat matrilineal (nasab 3. Berasaskan system


keturunana yang lebih patrilineal iaitu lebih
mengitamakan jurai keturunan mementingkan jurai keturunan
ibu ) bapa.

8.2 Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap


Sosiobudaya

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan formal


dalam masyarakat Melayu Tradisional?

Pendidikan formal ialah pendidikan yang berkaitan dengan


keagamaan secara langsung atau menerusi perantaraan
institusi yang tertentu.

2. Nyatakan contoh pengaruh Islam dalam seni khat ,


seni persembahan dan seni bina.

Contoh pengaruh Islam dalam seni khat ialah tulisan khat


thuluth , diwani (ad-diwari) , kufi , diwani Jali (al-Jali ad-diwari)
dan nasakh. Bagi seni persembahan pula , unsur keislaman
turut diterapkan dalam pergerakkan tarian. Contohnya tarian
dabus. Manakala bagi seni bina pula ialah motif ukiran telah
berubah daripada motif haiwan kepada motif tumbuh-
tumbuhan.

57
3. Nyatakan pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan
pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.

Apabila pengaruh Islam muncul dalam zaman Kerajaan Melayu


Melaka penulisan karya telah berkembang.

4. Apakah fungsi surau dan masjid pada zaman


Kesultanan Melayu Melaka?

Fungsi surau dan masjid pada zaman Kesultanan Melayu Melaka


ialah sebagai tempat pertemuan dan perkumpulan masyarakat ,
pusat pengajian dan tempat beribadat.

8.3 Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi

1. Bagaimanakah pengaruh Islam dalam aspek


perniagaan dalam Kesultanan Melayu Melaka?

Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan penting pada


abad ke-15. Pada ketika itu Islam telahpun wujud. Dengan
adanya Islam maka wujudnya undang-undang Kanun Melaka
dan jawatan laksamana turut diadakan.

2. Apakah ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang


negeri Johor abad ke-16?

Ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri Johor ialah
mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-
Adil.

3. Nyatakan peraturan-peraturan cukai yang dikenakan


kepada pedagang-pedagang yang berdagang pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Antara peraturan-peraturan cukai yang dikenakan kepada


pedagang-pedagang yang berdagang pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka ialah mereka mestilah membayar cukai terhadap
barang dagangan mereka sebelum memulakan urusan
perniagaan dilakukan.

58
Ujian dan Penilaian

A. Soalan Objektif

1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep dewa-raja ?

A. Raja dianggap suci dan sebagai dewa di bumi.

B. Raja yang memerintah diamggap sebagai bijak.

C. Raja daripada keturunan dewa.

D. Raja yang memerintah mengikut peraturan dewa.

2. Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan


peratura yang erdapat dalam Adat Temenggung?

I Anak lelaki diberikan keutamaan dalam hal pewarisan


harta.

II Sultan yang mangkat mesti digantikan dengan putera


sulongnya.

III Seseorang lelaki boleh berkhwin dengan sesiapa sahaja


yang asalkan tiada pertalian darah.

IV Seseorang lelaki dibenarkan berkahwin dengan ahli-ahli


sukunya.

A. I , II dan III C. I , III dan IV

B. I , II dan IV D. II , III dan IV

59
B. Soalan Esei

1.
Hukum Kanun
Melaka
U

Undang-undang Dua jenis undang-


Melaka undang yang telah
diamalkan oleh

Kesultanan Melayu Melaka Undang-undang


ialah Hukum Kanun Melaka Laut Melaka
dan Undang-Undang Laut Melaka.

a. Mengapakah undang-undang diatas digubal oleh


pemerintah Melaka?

Undang-undang diatas digubal oleh pemerintah Melaka kerana


kerajaan kerajaaan Melayu aktif dalam kegiatan maritime dan
perdagangan.

b. Analisis kandungan fasal-fasal Hukum Kanun Melaka


yang mempunyai pengaruh Islam.

Antara kandungan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka


yang mempunyai pengaruh Islam ialah mengenai hukum
pembahagian hak dalam perniagaan.

2. Bincangkan pengaruh Islam dalam Bidang bahasa dan


kesusasteraan di Tanah melayu pada abad ke-15 dan ke-
16.

Dalam bidang bahasa dan kesusasteraan , pengaruh Islam yang


paling ketara ialah tulisan jawi. Kedatangan Islam juga
memperkenalkan huruf-huruf Arab dan ianya mudah diterima
oleh masyarakat Melayu setelah dibuat penyesuaian dalam
tulisan Melayu.

Pembendaraan kata bahasa Melayu turut bertambah dengan


bertambahnya istilah baru yang berasal daripada bahasa Arab
atau bahasaal-Quran.Kesusasteraan juga turut berkembang.

60
3. Adat istiadat orang Melayu dari zaman dahulu hingga
kini masih mempunyai persamaan. Senaraikan
persamaan adat istiadat tersebut di kalangan rakyat
jelata.

Adat istiadat perkahwinan . adat istiadat cukur jambul dan adat


pertabalan raja.

BAB 9 PERKEMBANGAN EROPAH

9.1 Pengenalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap di


Eropah?

Zaman Gelap di Eropah bermaksud zaman kemunduran.

2. Nyatakan ciri-ciri penting Zaman Gelap yang berlaku


di Eropah.

Ciri-ciri penting Zaman Gelap yang berlaku di Eropah ialah


Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu
pengetahuan , perdagangan dan kehidupan perbandaran , pada
zaman itu pentadbiran pusat tidak berkesan dan pada waktu
yang sama dunia Islam mengalami zamn kegemilangan Islam.

3. Nyatakan ciri-ciri persamaan antara feudalisme di


Eropah dengan ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat
Melayu tradisional.

Antara ciri-ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan


ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional
ialah golongan raja menjadi golongan penaung utama dalam
sesebuah Negara , raja mempunyai golongan pembesar yang
mendapatkan naungan daripada pihak Istana dan golongan
pembesar akan memberikan perkhidmatan kepada pihak raja.

9.2 Zaman Renaissance

61
1. Apakah maksud Renaissance?

Renaissance bermaksud kelahiran semula.

2. Apakah ciri-ciri yang terdapat di Negara Itali sehingga


menyebabkan tercetusnya Renaissance di situ?

Antara ciri-ciri yang terdapat di Negara Itali ialah kedudukan Itali


yang strategic iaitu dikelilingi oleh Laut Maditerranien.

3. Huraikan apa yang dimaksudkan dengan Monark


Baru

Monark Baru bermaksud kemunculan semula iaitu daripada


zaman kegelapan kepada zaman Renaissance.

4. Nyatakan kesan Renaissance.

Dari segi politik , perkembangan yang paling penting


pada zaman Renaissance ialah kemunculan monarki baru.
Kewujudan Monarki baru in telah diperkuatkan lagi denagan
amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan
pusat.

Dari segi ekonomi , kegiatan ekonomi sara diri kian pupus


pada zaman Renaissance.

Dari segi sosial , zaman ini telah membawa perubahan


gaya hidup dan pemikiran manusia.

9.3 Gerakan Reformation

1. Apakah maksud Reformation?

Reformation ialah suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat


pada abad ke-16.

62
2. Apakah idea-idea penting yang diperjuangkan oleh
Martin Luther?

Martin Luther percaya bahawa manusia seharusnya bergantung


pada kekuatan rohani dalam ibadat.

3. Jelaskan kesan-kesan Zaman Reformation terhadap


Eropah.

Kesan dari segi agama , zaman ini telah menyababkan


Negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab
masing-masing.

Disamping itu , kuasa Gereja juga telah dicabar. Kuasa


Gereja terhadap kerajaan atau monarki berkurang disebabkan
monarki ingin membebaskan dirinya daripada penguasaan Paus
di Rom.

9.4 Penjelajahan dan Penerokaan

1. Nyatakan kuasa-kuasa Eropah yang unggul pada


zaman penjelajahan dan penerokaan.

Portugal , Sepanyol dan Belanda.

2. Terangkan sebab-sebab utama berlakunya


penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke Timur.

Kerana orang Eropah mahu memperoleh barangan seperti emas


, sutera dan rempah ratus dari Timur. Disamping berlakunya
desakan ekonomi dan semangat keagamaan.

9.5 Revolusi Pertanian dan Revolusi


Perindustrian

63
1. Apakah sebab-sebab utama berlakunya Revolusi
Pertanian di Britain?

Sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Pertanian di Britain


ialah kerana terdapat perubahan dalam system penggunaan
dan pemilikan tanah dan terdapat penggunaan kaedah atau
teknik sainstifik serta terdapat pemasaran produk (hasil)
pertanian secara meluas dan berkesan.

2. Nyatakan kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran


Tanah pada Zaman Revolusi Pertanian di Britain.

Antara kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah ialah


wujudnya kawasan pertanian yang luas (ladang) bagi
penanaman secara besar-besaran dan rakyat biasa dahulunya
bergantung pada tanah awam untuk menampung kehidupan
mereka telah kehilangan punca rezeki.

9.6 Perkembangan Bidang Perindustrian

1. Apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan


Revolusi Perindustrian berlaku di Britain?

Faktor-faktor utama yang menyebabkan Revolusi Perindustrian


berlaku di Britain ialah kesediaan para peladang untuk
melaburkan modal dan kewujudan Revolusi Pertanian yang
telah menyediakan bahan makanan untuk menampung
permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian
meningkat.

2. Apakah persamaan yang terdapat dalam proses


Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian?

Persamaan yang terdapat dalam proses Revolusi Pertanian dan


Revolusi Perindustrian ialah kaedah dan penciptaan barangan
terbaru.

64
9.7 Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi
Perindustrian

1. Mengapakah Britain dapat menjalankan aktiviti


perdagangan antarabangsa pada abad ke-18 dan ke-19?

Britain dapat menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa


pada abad ke-18 dan ke-19 kerana mereka telah telah
mempertingkatkan system pengangkutan dan mengeksport
modal keseberang laut untuk kegiatan ekonomi.

2. Jelaskan kesan penciptaan kereta api pada masa


berlakunya Revolusi Perindustrian.

Kewujudan kereta api mampu mengangkut barangan dan juga


pekerja kilang dalam kuantiti yang banyak.

3. Mengapakah akta tertentu diperkenalkan dalam


bidang perindustrian khususnya tentang penggunaan
buruh?

Akta tertentu diperkenalkan dalam bidang perindustrian kerana


untuk memastika pekerja tidak bekerjasama menentang pihak
kerajaan yang wujud pada ketika itu.

9.8 Imperialisme Barat di Asia

1. Apakah maksud Imperialisme?

Imperialisme bermaksud penguasaan sesebuah Negara yang


lebih kuat terhadap Negara lain yang lebih lemah.

2. Bincangkan faktor ekonomi yang mendorong


kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara.

Kuasa Barat datang ke Asia Tenggara kerana ingin


mendapatkan bahan mentah dan pasaran bagi memasakan
barangan industri masing-masing .

3. Apakah kesan imperialisme dari aspek pendidikan?

65
Kemunculan imperialisme telah mewujudkan system pendidikan
inggeris.

Ujian dan Penilaian

A. Soalan Objektif

1. Apakah ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah?

I Tiada peningkatan ilmu pengetahuan.

II Ekonomi dan kehidupan masyarakat merosot.

III Kedudukan tuan tanah di pandang rendah

IV Tiada kerajaan pusat yang kukuh

A. I , II dan III C. I , III dan IV

B. I , II dan IV D. II , III dan IV

2.

I Zaman Renaissance dan Zaman


Reformation.

II Zaman Yunani dan Rom

III Zaman penerokaan dan penjelajahan

IV Zaman Pertengahan

Susun kedudukan zaman-zaman di atas mengikut kronologi.

A. II , I , IV dan III C. IV , III , II dan I

B. II , III, IV dan I D. II , IV , I dan III

66
3. Apakah kesan Zaman Reformation di Eropah?

I Negara Eropah berperang menurut mazhab masing-masing.

II Kuasa Gereja terhadap kerajaan berkurang

III Penganut mazhab Kristian , menjalankan kegiatan


pendidikan

IV Agama Kristian diketepikan oleh masyarakat Eropah

A. I , II dan III C. I , III dan IV

B. I , II dan IV D. II , III dan IV

4. Mengapakah orang-orang Eropah melakukan penjelajahan ke


Timur?

I Ingin mendapatkan barangan dari Timur khususnya rempah


ratus.

II Semangat cinta dan bangga kepada bangsa dan Negara.

III Ingin melihat kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat


Timur.

IV Galakan , sokongan dan bantuan daripada pemerintahan


Negara.

A. I , II dan III C. I , III dan IV

B. I , II dan IV D. II , III dan IV

5. Apakah kesan kedatangan Barat ke Asia Tenggara dalam


bidang politik?

I Pemerintahan Asia Tenggara menerima penasihat Barat.

II Sistem pentadbiran masyarakat setempat dihapuskan.

III Sistem pemerintahan beraja dipinggirkan

67
IV Sistem perundangan Barat diperkenalkan

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

B. Soalan Esei

1. Bincangkan peranan golongan seni pada Zaman


Renaissance.

Golongan seni pada Zaman Renaissance sering berkunjung dari


Bandar ke Bandar. Oleh itu , secara tidak langsung penyebaran
idea Renaissance sering berlaku.

2. Bincangkan sebab-sebab utama berlakunya Revolusi


Pertanian.

Sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Pertanian ialah


terdapat perubahan dalam system penggunaan dan pemilikan
tanah dan terdapat penggunaan kaedah atau teknik sainstifik

3. Huraikan pengajaran-pengajaran yang anda peroleh


daripada Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrrian.

Kita sebagai rakyat hendaklah sentiasa berusaha dalam


meningkatkan produktiviti Negara kita dan meempunyai
semangat serta perpaduan dalam meembangunkan Negara kita.

4. Pada pendapat anda , bagaimanakah kemajuan bidang


pengangkutan dapat meningkatkan perkembangan
Revolusi Perindustrian di Britain?

Pada pendapat saya dengan adanya kemajuan dalam


pengangkutan urusan pentadbiran , perniagaan dan sebagainya
lebih mudah dan cepat untuk dilaksanakan.

BAB 10 DASAR BRITAIN DAN KESANNYA

68
TERHADAP EKONOMI NEGARA

10.1 Pengenalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi


tradisional?

Ekonomi tradisional ialah aktiviti ekonomi yang melibatkan


pemasaran barangan tempatan dengan skala yang kecil.

2. Bagaimanakah masyarakat Melayu trdisisonal


menjalankan aktiviti pertanian?

Masyarakat Melayu trdisional menjalankan aktiviti pertanian


dengan bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.

10.2 Ekonomi Dagangan

1. Apakah yang dimaksudakan dengan ekonomi


dagangan?

Ekonomi dagangan ialah aktiviti pertanian atau perlombongan


yang melibatka lebihan pengeluaran yang bertujuan untuk
pemasaran.

2. Apakah peranan pembesar Melayu dalam


perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sebelm
kedatangan British?

Peranan pembesar Melayu dalam perlombongan bijih timah di


Tanah Melayu sebelm kedatangan British ialah untuk mengawal
aktiviti yanh terdapat di lombong tesebut.

3. Senaraikan aktiviti pertanian komersial sebelum


berkembangnya perusahaan getah di Tanah Melayu.

Antara aktiviti pertanian komersial sebelum berkembangnya


perusahaan getah di Tanah Melayu ialah melombong , bercucuk
tanam, memungut hasil hutan menternak binatang dan

69
menangkap ikan secara kecil-kecilan.

4. Nyatakan sumbangan Henry N. Ridley dalam


perkembangan getah di Tanah Melayu.

Sumbangan Henry N. Ridley dalam perkembangan getah di


Tanah Melayu ialah beliau telah meyakinkan para peladang
untuk menanam getah dan memperkenalkan system menoreh
getah secara ibidem.

10.3 Dasar British Terhadap Pertanian

1. Apakah kesan dasar British dalam bidang pertanian


kepada masyarakat Melayu?

Kesan daripada dasar British dalam bidang pertanian kepada


masyarakat Melayu ialah wujudnya undang-undang berhubung
tanah dan wujudnya jurang dwi-ekonomi antara masyarakat
Melayu dengan masyarakat lain.

2. Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh


British kepada masyarakat Melayu?

Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada


masyarakat Melayu ialah berdasarkan undang-udang ini
pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui
pewarisan.

3. Mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu


dilaksanakan oleh British?

Akta Tanah Simpanan Melayu dilaksanakan oleh British kerana


bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi mereka
sahaja.

4. Apakah tujuan British mengadakan Enakmen Tanah


Padi 1917?

Tujuan British mengadakan Enakmen Tanah Padi 1917 ialah


untuk mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada
orang asing.

70
10.4 Kesan-kesan Dasar Ekonomi

1. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan


kemunculan Bandar-bandar baru.

Faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan Bandar-bandar


baru ialah kerana berlakunya perkembangan ekonomi di
sesebuah kawasan tersebut.

2. Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum terbentuk


di Tanah Melayu?

Masyarakat berbilang kaum terbentuk di Tanah Melayu kerana


dasar yang telah dijalankan oleh pihak British.

3. Apakah maksud sistem pendididkan vernacular di


Tanah Melayu?

Sistem pendidikan vernacular bermaksud sistem pendidikan


yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai
bahasa penghantar.

4. Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan sistem


pengangkutan dan perhubungan berkembang.

Faktor-faktor yang menyebabkan sistem pengangkutan dan


perhubungan berkembang ialah berlakunya perkembangan
pesat dalam kegiatan perlombongan dan pertanian.

Ujian dan Penilaian

A. Soalan Objektif
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional?

71
I Aktiviti yang diusahakan di kawasan Bandar yang terpencil.

II Aktiviti ekonomi yang diusahakan tanpa lebihan produk.

III Penggunberlakaan tenaga kerja yang terhad.

IV Penggunaan tenaga kerja kurang mahir

A. I dan II C. II dan III

B. II dan IV D. I dan IV

2. Apakah sebab utama kawasan Asia Tenggara menjadi


tumpuan negara-negara Eropah pada abad ke 19?

A. Jumlah penduduknya ramai dan pelbagi bangsa serta agama


B. Mereka bercita-cita untuk mendamaikan perbalahan yang
sering berlaku

C. Kawasan yang kaya dengan pelbagai sumberalam dan galian.

D. Penguasaan terhadap Asia Tenggara menyeabkan imej


mereka menjadi tinggi .

3. Mengapakah pemodal Eropah berupaya bersaing dengan


pemodal China dalam industri perlombongan pada abad ke-20?

A. Mereka mempunyai modal dan teknologi yang tinggi

B. Mereka mempunyai kepakaran dalam bidang perlombongan.

C. Mereka boleh mengeksport bijih timah dengan mudah.

D. Mereka mendapat kerjasama yang erat daripada orang


Melayu.

4. Apakah tujuan utama Akta Tanah Simpanan Melayu


diwujudkan?

I Untuk menghindarkan tanah tersebut dujual kepada orang


asing.

II Untuk memudahkan orang Melayu bercucuk tanam.

72
III Untuk memudahkan British mengendalikan kegiatan
pertanian

IV Untuk melindungi kepentingan ekonomi dan politik British.

A. I dan II C. III da IV

B. II dan III D. I dan IV

B. Soalan Esei

1. Jelaskan aktiviti pertanian komersial sebelum


berkembangnya perusahaan getah di Tanah Melayu.

Aktiviti-aktiviti pertanian komersial sebelum berkembangnya


perusahaan getah di Tanah Melayu ialah menanam hasil
pertanian seperti padi , sayur-sayuran dan buah-buahan.
Disamping itu , penduduk zaman dahulu juga memungut hasil
hutan seperti rotan dan tanaman-tanaman herba. Bahan- bahan
ini kemudiannya dipasarkan.

2. Bincangkan sumbngan Henry N. Ridley dalam


perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

Henry N. Ridley telah berusaha meyakinkan para peladang


untuk menanam getah dan memperkenalkan system menoreh
getah secara ibidem di Tanah Melayu.

3. Bincangkan tindakan kerajaan British dalam


menghadapi kemerosotan harga getah sebelum Perang
Dunia Kedua.

Kerajaan British telah memperkenalkan Rancangan Sekatan


Stevenson untuk menghadapi kemerosotan harga getah
sebelum Perang Dunia Kedua.

73
4. Huraikan kemasukan imigran atau buruh asing di
Tanah Melayu dari awal abad ke-19 hingga awal abad ke-
20.

Kepesatan pembangunan sector pertanian dan perlombongan


oleh kerajaan kolonial British telah menyababkan kemasukkan
tenaga buruh asing untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi
di Tanah Melayu. Pada abad ke-19 Pihak British telah membawa
masuk buruh-buruh dari China secara besar-besaran.
Kemudianya disusuli dengan kemasukkan buruh dari India.
Dengan itu , wujudnya masyarakat berbilang kaum di Tanah
Melayu kekal hingga ke hari ini.

5. Huraikan peranan institusi kewangan dan insurans


dalam perkembangan ekonomi di Tanah Melayu dari
tahun 1859 hingga tahun 1948.

Peranan institusi kewangan ialah untuk memberi penjaman


kepada pelabur dengan syarat tertentu manakala insurans pula
ialah untuk melindungi aset yang dimiliki.

74
mmmhgg

75

You might also like