Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Topik 14 Pengenalan

Kepada
Keusahawanan
 PENGENALAN

Sedarkah anda dalam kegawatan ekonomi global pada masa kini tidak menghalang
Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor
perniagaan dijangka bertambah penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi
lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan
perusahaan yang lebih besar.

14.1 DEFINISI USAHAWAN

Tahukah anda perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa
pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ia bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Pada
masa zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan
dipanggil sebagaipedagangmanakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga.

Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris


‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’
yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan ‘entrepreneur’ telah digunakan
semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam
keusahawanan.

Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada
perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-

1. Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan
sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan

RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 1


secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga
secara besar-besaran.

2. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai


ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk
modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran
barangannya.

3. Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang


inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.

4. Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai


orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki,
mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.

5. Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan


perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus
berkembang.

Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang
mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan
mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli
perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga
adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak
keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan.
Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran
masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat
keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.

14.2 DEFINISI KEUSAHAWANAN

Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga,


pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu

RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 2


bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang
berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan (Jadual 1.1).

Jadual 1.1 Menunjukkan Bidang Ilmu Keusahawanan

Sikap Kemahiran Pengetahuan


Motivasi yang tinggi Membuat keputusan Mencari dan menggunakan
maklumat
Kepercayaan kepada diri Menyelesaikan masalah
sendiri
Inisiatif Berunding
Bertanggungjawab Berkomunikasi Mengenalpasti dan
Kebolehan menangani Minda kreatif
melaksanakan
keadaan tidak menentu
sesuatu projek
(menghadapai risiko)
Keazaman dan kesungguhan Kemahiran kerja berkumpulan
Ketahanan mental dan fizikal Kemahiran pengurusan
Kemahiran teknikal

Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan,
dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut :-

 Mengenalpasti peluang perniagaan


 Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang
ramai.
 Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang
ramai.
 Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
 Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk)
 Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan
pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.
 Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh
meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.

Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang
bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan
ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses
mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati.

RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 3


Jom fikir sejenak.........

S: Huraikan perbezaannya antara usahawan dan keusahawanan

J: Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang


yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut
mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif,
berani mengambil risiko yang telah diperhitungkan, bijak mengambil peluang dan
lain-lain. Manakala keusahawanan ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang
meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap.

S: Apakah unsur-unsur sikap yang terkandung dalam keusahawanan?

J: Unsur–unsur sikap yang ada pada keusahawanan ialah motivasi yang tinggi, keyakinan
kepada diri sendiri, inisiatif, bertanggungjawab, kebolehan menangani keadaan tidak
menentu, keazaman dan kesungguhan serta ketahanan mental dan fizikal.

S: Sebutkan beberapa orang sebagai contoh usahawan yang telah berjaya. Nyatakan
perkara-perkara yang telah dilakukan sehingga Ia berjaya menjadi usahawan.

J: Contoh usahawan yang berjaya:

a) Bill Gates –Program Komputer (Microsoft)


b) Dato’ Maznah Hamid – Keselamatan (Securiforce)
c) Tan Sri Mustapha Kamal – Pembangunan Hartanah (EMKAY)

14.3 PERBEZAAN KONSEP USAHAWAN DAN PENIAGA


RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 4
Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau
melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga
ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan
harga yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan
keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan perkhidmatan, ia juga akan
mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata
untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai
matlamat peribadi.

Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan.
Selain dari mencari keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk masyarakat.

Ciri-ciri Peniaga.

1. Membeli barang untuk dijual semula.


2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula,
selalunya lebih tinggi
3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu
mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan
sistematik.
4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari
usahawan untuk dijual.

Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga, kita sudah pasti dapat membezakan
usahawan dan peniaga. Jadual 1.2 di bawah ini dapat memberi gambaran yang jelas
mengenai perbezaan usahawan dan peniaga.

Jadual 1.2 Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga

RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 5


PENIAGA USAHAWAN
Seorang peniaga tidak semestinya Seorang usahawan juga seorang peniaga
seorang usahawan.
Sentiasa melibatkan diri dengan urusan Melibatkan diri dengan usaha mencipta
jual beli. barangan keluaran sendiri
Sentiasa berusaha menambah keuntungan Mementingkan kejayaan dan kepuasan,
bukannya keuntungan semata-mata.
Tidak tertarik dengan perkembangan Mengikuti segala pembaharuan untuk
teknologi dan perubahan-perubahan menambah kreativiti.
Menjual barangan yang sedia ada dalam Memperkenalkan barangan baru yang
pasaran boleh menembusi pasaran
Menghadapi persaingan sebagai cabaran Persaingan adalah satu cabaran yang
biasa memerlukan penelitian rapi untuk terus
hidup
Berfikir hanya untuk menyelesaikan Merenung jauh kehadapan dan sentiasa
masalah harian. berfikir untuk meningkatkan kemajuan
pada masa hadapan.
Mementingkan keuntungan jangka masa Mementingkan keuntungan jangkamasa
pendek. panjang.

Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :-

Usahawan
1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan
negara.
2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada
produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru.
3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga
barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya berhawa
dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai runcitnya
seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di bandar
lain.

Peniaga
1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada masyarakat dan
pembangunan negara.
2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga yang
rendah dan menjual pada harga yang tinggi.

RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 6


3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang runcit
daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual kepada
pengguna.

14.4 KOMPETENSI KEUSAHAWANAN

Tahukah anda apakah maksud kompetensi keusahawanan? Kompetensi keusahawanan


bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi
keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan diri keusahawanan dimiliki
melalui amalan-amalan perilaku hasil daripada pengaruh nilai-nilai hidup seseorang, sikap
atau desakan dalaman untuk melakukan tugas dengan cemerlang. Melalui kompetensi
keusahawanan, seseorang akan lebih mampu dan lebih cekap berbanding dengan orang
lain yang mempunyai pengetahuan dan kelulusan yang sama.

Terdapat pelbagai jenis kompetensi yang boleh dikaitkan dengan usahawan. Walau
bagaimana pun, hasil kajian Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985) terhadap usahawan yang
berjaya di Malawi, India dan Ecuador, mereka telah menyenaraikan tiga belas jenis
kompetensi keusahawanan diri yang membantu kejayaan usahawan-usahawan ini.

Senarai Kompetensi Keusahawanan

1. Inisiatif

Seseorang yang berinisiatif adalah individu yang


 membuat sesuatu kerja atau tugas tanpa diarah atau dipaksa.
 mempunyai sikap proaktif
 giat berusaha untuk membangun dan menjayakan perniagaannya.

Dengan memiliki kompetensi ini usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra
permulaan sesuatu perniagaan, sikap inisiatif membolehkan usahawan berusaha
mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan
dan menerokai bidang-bidang yang mungkin belum diterokai lagi.

2. Melihat dan merebut peluang

RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 7


Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang
 mempunyai kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud
 berkemampuan untuk merebut peluang samada untuk memperluaskan pasaran,
mendapatkan bantuan bagi kepentingan perniagaan dan lain-lain

Kompetensi ini menjadi faktor penting untuk kejayaan dan daya tahan perniagaan.
Kemampuan ini akan membantu usahawan di peringkat memulakan perniagaan dan
membolehkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

3. Kecekalan

Sikap cekal dan tabah dapat dilihat melalui tindakan usahawan seperti berikut:
 tidak merasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah.
 Sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian
matlamat

Usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko dan permasalahan. Contohnya


harga bahan mentah meningkat dengan tiba-tiba, pekerja tidak amanah, permintaan
barang yang menurun dan lain-lain lagi. Orang yang cekal tidak jemu berusaha untuk
mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapinya dan sanggup
bangun semula walau
pun pernah mengalami kegagalan.

4. Mencari maklumat

Sikap individu yang mampu mencari maklumat adalah:


 melakukan penyelidikan atau tinjauan sendiri untuk mendapat maklumat dan
maklum balas bagi menyediakan barang atau perkhidmatan yang dapat
memenuhi kepuasan pelanggan
 mendapatkan khidmat pakar untuk kemajuan perniagaan
 membuat kajian pasaran dan membuat analisisnya

RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 8


Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan
perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang
boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan
untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan
yang diterajui.

5. Menitik beratkan mutu kerja yang tinggi

Sikap individu yang menitik beratkan mutu kerja yang tinggi adalah:
 Cenderung untuk menghasilkan atau menjual barangan yang bermutu tinggi
 Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja yang dihasilkan dengan mutu kerja
orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.
 Tidak semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi akan
menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang dan bermutu .

Hasil kerja yang bermutu tinggi dapat menjamin kepuasan pelanggan dan ini akan dapat
meluaskan pasaran serta meningkatkan imej usahawan dan perniagaan. Dengan ini,
usahawan berpeluang untuk berjaya.

6. Komitmen terhadap perjanjian kerja

Sikap usahawan yang mempunyai kompetensi ini dapat dilihat dengan:


 kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja
 mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja
 kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi
kepuasan kepada pelanggan
 menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan
 sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan,
pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui .

Sikap ini akan membolehkan orang lain percayakannya dan ini membantu meningkatkan
imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan, pembekal, pihak institusi
kewangan adalah kunci kepada kestabilan dan kemajuan perniagaan.

7. Berorientasi ke arah kecekapan


RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 9
Sikap individu yang berorientasi ke arah kecekapan adalah:
 sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau
dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya
 sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu
pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan.
 Menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk
meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan.

Kecekapan perniagaan akan dapat meningkatkan keuntungan dan menurangkan


pembaziran dan kos. Ini akan membantu kejayaan perniagaan

8. Membuat perancangan yang sistematik

Sikap individu yang membuat perancangan yang sistematik:


 membuat perancangan dan mengatur langkah-langkah dan membahagikan tugas-
tugas yang besar kepada yang lebih kecil dan mudah
 membuat rancangan untuk mengatasi halangan yang dijangkakan
 membuat penilaian dan memilih alternatif-alternatif terbaik untuk sesuatu tindakan
 mengambil pendekatan yang sistematik dan logikal untuk mencapai matlamat

Usahawan yang membuat perancangan yang sistematik akan dapat meningkatkan


prestasi dan pencapaian matlamat perniagaan.

9. Menyelesaikan masalah secara kreatif

Sikap individu yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah:


 mencari langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi dengan sebaik
mungkin
 mencari dan melahirkan idea-idea baru atau cara penyelesaian secara inovatif

Seseorang usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian yang


mungkin mendatangkan masalah kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Semua
masalah ini perlu ditangani secara kreatif. Sebagai contoh, usahawan yang sedang
berhadapan dengan kadar pusing ganti pekerja yang tinggi perlu mampu menangani
masalah ini dengan sebaik mungkin sekiranya punca masalah itu diketahui seperti
RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 10
masalah gaji pekerja, hal kebajikan pekerja, dan lain-lain. Tindakan yang diambil akan
dapat menyelesaikan masalah dan mampu mewujudkan kesetiaan pekerja kepada
perniagaan.

10. Yakin terhadap keupayaan diri

Individu yang bersikap yakin terhadap diri:


 mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapat
apa yang dihajati.
 melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikana sesuatu
tugas atau menyahut sesuatu cabaran.
 boleh membuat keputusan tanpa ragu-ragu.
 banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang-bidang di
luar bidang pengkhususan.
 tidak takut mencuba dan tidak takut gagal

Sikap yakin terhadap keupayaan diri akan membantu kejayaan perniagaan kerana sikap
ini akan mewujudkan keyakinan orang lain kepada usahawan dan perniagaan.

11. Ketegasan

Sikap tegas dapat dilihat melalui tindakan-tindakan seperti berikut:


 berani menyuarakan pendapat atau idea kepada orang lain secara langsung
 berani mengambil tindakan walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada
pihak lain.

Sifat tegas usahawan akan dapat menjamin pengawalan organisasi dengan baik. Ini
adalah disebabkan ia dapat menjelaskan sesuatu masalah kepada orang yang terlibat
supaya masalah sedemikian tidak berulang atau menular. Contohnya, masalah pekerja
yang curi tulang atau ponteng kerja sekiranya diambil tindakan boleh menyebabkan
pekerja lain tidak berani melakukannya.

RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 11


12. Menyakinkan orang lain

Sikap individu yang dapat meyakinkan orang lain adalah:


 mampu menonjolkan diri untuk meyakini pelanggan membeli barang atau
perkhidmatan yang diperniagakan.
 mampu menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti
 bermaklumat dan berpengalaman

Usahawan perlu berurusan dengan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan
berjalan dengan lancar, ia hendaklah dapat menyakinkan pelbagai pihak yang
berkepentingan kepada perniagaannya seperti kakitangan, pelanggan, pembekal,
institusi kewangan dan sebagainya. Untuk dapat meyakinkan orang lain, usahawan perlu
terlebih dahulu yakin kepada kemampuan sendiri.

13. Menggunakan strategi pengaruh

Sikap individu yang menggunakan strategi pengaruh adalah:


 cenderung memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa
tipu helah untuk sesuatu matlamat perniagaan.

Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan perlu


mampu mempengaruhi pekerja-pekerja, dan industri yang diceburi supaya ia dapat
mencapai matlamat perniagaannya.

Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan;

 Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak


 Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum
 Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran
 Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran
 Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan

RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 12


Usahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-
sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan
industri dan pasaran yang terlibat dengannya.

RBT3110 Perniagaan dan Keusahawanan Page 13

You might also like