Professional Documents
Culture Documents
Lawatan Ke Kidzania
Lawatan Ke Kidzania
Lawatan Ke Kidzania
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE KIDZANIA KUALA LUMPUR 2016
ANJURAN :
KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12
1.0 PENGENALAN
Murid-murid sekolah rendah pada masa kini seharusnya diberi pendedahan bukan
sahaja pendidikan dalam bilik darjah, tetapi merangkumi pendidikan luar bilik darjah.
Lawatan sambil belajar ini adalah salah satu pendekatan serta pendedahan kepada
murid-murid tentang alam pekerjaan dengan lebih awal. Lawatan seperti ini juga
dapat membantu murid-murid menambah ilmu pengetahuan sambil belajar tentang
sesuatu yang baru. Oleh itu, program lawatan sambil belajar ini diharap dapat
memberi pengetahuan dan kesedaran kepada murid-murid tentang bidang pekerjaan
yang akan dipilih oleh mereka kelak yang dapat memberi sumbangan besar kepada
ekonomi Malaysia.
2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya pekerjaan apabila
mereka dewasa nanti.
2.2 Memberi pengalaman baharu kepada murid-murid
2.3 Memupuk nilai-nilai murni dan interaksi sihat antara guru dan murid
yang terlibat.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid tentang alam pekerjaan
dan bidang pekerjaan yang boleh dipilih
3.2 Memberi peluang murid-murid membina minda sambil berekreasi di luar bilik
darjah.
12.0 PENUTUP
Program lawatan sambil belajar ini amat penting untuk memberikan pendedahan
sebenar kepada murid-murid tentang dunia pekerjaan. Diharap murid-murid dapat
menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi semasa lawatan ini
sebaik mungkin. Secara keseluruhannya diharap program lawatan ini dapat
menambah pengalaman dan ilmu secara realistik serta dapat menarik minat murid
yang disasarkan.
........................................... ...............................................
(SITI NOR HAJAR BINTI ABD. RAZAK) (NOOR HASHIMI BIN HASAN)
Penyelaras Lawatan, Guru Besar,
Kelab Kebajikan Guru Dan Kakitangan, Sekolah Kebangsaan USJ 12,
Sekolah Kebangsaan USJ 12 Subang Jaya.
Subang Jaya.