Membasmi Kemiskinan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Membasmi kemiskinan

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja
terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah
kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu
kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek
pembangunan telah dirangka supaya:

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang
lebih lumayan.

iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara
wilayah.

v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.

vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-
struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat


Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan
melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan
Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :

i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan
luarbandar.

ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara
yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh
mencerminkan bilangan kaum.

iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan
pertumbuhan ekonomi.

iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera
supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti
MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.

v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR,
KEJORA dan sebagainya.
Strategi Membasmi Kemiskinan

Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB. Hal ini kerana
pencetus dasar ini jelas disebabkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak
berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak
menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh
ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami
pertumbuhan ekonomi yang baik.
[iv] Antara strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam DEB ialah memodenkan
keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar
dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan juga yang bersabit dengan
pendidikan seperti bantuan buku dan biasiswa.
[v] Keadaan masyarakat Malaysia sebelum DEB sangat berbeza-beza apatah lagi hanya
masyarakat yang tinggal di bandar sahaja menikmati kemudahan-kemudahan asas seperti perubatan,
pendidikan dan sebagainya manakala masyarakat di luar jauh ketinggalan. Dengan memodenkan
keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan kemudahan asas iaitu pendidikan, perkhidmatan,
perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik[vi] sekaligus jurang kemiskinan dapat dikendurkan.
[vii] Selain itu, kerajaan turut meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum juga dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan. Kerajaan telah
membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar
ekonomi pecah dan perintah penjajah. Maknanya, kaum Melayu diberi peluang luas menceburkan diri
dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain yang sebelum ini kaum Melayu amat terikat dengan
kegiatan pertanian sara diri di luar bandar. Begitu juga dengan kaum lain seperti Cina dan India turut
diberi peluang mencebur diri dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan
perindustrian.

Di samping itu, kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum dalam sektor-sektor yang
berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga
perkhidmatan.
[viii] Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar digalakkan
menceburkan diri dalam bidang berpotensi tinggi sekaligus membantu pembangunan ekonomi
negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum.Strategi lain yang
dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan ialah memajukan lagi daya pengeluaran
golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk. Antara langkah yang
dilaksanakan oleh kerajaan ialah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang
mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELDA,
FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan
moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik; serta peluang pendidikan dan latihan.Kerajaan
juga berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan
kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali setahun;
tanaman padi luar musim; kemudahan parit dan tali air; kemudahan pasaran dan kredit demi
membantu golongan bumiputera di kawasan luar bandar.
Strategi Menyusun Semula Masyarakat

Salah satu strategi menyusun semula masyarakat ialah menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor
swasta. Strategi ini bertujuan meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-kurangnya 30%
daripada jumlah saham dalam sektor swasta dan perniagaan. Perkara ini tidak bermakna menafikan
hak bukan bumiputera kerana DEB juga jelas menggariskan bahawa penglibatan mereka boleh
mencapai sehingga tahap 40% dalam tempoh yang sama dan selebihnya pelabur-pelabur asing.
[ix] Hal ini disebabkan kaum bumiputera memang ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak
negara kita mencapai kemerdekaan.
Selain itu, strategi menyusun semula masyarakat juga termasuk membina satu masyarakat
perdagangan dalam kalangan bumiputera. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui pemberian
kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan
bumiputera.Antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat pedagang ialah
menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA dan pelancaran
Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional. Selain itu, Akta Penyelarasan
Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh DEB. Perkara ini jelas ingin memastikan
penglibatan 30% bumiputera dalam pemilikan ekonomi tercapai. Kerajaan juga telah menyediakan
beberapa pakej sokongan baru untuk mencapai matlamat ini seperti Dasar Persyarikatan Malaysia
dan Dasar Penswastaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membuka lebih
banyak peluang pekerjaan sekaligus kadar pengangguran negara dapat dikurangkan.

Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat yang pelbagai ras ialah membangunkan kawasan-
kawasan yang selama ini mundur tetapi berpotensi tinggi. Antaranya ialah pembangunan wilayah.
[x] Objektif rancangan dan pembangunan wilayah di bawah DEB adalah mengurangkan
ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan kadar
pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang membangun, mengeksploitasi
sepenuhnya potensi sumber-sumber tenaga manusia dan fizikal di kawasan kurang membangun dan
dengan menyamaratakan agihan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan asas.
[xi] Perancangan Wilayah ini boleh terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
1. Perancangan untuk pembangunan sumber-sumber kawasan seperti Johor Tenggara, Perak Utara,
Melaka dan Utara Semenanjung.
2. Rancangan kawasan-kawasan utara atau pusat-pusat pertumbuhan, termasuklah Rancangan
Lembah Kelang, Pelan Induk Pulau Pinang, Rancangan Johor Selatan dan Rancangan Kuantan.
3. Rancangan pembangunan pertanian untuk kawasan Perak hingga barat daya Johor
.[xii] DEB juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, Kerajaan telah mencorakkan
perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya kepentingan kaum
Melayu sentiasa diuatamakan. Kerajaan telah menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum
Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan-perusahaan.
Perkara ini telah mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar. Orang Melayu
yang berhijrah ke bandar pada umumnya terdiri daripada golongan msikin muda dalam lingkungan
umur antara 20-30 tahun.
[xiii] Hal ini disebabkan tawaran kerajaan dalam DEB kepada mereka sangat baik sekaligus untuk
membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Untuk mencapai matlamat itu, pelbagai
institusi disaran memberi peluang kepada bumiputera iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Perbadanan Nasional (PERNAS), Federal Industrial Development Authority (FIDA), Malaysian
Industrial Development Finance) dan Urban Development Finance) dan Urban Development Authority
(UDA) yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan kepada kaum Melayu
dan bumiputera yang lain dalam bidang moden, sama ada secara keseluruhan ataupun secara usaha
bersama.
[xiv] Di samping itu, dalam menyusun semula masyarakat kerajaan juga telah berusaha meluaskan
lagi peluang-peluang pelajaran dalam dan luar negeri. Hal ini bermaksud kerajaan telah mengalakkan
lebih golongan bumiputera melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara demi menambahkan jumlah
pekerja bumiputera dalam bidang profesional seperti guaman, perubatan dan lain-lain lagi. Kerajaan
juga telah membina dan menyediakan lebih banyak sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan juga
turut menyediakan kemudahan sampingan yang lain bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam
kalangan rakyat.Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, kerajaan turut
menyediakan kemudahan biasiswa dan kerajaan turut memberi kuota kepada orang Melayu untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti awam.
[xv] Hal ini juga disebabkan kaum bumiputera jauh ketinggalan ke belakang dalam bidang
pendidikan dan ini juga menjadi asas penting kepada perubahan besar ekonomi Malaysia serta
pemindahan secara beransur-ansur pekerja-pekerja Bumiputera ke sektor-sektor moden industri dan
bidang yang diharapkan. Hasilnya daripada itu, kenaikkan pendapatan purata bulanan isi rumah
kaum Melayu di Semenanjung adalah 5 kali ganda antara tahun 1970 dengan 1990, berbanding
kaum Cina yang cuma 4 kali ganda pada tempoh yang sama. Dari segi guna tenaga, didapati kaum
Melayu yang terlibat dalam sektor pertama, khususnya pertanian masih tinggi. Walau bagaimanapun,
penglibatan kaum Melayu dalam sektor kedua dan ketiga telah bertambah. Keahlian bumiputera
dalam kumpulan profesional seperti arkitek, akauntan, jurutera dan doktor di Malaysia juga telah
berkembang dengan cepat.

Kesan DEB kepada masyarakat dan pembangunan negara


4.1 Sektor Pendidikan

Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan
peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Melalui pendidikan yang diterapkan, telah
memberikan impak yang positif sehingga hari ini dimana bilangan profesional Bumiputera telah
bertambah. Peratusan graduan Bumiputera ke luar negara untuk mencapai tahap profesionalisma
bumiputera ke puncak tertinggi juga meningkat. Kini, terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di
hospital-hospital. Keadaan ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun lalu di mana
hanya ada segelintir sahaja doktor pakar Bumiputera. Malahan, kini, banyak syarikat besar di
Malaysia diketuai oleh golongan profesional Bumiputera dan ramai profesional Bumiputera mampu
berdaya saing untuk bekerja di luar negara.Kejayaan DEB melalui pendidikan telah membawa
kepada masyarakat Melayu yang berpendidikan sejak 70-an yang telah menyumbang kepada
peluasan peratusan kelas pertengahan. Masyarakat Melayu yang berpendidikan akan dapat
membantu mewujudkan lebih ramai kelas pertengahan bagi kestabilan politik dan ekonomi
negara.Pada masa kini, Melayu memiliki sejumlah perniagaan di peringkat tinggi misalnya pemilik
hartanah, perunding perhubungan awam, pengurus dana dan perunding kejuruteraan. Inilah hasil
daripada pendidikan di bawah DEB yang melahirkan sejumlah profesional Melayu yang dihormati.
Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan golongan profesional dan golongan kelas menengah
Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat.
Selain itu, kesan dari perancangan DEB melalui pendidikan telah berjaya meningkatkan peratus
kecemerlangan pelajar Bumiputera di peringkat tinggi. Menurut Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen
Rembauberdasarkan maklumat dari Biro Tatanegara, peratus graduan Bumiputera yang lulus
dengan kepujian kelas pertama di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) meningkat dari 13.25
peratus pada tahun1996 kepada 25.4 peratus pada tahun 2002.Sehubungan itu, kemasukan pelajar
Melayu ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) melepasi tahap 60 peratus dan ini adalah satu
peratusan yang jauh lebih tinggi dari yang ditetapkan di bawah sistem kuota. Selain itu, kemasukan
pelajar Melayu kedalam kursus-kursus kritikal di IPTA juga meningkat. Negara juga mempunyai
18 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), termasuk sebuah Universiti Islam Antarabangsa. Malah,
Malaysia juga diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bagi pelajar dari negara asing. Kini,
terdapat lebih 36,000 penuntut dari 150 negara yangdatang belajar di Malaysia.
Melalui DEB juga jurang pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar dirapatkan bagi
memastikan persaingan yang lebih adil dan saksama. Selain menempatkan guru-guru
berpengalaman dan berkebolehan di sekolah-sekolah luar bandar, kemudahan-kemudahan yang
sama seperti yang terdapat di bandar, termasuk lain-lain frastruktur Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) juga disediakan. Segala inidiambil kira untuk mewujudkan medan persaingan
menjadi lebih rata dan peluang anak Melayu untuk berjaya dapat ditingkatkan. Negara Malaysia kini
mempunyai Sekolah Bestari dimana menurut Dato Seri Najib Tun Razak; Sekolah Bestari ditubuhkan
ialah bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan Koridor Raya Multimedia malahan melahirkan satu
generasi rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif.Antara tujuannya ialah untuk menyediakan satu
kumpulan tenaga kerja yang kreatif dan berteknologi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
mendemokrasikan pendidikan agar semua kanak-kanak berpeluang untuk belajar. Maka, dengan ini
terbukti bahawa DEB mampu memainkan perananya dalam pendidikan apabila kejayaan demi
kejayaan telah dikecapi hasil usaha keras kerajaan dan kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia.

4.2 Sektor Pembasmian Kemiskinan (FELDA)

Penempatan FELDA, sama ada unit perkampungan tunggal atau bandar, adalah komuniti yang
sengaja dibina atau dirancang di kawasan desa untuk mencapai matlamat-matlamat sosio-ekonomi
negara. Sebagai komuniti baru sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa kerana ia dirancang
berdasarkan konsep perancangan moden dan polisi-polisi yang dibentuk khusus untuk membawa
perubahan sosial, ekonomi dan fizikal kepada masyarakat desa. Petempatan FELDA adalah komuniti
yang pertama yang dirancangkan secara menyeluruh di kawasan desa dan pembukaan tanah baru di
luar bandar.
4.2.1 Penyediaan Infrastruktur Komuniti
Petempatan FELDA disediakan dengan infrastruktur yang sesuai untuk kesejahteraan dan sosial para
peneroka. Unit-unit petempatan ini mempunyai jalan raya dan bekalan air untuk kesenangan para
peneroka, sekolah untuk pendidikan anak-anak, pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal, masjid
untuk kesejahteraan rohaniah, kemudahan komuniti untuk perkembangan mental, kedai untuk
memenuhi keperluan harian, dan bekalan elektrik untuk rumah dan kemudahan lain turut di berikan
kepada peneroka FELDA.Penyediaan infrastruktur di petempatan FELDA mencerminkan satu usaha
untuk membawa modenisasi ke kawasan desa, iaitu berasaskan kepercayaan bahawa
perubahan sosio-ekonomi tidak dapat dicapai dengan memuaskan sekiranya pusat-puat
petempatan ini tidak disertakan dengan pembangunan fizikal dan peneroka dibiarkan
tanpa infrastruktur yang diperlukan oleh sesebuah komuniti.Oleh kerana asas ekonomi pusat- pusat
petempatan FELDA dibina berdasarkan tanaman perdagangan yang berorientasikan eksport, maka
hubungan dengan pusat-pusat bandar yang lain dan pelabuhan sama ada di Malaysia atau di luar
Malaysia mestilah diwujudkan.
Ini memerlukan satu sistem mengadakan kebun sendiri, dan berkongsi sempadan yang sama
dengan lot rumah jiran- jiran mereka.Kawasan pertanian yang membentuk sempadan petempatan,
dilindungi daripada pembangunan bukan pertanian untuk menjaga kepentingan peneroka. Ini
mengekalkan imbangan antara kawasan binaan yang mempunyai sempadan yang jelas di
dalam kampung dengan kawasan pertanian yang memberikan persekitaran yang hijau, cantik
nyaman dan bersih. Pemandangan seperti ini tidak mudah dinikmati di pusat-pusat bandar besar.
Pembinaan bandar baru jugak berlaku dengan wujudnya petempatan baru FELDA, bandar Muadzam
Shah, di Rompin, Pahang adalah salah satu bandar baru yang wujudhasil daripada pembukaan tanah
FELDA di kawasan terbabit. Penduduk FELDA dikawasan berhampiran bandar baru ini agak mudah
untuk menjalankan aktiviti berkaitandengan perbankan, urusan perniagaan, dan lain-lain lagi yang
memerlukan mereka untuk keluar ke bandar.
4.2.2 Pemilikan Tanah
Sistem pemilikan tanah dalam komuniti FELDA adalah baru dan sangat berbeza dengan amalan
pemilikan tanah tradisional di Malaysia. FELDA mengenakan peraturan dan syarat yang ketat
terhadap pemilikan tanah untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan peneroka. FELDA
mempunyai kuasa untuk mengambil semula pemilikan tanah tersebut jika peneroka didapati
melanggari mana-mana syarat atau peraturan yang telah ditetapkan. Tujuan peraturan ini dibuat
adalah untuk menghalang pembangunan atau kemajuan yang tidak diingini di ladang-ladang
pertanian. Dengan cara ini, guna tanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana
yang telah dirancang. Disamping itu guna tanah pertanian dilindungi daripada diambil untuk
pembangunan perumahan atau pembangunan-pembangunan lain yang bertentangan dengan prinsip
perancangan yang di jalankan oleh FELDA. Kedua, peraturan seperti ini adalah untuk mengelakkan
pemilikan tanah bertukar milik kepada orang lain yang tidak bertanggungjawab, dan dengan itu
menggagalkan tujuan asal FELDA untuk memberitanah kepada penduduk desa yang tidak bertanah
dan miskin.Hak milik tanah diberi kepada peneroka berdasarkan sistem pemilikan bagitempoh
selama 25 tahun.
Walaupun peneroka di rancangan getah diberi hakmilik berasingan bagi tanah mereka, di
rancangan kelapa sawit, tanah diberi hakmilik secara berkumpulan seperti yang telah di laksanakan
di beberapa FELDA, antaranya adalah FELDA Jengka dan FELDA Keratong di Pahang. Ini adalah
satu lagi ciri baru berhubung dengan amalan pemilikan tanah di Malaysia. Tanah peneroka
dibenarkan untuk diwarisioleh anak mereka. Walaubagaimanapun, pemecahan tanah yang akan
menimbulkan saiz tanah yang tidak ekonomis tidak dibenarkan. Oleh itu, FELDA membenarkan
tanah tersebut diwarisi oleh seorang sahaja daripada anak peneroka. Kesemua langkah inidiambil
untuk menjaga kepentingan peneroka supaya ia tidak menjejaskan matlamat perancangan FELDA
untuk member satu aras pendapatan pertengahan kepada merekadan keluar mereka.Kini Genap 50
tahun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA menempuh pelbagai cabaran untuk
melaksanakan tanggungjawab membangunkankawasan luar bandar. Dalam tempoh itu, pelbagai
peristiwa cemerlang dan pencapaian tanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana
yang telah dirancang. FELDA yang membanggakan dapat disaksikan.
Misi 50 tahun pertama penubuhan FELDA sudah mencapai objektifnya, kini agensi itu menggalas
tugas untuk memastikankecemerlangannya terus bertahan untuk 50 tahun lagi. Semestinya
meletakkan kedudukan masyarakat peneroka lebih baik daripada apa yang mereka nikmati hari
ini.Selepas berjaya mencapai objektif penubuhannya iaitu untuk memajukan kawasan pertanian
secara produktif dan sempurna, menggerakkan masyarakat peneroka supaya maju, produktif dan
berdisiplin serta meningkatkan taraf hidup lebih sempurna maka lebih jauh kepada pembabitan di
peringkat antarabangsa. Kestabilan harga sawit dangetah yang dianggap antara paling selesa ketika
ini membolehkan FELDA menjadi peneraju utama industri sawit hingga ke peringkat antarabangsa.
Dengan inimenunjukkan bahawa, DEB yang telah di jalankan oleh pihak kerajaan walaupun tidak
mencapai objektif sepenuhnya, namun di peringkat proses penyusunan semula masyarakat, Malaysia
untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi, dan supaya dapat mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi boleh dikatakan berjaya dilaksanakan.
Golongan miskin yang telah berpindah ke kawasan FELDA pada mulanya dengan tujuan untuk
mendapatkan pekerjaan dan tanah kini telah menjadi warga Malaysia yang prodaktif dan inovatif bagi
kemajuan negara ini.

You might also like