Buku Panduan Pafa Sekolah Rendah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BUKU PANDUAN PAFA SEKOLAH

RENDAH

Pages:

1 - 21
RUJUKAN UNTUK SEMUA

PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA)

*********************************************************

KOD 01 MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH


.
SOALAN: Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan
sempurna.

JAWAPAN

SOALAN: Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah.

JAWAPAN

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan


aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah

*********************************************************

KOD 02 RUKUN ISLAM.

SOALAN: Sebutkan Rukun Islam satu persatu.

JAWAPAN
Rukun Islam lima perkara:
a. Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
b. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
c. Mengeluarkan Zakat.
d. Berpuasa di Bulan Ramadhan.
e. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.

*********************************************************

KOD 03 RUKUN IMAN.

SOALAN: Sebutkan Rukun Iman satu persatu.

JAWAPAN

Rukun Iman enam perkara:


a. Beriman kepada Allah.
b. Beriman kepada Malaikat.
c. Beriman kepada Kitab.
d. Beriman kepada Rasul.
e. Beriman kepada Hari Akhirat.
f. Beriman kepada Qada dan Qadar.

SOALAN: Bagaimana anda beriman kepada Allah S.W.T.

JAWAPAN
Mengaku bahawa allah S.W.T. ada, dan melaksanakan
perintahNya dengan sempurna.

*********************************************************

KOD 04 BERISTINJAK.

SOALAN: Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan


menggunakan batu.

JAWAPAN
Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan batu
sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang
kesat sehingga diyakini bersih.

SOALAN: Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan


air.

JAWAPAN
Membasuh qubul atau dubur dengan Air Mutlak

sehingga diyakini bersih.

*********************************************************

KOD 05 MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN,


PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS.

SOALAN: Kain ini terkena najis Mukhaffafah. Terangkan


dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.

JAWAPAN
Percikkan air Mutlak di kawasan yang terkena najis,

kemudian keringkan.

SOALAN: Kaki anda terkena najis Mutawasitah.


Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana
menyucikannya.

JAWAPAN
1. Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram dan gosok sehingga hilang bau, warna,dan
rasanya.
3. Bilas dengan air Mutlak dan keringkan.

SOALAN: Di lantai ini terdapat najis Mghallazah.


Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana
menyucikannya.
JAWAPAN
1. Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram sekali dengan air yang bercampur tanah.
3. Gosokkan dengan sabun sehingga hilang warna, bau,
dan rasa.
4. Siram enam kali dengan air Mutlak.

*********************************************************

KOD 06 CARA BERWUDUK.

SOALAN: Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan


sempurna.

JAWAPAN
1. Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.
2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke
pergelangan tangan 3X.
3. Berkumur-kumur 3X.
4. Memasukkan air ke dalam hidung, kemudian
mengeluarkannya 3X.
5. Menyebut lafaz niat wuduk :

Sambil membasuh seluruh muka 3X.


6. Membasuh tangan kanan hingga ke siku 3X.
7. Membasuh tangan kiri hingga ke siku 3X.
8. Menyapu sebahagian kepala atau ubun-ubun 3X.
9. Menyapu kedua-dua telinga dengan air 3X.
10. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke
buku lali 3X.
11. Menghadap kiblat dan berdoa:

*********************************************************

KOD 08 CARA MANDI WAJIB (HADAS BESAR).


SOALAN: Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan
mandi.

JAWAPAN

Sebab-sebab yang mewajibkan mandi:


1. Keluar mani.
2. Haid.
3. Janabah (bersetubuh)
4. Wiladah.
5. Nifas.
6. Mati, selain mati syahid.

SOALAN: Terangkan cara mandi wajib yang betul dan


sempurna.

JAWAPAN

Cara-cara mandi wajib :


1. Bersihkan badan dari segala kekotoran.
2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air
sampai ke kulit anggota badan
3. Ambil wuduk.
4. Siramkan air ke atas kepala sambil membaca niat:
5.

6. Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan 3X dan


sebelah kiri 3X.

7. Ratakan air ke seluruh badan. Selatkan rambut,


janggut, dan semua bulu supaya air sampai ke kulit.
Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah

anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata,


ketiak, pusat, selah paha, qubul dan dubur dalam
keadaan mencangkung.

8. Jika air tidak rata dengan 3 jirusan seperti di atas,


maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata
ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air,

hendaklah dijaga supaya tangannya tidak menyentuh


qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan
wuduknya batal.

*********************************************************
KOD 09 AZAN, IQAMAH, JAWAPAN DAN DOA SELEPAS

AZAN/IQAMAH.
SOALAN: (Lelaki) Anda dikehendaki melaksanakan azan
dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN

SOALAN (Perempuan) Anda dikehendaki menerangkan


cara melaksanakan azan dengan betul dan Sempurna.
JAWAPAN

1. Bewuduk (makruh azan tanpa wuduk)


2. Berdiri menghadap Qiblat.
3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.
4. Mengalunkan lafaz azan.

SOALAN: Dengar azan dan jawab azan dengan betul dan


sempurna.

JAWAPAN

SOALAN: Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah


dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN

SOALAN: Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan


sempurna.
JAWAPAN
Murid dikehendaki menjawab Iqamah secara perlahan
satu persatu sehingga akhir. Menjawab iqamah sama
seperti menjawab azan kecuali pada kalimah:

SOALAN Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan


dan Iqamah

JAWAPAN

*********************************************************
KOD 10 SOLAT FARDU
SOALAN: Anda dikehendaki memperdengarkan (Tasmi)
bacaan-bacaan berikut:
JAWAPAN
Lafaz niat solat fardu

Lafaz niat solat subuh:

Ertinya: "sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai


kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat zuhur:

Ertinya: "sahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat tunai


kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat asar:

Ertinya: "sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai


kerana Allah Taala"

Lafaz niat solat maghrib:

Ertinya: "sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai


kerana Allah Taala"
Lafaz niat solat Isya':
Ertinya: "sahaja aku solat fardu Isya' empat rakaat tunai

kerana Allah Taala"


Bacaan Takbiratul ihram ialah:

Bacaan Doa Iftitah ialah:

Bacaan Surah al Fatihah ialah:

Bacaan surah (contoh):

Bacaan Ruku':
Bacaan I'tidal:

Bacaan Sujud:

Bacaan duduk antara dua sujud:


Bacaan Tahiyat:
Tahiyat Awal ialah

Tahiyat akhir; seperti bacaan di atas dan disambung


dengan bacaan berikut:

Bacaan salam:
Bacaan Doa Qunut:

SOALAN Anda dikehendaki melakukan cara solat


dengan betul dan sempurna (soalan ini hanya layak
dijawab / dilakukan apabila calon telah berjaya
menjawab soalan 10.1 di atas)

JAWAPAN
Calon/pelajar melakukan solat dengan betul dan
sempurna.

*********************************************************
KOD 12 PUASA
SOALAN: Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan dan
nyatakan ertinya.

JAWAPAN

Lafaz niat puasa Ramadhan:

( Sahaja aku berpuasa esok hari, menunaikan puasa fardu


Ramadhan tahun ini kerana Allah taala)

SOALAN: Sebutkan perkara yang membatalkan puasa.


JAWAPAN

Perkara yang membatalkan puasa ialah:


1. makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
3. Muntah dengan sengaja
4. Melakukan persetubuhan pada siang hari
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja
6. Keluar darah haid dan nifas
7. Gila
8. Mabuk atau pengsan pada siang hari
9. Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib
10. Murtad

SOALAN: Nyatakan hikmat puasa.


JAWAPAN

Antara hikmat puasa:


1. Mengukuhkan Iman dan Taqwa kepada Allah.
2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar,
berdisiplin, bertimbangrasa,
3. Dan bersyukur.
4. Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan
kejahatan
5. Mendapat kesihatan dan kecerdasan.

*********************************************************
KOD 13 ADAB TERHADAP IBU BAPA.

SOALAN: Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa


yang mesti dikenang oleh seorang anak

JAWAPAN
Jasa dan pengorbanan yang mesti dikenang oleh
seorang anak ialah:
a. mengandung
b. melahirkan
c. menyusukan
d. mengasuh
e. mendidik
f. memberi nafkah
g. mengasihi

SOALAN: Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada


seorang anak terhadap ibu bapa

JAWAPAN
Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak
terhadap ibu bapa ialah kasih sayang

SOALAN: Bagaimana cara menghormati ibu bapa

JAWAPAN
Cara menghormati ibu bapa :
a. beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah
lembut, bergaul mesra dan
sentiasa
b. menjaga perasaan mereka.
c. mendoakan mereka
d. menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat
berasingan
e. menghormati sahabat-sahabat mereka

SOALAN: Bagaimana cara mentaati ibu bapa.

JAWAPAN
Cara mentaati ibu bapa
a. Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam
b. Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu
bapa

*********************************************************

KOD 15 IHSAN

SOALAN: Apakah yang dimaksudkan dengan Ihsan.

JAWAPAN
Melakukan ibadah kepada Allah dengan sebaik-baiknya
seolah-olah kamu melihat Allah Melihat kamu. Iaitu:
o Allah melihat apa yang anda lakukan
o Allah mendengar apa yang anda perkatakan
o Allah mengetahui apa yang anda fikirkan

SOALAN: Sebutkan sifat utama dalam Ihsan.

JAWAPAN
Sifat utama dalam Ihsan ialah Ikhlas semata-mata

kerana Allah.

SOALAN: Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang


yang berbuat Ihsan.

JAWAPAN
Kebaikan yang diperolehinya ialah:
1. Allah sentiasa mengasihinya
2. Jaminan masuk syurga
3. Allah mengampuni disanya
4. Dapat pahala
5. Mendapat rahmatNya
6. Dapat pertolongan Allah

You might also like