Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KELEBIHAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) YANG TERDAPAT DALAM KSSR

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula pada awal tahun
2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat
melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan
secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif
dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan
penambahbaikan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang baru ini
telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana
terdapat buku panduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan
untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi
kepada dua bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri
daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-
dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan
sumatif yang berasaskan sekolah.

Antara kelebihan PBS Salah ialah pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian seseorang murid
dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan
pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru, murid-murid akan
dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,
kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Malahan, pihak sekolah juga mampu
mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala
aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi
untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk
membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.

Selain itu, seperti yang telah dinyatakan bahawa konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga
menyediakan pentaksiran bagi menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat
pentaksiran yang dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahiran-kemahiran
yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah
sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid
dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan murid
melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan
murid dan dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan
bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan
perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) seperti yang dihasratkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Walaupun ujian bertulis masih lagi dilaksanakan seperti dulu, proses penilaian KSSR amat mengambil kira
kemahiran insaniah dan kebolehan bakat yang ditonjolkan murid dalam kelas. Oleh sebab sebahagian proses
penilaian ini dilakukan oleh pihak sekolah, murid akan sentiasa berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk
menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Mereka akan sentiasa berasa
tercabar dengan kehebatan pencapaian rakan-rakan yang lain. Mereka akan bersaing dengan murid lain untuk
menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.

Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori
atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka dapat menggunakan teori tersebut
sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat mereka terhadap
sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka. Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri
mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati secara
menyeluruh dan tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Setiap individu akan
mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan
ini akan menjadikan murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan.Hal ini
dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari segi konsep dan
pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama, secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang yang
luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh
diukur melalui bahan standard pembelajaran yang telah ditetapkan.

Tambahan pula, segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan
peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen ini merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi
persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa dan turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai
perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta
mengenal pasti bakat dan minat murid. Melalui pendekatan baru ini, ia membolehkan guru menilai murid dengan
lebih berkesan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band
bermula dari satu hingga enam secara teratur.

Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band
tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham
dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali.
Band satu merupakan peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan
pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya. Hal ini juga memudahkan dan memberi ruang kepada
para guru untuk menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan setiap mereka dan cara-cara
mengatasi kelemahan mereka dengan cara yang berkesan. Hal ini dapat diibaratkan seperti sesuatu perindustrian.
Sesebuah perindustrian biasanya akan ada satu standard yang perlu dicapai. Sebagai contoh, dalam pembuatan
kereta Proton akan ada standard dalam pemasangan bahagian-bahagian kereta yang perlu dicapai. Begitu juga dalam
KSSR , yang mana pihak kementerian ingin mewujudkan satu standard yang perlu pelajar dicapai dalam sesi
pembelajaran terutamanya dalam sudut perkembangan murid-murid.

Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) baru-baru ini, kami telah menemu bual seorang
guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Sekolah Kampong Raja iaitu Pn.Zaiton Binti Mohd Yusof. Semasa sesi
temubual tersebut telah menyatakan beberapa kelebihan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam
KSSR. Antara yang dinyatakan ialah :

Mendidik guru berintegriti.


Mudah merujuk pencapaian murid.
Memberi makna kepada gred pelajar.
Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pnp.
Taburan markah / gred tidak ditetapkan.
Tidak membanding bezakan murid dengan gred.
Tiada had peratusan murid untuk mencapai standard.
Ia dilaksanakan sepanjang tahun sewaktu pnp dijalankan.
Pentaksiran menyeluruh jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Beliau menerima baik pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini dan mengharapkan kita
mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksiran telah dilakukan daripada
peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan
kokurikulum.

Justeru, setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan
adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi
tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan
maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat
boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran. Maka dengan itu, kementerian pelajaran juga telah bersiap sedia menyediakan indikator atau petunjuk
utama bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan,
kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui proses
pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.
Selain daripada itu, pihak kementerian pelajaran juga telah menyediakan beberapa langkah untuk mengkaji
kelemahan dan kebaikan perlaksanaan system PBS ini. Antaranya ialah menyediakan sebuah portal rasmi maklumat
berkaitan PBS yang terkandung di dalamnya sebuah kajian soal selidik mengenai tahap kesediaan guru
melaksanakan PBS. Kajian soal selidik tersebut wajib diisi oleh guru-guru tahun satu, dua, tiga dan tingkatan satu.
Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru dan dapatan soal selidik tersebut dapat membantu
Kementerian Pelajaran Malaysia merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.

Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka dengan sempurna dan
tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang. Apa yang penting, setiap
perancangan rapi yang telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika
dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat,
ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan pada masa yang
sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang
ini selain memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia.

You might also like