Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

BAB 3: PERKUMUHAN

Nota Guru I my Science notes


3.1 Perkumuhan Manusia

1. Organ perkumuhan manusia ialah kulit, peparu dan ginjal.


2. Bahan kumuh dihasilkan di dalam sel apabila tindak balas
kimia berlaku.
3. Apabila bahan ini terkumpul dalam jumlah yang banyak di
dalam badan, ia akan menjadi beracun (toksik) dan
membahayakan kesihatan.
4. Bahan kumuh ini mesti disingkirkan daripada badan.
5. Proses penyingkiran bahan kumuh ini dikenali sebagai
perkumuhan.
6. Jadual di bawah menunjukkan bahan perkumuhan yang
disingkirkan oleh organ perkumuhan.

Organ Bahan
Cara perkumuhan
perkumuhan perkumuhan

Air, garam mineral


Perpeluhan
dan urea

Air dan karbon


Hembusan nafas
dioksida

Air, garam mineral,


urea, bahan Penghasilan air
buangan kencing
bernitrogen

3.2 Sistem Urinari dalam Manusia


1. Sistem urinari manusia merupakan sebahagian daripada
sistem perkumuhan.
2. Ginjal terletak di sebelah aras bahagian pinggang.
3. Bahagian sistem urinari yang lain terdiri daripada sepasang
ureter, pundi kencing dan uretra.

Nota Sains Tingkatan 3/pa 1


Nota Guru I my Science notes
4. Ginjal manusia berbentuk kacang dan berwarna perang
kemerahan.

5. Rajah di bawah menunjukkan struktur ginjal manusia.

6. Mekanisma perkumuhan manusia.

a. Arteri renal mengangkut darah beroksigen ke ginjal.


b. Ginjal menapis darah dan menyerap semula beberapa
bahan yang berguna. Air, dan garam mineral dan urea
yang berlebihan disingkirkan sebagai air kencing.
c. Vena renal mengangkut darah terdeoksigen daripada
ginjal. Darah mengandungi air, garam mineral, dan
urea yang sedikit.
d. Ureter menyalurkan air kencing daripada ginjal ke pundi
kencing.
e. Pundi kencing menyimpan air kencing secara
sementara.
f. Uretra menyingkirkan air kencing daripada badan.

7. Berikut menunjukkan laluan air kencing semasa disingkirkan


daripada badan.

Ginjal Ureter Pundi kencing

Uretra

8. Fungsi ginjal:
a. Menyingkirkan air, garam mineral dan sebatian
bernitrogen yang berlebihan.
b. Mengawal jumlah air dan garam mineral di dalam badan
c. Membantu mengekalkan pH dan komposisi plasma
darah
d. Mengawal paras gula dalam darah.

9. Setiap orang mempunyai sepasang ginjal. Seseorang masih


boleh hidup secara normal walaupun hanya satu ginjal yang
masih berfungsi.

10. Jika kedua-dua ginjal telah rosak, seseorang itu harus


menjalai rawatan dialisis.

11. Dalam rawatan dialysis, mesin dialysis bertindak sebagai


ginjal buatan.

Nota Sains Tingkatan 3/pa 2


Nota Guru I my Science notes
3.3 Perkumuhan dalam Tumbuhan

1. Tumbuhan juga menghasilkan bahan kumuh seperti oksigen,


air, karbon dioksida dan sebagainya.
2. Bahan kumuh ini perlu disingkirkan.
3. Tumbuhan tidak mempunyai organ perkumuhan tertentu.
4. Air disingkirkan daripada tumbuhan melalui transpirasi dan
respirasi sel.
5. Oksigen disingkirkan melalui proses fotosintesis.
6. Karbon dioksida disingkirkan melalui respirasi sel.
7. Sebahagian bahan kumuh yang lain (bahan kumuh
kompleks) terkumpul di dalam daun, batang, kulit pokok,
buah atau bunga.
8. Apabila bahagian tumbuhan tersebut mati dan gugur, bahan
perkumuhan akan disingkirkan daripada tumbuhan.
9. Sebahagian bahan perkumuhan adalah berguna kepada kita,
manaka sebahagian lain pula berbahaya kepada kita.
10. Beberapa bahan perkumuhan yang berguna kepada kita dan
kegunaannya disenaraikan di bawah:

Bahan kumuh
Sumber Kegunaan
kompleks
Membuat tayar, sarung
Lateks Pokok getah
tangan, tapak kasut
Resin Pokok pain Membuat varnish, cat
Bunga atau Membuat minyak wangi,
Minyak
daun, buah pala minyak angin
Daun teh, kulit Membuat dakwat,
Asid organik
pokok bakau mewarnai kulit haiwan.
Membuat ubat untuk
Kuinin Pokok kina
merawat malaria
Membuat ubat batuk, gula-
Gam Pokok akasia
gula
Membuat dakwat,
Tanin Pokok bakau
membersihkan kulit haiwan
Pewarna Ranggi bunga Membuat pewarna

11. Beberapa bahan perkumuhan yang berbahaya jika


disalahgunakan dan kesan bahayanya disenaraikan di
bawah:

Bahan kumuh
Sumber Kesan berbahaya
kompleks
Bunga pokok Dadah yang
Opium
popi menyebabkan ketagihan
Melegakan kesakitan dan
Morfina Biji popi
menyebabkan ketagihan
Diperbuat Dadah yang menjejaskan
Heroin
daripada morfin kesihatan
Digunakan sebagai ubat
Daun pokok
Kokaina bius dan menyebabkan
koka
khayalan
Menyebabkan penyakit
Nikotina Daun tembakau
sistem respirasi
Merangsang dan
Kafeina Biji kopi
menyebabkan ketagihan
Daun pokok Dadah yang menjejaskan
Kanabis
Cannabis sativa kesihatan

Nota Sains Tingkatan 3/pa 3

You might also like