Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MATAPELAJARAN : BIOLOGI

KELAS :TUNGGAL (TINGKATAN 5 )


PELAJARAN : 20
TAJUK MINGGU INI : CARA2 MENCEGAH KEHAMILAN
DISEDIAKAN OLEH : CIKGU S. MURALI

TEKNIK TEKNIK
PENCEGAHAN PENGHAMILAN
1. Terdapat 5 kaedah pencegahan kehamilan

a) Kaedah semula jadi b) Kaedah halangan fizikal


teknik kalender kondom

teknik suhu diafragma

teknik mukus alat intrauterus ( IUD )

teknik pengunduran
c)Kaedah halangan kimia d)Kaedah pemandulan
spermisid pada wanita ( tubektomi )

pil pencegah kehamilan pada lelaki ( vasektomi )

tiub pencegah kehamilan


e)Kaedah pengguguran.
KAEDAH SEMULA JADI
A) TEKNIK KALENDER
1. Persetubuhan tidak akan dilakukan sewaktu isterinya paling subur ( pada hari ke 12

hari ke 16 kitar haid.

2. Cara ini juga disebut teknik ritma

3. Peratusan kegagalan sangat tinggi sekiranya tidak beri tumpuan rapi.

B) TEKNIK SUHU
1. Juga dikenali sebagai cara suhu basal badan

2. Berdasarkan suhu badan wanita yang akan menurun ( sebanyak 0.5 1 C )sebelum

pengovulan dan akan menjadi lebih tinggi selepas pengovulan.

3. Suhu badan disukat dengan satu termometer pengovulan.

4. Suhu badan wanita perlu diukur setiap pagi selepas bangun.

5. Persetubuhan hanya boleh dilakukan apabila kenaikan suhu sekurang-kurangnya 3 hari


berturut-turut.

6. Masalah : kenaikan suhu badan mungkin disebabkan oleh penyakit atau keletihan.

C) TEKNIK MUKUS
1. Cara ini berdasarkan kepekatan pengeluaran mukus oleh organ pembiakan

perempuan

2. Hari-hari / musim kering adalah selepas haid dan waktu ini mukus adalah pekat.

3. Menjelang hari pengovulan, mukus menjadi lebih cair, elastik dan mengalir

dengan mudahnya.

4. Mengikut teknik ini, persetubuhan seharusnya dielakkan sebaik sahaja mukus


cair kelihatan.
D) TEKNIK PENGUNDURAN
1. Zakar dikeluarkan daripada faraj semasa persetubuhan sebelum sperma
terpancut / disembur keluar / ejakulasi.

2. Teknik ini tidak selamat kerana sperma mungkin terpancut keluar sebelum
zakar sempat diundurkan.

KAEDAH HALANGAN FIZIKAL


A) KONDOM
1. Kondom ialah sarung getah plastik dipakai pada zakar.

2. Ini dapat mengurangkan penyakit kelamin dan AIDS

3. Sperma mungkin boleh keluar jika terdapat lubang halus atau tidak dipakai dengan

cara yang betul.

4. Kondom tidak boleh ditukar hak milik ( hak milik terpelihara ) dan tidak boleh
digunakan berulang kali setelah basuh.

5. 85 % efektif sahaja.

B) DIAFRAGMA
1. Adalah kubah getah plastik yang dipakai oleh wanita pada bahagian serviks

2. Diafragma ini menghalang sperma dalam faraj daripada memasuki tiub

fallopio.
3. Sangat efektif 90 %

C) ALAT INTRAUTERUS ( IUD )


1. Diperbuat daripada plastik atau logam dan berbentuk T, berpilin atau gelung.

2. Ianya dimasukkan ke dalam uterus wanita oleh doktor untuk sekurang kurangnya 2

tahun.
3. Persenyawaan masih berlaku tetapi ianya menghalang penempelan embrio pada dinding

uterus.

4. 90 % efektif.

5. Kesan samping : mungkin dihadapi pendarahan .

KAEDAH HALANGAN KIMIA


A ) PENGGUNAAN SPERMISID

1. Spermisid hadir dalam bentuk krim , jeli atau busa.

2. Digunakan untuk membunuh sperma.

3. Ianya dimasukkan ke dalam faraj sebelum persetubuhan.

4. 75 % efektif, kerana mungkin terdapat sperma yang tidak terbunuh dan berjaya

melepasi halangan.

B ) PIL PENCEGAH KEHAMILAN


1. Pil ini mengandungi hormon buatan ( estrogen dan progestin ) dan perlu dimakan

selama 21 hari setiap bulan untuk mencegah proses pengovulan.

2. Pil ini menghalang rembesan hormon FSH dan hormon peluteinan ( LH )

3. 100 % efektif.

4. Pil ini boleh menyebabkan kegendutan, pening, penyakit kardiovaskular, hipertension,

strok dan banyak lagi sehingga tidak boleh dinyatakan.


C ) TIUB PENCEGAH KEHAMILAN ( norplant )
1. Tiub yang mengandungi progestin dimasukkan di bawah kulit.

2. Progestin dirembeskan keluar dalam kuantiti yang sedikit setiap kali.

3. Menghalang persenyawaan ovum oleh sperma selama 5 tahun.

4. 90 % efektif

KAEDAH PEMANDULAN
1. Wanita : tiub fallopio ( oviduktus ) diikat dan dipotong

2. Lelaki : duktus sperma ( vas deferens ) diikat dan dipotong.

3. 100 % efektif dan kedua-dua mereka akan mandul selama selamanya .

PENGGUGURAN
1. Adalah penyingkiran embrio atau fetus sebelum minggu ke 24
2. Akan menimbulkan masalah agama, moral dan tidak dibenarkan oleh undang-undang.
TEKNOLOGI MODEN BERKAITAN PEMBIAKAN

PERMANIAN BERADAS
1. Teknik permanian beradas digunakan apabila suami adalah mandul.
2. Sperma dari penderma disuntik ke dalam uterus isteri semasa pengovulan dengan tidak
melibatkan persetubuhan.

PERSENYAWAAN IN VITRO
1. Teknik ini melibatkan percantuman spperma dan ovum di luar badan ibu .
2. Isteri akan diberi suntikan hormon setiap hari untuk mempercepatkan penghasilan ovum .
3. Ovum dikeluarkan melalui pembedahan dengan menggunakan Laparoskop sebaik
sebelum ovulasi.
4. Sperma dicampurkan dengan ovum dalam sebuah piring petri ( yang mengandungi
kultur), kemudian dieramkan selama beberapa jam.
5. Setelah persenyawaan berlaku, zigot yang terbentuk itu mula membahagi dan tenaga
diperolehi daripada kultur tersebut.
6. Apabila zigot membentuk embrio peringkat lapan sel, embrio tersebut dipindahkan
kepada endometrium dinding uterus melalui serviks dengan satu pipet.
7. Embrio kemudian menempel pada dinding uterus lalu berkembang melalui cara
semulajadi.
8. Bayi jenis ini juga bayi tabung uji.

You might also like