Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

PENTADBIRAN RAJAH BROOKE


DI SARAWAK 1900-1946

PENGENALAN

Sebelum kedatangan Inggeris, Sarawak pada asalnya adalah kawasan


naungan Kesultanan Brunei telah diasaskan sekitar akhir abad ke-15 dan
mencapai kemuncak kegemilangan pada awal abad ke-16. Pembesar-
pembesar Sarawak yang dilantik oleh Sultan Brunei telah menjadi wakil
mentadbir daerah-daerah yang telah diberikan kepada mereka.
Antaranya pada awal abad ke- 9 iaitu Pangeran Indera Mahkota.
Pembesar tempatan dikenali sebagai Datu Patinggi.

BERMULANYA DINASTI BROOKE

James Brooke ialah anak kepada seorang pegawai yang bertugas dengan
Syarikat Hindia Timur Inggeris. Beliau dilahirkan pada 29 April 1803 di
Secrone, India. Setelah dewasa, James Brooke memasuki perkhidmatan
tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris (EEIC) diantara tahun 1819-1830.
Selepas bersara daripada tentera, beliau telah melibatkan diri dalam
sektor perdagangan. Pada tahun 1830an, beliau telah membuat beberapa
siri pelayaran ke Asia Tenggara dan China.

Di Sarawak, James Brooke telah menemui Pangeran Muda Hashim dan


berjaya mengasaskan satu hubungan baik dengan wakil Sultan Brunei
itu. Pada September 1839, beliau ke Singapura dan kembali semula ke
Sarawak pada 29 Ogos 1840. Pada masa itu berlaku pemberontakan dan
kekacauan di Sarawak yang mendorong James Brooke untuk
meninggalkan Sarawak kerana bimbang keselamatan dirinya terancam.
Namun begitu, Pangeran Muda Hashim memujuk James Brooke supaya
membantunya mengawal pemberontakan tersebut

Dalam keadaan terdesak, Pengeran Muda Hashim berjanji menyerahkan


Seriawan dan Sarawak (Kuching) kepada James Brooke. Beliau juga
berjanji untuk menjadikan James Brooke sebagai Rajahh Sarawak
jika pemberontakan tempatan berjaya dipulihkan James Brooke berjaya
memulihkan keamanan berikutan kejayaannya mengalahkan
pemberontakan pada 20 Disember 1840. Pihak lawannya iaitu Datu
Patinggi Ali telah mengaku kalah dan meminta damai. Selepas itu, James
Brooke mula menuntut janji-janji Pengeran Muda Hashim. Bermula dari
sinilah James Brooke mula bertapak di Sarawak dan menguasai Sarawak
secara berperingkat-peringkat.

PENGASASAN PENTADBIRAN BROOKE 1841-1868

1
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Pada 24 September 1841 Pangeran Muda Hasyirn mengisytiharkan


James Brooke sebagai Gabenor Sarawak dan beliau digelar "Rajah
Sarawak". Dengan itu beliau menjadi Rajah Sarawak yang pertama.
James Brooke memerintah kawasan seluas lebih kurang 3,000 batu
persegi Kawasan ini terbentang dariTanjung Data hingga ke kuala Sungai
Samarahan serta Sungai Sarawak dan Sungai Lundu. James Brooke mula
mengadakan satu sistem pentadbiran yang teratur tetapi dia menyedari
kepentingan mempelajari dan memahami kepercayaan dan adat resam
orang Sarawak untuk memperkenalkan undang-undang. Beliau
bersahabat baik dengan kaum Dayak Laut. Ketua-ketua orang Melayu
Sarawak dilantik memegang jawatan kerajaan. Brooke meminta nasihat
mereka untuk memerintah Sarawak. James Brooke memperkenalkan
undang-undang dan mahkamah berdasarkan sistem Inggeris. Jenayah-
jenayah yang berat dihukum mengikut undang-undang Inggeris.Orang-
orang tempatan dan asing dibenarkan berdagang dengan bebas. Cukai
yang berpatutan ditetapkan. James Brooke mengambil tindakan keras ke
atas arnalan membara kepala. Kegiatan yang biadap ini diamalkan secara
meluas di Sarawak. Biasanya kepala dipenggal dan musuh-musuh suku
kaum sebagai tanda keberanian.

Setelah James Brooke menjadi pemerintah yang sah, beliau mengambil


langkah-langkah yang tegas untuk membanteraskan kegiatan lanun di
Sarawak.Sebagai langkah pertama, dengan bantuan Pangeran Muda
Hasyim dan Pangeran Badaruddin, James Brooke dapat mengusir
Pangeran Mahkota keluar dan Kuching. Dia telah lari ke Sadong dan
berkomplot dengan Syarif Sahap di situ.Dalam usaha menghapuskan
lanun-lanun, James Brooke dibantu oleh kapten Henry Keppel kapal
dengan H.M.S. Dido. Serangan bersama mereka ditujukan terhadap
orang Iban Saribas yang berkubu di Padeh dan di Layar.

Pada bulan Julai 1843, orang Iban Saribas di situ telah menyerah kalah.
Keppel dan James Brooke seterusnya membinasakan kubu-kubu orang
Iban Saribas lagi di Rimbas dan di Paku. Kemudian James Brooke dan
Keppel mengalihkan perhatian mereka terhadap Batang Lupar yang
dipimpin oleh Syarif Sahap bersama Pangeran Mahkota.

James Brooke memerintah Sarawak dengan cekap dan adil sehingga

2
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

tahun 1863. Ia merupakan pemerintah yang bertimbang rasa serta


mengambil berat terhadap kebajikan rakyatnya. Ia meluluskan undang-
undang untuk melindungi hak dan kepentingan orang-orang Dayak.
Mereka dilindungi daripada penindasan pembesar-pembesar bumiputera.
Brooke menggalakkan kemasukan orang Cina dan memajukan bidang
perniagaan dan pertanian. Pentadbiran dibiayai daripada cukai-cukai
yang dikutip dengan cara yang adil. Perdagangan bebas diamalkan.
Hasilnya, Kuching berkembang maju dengan pesatnya sebagai sebuah
pusat perdagangan dan pelabuhan utama di Sarawak. James Brooke
menggalakkan perkembangan agama Kristian terutamanya di kalangan
orang Cina di Kuching.

James Brooke telah merayu kepada kerajaan Inggeris supaya menolong


mentadbir dan melindungi Sarawak. Namun hanya pada tahun 1862,
kerajaan Inggeris telah mengiktiraf pemerintahan Brooke di Sarawak.
Seorang Konsul Inggeris juga dilantik di Sarawak. Sir James Brooke
menunjukkan kebaktiannya terhadap Inggeris dengan menawarkan
kerajaan Sarawak kepada kerajaan lnggeris sekiranya ia sanggup
membayar segala perbelanjaan ke Sarawak. Selepas pengiktirafan
kerajaan Inggeris terhadap Sarawak. Rajah James Brooke menyerahkan
kerajaan Sarawak kepada anak saudaranya. Charles Brooke pada tahun
1863 dan kembali ke England.

PENTADBIRAN CHARLES BROOKE 1868-1917

Charles Brooke yang pernah menjadi Tuan Muda mewarisi takhta


Sarawak selepas kematian Rajah James Brooke pada tahun 1868. Charles
Brooke memerintah selama 49 tahun. Pada zaman pemerintahannya yang
panjang ini, Sarawak banyak mencapai kemajuan. Syarikat Borneo yang
merupakan syarikat asing yang tunggal di Sarawak memulakan
perniagaannya di Sarawak pada tahun 1856. Syarikat ini membuat satu

3
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

perjanjian dengan Rajah James Brooke untuk berdagang dengan


Sarawak. Syarikat Borneo melombong antimoni dekat Sungai Bau dan
Buso dan juga melombong emas dekat Bau serta arang batu dekat
Simunjan.

Syarikat Borneo memajukan perusahaan kayu balak dan juga memiliki


sebuah kilang sagu di Mukah. Antara tahun 1890 dan 1900 gambir
merupakan tanaman penting bagi rakyat dan kerajaan. Kebanyakan
petani terutamanya orang Cina menanam gambir di Bahagian Pertama.
Pokok Getah mula ditanam di Sarawak pada tahun 1905. Manakala
petroleum dijumpai di Miri pada tahun 1910.

Rajah Charles Brooke memerintah Sarawak atas prinsip bahawa kerajaan


Sarawak diperintah dengan bantuan rakyat untuk kepentingan rakyat.
Beliau membenarkan sistem tradisional diteruskan. Beliau berpendapat
bahawa kejayaan pemerintahan Brooke di Sarawak adalah disebabkan
oleh perhubungan rapat di antara pemerintah dengan rakyat. Oleh sebab
itu Rajah Charles Brooke mengadakan hubungan yang baik dengan
rakyat jelata.Sepanjang zaman pemerintahannya beliau melawat jabatan-
jabatan kerajaan di Kuching tiap-tiap pagi. Kerajaannya ditadbirkan
secara informal. Bilangan pegawainya amat kecil tetapi mereka
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Semasa pentadbirannya Sarawak tidak mempunyai undang-undang


tanah, tidak ada peraturan tertentu bagi Pegawai Tempatan, tidak ada
sistem cukai yang sama atau rekod-rekod kerajaan yang lengkap.
Bagaimanapun sistem kerajaan informal itu dapat mewujudkan satu
sistem pentadbiran yang cekap. Rajah Charles Brooke memerintah
dengan kuasa mutlak. Beliau memilih pegawai-pegawai yang
berpengalaman dan cekap.

Pada tahun 1868 Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian. Tiap-tiap


bahagian diketuai oleh seorang Residen Eropah. Residen dibantu oleh
beberapa Penolong Residen Eropah dan pegawai-pegawai. Residen juga
bertugas sebagai Presiden Mahkamah. Mahkamah ini tidak mempunyai
undang-undang yang tertentu, Mahkamah ini menggunakan undang-
undang tradisional dan kanun Inggeris India, Sarawak tidak mempunyai
peguam-peguam yang terlatih sehingga tahun 1928. Di samping menjadi
Presiden Mahkamah, Residen juga menjalankan pentadbiran umum.
Rajah Charles Brooke juga melantik Pegawai-pegawai Tempatan
terutamanya ketua-ketua Melayu. Mereka menjalankan tuugas hampir
sama seperti seorang Penolong Residen. Setiap bahagian mempunyai
seorang Pegawai Tempatan yang paling kanan.

Rakyat tempatan mengambil bahagian dalam semua peringkat


pentadbiran. Misalnya, Majlis Tertinggi (ditubuhkan oleh James Brooke
pada tahun 1855) yang ahlinya terdiri daripada Rajah, Residen Bahagian
Pertama dan termasuk tiga atau empat orang Datuk Melayu.

4
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Pada tahun 1865, Rajah Charles Brooke menubuhkan Majlis Negeri. Ahli-
ahlinya terdiri daripada anggota-anggota Majlis Tertinggi, pegawai-pega-
wai kanan kerajaan serta pegawai-pegawai dun ketua-ketua anak
bumiputera. Pada tahun 1906, ahli-ahlinya terdiri daripada 13 orang
Eropah dan 36 orang pegawal tempatan. Majlis ini mengadakan
mesyuaratnya sekurang-kurangnya tiga tahun sekali untuk
membincangkan perkara-perkara penting.

Majlis Negeri tidak berhak membuat undang-undang tetapi ia boleh


menasihatkan Rajah dan kerajaannya. Majlis Negeri mengadakan
mesyuarat yang pertama di Sibu pada tahun 1867. Tiap-tiap bahagian
juga mempunyai majlisnya sendiri. Majlis dipengerusikan oleh residen
dan ahlinya termasuk ketua-ketua tempatan. Di peringkat kampung,
ketua Melayu atau Cina mengekalkan peraturan, menyelesaikan perga-
duhan dan memungut cukai.Adat atau undang-undang tradisional
memainkan peranan penting dalam pentadbiran keadilan di mahkamah-
mahkamah Sarawak. Biasanya residen terpaksa bergantung kepada
nasihat Pegawai Tempatan dan penghulu.

Rajah Charles Brooke menentang amalan perhambaan di Sarawak


dengan hebatnya. Pada tahun 1868, beliau mengarahkan residen-residen
supaya mengharamkan penjualan, pengeksportan dan pengimportan
hamba abdi. Amalan ini telah lenyap dan Sarawak pada penghujung abad
ke-19. Pada tahun 1888, Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Brunei
menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan Inggeris. Menurutnya,
Sarawak menjadi negeri naungan Inggeris dan Rajah Brooke diiktirafkan
sebagai pemerintah yang sah bagi Sarawak. Kerajaan lnggeris juga
berjanji melindungi Sarawak daripada serangan-serangan luar tetapi
berjanji tidak akan bercampur tangan dalam hal-ehwal pemerintahan
Rajah Brooke.

Kemajuan-kemajuan lain yang di capai di bawah Rajah Charles Brooke


ialah menamatkan. Pertikaian yang sering berlaku di antara suku kaum
Iban dengan Kayan merupakan satu masalah bagi Rajah Charles Brooke.
Beliau membincangkan perdamaian di antara mereka untuk menamatkan
perselisihan itu. Di bawah pemerintahan Rajah Charles Brooke, Sarawak
maju dengan pesat. Sarawak mula mengeksport arang batu antimoni,
emas, petroleum, sagu, lada hitam, gambir, balak dan getah. Import
barang-barang juga bertambah banyak.Selepas kebakaran besar pada
1884, bandar Kuching dibina semula dan didirikan bangunan-bangunan
kerajaan, sekolab, padang permainan, hospital dan muzium. Limbungan
Kering Brooke dibina untuk membaiki kapal-kapal besar dibuka pada
tahun 1912. Pada tahun 1915, jalan keretapi sepanjang sepuluh batu
mula dibina dan Kuching ke selatan. Pada tahun 1917 apabila Rajah
Charles Brooke meninggal dunia.

5
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

PENTADBIRAN VYNER BROOKE 1917-1946

Beliau ialah anak sulung Rajah Charles Brooke. Vyner Brooke


melanjutkan kerja bapanya untuk mewujudkan keamanan di kalangan
suku kaum Sarawak. Pada tahun 1920 diadakan satu mesyuarat di
Simanggang di antara suku-suku kaum Iban, Ulu Mi dan Engkari Than
bertemu dengan Sekrang, Layar dan Lemanak Iban bersetuju
mengadakan keamanan di kalangan mereka. Pada tahun 1924 Rajah
Vyner Brooke mengadakan satu lagi mesyuarat yang terakhir dengan
lebih daripada empat ribu orang Iban, Kayan dan Kenyah di Kapit,
Sungal Rejang dan hasilnya mereka bersetuju menamatkan perselisihan.

Di bawah pemerintahan Vyner Brooke perniagaan berkembang dengan


pesatnya di Sarawak. Sarawak menjual getah, lada hitam atau kayu balak
dan membeli barang-barang kilang seperti basikal, radio, kain dan
jentera bot. Wang yang diperolehi daripada cukai digunakan untuk
membiayai projek pembinaan jalan raya, hospital dan sekolah.

Perlembagaan Sarawak 1941

Tahun 1941 menandakan seratus tahun pemerintahan Brooke di


Sarawak. Rajah Vyner Brooke mengambil keputusan untuk mengubah
sistem kerajaan Sarawak. Rajah Vyner Brooke ingin memperkenalkan
satu perlembagaan baru bagi Sarawak pada tahun1941. Perlembagaan
tahun 1941 memberi peruntukan bagi mewujudkan sebuah Majlis Negeri
dan sebuah Majlis Tertinggi. Majlis Negeri terdiri daripada 5 orang ahli
dan Majlis Tertinggi mempunyai 5 orang ahli. Semua ahli dipilih oleh
Rajah Brooke. Majlis Negeri bertugas sebagai Majlis Perundangan dan
Majlis Tertinggi pula bertugas sebagai Majlis Eksekutif.

Perlembagaan baru memberikan kuasa berlebihan kepada Majlis Negeri.

6
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

Majlis Negeri diberi kuasa untuk menggubal bagi mengekalkan


keamanan, peraturan dan kerajaan yang cekap.Tambahan pula
perlembagaan baru menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh
membelanjakan wang tanpa kebenaran awal dan Majlis Negeri. Majlis
Negeri wajib mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya dua kali
setahun. Mesyuaratnya yang pertama diadakan pada bulan November,
1941. Tetapi sebelum rancangan kerajaan baru diperkenalkan
bermulalah pendudukan Jepun di Sarawak.

Penyerahan Sarawak Kepada Inggeris

Selepas pendudukan Jepun, Charles Vyner Brooke mengambil


keputusan untuk menyerahkan kuasa pemerintahan Sarawak kepada
kerajaan Inggeris. Ini adalah kerana Vyner Brooke mendapati sukar
untuk memerintah Sarawak secara perseorangan. Beliau berpendapat
bahawa kerajaannya tidak mampu memajukan kehendak rakyat dalam
bidang pelajaran, perubatan dan pengangkutan. Kerajaan Inggeris
menghantar dua orang ahli Parlimen ke Sarawak untuk meninjau jika
rakyat bersetuju mengakhiri pemerintahan Brooke. Rombongan Inggeris
telah melawat segenap pelosok Sarawak dan mendapati bahawa
sebahagian besar rakyat mahu Sarawak mencapai taraf tanah jajahan.
Namun sebilangan kecil orang Melayu di bawah pimpinan Datuk Bandar
menentang konsep ini. Datuk Patinggi dan pengikut-pengikutnya
menyokong kerajaan Rajah Brooke. Kira-kira 300 orang pegawai Melayu
meletakkan jawatannya sebagai bantahan terhadap Sarawak menjadi
tanah jajahan.

Namun demikian, pada bulan Mei 1946 Malis Negeri mengadakan


mesyuaratnya di Kuching dan mengambil keputusan bahawa Sarawak
akan menjadi sebuah tanah jajahan.Kerajaan Inggeris meluluskan
undang-undang dan menerima Sarawak sebagai sebuah tanah jajahan
pada I Julai 1946. Dengan ini, kerajaan Inggeris mencabul kedaulatan
Sarawak dan memerintah dengan penuh kuasa. Dengan demikian
pemerintahan Brooke telah tamat di Sarawak selepas 105 tahun.Seorang
Gabenor Inggeris dilantik sebagai ketua Sarawak. Gabenor pertama ialah
Sir Charles Arden-Clarke. Bagaimana pun penduduk peribumi Sarawak
menentang dengan hebat terhadap penyerahan Sarawak kepada
lnggeris. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak menganjurkan Gerakan
Anti Penyerahan. Penduduk peribumi memulaukan upacara perlantikan
Gabenor pertama.

Gerakan Anti Penyerahan juga membunuh Gabenor Kedua, Duncan


Steward di Sibu pada 3 Disember 1949. Tetapi kuasa Inggeris terus
dikekalkan dan Sarawak diperintah berdasarkan Perlembagaan tahun
1941 hingga tahun 1956. Pada tahun 1948 undang-undang kuasa
tempatan diluluskan. Di bawahnya, Inggeris menubuhkan Majlis
Tempatan dengan tujuan untuk memberikan latihan kepada penduduk
tempatan dalam pemerintahan. Majlis-majlis Tempatan ini diberikan
kuasa untuk menguruskan pelajaran, kesihatan, bekalan air, elektrik,

7
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

jalan raya serta pungutan cukai.

KESAN PENTADBIRAN BROOKE

Pentadbiran Brooke di Sarawak telah memperlihatkan banyak perubahan


terutamanya di dalam bidang pentadbiran. Dinasti Brooke telah memberi
kelonggaran untuk masyarakat tempatan terlibat secara langsung
dengan sistem pemerintahannya. Pembesar Tempatan dan Ketua-ketua
suku dapat menjalankan undang-undang adat mereka tanpa
campurtangan mereka seperti wujudnya sistem politik seperti Majlis
Tertinggi yang melibatkan 4 orang Datu Melayu.

Selain itu, kesan lain yang dapat dilihat ialah kesedaran dalam diri
masyarakat tempatan dapat dipupuk melalui penglibatan mereka di
dalam pentadbiran tanahair sendiri. Mereka mempunyai kesedaran dan
kemahiran di dalam pentadbiran lnggeris yang boleh digunakan dalam
pentadbiran negeri selepas pengunduran Inggeris. Dengan adanya
kemahiran dan pengalaman tersebut, mereka boleh mentadbir sesuatu
kawasan dengan lebih sempurna dan teratur selaras dengan keupayaan
yang mereka miliki.

Selain kesan-kesan seperti diatas, terdapat juga kesan negatif


termasuklah penentangan oleh pembesar Melayu di dalam masalah
perhambaan. Mereka menentang tindakan Inggeris kerana ia adalah
amalan mereka sejak turun-temurun lagi. Bagi masyarakat Dayak pula,
penentangan yang mereka lakukan iaitu berkaitan dengan adat
mengayau mereka yang dihapuskan oleh pihak Inggeris yang telah
menjadi amalan tradisi mereka.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat dikatakan kedatangan James Brooke dan


pentadbiran dinastinya telah membuka mata dan minda masyarakat
Sarawak untuk berfikir dengan lebih terbuka.. Melalui penglibatan
mereka dalam pentadbiran Brooke ia dapat menarik minat dan mengajar
mereka tentang cara-cara pentadbiran yang lebih sistematik dan lancar
bagi mereka untuk berkerajaan sendiri nanti. Kemahiran pentadbiran
dan penglibatan mereka di dalam sistem kerajaan Barat telah mendapat
kepercayaan daripada pihak Inggeris untuk membentuk kerajaan sendiri.
Namun begitu, impian mereka tidak kesampaian kerana pihak Inggeris
telah menyerahkan tanahair mereka kepada Pihak Tanah Jajahan di
London sebagai tanah jajahan atau koloni Inggeris.

8
AJ3113 Sejarah Malaysia Abad Ke 20 Hingga Pra Kemerdekaan

You might also like