Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN MELUKIS MURAL

Pada mulanya, kami berdua telah berbincang untuk membuat satu projek mural bagi

pelaksanaan Internship kali ini di SJK (T) Bentong. Kami telah bertemu dengan Penolong

Kanan Pentadbiran, Puan Vasenta untuk berbincang dengan beliau mengenai projek mural

ini. Beliau telah memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami berjumpa dengan guru

penyelaras keceriaan, Puan Siti Jerina. Puan Siti telah mencadangkan supaya membuat

mural di dinding Blok E iaitu di hadapan tapak perhimpunan. Ini kerana mural di dinding

tersebut telah dipadam kerana mural tersebut sudah tidak relevan. Puan Siti telah memberi

cadangan supaya membuat mural berkaitan kitar semula dan satu lagi yang mengandungi

kata-kata hikmah dalam bahasa Tamil.

Kami berdua telah berbincang untuk mencari kata-kata atau slogan yang sesuai untuk

dibuat mural. Saya telah mencari slogan-slogan yang menarik di buku-buku dan juga internet.

Akhirnya, saya telah memilih slogan berkaitan pengajaran kehidupan. Seterusnya, saya telah

merangka kertas kerja dan seterusnya menghasilkan kertas kerja sebelum memulakan projek.

Saya telah menunjukkan kertas kerja kepada guru pembimbing iaitu Puan Siti untuk disemak.

Selepas disahkan oleh Guru Besar, Encik Kunamsergam kami terus memulakan

langkah pertama iaitu mengecat dinding tersebut dengan warna putih terlebih dahulu.

Sementara menunggu cat yang telah dipesan, saya telah membuat lakaran mural di komputer.

Pada minggu berikutnya, iaitu pada 7 Ogos 2017 kami telah mewarnakan dinding

tersebut dengan warna kuning kerana latar belakang lukisan tersebut adalah berwarna

kuning. Keesokan harinya, kami telah melukis lukisan mural di dinding dengan menggunakan

LCD projektor. Dengan bantuan teknologi ini, bebanan kerja kami telah menjadi sedikit ringan.

Seterusnya, kami telah mula mewarnakan mural tersebut. Kami perlu bergilir-gilir untuk

mewarnakan mural tersebut kerana masing-masing mempunyai tanggung jawab lain seperti

kelas ganti dan sebagainya.


Mural tersebut mengambil masa untuk siap lebih awal daripada yang dijangkakan.

Kami telah menyiapkan mural tersebut pada 18 Ogos 2017 iaitu 6 hari lebih awal daripada

jangkaan. Diharapkan mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya dalam membentuk

sahsiah murid-murid supaya menjadi insan berbudi bahasa dan berakhlak mulia.

Disediakan oleh,
Dinding Blok E (di hadapan tapak perhimpunan) sebelum melukis mural

Dinding Blok E (di hadapan tapak perhimpunan) sebelum melukis mural


Dinding Blok E (di hadapan tapak perhimpunan) selepas melukis mural

Dinding Blok E (di hadapan tapak perhimpunan) selepas melukis mural

You might also like