Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2017

(SELEPAS INTERNSHIP)

Selepas sebulan menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Pakatan


Jaya, terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya peroleh. Melalui
projek yang telah dilaksana telah banyak membantu saya untuk meningkatkan
kemahiran saya dalam pelbagai aspek. Sepanjang menjalani Internship, segala proses
pelaksanaan projek telah dapat dilakukan secara efisien dan lancar bermula daripada
proses merancang projek yang akan dijalankan di sekolah sehinggalah selepas tamat
projek. Kerjasama daripada rakan dan pihak sekolah juga telah memudahkan lagi
pelaksanaan program selama sebulan ini.

Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk merancang, mengurus
dan melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan sebagai bakal guru,
proses tersebut merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila
berada di sekolah kelak. Selain itu, melalui projek yang dirancang juga telah membantu
meningkatkan proses komunikasi saya bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak
sekolah.
Di samping itu, melalui Internship juga, saya telah dapat meningkatkan
tahap keyakinan saya untuk bekerja bersama dengan orang lain. Ini sekaligus dapat
mengeratkan hubungan silahturahim bersama guru-guru dan juga warga sekolah.
Sebulan berada di sekolah adalah terlalu singkat buat saya. Terdapat banyak perkara
yang perlu dilakukan dan diselesaikan sepanjang menjalani Internship terutamanya
menyiapkan projek yang telah dirancang bermula minggu pertama menjalani Internship.
Segalanya telah dipermudahkan walaupun terdapat banyak kekangan yang terpaksa
dihadapi oleh saya dan rakan saya.
Kesimpulannya, program Internship telah banyak membantu saya
daripada pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai
pengalaman daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah berkenaan
sangat baik dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya berharap agar segala
pengalaman yang diperoleh dapat membantu saya untuk menjadi bakal guru yang lebih
baik pada masa hadapan dengan persediaan dari pelbagai aspek sebagai seorang
guru.

You might also like