Kertas Kerja Sekolah MURAL

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SJK (C) HWA SHIONG PUTATAN

PETI SURAT 11212, JALAN TAI PAK KUNG, PUTATAN, 88813 KOTA

KINABALU, SABAH.

Kertas Kerja Projek

Projek Keceriaan Sekolah

Tarikh : 14 Ogos 2017 - 25 Ogos 2017

Tempat : SJK (C) HWA SHIONG, PUTATAN

Di Bawah Anjuran Guru Pelatih PISMP BM/PJ/PM AMBILAN JANUARI 2014


IPG Kampus Gaya
Dengan Bantuan Dan Kerjasama Pihak Sekolah

Projek Internship Semester Lapan (Kumpulan)


Oleh : Ting Kee Han, Chieng Miaw Ling, Ling Kuok Sieng,
Siaw Jia Ye, Pang Zi Yue, Carolyn Yap Suet Teng
1.0 Nama Program
Projek Keceriaan Sekolah (Melukis Mural)

2.0 Pendahuluan
Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas
guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau
aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini,
pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti
sekolah dengan bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar
untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat
kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru
permulaan yang berkesan. Lantaran itu, projek Keceriaan Sekolah telah dirancang
bagi memenuhi objektif tersebut.

Sehubungan dengan itu, kami pelajar PISMP Sem 8 dari Institut Pendidikan
Guru Kampus Gaya ingin melaksanakan projek yang berkaitan dengan komuniti
sekolah bagi menjayakan Internship di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Shiong.
Cadangan projek yang akan dilaksanakan ialah melukis mural.

3.0 Matlamat

Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan.


Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, iaitu murid-
murid berada dalam keadaan selamat, ceria dan sesuai dengan untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan
suasana ceria di sekolah. Projek melukis mural dapat mencapai fungsinya kerana
koridor ke kantin merupakan tempat yang paling kerap dilalui oleh murid-murid dan
juga guru sekolah.
Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, guru-guru Internship telah
bersepakat untuk menceriakan sekolah dengan tema yang sesuai dengan iklim
sekolah. Projek keceriaan sekolah ini bermatlamat untuk mewujudkan suasana
sekolah yang bersih, ceria dan berinformasi untuk murid-murid iaitu selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 Objektif

Antara objektif pelaksanaan projek ini adalah supaya pelajar dapat :

menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan


intergriti dalam melaksanakan tugas seperti berkomunikasi secara berkesan
dengan komuniti sekolah.
menimba pengalaman dalam aspek pengurusan sekolah.
merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran bagi memenuhi kehendak
program pendidikan semasa.
memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan
kreativiti melalui projek keceriaan sekolah dengan menyumbang tenaga dan
buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.

5.0 Rasional

Projek melukis mural ini dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai
bekalan ilmu ketika pelajar menjadi guru sebenar kelak. Ini dapat mewujudkan
persekitaran sekolah yang ceria dan menarik dan dijadikan sumber perhatian
terutamanya murid-murid dan tetamu yang mengunjungi sekolah.
Selain itu, pelajar juga dapat menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai
profesionalisme keguruan secara berterusan. Hasil kerja pelajar Internship akan
dijadikan buah tangan atau kenang-kenangan kepada sekolah apabila mereka
meninggalkan sekolah tersebut.

6.0 Kumpulan Sasaran

Enam orang pelajar akan bekerjasama untuk menjayakan projek keceriaan sekolah
yang dicadangkan. Tambahan pula, beberapa orang guru sekolah juga akan memberi
bimbingan kepada guru-guru pelatih dalam projek tersebut.
7.0 Tarikh, Tempat Dan Masa

Tarikh : 14 Ogos 2017 - 25 Ogos 2017

Tempat : Koridor ke kantin

Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi

8.0 Jawatankuasa Pengelola

8.1 Jawatankuasa Induk


Pengerusi : Puan Tang Siew Kean (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Puan Lim Kim Kwan (Guru PK 1)
Setiausaha : Puan Lim Gaik Chin (Guru PK 3)
Bendahari : Puan Liaw Seu Tee (Guru PK 2)
Guru Penasihat : Puan Aillan Goh Yee Chew (Guru Sekolah)

8.2 Jawatankuasa Kerja


AJK Kertas Kerja : Siaw Jia Ye (Guru Pelatih)
AJK Dokumentasi : Carolyn Yap Suet Teng (Guru Pelatih)
AJK Fotografi : Ling Kuok Sieng (Guru Pelatih)
AJK Perekaan : Chieng Miaw Ling (Guru Pelatih)
AJK Peralatan : Ting Kee Han (Guru Pelatih)
AJK Kebersihan : Pang Zi Yue (Guru Pelatih)
9.0 Jadual Perancangan Program

Berikut merupakan pelan tindakan projek melukis mural :

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan


Berbincang dengan pihak pentadbir untuk
Kerjasama
dapatkan khidmat dan nasihat berkaitan
daripada
1 9 Ogos 2017 projek yang boleh dilaksanakan.
pihak
Berbincang dengan guru mentor berkaitan
sekolah
projek yang boleh dilaksanakan.
Mengadakan mesyuarat untuk membentuk Kerjasama
ahli jawatankuasa. daripada
2 10 Ogos 2017
Pengagihan tugas. guru-guru
Menetapkan tarikh. sekolah
3 11 Ogos 2017 Pembinaan kertas kerja.

10.0 Jadual Pelaksanaan

Tarikh Masa Perkara


Menyenaraikan tema yang sesuai.
Mencari sumber ilham yang berkaitan dengan
8.00 am
14 Ogos 2017 tema yang ditetapkan.
11.00 am
Mengambil gambar kawasan projek untuk
menyusun idea.
Menyediakan peralatan untuk melukis dan
15 Ogos 2017 8.00 am mengecat mural.
24 Ogos 2017 11.00 am Mulakan proses melukis mural.
Membersihkan kawasan projek.
8.00 am
25 Ogos 2017 Refleksi dan pendokumentasian laporan
11.00 am

11.0 Anggaran Kos Perbelanjaan


Harga Seunit
Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)
(RM)
1 Tali 1 2.00 2.00
2 Pita ukur 1 3.00 3.00
3 Berus 6 4.00 24.00
4 Cat pelaka (putih, merah, 5 19.00 95.00
kuning, hitam, biru)
5 Surat khabar lama 5 - -
JUMLAH RM 124.00

12.0 Penutup

Diharap melalui projek ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara pelajar dengan
guru-guru serta murid-murid di sekolah. Pelajar juga berharap dapat mempelajari
sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang projek dan juga pengalaman
yang amat berharga sebagai panduan menjadi guru suatu masa nanti.

Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak


pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan projek ini. Semoga
projek keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan lagi prestasi murid sekolah.

Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat saya hargai dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

.................................................. ...................................................
( SIAW JIA YE ) ( AILLAN GOH YEE CHEW )

Pelajar IPG Kampus Gaya. Mentor Projek Internship,

Guru SJK (C) Hwa Siong, Putatan.

13.0 Pengesahan Kertas Kerja

Ulasan Guru Besar :

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Bahawasanya dengan sukacitanya saya Meluluskan / Tidak Meluluskan program


dalam kertas kerja ini.

.............................................
( TANG SIEW KEAN )
Guru Besar,
SJK (C) Hwa Siong,
Peti Surat 11212,
Jalan Tai Pak Kung, Putatan,
88813 Kota Kinabalu, Sabah.

You might also like