Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rasional Penubuhan Kadet Remaja Sekolah

1. Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam


Pasukan Pakaian Seragam.
2. Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi
masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah,
ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.
3. Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha
pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan
padu daripada semua pihak.
4. Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Objektif Penubuhan Kadet Remaja Sekolah

1. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
2. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,
berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran
hidup
3. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar
mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.
4. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak
Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan
bermesra.
5. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

Matlamat Penubuhan Kadet Remaja Sekolah


Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan
selaras dengan hasrat wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah
menjayakan Wawasan 2020

You might also like