Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kor Kadet Polis,

SMK Taman S.E.A,


Jalan 21/37,
46300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Ruj. Kami :
Tarikh : 3 April 2017

Puan Azlina Bt. Zainal Abidin,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Taman S.E.A,
Jalan 21/37,
46300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Puan,

Memohon Kebenaran Untuk Mengadakan Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis 2017

Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai setiausaha perkhemahan Kor Kadet Polis Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman S.E.A ingin memohon kebenaran untuk mengadakan perkhemahan
tahunan Kor kadet Polis 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman S.E.A.

2. Untuk pengetahuan Puan, perkhemahan tahunan Kor Kadet Polis 2017 akan diadakan pada 8
April 2017 sehingga 9 April 2017. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberikan latihan
dan pendedahan kepada ahli-ahli. Mereka juga akan berpeluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti perkhemahan yanga kan memeberi pengetahuan dan ilmu baru tentang perkhemahan kepada
mereka. Perkhemahan ini juga diharapkan dapat memupuk perpaduan dan semangat kerjasama
dalam kalangan ahli kadet.

3. Kami juga ingin memohon kebenaran untuk menggunakan padang sekolah untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti yang memerlukan kawasan yang luasa dan selesa untuk semua kadet.

4. Oleh itu, saya mewakili Pasukan Kor Kadet Polis 2017 amat berharap agar permohonan ini
mendapat pertimbangan yang sewajarnya dan diluluskan oleh pihak puan. Kerjasama daripada pihak
puan amatlah kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


(Sjn Kadet Sim Kar Yee) (Insp/K En. Hairi Helmi b. Samsudin)
Setiausaha Perkhemahan, Guru Penasihat,
Pasukan Kor Kadet Polis 2017, Pasukan Kor Kadet Polis,
SMK Taman S.E.A SMK Taman S.E.A

You might also like