Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MATAPELAJARAN : BIOLOGI

KELAS :TUNGGAL (TINGKATAN 4 )


PELAJARAN :8
TAJUK MINGGU INI : LEMAK
DISEDIAKAN OLEH : CIKGU S. MURALI

LEMAK
1. Mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen.
2. Sumber-sumber : susu, minyak kelapa sawit, kacang tanah dll.
3. Satu molekul lemak terdiri daripada satu molekul gliserol yang terikat dengan tiga
molekul asid lemak.
4. Terdapat 2 jenis lemak:
a) Lemak tepu lemak haiwann
b) Lemak tak tepu lemak tumbuhan

5. Lemak tepu tidak mempunyai ikatan C == C


6. Asid lemak dalam molekul ini tidak boleh membentuk ikatan kimia dengan atom-atom
hidrogen kerana ia sudah tepu.
7. Contoh lemak tepu : asid stearik C17H35COOH
8. Lemak tak tepu ialah lemak yang mempunyai molekul asid lemak tidak tepu, iaitu
mempunyai satu atau lebih banyak C==C
9. Contoh : asid lemak tidak tepu, asid oleik
10. Perbezaan antara lemak tepu dan lemak tidak tepu.

Lemak tepu Lemak tak tepu


1. Takat lebur yang tinggi 1. Takat lebur yang rendah
2. Berbentuk pepejal pada STP 2. Berbentuk cecair pada suhu bilik
3. Molekul tidak boleh berikat 3. Molekul boleh berikat dgn atom-
dengan atom-atom lain atom seperti hidrogen
4. Meninggikan paras kolestrol 4. Menurunkan paras kolestrol
dalam darah badan dalam darah badan

11. Sifat-sifat fizik lemak:


a) Tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik seperti etanol
b) Molekulnya adalah sangat berat
c) Boleh dibaurkan menjadi titisan-titisan yang halus dalam medium air.
d) Lemak berbentuk pepejal pada suhu bilik, minyak adalah cecair pada suhu bilik.

12. Sifat-sifat kimia:


a) Bilangan atom oksigen sedikit berbanding atom hidrogen dalam molekul lemak
b) Lemak boleh dihidrolisiskan oleh enzim lipase menjadi asid lemak dan gliserol.

Lemak _______________ 3 molekul asid lemak +gliserol

13. Taburan lemak


i. Tis-tisu adipos di bawah kulit
ii. Pada permukaan luar organ seperti jantung, hati dan salur pemakanan
iii. Dalam telur burung dan telur serangga.
iv. Butiran elaioplas di dalam biji-bijirin (jagung,kacang tanah dan sebagainya)

14. Fungsi-fungsi:
a) Sebagai sumber tenaga bagi organisma
b) Sebagai bahan makanan simpanan yang utama
c) Penting sebagai pembinaan pelbagai struktur dalam badan, misalnya membran sel
d) Lemak bawah kulit berperanan sebagai penebat haba
e) Lapisan lemak memberi perlindungan mekanikal serta daya apungan dalam air
kepada haiwan seperti serigala laut dan ikan paus.
f) Lemak ialah pelarut penting bagi vitamin-vitamin A,D, E dan K serta hormon-hormon
dalam badan.
g) Lemak ialah sumber galian yang penting bagi haiwan di gurun. Apabila lemak
direspirasikan, air dan tenaga terhasil.Air terhasil disebut air metabolit.
h) Minyak di permukaan luar organisma menjadikan badan kalis air.Misalnya rembesan
minyak menjadikan bulu burung kalis air.
i) Melindungi organ-organ seperti jantung , ginjal daripada kecederaan mekanikal.

15. Lemak tepu adalah tidak baik bagi kesihatan kerana ia boleh meninggikan paras
kolestrol dalam darah dan seterusnya menyebabkan penyakit jantung.Penggunaan lemak
tidak tepu atau minyak sayuran akan menolong merendahkan paras kolestrol dalam
darah badan lalu mengurangkan risiko serangan sakit jantung.

16. Ujian bagi lemak


a) Ujian tompok gris
i. Setitik minyak dititis ke atas kertas turas dan keringkan
ii. Pemerhatian : suatu tompok lutcahaya terbentuk pada kertas.

b) Ujian bauran (emulsi)


i. Beberapa titik minyak kelapa ditambah kepada etanol dalam tabung uji dan
digoncangkan.
ii. Campuran dituang ke dalam tabung uji lain yang berisi air.
iii. Pemerhatian: suatu emulsi putih kelihatan

c) Ujian Sudan III


i. Larutan Sudan III ditanbah kepada minyak dalam tabung uji dan digoncangkan
ii. Pemerhatian: satu lapisan merah terbentuk terapung di atas cecair di atas cecair
tabung lain.

Kelebihan-kelebihan lemak berbanding karbohidrat sebagai


bahan makanan simpanan

1. Lemak mengandungi dua kali lebih banyak tenaga daripada jisim karbohidrat yang
sama kerana lemak mempunyai lebih banyak ikatan C-C dan C-H
2. Apabila direspirasikan, lemak menghasil lebih banyak air metabolik daripada jisim
karbohidrat yang sama.
3. Lemak simpanan boleh berfungsi sebagai penebat haba dan pelindung mekanikal
4. Lemak boleh menyimpan vitamin-vitamin A, D,E dan K bersama-sama
5. Lemak tidak larut atau tidak bercampur dengan air dan boleh disimpan sebagai titisan-
titisan tunggal atau sebagai suatu massa.
6. Lemak bawah kulit membentuk pengapungan haiwan-haiwan dalam air

You might also like