Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

TUGASAN 1:

PENULISAN LAPORAN
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS)

1
LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

SK RANGGU, TAWAU

Pada 13 Mac 2017, saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
selama satu minggu iaitu sehingga 17 Mac 2017 di Sekolah Kebangsaan Ranggu,
Tawau. Menerusi pengalaman ini, saya memahami tentang alam persekolahan,
peranan guru, sistem pengurusan sekolah dan juga tingkah laku murid di sekolah.
Sekolah Kebangsaan Ranggu merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan
luar bandar. Selain itu, SK Ranggu mempunyai sebuah prasekolah dan terdiri
daripada 12 buah kelas perdana yang terdiri daripada 473 orang murid. Jumlah
bilangan guru yang terdapat di sekolah ini adalah seramai 33 orang yang terdiri
daripada 15 orang lelaki dan 18 orang perempuan. Sepanjang menjalani PBS ini,
saya telah mendapat banyak pengalaman yang bermanfaat kepada diri saya.
Sebagai contohnya, saya telah diberi peluang untuk menjalankan pemerhatian di
Prasekolah Permata Hati SK Ranggu, Tawau.

Melalui pemerhatian terhadap kedua-dua kelas, saya mendapati bahawa


terdapat perbezaan dari pelbagai aspek perbezaan individu murid. Dalam
pemerhatian yang dijalankan sepanjang PBS ini, saya memfokuskan kepada Teori
Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner. Teori ini adalah penting kerana setiap murid
memiliki pelbagai kecerdasan serta mempunyai tahap kognitif yang berbeza.
Menurut Gardner, kecerdasan bukan diwarisi semata-mata tetapi juga dipengaruhi
oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran
dan sebagainya (dipetik dari Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz
Abdul Shukor, 2008). Kecerdasan merupakan keupayaan seseorang melihat sesuatu
masalah dan kemampuan untuk menyelesaikannya. Terdapat sembilan jenis
kecerdasan pelbagai yang terdapat dalam teori ini iaitu kecerdasan muzik,
kecerdasan logik-matematik, kecerdasan naturalis, kecerdasan verbal linguistik,
kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal,
kecerdasan ruang-visual dan kecerdasan eksistensialisme.

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, saya mendapati bahawa salah


seorang daripada murid di prasekolah tersebut memiliki kecerdasan interpersonal
yang tinggi iaitu Farah (bukan nama sebenar). Menurut Suppiah Nachiappan et al.
(2012), kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan dalam memahami orang lain
dan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara efektif.
Berdasarkan pemerhatian, adalah jelas bahawa Farah sememangnya memenuhi
hampir kesemua ciri-ciri kanak-kanak yang memiliki kemahiran intrapersonal.

2
Sebagai contoh, Farah selalu membantu kawan-kawannya yang lemah dalam
pelajaran serta sentiasa memberi motivasi kepada kawan-kawannya supaya
berusaha bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa. Selain itu, Farah juga selalu
membantu guru prasekolah untuk menguruskan kelas serta sentiasa melibatkan diri
secara aktif dalam semua aktiviti. Guru prasekolah tersebut juga menyatakan
bahawa Farah merupakan seorang yang sentiasa ceria dan rajin serta pandai dalam
semua subjek. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Farah merupakan seorang yang
memiliki kecerdasan interpersonal yang tinggi.

Implikasi daripada kecerdasan interpersonal ini, responden akan menjalani


proses pembelajaran yang lebih berkesan melalui penglibatan yang aktif dan
kerjasama dengan rakan sekelas serta mempunyai perhubungan yang baik antara
rakan-rakan sekelas. Guru juga haruslah sentiasa memberikan peneguhan kepada
Farah yang sentiasa mendengar arahan guru. Secara tidak langsung, rakan-rakan
sekelas juga akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana keinginan untuk diberi peneguhan seperti yang
telah dilakukan terhadap Farah. Farah juga haruslah dijadikan teladan kepada
kanak-kanak yang lain supaya mencontohi sikapnya. Dengan ini, Farah akan rasa
lebih dihargai malah kanak-kanak yang lain juga akan meniru perlakuan atau
mempelajari sikap Farah supaya boleh menjadi teladan kepada kanak-kanak lain.
Berdasarkan teori Bandura, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan peniruan
terhadap seseorang yang berada di sekeliling mereka (Lew, Norliza Jaafar &
Norulazilah Md Nordin, 2015). Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran juga
boleh berjalan dengan lancar dan kanak-kanak boleh belajar dalam suasana yang
selesa.

Selain itu, saya juga mendapat bahawa terdapat salah seorang kanak-kanak
yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik iaitu Aish (bukan nama sebenar). Melalui
pemerhatian, Aish merupakan seorang kanak-kanak yang sangat aktif dan suka
menanyakan soalan serta menceritakan pengalamannya walaupun dengan orang
yang tidak dikenali. Menurut Khair Hidayati Binti Mohd Khair, Fadilah Binti Abdul
Majid, Khairunnisak Bt Yahya & Munirah Bt Senik (t.t), kecerdasan verbal-linguistik
merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan
bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang
kompleks. Berdasarkan pemerhatian , Aish sentiasa ingin bercerita tentang
pengalamannya atau apa-apa sahaja perkara yang dia pernah alami mahupun
semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Semasa aktiviti
menyanyi dan menari dilaksanakan, dapat dilihat bahawa Aish sangat gembira dan

3
seronok serta dapat menghafal lirik lagu yang ditayangkan dengan cepat. Bukan itu
sahaja, responden juga akan melibatkan diri secara aktif sekiranya guru
melaksanakan aktiviti bercerita lebih-lebih lagi jika dia diberi peluang untuk bercerita
di hadapan rakan-rakannya.

Implikasi daripada kecerdasan yang dimiliki oleh responden, proses


pengajaran dan pembelajaran kemungkinan akan terganggu kerana responden
mengganggu rakan-rakannya dengan sentiasa bercerita tentang pengalamannya.
Akibatnya, rakan-rakannya juga tidak dapat menumpukan perhatian dengan
sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Walaupun
demikian, kecerdasan verbal-linguistik turut mendatangkan manfaat kepada diri
responden. Contohnya, responden boleh menghafal sesuatu khususnya lirik lagu
dengan cepat. Tambahan pula, responden akan menjadi lebih berani serta
berkeyakinan tinggi sekiranya diminta untuk bercerita di hadapan orang ramai.
Sekiranya responden tidak diberikan peluang untuk mengasahkan bakat yang sedia
ada, kemungkinan besar responden akan menjadi pasif dan bersikap introvert.
Justeru, guru haruslah bijak merancang aktiviti yang merangkumi kecerdasan
pelbagai untuk mengesan bakat setiap kanak-kanak serta membantu untuk
mengasahkan bakat yang terpendam tersebut.

Kesimpulannya, pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai oleh Howard


Gardner adalah penting untuk para guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran mereka mengikut minat serta bakat kanak-kanak masing-masing. Guru
haruslah mengambil kira kesemua kecerdasan yang telah dinyatakan dalam teori
Howard Gardner. Hal ini demikian kerana setiap kanak-kanak memiliki kecerdasan
yang pelbagai walaupun mereka sama umur atau jantina. Pada masa yang sama,
guru berperanan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan keyakinan diri mereka
dengan membantu mereka menyedari kecederungan masing-masing dalam biang
tertentu. Juseru, kanak-kanak tidak akan berasa rendah diri sekiranya mereka lemah
dalam bidang tertentu kerana mereka mempunyai kemahiran dalam bidang lain.
Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai haruslah
dititikberatkan demi melahirkan kanak-kanak yang berfikiran kreatif, inovatif serta
mempunyai pengetahuan dan harga diri yang tinggi.

4
TUGASAN 2:
PENULISAN AKADEMIK

5
1.0 PERANCANGAN AKTIVITI
Dalam tugasan ini, satu aktiviti telah dirancang berdasarkan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Dalam Kurikulum KSPK terdapat enam
tunjang utam iaitu tunjang kemanusiaan, tunjang keterampilan diri, tunjang
komunikasi, tunjang kerohanian, sikap dan nilai, tunjang sains dan teknologi serta
tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Perancangan aktiviti bagi tugasan ini
adalah berdasarkan tunjang keterampilan diri.

1.1 JUSTIFIKASI DAN STRATEGI PENGAJARAN


Menurut Noriati A. Rashid (2009), terdapat empat jenis strategi pengajaran
yang boleh digunakan semasa merancang aktiviti pengajaran iaitu strategi
pengajaran berpusatkan murid, strategi pengajaran berasaskan tugasan, strategi
pengajaran berpusatkan guru dan strategi pengajaran berasaskan bahan.
Perancangan aktiviti bagi tugasan ini telah memilih strategi yang lebih kepada
pengajaran berpusatkan murid. Strategi pengajaran berpusatkan murid merujuk
kepada tumpuan bagi perkembangan pembelajaran murid sebagai individu, memberi
pilihan kepada murid untuk memilih jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari,
serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif
yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pendapat
murid dan melibatkan mereka dalam perancangan proses pengajaran dan
pembelajaran. Sejak kebelakangan ini, strategi pengajaran berpusatkan murid
merupakan pilihan utama bagi para guru semasa menyampaikan proses pengajaran
dan pembelajarannya.

Ciri kepimpinan guru adalah bersifat demokratik dalam strategi pengajaran


berpusatkan murid. Murid-murid turut digalakkan untuk memberikan pendapat serta
pandangan mereka masing-masing. Dalam erti kata lain, strategi ini lebih
menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri mereka secara aktif dalam aktiviti-
aktiviti yang telah dijalankan. Selain itu, guru merupakan pemimpin atau fasilitator
kepada murid-murid manakala murid-murid memainkan peranan yang lebih penting
daripada guru dalam strategi pengajaran berpusatkan murid. Sebagai contoh, dalam
slot pengajaran yang telah dirancang, guru akan memimpin murid-murid untuk
menyanyi serta meniru emosi yang telah ditunjukkan dalam video klip animasi yang
telah ditayangkan. Perancangan aktiviti ini adalah menerusi pengaplikasian Teori
Bandura. Bandura (1986), menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui proses
pemerhatian dan peniruan. Kanak-kanak boleh belajar dengan lebih cepat melalui
proses peniruan daripada persekitarannya. Implikasinya, kanak-kanak akan
melakukan apa-apa perilaku yang ditonton melalui televisyen atau yang dilihat di

6
sekelilingnya. Justeru, proses peniruan ini membawa kebaikan tetapi pada masa
yang sama membawa keburukan jika tidak dipantau oleh orang dewasa seperti ibu
bapa dan guru-guru. Hal ini jelas membuktikan bahawa guru berperanan sebagai
fasilitator yang memimpin murid-murid untuk mempelajari emosi-emosi yang terdapat
di dalam video yang ditayangkan dan bukan sekadar mengarah murid-murid untuk
menonton video tersebut.

Interaksi antara murid dengan guru adalah secara dua hala dalam strategi ini.
Dalam erti kata lain, proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertumpu
pada guru. Malah, penglibatan murid secara aktif dalam memberi respons terhadap
pengajaran turut memberi peluang kepada murid-murid untuk meluahkan perasaan
atau memberikan pendapat mereka. Misalnya, menerusi aktiviti langkah 1 dalam
perancangan aktiviti bagi tugasan ini (rujuk slot pengajaran dan pembelajaran), guru
menanya soalan tentang emosi yang telah ditunjukkan melalui gambar-gambar
mimik muka yang disediakan. Bukan itu sahaja, guru juga memberi peluang kepada
murid-murid untuk menceritakan pengalamannya yang melibatkan emosi-emosi
tertentu seperti marah, gembira, sedih dan sebagainya. Dalam strategi ini,
penyampaian guru lebih menumpukan kepada pengajaran yang bermakna agar
murid-murid memahami fakta yang disampaikan serta berupaya untuk membuat
kesimpulannya sendiri. Misalnya, murid-murid mampu mengaplikasikan apa yang
diajar dengan mengaitkan emosi yang dipelajari dengan pengalaman sedia ada yang
melibatkan emosi tersebut. Justeru adalah jelas bahawa strategi ini mendedahkan
murid-murid untuk berfikir aras tinggi dengan mengaplikasikan apa yang dipelajari
dalam kehidupannya.

Di samping itu, strategi pengajaran berpusatkan murid juga menekankan


kepentingan aktiviti secara berkumpulan dalam kalangan murid-murid. Secara tidak
langsung, peluang interaksi antara murid dengan murid adalah lebih banyak dan
sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama, bertolak ansur
dan sebagainya dapat dipupuk. Strategi ini didapati lebih berkesan dalam
mengembangkan kebolehan murid untuk mengaplikasikan konsep dan sikap yang
positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan
menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan. Sebagai contohnya, aktiviti
memadankan emosi dengan situasi yang sesuai secara berpasangan dalam langkah
2 (rujuk slot pengajaran dan pembelajaran) dapat memupuk sifat-sifat positif tersebut.
Hal ini jelas ditunjukkan apabila murid-murid boleh bekerjasama antara satu sama
lain untuk memadankan emosi dengan situasi yang sesuai. Murid-murid turut dapat
berkongsi idea serta pendapat sendiri dengan rakan sekumpulannya dalam

7
membincangkan jawapan yang tepat. Aktiviti berkumpulan juga dapat merangsang
sifat kreatif dan berinisiatif murid-murid dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Justeru, perkembangan murid-murid dari segi intelek, sosial serta emosi dapat
dipupuk pada masa yang sama.

Selain itu, kaedah main peranan turut menjadi pertimbangan dalam strategi
pengajaran berpusatkan murid. Main peranan merupakan satu aktiviti yang amat
signifikan untuk melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan pula, dengan melibatkan murid-murid dalam aktiviti main
peranan, mereka dapat membina pengalaman baharu yang dapat diaplikasikan
dalam kehidupan mereka yang sebenar. Malah menerusi aktiviti ini juga, murid-murid
yang pendiam atau pasif dapat membina keyakinan diri serta membantu mereka
untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, dalam aktiviti yang
dirancang, murid-murid diarahkan untuk melakonkan emosi yang ditunjukkan
berdasarkan situasi yang diberikan. Dengan ini, murid akan berpeluang untuk
mengekspresikan pelbagai perasaan dengan bebas mengikut situasi yang diberikan.
Tambahan lagi, dengan pelbagai jenis situasi yang telah diberikan, murid-murid
boleh dilatih untuk mengawal emosi serta perasaannya dalam pelbagai situasi.

Menurut Piaget (1973), kanak-kanak membentuk konsep dan skema dengan


kadar yang cepat. Dalam erti kata lain, kanak-kanak akan membayangkan dirinya
seperti watak kartun atau menjadi watak ibu, bapa atau doktor. Berdasarkan
pendapat Piaget, aktiviti main peranan yang telah dijadikan satu aktiviti dalam
perancangan yang dilakukan mampu memberi kanak-kanak peluang untuk menjadi
watak tertentu dan bukan hanya membayangkannya. Selain itu, Piaget turut
berpendapat bahawa kanak-kanak mampu mengaitkan dua peristiwa yang berlaku
pada masa yang berlainan. Dalam perancangan aktiviti, kanak-kanak diberi peluang
untuk menceritakan pengalaman yang melibatkan emosi tertentu. Di sini adalah jelas
bahawa kanak-kanak mampu menghubungkaitkan dua perkara walaupun kedua-dua
perkara tersebut berlaku pada masa yang berlainan. Aktiviti-aktiviti tersebut mampu
meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak secara tidak langsungnya.

Kesimpulannya, strategi pengajaran berpusatkan murid adalah satu pilihan


strategi yang sangat berkesan untuk para guru dan para murid. Dengan
menggunakan strategi ini, murid-murid boleh melibatkan diri secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid akan lebih mempelajari sesuatu
dengan lebih cepat dan senang jika mereka terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut. Secara tidak langsung, murid-murid turut

8
dapat meningkatkan lagi perkembangan komunikasi serta perkembangan
sosioemosi mereka. Hal ini demikian kerana dengan adanya aktiviti berkumpulan,
mereka boleh berkomunikasi secara dua hala bukan sahaja dengan para guru tetapi
pada masa yang sama dengan rakan-rakan sekelasnya. Pendek kata, strategi
pengajaran berpusatkan murid merupakan satu kaedah yang menggalakkan murid
menjadi aktif berbanding menjadi pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi,
menambah keyakinan diri, memberi peluang kepada murid-murid untuk
mengeluarkan pendapat mereka serta membina kerjasama antara satu sama lain.
Oleh itu, para guru haruslah bersikap kreatif dalam memilih strategi pengajaran demi
kebaikan murid-murid.

2.0 Slot

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

(SLOT PENGAJARAN)

Kelas : Prasekolah Sri Matahari

Tarikh : 10 April 2017

Masa : 8:00-8:20 pagi (20minit)

Bilangan Pelajar : 25 orang

Modul : Asas

Tema/Tajuk : Emosi Saya

Tunjang Utama : Tunjang Keterampilan Diri

Standard Kandungan : KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri

Standard Pembelajaran : KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan


pengalaman emosi yang melibatkan
perasaan gembira, sedih, takut, marah
dan malu

Kesepaduan Tunjang : BM 1.2.2 Mendengar dan menyanyi lagu

9
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,
murid dapat:

1. Menceritakan sekurang-kurangnya satu


pengalaman yang melibatkan perasaan
gembira, sedih dan marah.
2. Menunjukkan sekurang-kurangnya tiga
daripada lima perasaan seperti gembira,
sedih dan marah melalui mimik muka.
3. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga
daripada lima jenis perasaan berdasarkan
gambar atau situasi yang ditunjukkan.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui tentang keadaan emosi


marah, gembira dan sedih dengan keadaan
sekelilingnya setiap hari.

Kemahiran Berfikir (KB) : Membezakan emosi rakan-rakan

Penerapan Nilai : Bekerjasama, berani dan berkeyakinan diri

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Video, Gambar-gambar mimik muka,


Lembaran kerja

Fokus MI : Kecerdasan bahasa, intrapersonal dan


interpersonal

Kosa Kata : Marah, gembira, sedih, malu dan takut

LANGKAH / ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN


MASA PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
Menonton video Murid menonton BBM:
Set Induksi klip animasi video klip animasi. Komputer Riba
0800-0805 Video
(5 minit) Tajuk video: Im Guru Alat Pembesar
Happy Song menerangkan Suara
jenis-jenis emosi
Lirik Lagu: berdasarkan video Kecerdasan Pelbagai:
Im happy, Im klip yang Interpersonal

10
sad ditayangkan.
Im hot, Im cold
Im hungry, Im Guru menyuruh
thirsty murid-murid untuk
Im angry, Im menyanyi bersama
okay dan meniru emosi
yang ditunjukkan
dalam video klip
animasi.
(Contohnya marah,
gembira dan sedih)
Perkembangan Guru akan BBM:
P&P Sesi soal jawab menunjukkan Gambar mimik
berdasarkan salah satu keping muka
Langkah 1 gambar mimik gambar mimik
0805-0812 muka yang muka. Nilai:
(7 minit) ditunjukkan Berani
Guru meminta Berkeyakinan diri
beberapa orang
pelajar untuk Kemahiran Berfikir:
menjawab emosi Menjana idea
yang telah
ditunjukkan. Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal
Guru
Aktiviti main mengarahkan
peranan beberapa pelajar
untuk berlakon
emosi yang
ditunjukkan
berdasarkan
situasi yang telah
diberikan.
Langkah 2 Membuat aktiviti Guru BBM:
0812-0817 memadankan membahagikan Kad emosi
(5 minit) emosi dengan murid-murid Kad situasi

11
situasi yang kepada dua orang
sesuai dalam satu Nilai:
kumpulan. Rajin
Tekun
Guru
mengarahkan Kemahiran Berfikir:
murid-murid untuk Berfikir untuk
memadankan menyelesaikan
gambar emosi masalah
dengan situasi
yang sesuai. Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal
Penutup / Ulangan tentang Guru menunjuk BBM:
Refleksi emosi semula gambar- Gambar-gambar
0817-0820 gambar emosi dan mimik muka
(3 minit) menyoal murid-
murid tentang Nilai:
emosi tersebut. Berani
Berkeyakinan diri

12
TUGASAN 3:
SLAID PEMBENTANGAN

13

You might also like