Minit Mesyuarat 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SURAU AL MULTAQA

____________________________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA SURAU AL MULTAQA BIL 2
SESI (2017 - 2019)

Tarikh : 3 Julai 2017

Masa : 8.45 10.00 Malam

Tempat : Surau Al Multaqa

Pengerusi : Mohd Fauzi bin Saem

Kehadiran(Bilangan) : 9/18

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi menyampaikan ucapan alu-aluan dan berterima kasih atas


kehadiran ahli jawatankuasa sesi 2017 dalam mesyuarat jawatankuasa sesi 2
2017 - 2019
1.3 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat diadakan bagi membincangkan
program ziarah aidilfitri dan program Korban.

2. KEWANGAN En Shahril (Bendahari)

2.1 Baki di dalam bank sebanyak RM2000.


2.2 Baki di dalam tangan sebanyak RM14
2.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada En Fazuli atas kesudian
menyalurkan bantuan kewangan bagi membiayai bil-bil bangunan suaru.
2.4 Pengerusi menyatakan untuk mendapatkan sumbangan untuk membiayai
aktiviti dan program serta infrastruktur surau.

3. PROGRAM MARHABAN

3.1 Berikut adalah cadangan program marhaban yang akan diadakan pada 10
Julai hingga 17 Julai.

Hari / Tarikh Lorong Penyelaras


Isnin 10/7/17 Jalan EJ1/5,1/6 En Rahman
Selasa 11/7/17 Jalan EJ1/8,1/7 Hj Fendee
Rabu 12 /7/17 Jalan EJ1/10 Pn Zaliza
Khamis 13/7/17 Jalan EJ1/12,1/14 Pn Norafidah
Isnin 17/7/17 EJ3,4 En yazi
Khamis 27/7/17 Kenduri rumah En Rahman
Jumaat 7/7/17 Rumah terbuka En Khairullah
SURAU AL MULTAQA
____________________________________________________________________________________________________

3.2 Pengerusi menerangkan konsep ziarah akan diubah di mana kumpulan lelaki
akan mendahului untuk rumah diziarah untuk mengelakkan daripada
bertembung dengan kumpulan wanita
3.3 Tuan rumah tidak digalakkan menyediakan makanan berat untuk
mengelakkan pergerakan marhaban menjadi lambat.
3.4 Bacaan selawat marhaban akan dipendekan mengikut kesesuaian.
3.5 Seorang ketua dilantik untuk bacaan doa dan hanya tuan rumah sahaja
yang akan berucap.
3.6 Tabung bergerak juga akan diwujudkan sempena marhaban nanti.

4. KORBAN

4.1 Penyelarasan harga daging untuk ibadah korban ditetapkan sebanyak


RM550 bagi Surau Al Multaqa.
4.2 Lebihan daripada jualan lembu korban akan disalurkan untuk membeli
barang-barang keperluan surau terutama keperluan sembelihan dan
melapah daging korban.
4.3 Tarikh sembelihan Hari Raya Korban pada 2 September 2017 iaitu pada hari
Sabtu.
4.4 Pihak surau akan menyediakan jawatankuasa kerja semasa hari Raya
Korban nanti.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Post Mortem Iftar- perlu menjaga kebersihan surau selepas digunakan
5.2 Kos purata setiap iftar yang dijalankan sebanyak RM200. Terdapat juga
sumbangan dan infaq daripada kariah setempat.

7. PENUTUP

7.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat / ahli mesyuarat dan


penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 malam.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................. .......................
(MOHD YAZI BIN SARIMAN) (MOHD FAUZI BIN SAEM)
Setiausaha Surau Al Multaqa Pengerusi Surau Al Multaqa
Sesi 2017 - 2019 Sesi 2017 - 2019

You might also like