Minit Kuri Ke 2 2017

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEDUA 2017

SK KLIAN PAUH, TAIPING

Tarikh : 3 April 2017


Hari : Rabu
Masa : 1.30 petang
Tempat: Bilik Gerakan SKKP
Kehadiran : Puan Hjh Rokiah binti Ahmad Guru Besar
Puan Nazimah binti N. Anver Batcha Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Juriah binti Abdul Wahib Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Siti Sarah binti Ghazali
Puan Norwiza binti Ahmad Bedawi
Puan Fabilah binti Sulaiman
Puan Marsita binti Chin
Puan Norhafizah binti Abdul Hamid
Encik Helmi bin Ismail
Puan A. Thanaletchumi
Puan Hashimah Yun binti Mahjudin
Puan Nor Aida binti Jamaluddin
Puan Zainidar binti Zainal Abidin
Puan Marzalinawati binti Md Nor
Puan Norhashimah binti Mohamad
PuanTan Chin Chin
Puan Annaletchumie a/p K.Thidaveerasingam
Puan Rohapizan binti Saari
Cik Siti Norhaslina bt Abd Manaf
Puan Rohani binti Ghazali
Puan Norziah binti Jusoh

Tidak hadir bersebab :

Puan Khairiah binti Abdul Samad


Puan Latifah binti Mohamad
Puan Azimah binti Meor Ahmad Sapian

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SK KLIAN PAUH


KALI KEDUA /2017

1
Tarikh : 03 APRIL 2017
Hari : Rabu
Tempat : Bilik Mesyuarat SKKP
Pengerusi : Guru Besar
SK Klian Pauh (SKKP)

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pn.Hjh Rokiah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang telah
memainkan peranan penting dalam membangunkan akademik SKKP.
1.2 Pn. Hjh Rokiah juga meminta semua pihak untuk merefleksi diri sepanjang tahun 2017
merangkumi peranan sebagai seorang guru, seorang pendidik dan juga penjawat awam.
1.3 Semua pihak perlu melihat semula adakah KPI yang telah ditetapkan tercapai, prestasi kerja
yang memuaskan ataupun tidak dan juga kekuatan dan kelemahan diri.
1.4 Dasar atau program yang telah dirancang perlu dilaksana dan dibuat refleksi.
1.5 Pn Hjh Rokiah meminta semua memuhasabah diri dan berusaha membuat kebaikan untuk diri
sendiri dan juga sekolah.
1.6 Pn Hjh Rokiah mengucapkan selamat datang kepada Guru Pemulihan yang baharu iaitu Pn
Illyati.

Tindakan : Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

Dicadang oleh : Pn Hjh Rohani


Disokong oleh : Pn Siti Norhaslina

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 6.3- Analisis peringkat sekolah menggunakan data EWS ditangguhkan dan tindakan
selanjutnya akan dilakukan setelah mendapat arahan.

Tindakan : Semua guru

4. KEWANGAN

4.1 Semua panitia diminta menghabiskan peruntukan PCG mengikut peruntukan yang
disediakan.
4.2 Hanya 80% peruntukan yang telah diterima. Anggaran belanja perlu disediakan mengikut
keperluan.
4.3 Pembelian yang akan dilakukan haruslah mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi
mengelakkan sebarang masalah.

Tindakan :Ketua panitia/ semua guru

2
5. PERBINCANGAN PROFESIONAL

5.1 Pembentangan panitia

5.1.1 Semua panitia perlu mengemaskini fail kerana pemantauan sedang


dijalankan.
Tindakan :Ketua panitia/ Setiausaha

5.1.2 Laporan program dan aktiviti yang telah dijalankan mestilah disertakan ke
dalam fail panitia.
Tindakan :Ketua panitia

5.1.3 Fail haruslah dikemaskini merujuk rubrik SKPMg2 ( Rubrik 3.1.2).


5.1.4 Pelaksanaan PLC haruslah dijalankan dan disediakan laporannya.
5.1.5 Tarikh akhir penghantaran Laporan PLC-Kitaran 1 adalah pada atau sebelum 25
April 2017.

Tindakan : Ketua Panitia


5.2 Ujian 1

5.2.1 Minit Task Force perlu diserahkan kepada Setiausaha Kurikulum.


5.2.2 Post-mortem dan intervensi perlu dilakukan berserta analisis item.
5.2.3 Analisis pencapaian Ujian 1 perlu disediakan.

5.3 Analisis pencapaian Ujian 1 2017 (sila rujuk lampiran minit mesyuarat task force.)

5.3.1 Post-mortem kelemahan dan kekuatan perlu dilakukan.


5.3.2 Sebarang perubahan markah dalam SAPS dimaklumkan kepada Setiausaha
Peperiksaan Dalaman supaya boleh diproses dan disahkan.
5.3.3 Pn Ilyati dilantik untuk membantu Pn Zalina.

Tindakan : SU Peperiksaan
Dalaman dan Semua Guru

5.3.4 Memaklumkan bahawa masalah yang dihadapi adalah kertas soalan yang
difotostats tidak mencukupi.
5.3.5 Ucapan terima kasih kepada guru yang telah menyerahkan OPP dan juga
PILL.
5.3.6 Memaklumkan tarikh akhir penghantaran OPP dan PILL adalah pada 6 April.
5.3.7 Memaklumkan bahawa pengemaskinian fail peperiksaan sedang dilakukan.

Tindakan : Semua guru

5.3.8 Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)


- Tarikh PPT adalah pada 11 Mei hingga 18 Mei.
- Soalan perlu disediakan mengikut JSU dan perlu ada unsur KBAT.
- Perlu ada kawalan mutu.
- Kurangkan gunting dan tampal, sekiranya perlu pastikan ianya
dilakukan secara professional.
- Jalankan post mortem selepas PPT.
- Post-mortem tahun 1 hingga 5 perlu guna format OPP manakala tahun 6
menggunakan format PILL.

Tindakan : Semua guru

3
5.4 LINUS

5.4.1 Ujian saringan pertama


- Bahasa Inggeris dan Matematik telah selesai dijalankan.
- Saringan bagi Bahasa Inggeris dan Matematik dijalankan bagi tahun 2
dan 3 sahaja.
- Keputusan saringan 1
Tahun 2 Tahun 3
NUM - -
LBI 1. Puteri Nor Hidayah -
2. Puteri Qaleesya
3. Arissa Hana

5.4.2 Fail LINUS sedang dikemaskini.


5.4.3 Prosedur pelaksanaan LINUS perlu dipatuhi.

Tindakan : Guru LINUS/Guru


Pemulihan Khas/makluman

5.5 SEGAK

5.5.1 Ujian SEGAK perlu dilaksanakan mengikut turutan secara berterusan bagi murid
yang dinilai.
5.5.2 SEGAK dilaksanakan pada Jun-Ogos.
5.5.3 Pemantauan berterusan dan berkala dijalankan bagi komponen SEGAK dan
PAJSK.

Tindakan : Guru PJ 4,5 dan 6

5.5.4 Perlaksanaan ujian SEGAK perlu merujuk Buku Panduan Segak Sekolah Rendah
terbitan PPK KPM (2007).
5.5.5 Analisis data SEGAK dan BMI bagi mengetahui bilangan murid yang kurang
berat, berat normal dan berisiko berat berlebihan dan berat berlebihan untuk
dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa agar tindakan susulan dapat diambil.

Tindakan : Makluman

5.6 PBS/KSSR

5.6.1 LADAP Pembugaran PBS akan dilaksanakan.


5.6.2 Data offline perlu diisi dan dikemaskini.
5.6.3 Fail-fail yang berkenaan sedang dikemaskini.

Tindakan : SU PBS/ semua guru

5.6.4 Buku Panduan Pengurusan PBS dan Penjaminan Kualiti(2014) mesti dirujuk.
5.6.5 Aktiviti Penjaminan Kualiti mesti berfungsi seperti yang digariskan.
5.6.6 Guru perlu :
- Bina instrumen sendiri dan tidak bergantung secara total kepada buku
aktiviti/buku kerja.
- Merancang pentaksiran berkaitan di dalam RPH dan perlu dilaksanakan
secara konsisten
- Memanfaatkan Rekod Perkembangan/ Pencapaian Murid.
- Memastikan ada kesinambungan impak dengan tindakan susulan hasil
daripada impak.

Tindakan : Semua guru

5.7 DLP

4
5.7.1 Analisis Ujian 1 DLP .

Analisis Ujian 1 DLP Matematik 2017

TAHUN BIL MURID LULUS ABCD GAGAL E GPS


26
1 26 0 2.12
(100.00%)
21 1
2 22 2.18
(95.45%) (4.54%)
16
4 16 0 1.94
(100%)
15 2
5 17 3.35
(88.24%) (11.76%)

Analisis Ujian DLP Sains/DST 2017

TAHUN BIL MURID LULUS ABCD GAGAL E GPMP


25 1
1 26 2.35
(96.15%) (3.85%)
22
2 22 0 2.41
(100.00%)
16
4 16 0 2.06
(100%)
16 1
5 17 2.71
(94.12%) (5.88%)

Tindakan : Makluman

5.8 Pusat Sumber dan Media

5.8.1 Pn.Hjh Rohani memaklumkan pelancaran Kempen Membaca akan


dilakukan.
5.8.2 Jadual Penggunaan Bilik Pusat Sumber telah disediakan dan diedarkan.
5.8.3 Pn.Hjh Rohani memaklumkan buku rekod pelawat dan buku rekod
penggunaan PSS dan Media telah diwujudkan.

Tindakan : Semua guru

5.8.4 Pemantauan dari pihak PKG akan dijalankan pada 5 April dan Pn Hjh Rohani
diminta untuk melengkapkan borang pemantauan.

Tindakan : Guru PSS

5.9 PA 21

5.9.1 Memaklumkan pemberian buku toolkit PA 21 oleh pihak sekolah.


- Dirangka oleh MGB dan dibantu oleh SISC di PPD.
- Perlu dijadikan rujukan aktiviti di dalam kelas.
- Hakmilik sekolah

5.9.2 Aktiviti yang dijalankan haruslah berpusatkan murid.

Tindakan : Semua guru

5
5.9.3 Suasana dan susunan meja serta hasil kerja murid di dalam kelas perlu
disusun mengikut PA 21.

Tindakan : Guru Kelas/ semua guru

5.10 LADAP

5.10.1 Perlaksanaan LADAP sedang berjalan dan akan dilaksanakan seboleh-bolehnya


mengikut perancangan sebanyak 3 LADAP sehingga MEI.

Tindakan : SU LADAP

6.0 Hal-hal lain

6.1 Perubahan jadual waktu akan berlaku kerana Pn Latifah akan mula bercuti dan
Kelas Prasekolah akan diambil alih oleh Pn Noor Hafizah.

Tindakan : Pn Noor Hafizah

6.2 Makluman penggunaan telefon bimbit YES Altitude dan juga dongle
YES perlulah digunakan untuk
- pelaksanaan pdpc dan VLE FROG
- guna secara berhemah

Tindakan: Semua guru

Mesyuarat ditamatkan pada pukul 2.55 petang.

Disediakan oleh :

..........................
(NOOR HAFIZAH HASSIM)
Penolong Setiausaha Kurikulum
SK Klian Pauh

You might also like