Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan Program Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Dan Bahasa Inggeris Sebagai

Bahasa Kedua SK. Kg. Tanjung Tuang

Penanung : Encik Ahmad Safri bin Hamdi (Guru Besar)


Pengerusi : Muhammad Amirul Syazwan bin Borhanordin
Setiausaha : Nur Syazwani binti Japar
Bendahari : Muhammad Nur Syamim bin Sohani
Jawatankuasa Aktiviti : Nor Zulaikha binti Laungah

Saya serta tiga orang guru pelatih IPG Kampus Tun Abdul Razak yang telah berpraktikum di SK
Kg Tanjung Tuang telah mengadakan program Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Dan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua sebagai projek praktikum kami. Program ini
merupakan program amalan berterusan tetapi dilaksanakan pada minggu kelapan kami
berpraktikum bersamaan 21 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017.

Matlamat utama program ini ialah bagi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan di samping Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di kalangan murid-
murid di sekolah ini. Selain daripada itu, program ini juga bermatlamat untuk menanamkan
minat di kalangan murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selain
melibatkan murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di luar kelas formal.

Sebelum melaksanakan projek ini, kami berempat telah mengadakan perbincangan bersama
Guru Besar bagi membincangkan tentang bajet dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan
sepanjang program ini berlangsung. Sesungguhnya, projek ini merupakan cadangan oleh Guru
Besar sendiri kerana hasrat beliau ingin menerapkan penggunaan Bahasa Melayu standard di
kalangan murid-murid di sekolah ini. Majoriti murid-murid di sekolah ini menggunakan bahasa
ibunda mereka (Bahasa Melayu Sarawak) sebagai bahasa untuk berkomunikasi dengan guru-
guru serta rakan-rakan di sekolah. Hal ini menyebabkan guru-guru dari semenanjung atau
orang luar sukar memahami apa yang disampaikan oleh murid-murid tersebut. Realiti ini juga
menyebabkan maklumat yang disampaikan oleh murid tidak dapat disampaikan dengan jelas.
Bukan itu sahaja, Guru Besar juga berhasrat agar penggunaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua digunakan dalam kawasan sekolah kerana ingin melahirkan murid yang
mempunyai kecerdasan pelbagai dalam bidang linguistik.
Setelah mendapatkan maklumat bajet serta cadangan tarikh hasil perbincangan bersama Guru
Besar, kami telah membuat perbincangan tentang aktiviti yang bakal dijalankan. Alhamdulilah,
hasil perbincangan, kami akan mengadakan dua aktiviti sepanjang program ini dijalankan iaitu
Kuiz Bijak Bahasa dan Spell It Right. Dalam perbincangan tersebut juga kami telah
mengagihkan tugas masing-masing. Saya telah ditugaskan sebagai AJK Gimik serta mengelola
untuk aktiviti Spell It Right. Kami juga telah mengadakan perbincangan tentang Pelancaran
program ini yang akan diadakan pada hari isnin bersamaan 21 Ogos 2017. Dalam pelancaran
program ini juga, kami telah berbincang tentatif yang bakal dijalankan.

Pada hari Isnin bersamaan 21 Ogos 2017, pelancaran Program Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Kebangsaan Dan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua telah dilaksanakan.
Pelancaran majlis tersebut bermula dengan ucapan perasmian serta gimik pelancaran oleh
Guru Besar. Seterusnya, saya selaku wakil daripada pasukan guru pelatih memberikan ucapan
serta taklimat berkaitan program yang bakal dijalankan. Di dalam taklimat tersebut, saya telah
memberikan pengisian berkaitan kepentingan Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris. Saya juga
menerangkan kepada murid-murid tentang aktiviti yang bakal dijalankan iaitu, Kuiz Bijak
Bahasa dan Spell It Right.

Pada hari yang sama juga, jam 11.30 pagi, telah diadakan Kuiz Bijak Bahasa. Terdapat dua
kategori dalam kuiz ini iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Semua murid wajib mengikuti kuiz ini. Untuk
tahap 1, kuiz ini telah diadakan di pusat sumber. Manakala, tahap 2 di kelas tahun 6. Murid-
murid dapat menjawab kuiz dengan baik. Kami juga dapat mengawal murid-murid dengan baik.

Pada hari Rabu, jam 1.00 tengahari, telah diadakan pertandingan Spell It Right. Setiap kelas
perlu menghantar dua orang wakil untuk pertandingan tersebut. Dalam pertandingan tersebut,
wakil dari kelas Tahun 1 akan bertemu dengan wakil dari kelas tahun 2. Begitu juga dengan
kelas Tahun 3, 4 5 dan 6.

Akhir sekali, kami barisan guru pelatih yang telah berpraktikum di SK Kg. Tanjung Tuang ingin
mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Guru Besar kerana sokongan dan tunjuk ajar yang
diberikan. Kami berharap objektif program yang kami laksanakan ini akan menjadi amalan
berterusan dalam diri murid-murid sekolah ini supaya menggunakan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris bukan sahaja di persekitaran sekolah malah menggunakannya dalam
kehidupan seharian mereka.
Laporan disediakan oleh,
___________________ 25 Ogos 2017
( MUHAMMAD NUR SYAMIM BIN SOHANI )
Guru Pelatih,
IPG Kampus Tun Abdul Razak,
Samarahan.

You might also like