Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SMK FELDA ULU TEBRAU,

FELDA ULU TEBRAU,


81810 ULU TIRAM,
JOHOR.

TEL : 07-8601161
_________________________________________________________________________

Ruj. Kami : JEA1042/600-3/6/2 (11)


Tarikh : 18 Ogos 2015

Kepada,

Puan Suraya Bt. Ashaary,

Melalui,

Pengetua ,
SMK Desa Jaya ,
Johor Bahru.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH TEKNIK MENJAWAB PT3 PENDIDIKAN ISLAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam
akan mengadakan program Man Jadda Wajada di sekolah pada bulan Ogos seperti yang terkandung
dalam takwim panitia .

3. Sehubungan itu, kami ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan/puan agar dapat memberi
ilmu dan kemahiran dalam menjawab soalan SPM kepada pelajar-pelajar kami yang akan menduduki
SPM tidak lama lagi. Slot program akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Ogos 2015( Rabu )


Masa : 2.15 pm - 4.00 pm
Tempat : Dewan Bestari

4. Kami mengharapkan agar perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan/puan.
Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(HJH. SABARIAH BT. HASSAN)


Pengetua
SMK Felda Ulu Tebrau

You might also like