Surat Pengesahan Pendapatan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kod Sekolah : JBA 1108

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI 4 No.Tel / No.Faks : 07-3860773


81750 MASAI, JOHOR DARUL TAKZIM e-mail : skputeri4@gmail.com
Blog : Ictskskp4.wordpress.com

Ruj. Kami : JBA1108/100-4/2/1( )


Tarikh : 18 Febuari 2016

Ibu bapa/Penjaga
SK Seri Kota Puteri 4,
81750 Masai, Johor.

Tuan/puan,

PENGESAHAN PENDAPATAN ISI RUMAH BAGI IBU BAPA/PENJAGA BAGI TUJUAN


PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA (BKAP1M)2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Hal ini untuk mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan (BKAP1M)
sebanyak RM100.00 seorang kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 di kalangan isi
rumah (pendapatan ibu dan bapa/penjaga) berpendapatan bulanan kasar sebanyak
RM3000.00 dan ke bawah.

3. Bagi tujuan tersebut ibu bapa/penjaga mesti mengemukakan dokumen


pengesahan pendapatan. Contohnya slip gaji terkini yang telah disahkan/penyata cukai
pendapatan terkini/ penyata bank bagi 3 bulan terkini. Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak
dapat mengemukakan dokumen pengesahan pendapatan tersebut, ibu bapa/penjaga
perlu melengkapkan borang pengesahan pendapatan (Lampiran B) yang boleh diperoleh di
pejabat sekolah.

4. Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan semula ke sekolah sebelum


atau pada 22 Febuari 2016 (ISNIN). Pihak Sekolah boleh menangguhkan agihan
bantuan sekiranya ibu bapa/penjaga gagal mengemukan dokumen tersebut.

5. Murid yang layak menerima bantuan tersebut akan dimaklumkan melalui surat
pada 25 Febuari 2016 (KHAMIS).

Sekian untuk makluman dan perhatian pihak tuan/puan. Kerjasama daripada pihak
tuan/puan diucapkan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(ROSNI BINTI KASSIM)


Guru Besar,
SK Seri Kota Puteri 4,
Masai, Johor.

s.k: Fail Sekolah

You might also like