Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KAJIAN TINDAKAN

DISEDIAKAN OLEH :

1. NUR AIN BINTI NGAH

2. SHIRLEY PLETINUS

3. NURUL NAJWA BT HJ BULAT


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM MENTERJEMAH OBJEK
KEPADA LUKISAN UNJURAN ORTOGRAFIK DENGAN MENGGUNAKAN
MODEL OBJEK

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam
menterjemah objek ke dalam lukisan unjuran ortografik dengan menggunakan model objek.
Kajian ini akan melibatkan seramai 25 orang murid lelaki 2 Kreatif di SMK Tebobon. Model
objek akan digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
pemahaman murid . Jika hanya ditunjukkan secara visual sahaja agak rumit untuk
diterangkan kepada murid.

PENGENALAN

Model yang kami gunakan dalam kajian ini berfungsi untuk membantu pelajar mengetahui
bentuk objek melalui tiga pandangan iaitu pandangan pelan, pandangan hadapan, dan
pandangan sisi. Model ini diletakkan di dalam prospek berlampu L.E.D yang boleh dibuka
untuk melihat bentuk ketiga-tiga pandangan tersebut.

2.0. ISU/MASALAH/FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada satu tajuk dalam KHB:KT Tingkatan 2 iaitu Bab 3: Lukisan
Teknik, subtopik Unjuran Ortografik. Fokusnya tertumpu kepada kelemahan murid iaitu
menterjemah objek kepada lukisan ortografik. Berdasarkan refleksi P&P yang lalu, kami
akan memfokuskan kepada cara menguasai tajuk Melukis Unjuran Ortografik kerana mereka
tidak boleh menterjemah objek yang diberi ke dalam sudut pandangan ortografik.

3.0. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

3.1. Objektif Am
3.1.1. Meningkatkan pencapaian murid (markah dan kemahiran) bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu

3.2. Objektif Khusus

3.2.1. Untuk menarik minat murid mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

3.2.2. Untuk meningkatkan kemahiran melukis lukisan ortografik.

3.2.3. Membantu murid menguasai kemahiran lukisan ortografik

3.2.4. Membantu murid mengusai kemahiran menterjemah lukisan ortografik

3.2.5. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan melibatkan seramai 25 orang murid lelaki 2 Kreatif di SMK Tebobon.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

5.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, kami meninjau masalah yang


menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai tajuk lukisan unjuran ortografik dan
membuat analisis terhadap masalah ini. Kami menggunakan pendekatan permerhatian, dan
menganalisis dokumen dalam membuat kajian ini.

5.1.1 Pemerhatian

Kami membuat pemerhatian semasa pembelajaran dan hasil kerja latihan yang
pelajar berikan. Pemerhatian berfokuskan menterjemahkan dan melukis lukisan
ortografik dengan betul.
5.1.2 Dokumen

Kami bersandarkan kepada ujian pra dan pos. Kaedah ini dapat mengesan pencapaian
pelajar mengenai tajuk lukisan teknik. Caranya, pelajar akan diberikan soalan
yang sama dalam jangka masa yang berbeza dan pencapaian mereka
dimaklumkan. Dengan ini keesahan kaedah imaginasi ini dapat diukur kejayaan atau
kelemahannya.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

TARIKH TINDAKAN CATATAN

Awal Jun -pembentangan kertas kerja kajian tindakan

Pertengahan Jun -membuat ujian pra

Akhir Jun -menganalisis ujian pra

-menghasilkan model

-memurnikan model

Awal Julai -mengaplikasikan model dalam PDP

Akhir Julai -ujian pasca

-menganalisis pencapaian murid

You might also like