Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Maksud sebenar gelaran Dato, Datuk, Tun, Tan Sri dan lain-lain

Apa sebenarnya perbezaan gelaran Dato, Datuk, Tun, Tan Sri dan sebagainya?
Sebahagian besar pembaca mungkin masih kurang arif mengenai maklumat dan protokol
berkaitan gelaran kehormat yang diguna pakai di negara kita.

1. Mana satu ejaan yang betul? Datuk atau Dato?

Persoalan ini sangat popular. Sebenarnya kedua-dua ejaan tersebut betul iaitu bergantung
kepada Darjah Kebesaran yang dianugerahkan.

Bagi Darjah Kebesaran yang dikurniakan oleh Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan,
Sabah, Sarawak dan Melaka, ejaan gelarannya adalah Datuk.

Sementara penerima Darjah Kebesaran selain daripada 5 negeri / wilayah di atas, ejaan
gelarannya adalah Dato.

Walau bagaimanapun, bagi tujuan penyelarasan dan memudahkan pembacaan,


kebiasaannya di media massa seperti akhbar dan televisyen, ejaan Datuk digunakan
secara umum.

Info tambahan: Kerjaan Negeri Sarawak telah memperkenalkan tambahan Darjah


Kebesaran Negeri yang baharu dan ejaan gelarannya adalag Dato tanpa tanda () di
hujungnya.

2. Gelaran Tun dan Tan Sri hanya dari persekutuan

Gelaran Tun dan Tan Sri merupakan Darjah Kebesaran Persekutuan yang hanya
dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Tun merupakan gelaran anugerah tertinggi negara dan lazimnya dikurniakan kepada Yang
Dipertuan Negeri, Ketua Hakim Negara dan mantan Perdana Menteri. Isteri kepada Tun
akan bergelar Toh Puan.

Panggilan hormat bagi penerima anugerah ini dan pasangannya adalah Yang Amat
Berbahagia (YABhg).

Bagi Tan Sri pula, ia merupakan gelaran kedua tertinggi dan panggilan hormat bagi
anugerah ini sama seperti Datuk iaitu Yang Berbahagian (YBhg). Isteri kepada Tan Sri
akan bergelar Puan Sri

3. Panggilan hormat bagi darjah kebesaran Datuk atau Dato kurniaan negeri
Secara umumnya, panggilan hormat bagi semua penerima Datuk atau Dato dari
persekutuan mahupun Negeri adalah sama iaitu Yang Berbahagi (YBhg). Datuk/Dato
kecuali di dua buah negeri iaitu Johor dan Pahang.

Johor: Di Johor, bagi penerima Darjah Kebesaran Negeri Johor yang membawa gelaran
Dato. Panggilan hormatnya ialah Yang Berhormat (YB) Dato iaitu panggilan hormat yang
digunakan oleg Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di seluruh
negara.

Pahang: Di Pahang, bagi para penerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang membawa
gelaran Dato Sri atau Dato, panggilan hormatnya ialah Yang Hormat (YH) DatoSri/YH
Dato.

4. Gelaran Dato hanya untuk penerima lelaki, bukan wanita

Benar. Tetapi hanya di negeri Johor dan Selangor sahaja. Di kedua-dua negeri ini, gelaran
Dato hanya digunakan oleh penerima lelaki.

Sekiranya yang menerima Darjah Kebesaran tersebut merupakan seorang wanita, gelaran
yang digunakan adalah Datin Paduka (termasuk juga Datin Paduka Seri dan Datin Paduka
Setia di Selangor).

Oleh yang demikian, di Johor dan Selangor, wanita yang bergelar Datin Paduka merupakan
individu yang menerima sendiri Darjah Kebesaran tersebut dan bukannya bermaksud
pasangan mereka mempunyai gelaran Dato Paduka.

5. Tiada Datin untuk isteri Dato di Terengganu

Secara lazimnya, isteri kepada individu yang bergelar Datuk atau Dato akan memakai
gelaran Datin. Namun begitu, bagi penerima Darjah Kebesaran Negeri Terengganu, isteri
kepada Dato akan memakai gelaran ToPuan (jangan keliru dengan gelaran Toh Puan
yang digunakan oleh isteri kepada suami yang bergelar Tun).

Info tambahan: Di negeri Johor, gelaran rasmi bagi isteri yang suaminya bergelar Dato
adalah Datin Dato (nama suaminya) dan bukannya menggunakan namanya sendiri.

6. Sarawak antara Negeri yang banyak gelaran kebesaran berbeza

Di negeri Johor, bagi penerima Darjah Kebesaran Kelas Pertama mahupun Kelas Kedua,
kedua-duanya membawa gelaran yang sama iaitu YB Dato.
Bagitu juga dengan Negeri Kelantan yang menggunakan satu sahaja gelaran iaitu YBhg.
Dato.

Tetapi di Negeri Sarawak, terdapat tujuh (7) Darjah Kebesaran yang membawa gelaran
yang berbeza-beza iaitu:

Pehin Sri
Datuk Patinggi
Datuk Amar
Dato Sri
Datuk
Dato
Datu

Nota: Datu di Sarawak merupakan gelaran kehormat dan berbeza dengan penggunaan
nama Datu yang diwarisi secara turun temurun oleh sesetengah keluarga di Sabah.

Antara gelaran yang digunakan di negeri-negeri lain adalah seperti berikut:

1. Kedah: Dato Seri Utama, Dato Seri Diraja, Dato Seri Wira, Dato Seri, DatoPaduka,
Dato Diraja, Dato Wira, Dato
2. Selangor: Dato Seri, Dato Setia, Dato
3. Perak: Dato Seri Diraja, Dato Seri Panglima, Dato Seri, Dato Pahlawan, Dato
4. Pahang: Dato Sri Diraja, Dato Sri, Dato
5. Negeri Sembilan: Dato Seri Diraja, Dato Seri, Dato
6. Perlis: Dato Seri Diraja, Dato Seri Setia Diraja, Dato Seri, Dato Paduka, Dato Wira,
Dato Pahlawan, Dato
7. Pulau Pinang: Dato Seri Utama, Dato Seri, Dato
8. Sabah: Datuk Seri Panglima, Datuk
9. Melaka: Datuk Seri Utama, Datuk Seri, Datuk Wira, Datuk Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Utama, Datuk Seri, Datuk

7. Hanya Dato Brunei Gelaran Dari Luar Negara Yang Diiktiraf Kerajaan

Darkah Kebesaran yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah yang dikurniakan oleh Ketua-Ketua
Negara Asing yang berdaulat, Sembilan (9) DYMM Raja-raja Melayu serta empat (4) Yang
Dipertuan Negeri sahaja.
Oleh yang demikian, hanya Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato yang
dikurniakan oleh Sultan Brunei sahaja merupakan satu-satunya dari luar negara yang
diiktiraf oleh kerajaan.

Penutup

Oleh itu, gelaran Dato yang dikurniakan oleh individu yang mengaku dirinya sebagai waris
keturunan Maharaja Nusantara, Raja Majapahit, Sultan Negeri Pasir Berdengung, Raja
Negeri Isketambola dan sebagainya merupakan satu penipuan dan pemberi serta penerima
yang menyalahgunakan gelaran kebesaran tersebut boleh dikenakan tindakan undang-
undang.

You might also like