Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 PENDAHULUAN

Berdasarkan pencapaian Bahasa Inggeris yang kurang memuaskan di


kalangan murid-murid, pihak sekolah dengan kerjasama Yayasan Diraja Sultan
Mizan dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, mengadakan satu pertandingan
Smart English di peringkat sekolah yang melibatkan semua kemahiran bahasa
iaitu kemahiran mendengar, bertutur, menulis, membaca dan menyanyi secara
terancang dan menyeronokkan.

Perlaksanaan aktiviti dalam program ini dibahagikan kepada 2 fasa iaitu


terancang dan semerta.Peringkat pertama adalah di mana peserta membuat
persembahan berdasarkan tajuk yang akan diberikan lebih awal untuk persediaan.
Peringkat kedua pula ialah bahagian impromptu di mana peserta terlibat dalam
beberapa aktiviti bahasa secara spontan berdasarkan bahan bacaan. Ia akan
menggunakan bahan bacaan sedia ada di sekolah termasuklah kad EIRP dan BIG
BOOK dan lain-lain bahan yang dibekalkan oleh kerajaan Negeri Terengganu ke
semua sekolah rendah.

Pertandingan ini melibatkan murid-murid tahap satu dan tahap dua .


Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut tahun yang melibatkan
semua tahap pencapaian murid iaitu baik, sderhana dan lemah. Ia diharapkan
dapat memberi impak mendalam terhadap pencapaaian dan penguasaan Bahasa
Inggeris murid-murid.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan perkembangan kemahairan komunikasi murid menggunakan


Bahasa Inggeris secara lisan dalam pelbagai situasi dalam kehidupan seharian
2.2 Menanam kesedaran betapa pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu yang wajib dikuasai.
2.3 Memberi peluang kepada murid untuk belajar dan menguasai Bahasa Inggeris
dalam suasana yang kondusif melalui aktiviti yang menyeronokkan
2.4 Menanam tabiat suka membaca dan bertutur menggunakan Bahasa Inggeris.

3.0 TARIKH

Pertandingan Smart English telah diadakan pada 14 March 2017 iaitu pada hari
Selasa.

4.0 TEMPAT

Pertandingan Smart English telah diadakan di Dewan Gemilang SK. Seri Gelugor
5.0 PENGLIBATAN

Pertandingan ini melibatkan 8 murid tahap satu dan 12 murid tahap 2. Untuk
peringkat Semerta, setiap kumpulan diwakili oleh murid tahap 2 yang terdiri daripada 2
lelaki dan 2 perempuan . Murid- murid terdiri daripada 3 aras pencapaian mengikut
markah tov 2016 iaitu 4 orang murid baik (75% ke atas), 4 orang murid sederhana ( 45%
- 69%) dan 4 orang murid lemah (44% ke bawah)
Untuk peringkat Terancang, setiap kumpulan diwakili oleh 6 murid tahun 1 dan 3 dan
6 murid dari tahap 2 dari bahagian semerta terlibat..

6.0 PELAKSANAAN
Pertandingan ini melibatkan 2 bahagian iaitu bahagian semerta dan bahagian
terancang. Bagi bahagian semerta, terdapat 6 aktiviti yang akan dilalui oleh setiap peserta
.
i. Silent Reading
Setiap peserta diberi bahan bacaan dan diberi masa selama 5 minit untuk untuk
membaca secara senyap. Bahan bacaan yang dibaca ini akan digunakan dalam semua
aktiviti yang lain. Setelah tempoh tamat bahan bacaan ini dipungut dan peserta bergerak
secara berpasukan ke station berikutnya.

ii. Reading aloud.


Semua peserta dari satu pasukan akan berada di stesen ini. Pada peringkat ini,
semua peserta dikehendaki membaca secara kuat mengikut giliran bahagian tertentu
bahan bacaan yang disediakan oleh hakim. Setiap peserta deberi masa 1 minit untuk
membaca secara kuat dan markah akan diberikan berdasarkan kelancaran, sebutan,
intonasi, stres dan kelajuan bacaan.

iii. Spelling
Dalam aktiviti ini, setiap peserta akan mengeja 2 perkataan yang disebut oleh
moderator. Setiap peserta diberikan masa 30 saat unrtuk mengeja setiap perkataan. 2
markah diberikan berdasarkan ketepatan ejaan.
iv. Aural-oral Comprehension
Moderator menyoal setiap peserta sebanyak 2 kali seorang dengan sebutan yang
jelas. Setiap peserta diberi masa 30 saat untuk menjawab. Markah diberikan berdasarkan
kelancaran dan ketepatan jawapan.

v. Group Chain Dictation


Untuk aktiviti ini, setiap pasukan disusun dalam satu barisan untuk membentuk
rantai maklumat. Peserta pertama membaca kad yang disediakan. Maklumat yang dibaca
dibisikkan kepada peserta seterusnya tanpa didengari oleh peserta lain. Peserta yang
keenam akan bertindak sebagai penulis. . Selepas setiap pusingan, peserta pertama
bergerak sebagai peserta kedua dan seterusnya. Maklumat ditulis di atas kertas mahjong
yang disediakan.

vi. Retell story


Setiap pasukan akan diwakili seorang peserta yang mengambil peranan sebagai
pencerita. Semua peserta dari satu pasukan berkumpul dan diberi masa 3 minit untuk
membuat persiapan. Wakil peserta diberi 2 minit untuk bercerita. Markah diberikan
berdasarkan ketepatan dan kelancaran bercerita.

vii. Aktiviti Terancang Poetic Action Song


Dalam aktiviti ini, setiap pasukan akn diwakili oleh 8 orang murid tahap satu dan
12 orang murid tahap dua yang terlibat dalam bahagian semerta. Para peserta tahap 2
membaca puisi yang dicipta berdasarkan tema. Kemudian semua peserta menyanyi
sambil membuat aksi. Masa diberikan 3 hingga 4 minit.
7.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

PENASIHAT
PN SHRIFAH ASIAH SYED
OTHMAN
Guru Besar SK Seri Gelugor

PENGERUSI
PN SUHANI MANSOR
PK Ko-Kurikulum

PENYELARAS
PN NOOR HAKIMAH MOHD NOOR
Penyelaras YDSM

AHLI JAWATANKUASA
PN MASLINDA HANI ZAINAL ABIDIN
PN. SUZRINA MOHD SHUKRI
PN. DAMITHAH MOHAMMAD
PN. BADRIYAH MOHAMAD
DATIN SALIHA MAMAT
CIK SITI ROSIAH MOHAMMAD
PN NORAZLIZA ABU ZAIR (PPKI)
8.0 SENARAI HAKIM

1. PUAN NORAZLIZA ABU ZAIR


2. PUAN SUZRINA MOHD SHUKRI
3. CIK SITI ROSIAH MOHAMMAD
12.0 KEKUATAN

Kekuatan pertandingan Smart English ini ialah adanya beberapa orang murid
yang mahir dan menguasai beberapa kemahiran serta fasih berbahasa Inggeris
dalam pertuturan secara lisan dan bertulis dalam aktiviti seharian mereka. Hasil dari
membaca juga diharapkan dapat mengurangkan perlakuan tidak sihat dikalangan
pelajar yang sepatutnya mereka dapat pelajari dan menghayati nilai-nilai murni
hasil pembelajaran mereka. Selain daripada itu, program ini juga diharapkan dapat
melonjakkan prestasi sekolah dalm mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam setiap
peperiksaan awam.

13.0 KELEMAHAN
Antara kelemahan dan kekangan yang terdapat semasa aktiviti ini
dilaksanakan ialah kekangan masa dan tarikh untuk mengadakan pertandingan ini.
Selain daripada itu, kelemahan murid yang mana masih tidak faham konsep
pertandingan ini dan juga kelemahan murid dari segi penguasaan Bahasa Inggeris
yang kritikal. Murid-murid juga kurang membaca dan sebutan serta intonasi yang
kurang jelas dan betul. Jadi, mereka tidak fasih dan tidak dapat menguasai
kemahiran membaca dan bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana tiada pendedahan
tentang betapa pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris untuk masa depan mereka.
14.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya aktiviti sebegini, murid-murid mendapat


pendedahan yang sewajarnya tentang pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris dan
menguasai semua kemahiran berbahasa supaya mereka dapat menggunakan atau
bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam aktiviti seharian mereka tidak kira di mana
jua mereka berada.
Aktiviti sebegini akan menambah minat dan keseronokan murid untuk belajar
dan menguasai Bahasa Inggeris. Mereka akan dilatih untuk berkomunikasi dan
bertutur menngunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan mereka. Aktiviti ini juga
dapaat memberi inspirasi untuk mereka terus berjaya.
Penguasaan Bahasa Inggeris ini menjadi perangsang untuk mereka terus maju
dan berjaya serta menambah keyakinan diri mereka untuk menggunakan Bahasa
Inggeris.

Disediakan oleh,

.
(Pn.Noor Hakimah Mohd Noor)

Disahkan Oleh, Disokong oleh,


..
(Pn. Maslinda Hani Zainal Abidin) (Pn Shrifah Asiah Syed Othman)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris SKSG Guru Besar SK Seri Gelugor

You might also like