Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada:

1. imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori
6. John Dewey
7. Martin Luther
8. John Amos Comenius
9. . Jean Piaget
10. IMAM Al-GHAZALI - Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di
sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. - Nama
sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. -
Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di
Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. - Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan
dan pergi ke Syria dan ke Mekah. - Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.
Pandangan dan idea-idea beliau: 1. Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur
iaitu; a. Sejak lahir hingga 4 tahun b. 5 tahun hingga 7 tahun 2. Kandungan kurikulum
meliputi latihan jasmani, sukan, adap pertuturan, keperibadian dan budi pekerti yang
mulia. 3. Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. 4. Seorang bayi jangan diberikan
kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah
lakunya. 5. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum,
mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. 6. Didik kanak-kanak supaya
memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana
dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. 7. Bersikap
tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok
atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. 8. Tidak boleh keterlaluan bila
mendenda kanak-kanak. 9. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian
mereka.Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. 10. Suruh kanak-kanak
bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:- - Membantu perkembangan fizikal serta
menguatkan otok mereka. - Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. - Dapat
menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar Nasihat beliau
kepada guru supaya:- - Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. - Memperbaiki
perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. - Guru tidak perlu
mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.
11. IBNU KHALDUN - Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir
pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibubapa dan golongan pendidik. - Beliau
banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi,
berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan. Pendapat beliau dalam pendidikan
awal kanak-kanak 1. Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. 2.
Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara: - Berperingkat-peringkat -
Mengadakan latih tubi - Menggunakan benda-benda maujud - Menggunakan bahan-
bahan bantu mengajar 3. Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang
diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka: - tidak mahu belajar -
mencerca pengajaran yang diberi 4. Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat
prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui
pancaindera mereka. 5. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus
diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya
pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain. 6. Jadual pembelajaran harus
disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan. 7.
Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang
rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi
pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu
helah dan tidak berperikemanusiaan. 8. Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh
menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi
mendapat hasil pembelajaran yang baik. 9. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-
kanak semasa pembelajaran. 10. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian
kaitkan dengan makna.Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang
baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.
12. JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827) - Beliau dilahirkan di Zurich,
Swizerland. - Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama
Neohof pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan
vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Idea-idea beliau mengenai
pendidikan: 1. Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi
yang ada padanya. 2.Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea
yang abstrak. 3. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-
pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka
yang semulajadi. 4. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh
itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang,
mengukur, merasa dan menyentuh. 5. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-
kanak bukan mengajar mata pelajaran. 6. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai
umur. (multiage grouping). 7. Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk
mengajar anaknya.
13. FRIEDRICH FROEBEL (1782 1852) - Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. -
Beliau digelar sebagai Bapa Tadika. - Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman
kanak-kanak yang dinamakan Kindergarten. - Beliau adalah seorang yang kuat
beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah
tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Menurut beliau " kanak-kanak umpama
biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman
untuk kanak-kanak." Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang
terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main Idea-idea Froebel 1. Taman
kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang
dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-
gambar.Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. 2. Keadaan bilik
janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. 3. Kelas prasekolah perlu
dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang
mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. 4. Suasana di taman kanak-kanak
hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam
masyarakat dan bahaya alam semulajadi. 5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan
perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. 6. Taman kanak-kanak merupakan
satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.Pendidikan adalah pembinaan watak atau
peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-
kanak. 7. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu
diberi kebebasan. 8. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar
melalui membuat. 9. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu
menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. 10. Beliau
menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting
bagi kanak-kanak. 11. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling
berkaitan antara satu sama lain.
14. MARIA MONTESSORI (1870 1952) - Maria Montessori merupakan doktor wanita
pertama di Italy dan seorang tokoh pendidikan di Rome yang berpengalaman mendidik
kanak-kanak yang terencat akal. - Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-
kanak cacat di Rome. - Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan
kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. - Beliau mengutamakan latihan daya
penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak
mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. PENDAPAT
MARIA MONTESSORI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Beliau
berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan
haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan
adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan
adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek,
fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam
pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep
berikut; a. Minda yang mudah menyerap Menurut Montessori, minda kanak-kanak
mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka
bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian
yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.
b. Persekitaran yang tersedia Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-
kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong
pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak
memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan
pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. c. Didikan diri Kanak-kanak mampu
menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai,
apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran
yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila
mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-
kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara
formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan
aktiviti. d. Bahan pembelajaran Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana
menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya
secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat
awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian;
kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan;
keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep
Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni
kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan
sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui
pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. e. Tempoh sensitif Tempoh sensitif adalah
tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh
tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi
mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik
bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Menurut falsafah
Montessori; 1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara
menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. 2. Terdapat tempoh
sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan
konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang
kanak-kanak. 3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang
minimum daripada orang dewasa.Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses
pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 4. Maklumat yang
diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. 5. Bahan
pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari
dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan
bahan manipulatif dan betul diri. 6. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui
pengalaman dengan kanak-kanak. 7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat
pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. 8. Guru perlu menyediakan
persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. 9. Peranan
guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran
mereka. Prinsip- prinsip dalam kaedah Montessori . 1. Menghormati kanak-kanak dan
hak mereka. 2. Konsep kebebasan 3.Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar 4.-
Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh 5. Kanak-kanak melakukan
aktiviti arahan kendiri. 6. Pentingnya disiplin diri. 7. Terdapat tempoh sensitif yang
berbeza bagi setiap kanak-kanak. 8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan
menggunakanya. 9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri. 10. Kanak-kanak belajar
dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-
kanak belajar secara sendiri
15. JOHN DEWEY ( 1859 1952 ) - Tokoh falsafah yang terkenal di Amerika. - Beliau
berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk
hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu,
pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak. Pandangan Dewey
berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada
kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak.
Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha ke arah mencapai kejayaan. Pada
pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu
memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. Menurut beliau,
pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan
keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-
kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui
pengalaman dan eksperimen.
16. MARTIN LUTHER (1483 1546) Beliau mencadangkan pendidikan universal dan
wajib, serta menitikberatkan keperluan mendirikan sekolah bagi mengajar kanak-kanak
membaca. Luther berpendapat tujuan utama persekolahan adalah untuk mengajar
agama.Beliau menegaskan muzik dan pendidikan jasmani perlu diintergrasikan dalam
kurikulum. Luther yakin keluarga merupakan institusi paling penting dalam pendidikan
kanak-kanak. Baginya pendidikan dan persekolahan adalah bagi pengajaran sosialisasi,
keagamaan dan moral.
17. JOHN AMOS COMENIUS (1592 1670) - John Amos Comenius mencadangkan
supaya semua kanak-kanak perlu menghadiri sekolah dan sekolah perlu menggalakkan
kanak-kanak supaya mereka merasa gembira terhadap diri mereka. - Beliau merasakan
pendidikan perlu memberi pengalaman pembelajaran yang positif termasuklah
kebebasan, kegembiraan, dan keriangan. - Beliau juga percaya, pendidikan perlu
mengikut aturan semula jadi, mengikut umur dan kaedah yang betul dan mengelakkan
pembelajaran secara paksa sebelum kanak-kanak bersedia. Pandangan beliau dalam
pendidikan kanak-kanak - Buku pertama yang ditulis oleh John Amos Comenius adalah
kamus bergambar bagi membantu pengajaran kanak-kanak. - Beliau mengalakkan
integrasi kurikulum dan yakin pembelajaran perlu aktif. - Beliau percaya kanak-kanak
perlu belajar tulisan dengan menulis, pertuturan dengan bertutur dan taakulan dengan
menaakul. - Pembelajaran perlu bermula dari umum kepada khusus dan daripada mudah
kepada susah. Beliau menekankan penggunaan bahan konkrit dan deria. - Semua deria
perlu terlibat bagi pembelajaran yang berkesan, tunjukkan objek dan jelaskan apakan
objek itu. - Sekolah merupakan bengkel kanak-kanak berkerja dengan penuh minat. -
Aktiviti adalah sangat penting.
18. JEAN PIAGET (1896-1980) - Piaget merupakan seorang saintis Swiss yang paling
terkenal dan berpengaruh dalam pembentukan teori yang menyokong pendidikan awal
kanak-kanak. - Beliau terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak yang
diasaskan berdasarkan kajiannya terhadap anak-anaknya sendiri. - Kajiannya berkaitan
denganPembentukan konsep, pemikiran dan pembelajaran. Pandangan beliau dalam
pendidikan kanak-kanak - Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu.
a) Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain.
Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-
contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. b) Kedua, melalui
pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini
diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat
sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa
pengalaman dengan persekitaran. c) Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi
konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian. Antara sumbangan
Piaget yang menjadi amalan pendidik sehingga kini : - teori perkembangan kognitif yang
menekankan peringkat deria motor, praoperasi, konkrit dan formal. - Teori konstruktivism
menitikberatkan kecerdasan kanak-kanak berkembang melalui pembelajaran yang aktif. -
Aktiviti mental dan fizikal adalah penting bagi perkembangan kognitif kanak-
kanak.Kanak-kanak memerlukan pengalaman bagi membentuk struktur mental -
Perkembangkan kognitif kanak-kanak adalah melalui interaksi dan penyesuaian dengan
persekitaran.Perkembangan adalah proses berterusan dan hasil kematangan -
Menggalakan pembelajaran aktif melalui objek konkrit.
19. Lev Semerovich VygotsKy( 1896-1934) - Ahli psikologi dari Russia yang dilahirkan
pada tahun 1896. - Pernah bekerja di Institute of Psychology in Moscow (192434), dan
menekankan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang berhubung kait dengan
hubungan antara bahasa dan pemikiran. - Penulisan beliau menekankan tentang peranan
sejarah, budaya dan faktor sosial yang membentuk pengaruh kognitif kanak-kanak . -
Meninggal dunia pada tahun 1934 akibat daripada jangkitan penyakit tuberculosis.
Kepentingan pemikiran Vygotsky terhadap perkembangan kanak-kanak. a. Vygotsky.telah
menyatakan bahawa telah membuat kajian bahawa persekitaran, budaya dan kebolehan
berkomunikasi secara interpersonal banyak membantu perkembangan dan interaksi
kanak-kanak. Melalui interaksi kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai budaya, gaya
pertuturan, penulisan dan pelbagai simbol pengetahuan. Ini dapat membantu kanak-kanak
supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehariannya. b. Dengan bermain kanak-
kanak dapat meningkatkan mindanya supaya lebih kreatif dan inovatif. Pada masa yang
sama kanak-kanak itu akan dapat memberi makna yang abstrak dan membolehkannya
meningkatkan kemahiran berfikir lebih kreatif dan kritis. c. Bermain juga dapat
mempertingkatkan kebolehan sosialiasi kanak-kanak. Semasa bermain kanak-kanak
boleh memahami antara seorang individu dengan seorang individu dari segi kebolehan
mengujudkan kemahiran-kemahiran komunikasi seperti, membina hubungan, memberi
perhatian, kemahiran mendengar dan interpersonal dan intrapersonal. Boleh memahami
peraturan-peraturan sesuatu permainan dengan ini ia akan menjadi seorang kanak-kanak
yang sentiasa hormat kepada rakannya .d. Vygotsky juga telah menekankan bahawa
kanak-kanak menjadi lebih konstruktif. Dalam konteks pembelajaran konstruktivisme
ianya bermaksud bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dapat
dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

You might also like