Full KK PP

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA


SURAT

Abstrak

1. 1.0 Pengenalan

2. 2.0 Objektif Kajian Syarikat Casio

3. 3.0 Latar Belakang Kajian


3.1 Lokasi Kajian
4. 4.0 Kaedah Kajian

5. 5.0 Dapatan Kajian


5.1 Produk
5.1.1 Atribut Produk
5.1.2 Kedalaman produk
5.1.3 Kelebaran Produk
5.1.4 Klasifikasi Produk

5.2 Pengedaran atau Pengagihan

5.3 Penetapan Harga


5.3.1 Harga Berasaskan Geografi
5.3.2 Harga Berasaskan Antarabangsa
5.3.3 Harga Berasaskan Psikologi
5.3.4 Harga Berasaskan Pesaingan

5.4 Promosi

6. 6.0 Rumusan

7. 7.0 Rujukan

8. Lampiran
TAJUK : ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT CASIO
MALAYSIA SDN BHD

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis campuran pemasaran yang
digunakan oleh syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd. Kajian ini mengemukakan empat
objektif iaitu menganalisis campuran pemasaran syarikat Casio Malaysia sdn bhd
berdasarkan atribut produk , kedalam , kelebaran dan klasifikasi produk ,
menganalisis jenis-jenis saluran pengedaran dan pengagihan produk yang digunakan
oleh Syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd , menganalisis penetapan harga yang telah
digunakan oleh Syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd sama ada menggunakan pendekatan
harga secara umum atau penetapan harga produk baharu serta menganalisis jenis-jenis
campuran promosi yang telah digunakan oleh Syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd .
Kaedah kajian yang digunakan dalam kerja kursus ini ialah menggunakan data
sekunder seperti buku, jurnal , laman sesawang dan surat khabar . Data yang
dikumpul melalui data sekunder ini berkaitan tentang takrifan-takrifan berkaitan
campuran pemasaran dan juga berkaitan tentang syarikat Casio Malaysia itu sendiri .
Data sekunder ini dikumpul dan dianalisis berdasarkan 11 rujukan yang digunakan
oleh pengkaji . Pengkaji mencadangkan supaya syarikat Casio membuka lebih banyak
cawangannya di Malaysia .
ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT CASIO MALAYSIA SDN
BHD

1.0 PENGENALAN

Setiap syarikat mahupun organisasi memiliki campuran pemasaran mereka tersendiri


bagi menarik minat para pengguna bagi membeli barangan keluaran mereka .Taktik
ini selalunya berhasil untuk mempromosi keluaran mahupun produk mereka .
Campuran pemasaran menggunakan konsep 4P membentuk campuran pemasaran
yang biasa iaitu price (penentuan harga) , product (produk), promotion (promosi) dan
place (pengagihan dan pengedaran dan pemasaran).

Elemen-elemen campuran pemasaran terbahagi kepada empat, yang pertama ialah


produk . Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:274) melalui buku Dasar-dasar
Ekonomi Perusahaan Edisi ke-5, Produk adalah setiap apa saja yang ditawarkan di
pasar untuk mendapatkan perhatian, permintaan, penggunaan yang dapat memenuhi
keinginan atau penggunaan. Produk tidak seharusnya hanya berupa barang tetapi
boleh juga sebagai perkhidmatan ataupun gabungan dari keduanya . Campuran
pemasaran yang kedua ialah harga menurut Monroe (2005) dalam article berjudul
Strategi pemasaran , harga merupakan faktor utama yang dapat menarik minat
pengguna untuk membeli sesuatu produk dan merupakan strategi yang dapat
meningkatkan permintaaan terhadap produk .

Definisi dari Sumarni dan Soeprihanto (2010:288) melalui buku Dasar-dasar Ekonomi
Perusahaan Edisi ke-5 tentang saluran pengedaran adalah, Saluran yang digunakan
oleh produksi untuk menyalurkan produk tersebut dari produksi sampai ke konsumer
atau industri pemakai. Campuran pemasaran yang terakhir merupakan promosi
.Menurut Fandy Tjiptono (2008:219) dalam buku Strategi Pemasaran Edisi ke-3 ,
pada hakikatnya promosi adalah suatu bentuk komunikasi pemasaran. Yang dimaksud
dengan komunikasi pemasaran adalah aktiviti pemasaran yang berusaha menyebarkan
informasi, mempengaruhi, atau mengingatkan pasar sasaran atas perusahaan dan
produknya agar bersedia menerima, membeli, dan setia pada produk yang ditawarkan
perusahaan yang tersebut.

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui bahawa syarikat yang dikaji oleh
pengkaji mengamalkan campuran pemasaran dalam perniagaan mereka. Pengkaji
memilih syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd. Syarikat ini mula memperluaskan
perniagaan mereka dengan membuka sebuah kilang pada tahun 1994 di Pusat
Perindustrian Klang . Syarikat ini telah ditubuhkan pada bulan April 1946 oleh Tadao
Kashio, seorang jurutera yang pakar dalam teknologi fabrikasi di Jepun. Konsep 4p
yang telah diamalkan oleh Syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd ialah penetapan harga
yang telah diamalkan oleh syarikat ini ialah strategi penetapan harga baru, strategi
harga campuran produk dan strategi pelarasan harga.

Dari segi produk pula syarikat ini telah menjual pelbagai jenis produk alatan
elektronik antaranya ialah jam, daftar tunai (cash register), projector dan pelbagai lagi
alat elektronik. Strategi promosi yang telah dilakukan oleh syarikat Casio Malaysia
Sdn Bhd ialah pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan awam. Pengedaran dan
pemasaran yang telah digunakan oleh syarikat ini ialah
pemborong,pengedar,ejen,peruncit dan pembeli .
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai 4 objektif utama yang berkaitan tentang
campuran pemasaran yang telah diamalkan oleh Syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd.

1. Menganalisis campuran pemasaran syarikat Casio Malaysia sdn bhd


berdasarkan atribut produk , kedalam , kelebaran dan klasifikasi produk .

2. Menganalisis jenis-jenis saluran pengedaran dan pengagihan produk yang


digunakan oleh Syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd.

3. Menganalisis penetapan harga yang telah digunakan oleh Syarikat Casio


Malaysia Sdn Bhd sama ada menggunakan pendekatan harga secara umum
atau penetapan harga produk baharu.

4. Menganalisis jenis-jenis campuran promosi yang telah digunakan oleh


Syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd.

3.0 LATAR BELAKANG DAN LOKASI KAJIAN


Syarikat (Casio Malaysia) Sdn Bhd telah mula bertapak di Malaysia pada tahun 1994
di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang , Selangor . Upacara perasmian syarikat
Casio (Malaysia) Sdn Bhd telah dirasmikan oleh perdana menteri Malaysia pada
ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad . Kehadiran Syarikat Casio ini
mencerminkan tahap perkembangan yang pesat yang sedang berlaku di sektor
elektronik di Malaysia .

Syarikat Casio ini yang mengeluarkan produk-produk elektronik seperti alat pengira
(calculators), jam, alat-alat musik, 'liquid crystal display' (LCD) televisyen, alat data
peribadi dan 'eletronic cash registers', adalah antara syarikat pengeluar barangan
elektronik yang terkenal di dunia . Setakat ini Casio mempunyai sebanyak 58
rangkaian anak syarikat dan gabungan di seluruh dunia dan kini menumpukan
usahanya kepada aktiviti perkilangan serta 'sales and services'. Taraf teknologinya
yang tinggi telah memberikan Casio kekuatan yang dapat menandingi syarikat-
syarikat di peringkat antarabangsa .

Profil industri ini jika dibandingkan dengan sasaran ataupun 'target'nya yang
ditetapkan oleh Pelan Induk Malaysia (Industrial Master Plan), iaitu 61 peratus bagi
sektor komponen elektronik, 24 peratus sektor elektronik pengguna dan 15 peratus
sektor elektronik industri menunjukkan bahawa, selain daripada sektor komponen
elektronik, sasaran bagi sektor elektronik pengguna telah dicapai manakala bagi
sektor elektronik industri telah mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada
sasarannya . Pencapaian yang lebih baik daripada jangkaan merupakan satu petunjuk
bahawa iklim pelaburan di Malaysia adalah menarik bagi pelabur-pelabur asing.
Keadaan ini 'coincide' dengan keadaan sekitaran ekonomi yang lembab di Jepun yang
mana telah menyebabkan syarikat-syarikat Jepun beralih mencari pasaran luar.
Penempatan Casio di Malaysia merupakan satu langkah yang bersesuaian dengan
prinsip pengurusan yang strategik .

Dari segi penetapan harga syarikat ini mengambil kira dari kos pembuatan sesebuah
produk itu kerana barangan elektronik boleh menyebabkan harga sesebuah produk
menjadi agak mahal . Selain itu syarikat ini juga mengambil langkah seperti
menetapkan harga berdasarkan persaingan dengan barangan-barangan dari syarikat
lain supaya produk yang mereka keluar dapat memenangi hati pengguna berdasarkan
penetapan harga dan dapat menyaingi pesaing-pesaing yang lain . Pengagihan produk
pula bermula dari kilang mereka dan akan dihantar ke stor-stor syarikat ini diseluruh
Malaysia dan ada juga diambil oleh ejen-ejen syarikat ini untuk dijual melalui
perniagaan atas talian seperti di Instagram , Whatsapp dan sebagainya lagi .

Syarikat Casio (Malaysia) Sdn Bhd ini juga telah banyak menunjuk ajar kepada rakyat
tempatan bagi membantu mereka memperluaskan lagi produk jenama tempatan bagi
mendapat nama di pasaran tempatan mahupun pasaran antarabangsa . Secara tidak
langsung syarikat ini telah menjadi tulang belakang kepada industri elektronik di
negara kita sejak dari penempatan produk mereka di Malaysia sebelum pembukaan
kilang di mereka Malaysia iaitu pada tahun 1990 . Selain itu , kerjasama yang
diberikan oleh syarikat ini telah mengeratkan lagi hubungan negara Jepun dengan
Malaysia .

3.1 LOKASI KAJIAN

https://www.google.com.my/maps
Lokasi Kilang Syarikat Casio Malaysia
Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang , Selangor
Terletak di Klang , Selangor yang berpostcodekan 41050 . Klang merupakan Bandar
DiRaja, bandar terbesar Selangor, bandar sekolah menengah persendiran dan sebuah
daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bandar ini pernah menjadi ibu
negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-
kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor.
Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur, daerah Kuala Langat di
sebelah selatan manakala Kuala Selangor di sebelah utaranya. Di sebelah baratnya
pula merupakan Selat Melaka.

4.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian adalah salah satu teknik yang digunakan oleh pengkaji untuk
mendapatkan maklumat yang tepat dan benar dalam kajian yang dilakukan. Oleh itu,
pengkaji hanya menggunakan sumber data sekunder dalam menjalankan kajian
tentang campuran pemasaran yang digunakan oleh Syarikat Casio (Malaysia) Sdn.
Bhd.

Pengkaji akan menggunakan data sekunder untuk mendapatkan maklumat untuk


menyelesaikan kajian yang akan dijalankan. Menurut Arikunto (2002), data
merupakan segala fakta dan angka yang dapat dijadikan bahan untuk menyusun suatu
informasi, sedangkan informasi adalah hasil pengolahan data yang dipakai untuk
suatu keperluan . Data sekunder ialah maklumat yang dikumpul dan diperoleh dengan
merujuk maklumat tambahan seperti buku, majalah, artikel, jurnal dan bahan ilmiah
serta internet yang menjadi sumber utama untuk mengumpul dan mendapatkan data.
Dengan ini, pengkaji telah menggunakan beberapa sumber penting untuk
mendapatkan maklumat mengenai syarikat Casio . Maklumat yang diperoleh oleh
pengkaji daripada sumber penting seperti internet dan bahan-bahan yang bertulis akan
diaplikasikan dalam kajian .

Laman web merupakan sumber utama pengkaji untuk mendapatkan maklumat dalam
menjalankan kajian. Laman web merupakan salah satu medium pengantara dalam
menjalinkan komunikasi sesama manusia secara global melalui internet. Oleh itu,
pengkaji telah melayari beberapa laman sesawang yang utama syarikat Casio
(Malaysia) iaitu http://www.casio.com.my untuk mendapatkan beberapa maklumat
penting untuk diaplikasikan dalam kajian. Antara maklumat yang diperoleh melalui
laman sesawang tersebut ialah produk yang dihasilkan, cara syarikat memasarkan
produk mereka, promosi, latar belakang syarikat,lokasi kilang , lokasi syarikat serta
beberapa lokasi cawangan syarikat Casio (Malaysia) di setiap negeri yang terlibat .
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini mengkaji tentang campuran pemasaran yang diamalkan oleh syarikat
Casio Malaysia Sdn Bhd . Aktiviti pemasaran dibentuk daripada campuran
pemasaran, iaitu kombinasi pemboleh ubah yang menentukan strategi pemasaran yang
akan digunakan oleh sesebuah syarikat untuk pemasaran. Campuran pemasaran
mempunyai empat elemen penting iaitu produk , pengedaran/pengagihan , penetapan
harga dan promosi . Melalui pasaran sedia ada, pemasar akan menggunakan campuran
pemasaran untuk mengenal pasti sasaran yang boleh membantu organisasi
mengekalkan kedudukannnya dalam pasaran dan seterusnya menguasai keseluruhan
pasaran . Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan melibatkan penumpuan
usaha memenuhi keperluan kumpulan pengguna supaya pemasar memperoleh
keuntungan daripada aktiviti pemasaran yang dijalankan .

5.1 PRODUK

Menurut Kotler dan Armstrong ( 2008 ) dalam buku berjudul Principles of marketing
edisi ke-8 , produk adalah sesuatu yang dapat ditawarkan ke pasaran untuk mendapat
perhatian, dibeli, atau digunakan dan juga dapat memuaskan keinginan. Produk
merupakan titik pusat dari kegiatan pemasaran kerana produk merupakan hasil dari
suatu perusahaan yang dapat ditawarkan ke pasar untuk dijual dan merupakan alat
dari suatu perusahaan untuk mencapai tujuan dari perusahaannya.

5.1.1 ATRIBUT PRODUK

Atribut produk menurut Fandy Tjiptono (2007:103) melalui buku Strategi Pemasaran
Edisi ke-2 ialah Atribut Produk adalah unsur-unsur produk yang dipandang penting
oleh pengguna dan dijadikan dasar pengambilan keputusan pembelian. Dari
pengertian diatas dapat disimpulkan bahawa atribut produk penting dan dapat
dijadikan pengambilan keputusan dalam suatu pembelian yang dilakukan oleh
pengguna. Keputusan dibuat terhadap produk tersebut dari segi mutu, ciri, dan reka
bentuk produk.
a) MUTU PRODUK

Mutu produk ialah satu keperluan yang perlu ada pada setiap organisasi . Hal
ini kerana produk yang memeliki mutu mahupun kualiti produk yang baik
akan meningkatkan lagi jualan mereka . Hal ini kerana keperluan pengguna
dan kepuasan boleh berlaku dalam bentuk produk berfungsi, ketahanan,
ketepatan kesenangan beroperasi dan baik pulih . Syarikat Casio Malaysia
mengeluarkan produk yang berkaitan dengan elektronik seperti kalkulator ,
jam tangan , projector dan pelbagai lagi alatan elektronik yang mempunyai
mutu dan kualiti yang sangat baik . Mutu produk yang dimiliki oleh syarikat
ini menyebabkan keuntungan mereka semakin meningkat meskipun berlaku
peredaran zaman dan trend .

b) CIRI-CIRI PRODUK

Ciri-ciri produk yang dihasilkan oleh Casio Malaysia berasaskan empat


perkara yang mampu menarik minat pengguna iaitu :-

i) Menyokong aktiviti asas kehidupan manusia

Hal ini kerana , Casio sentiasa memberikan masa yang tepat membawa
manusia untuk meluangkan masa dengan keluarga , sahabat dan juga untuk
diri mereka sendiri . Selain itu Casio juga dapat memudahkan cara untuk
berkomunikasi dan berinteraksi antara manusia .

ii) Menggalakkan pertumbuhan peribadi melalui pembelajaran


Sifat ingin tahu yang terdapat didalam setiap manusia telah memberi peluang
kepada Casio untuk menjadi pilihan manusia seperti perkara yang berkaitan
dengan matematik . Casio menyokong manusia untuk terus
memperkembangkan pembelajaran mereka dan juga pengetahuan mereka .
Produk yang dihasilkan oleh Casio bukan sahaja mudah digunakan tetapi

juga mempromosikan rasa ingin tahu intelektual di tempat-tempat

dari sekolah, ke rumah, perniagaan.

iii) Sokongan perniagaan dari segi pengurusan dan kecekapan

Casio membantu pengguna mereka untuk mendapatkan gambaran yang


terperinci tentang operasi dalam membuat keputusan pengurusan yang lebih
cepat dan lebih responsif . Cara data pengurusan yang diterima iaitu cepat dan
mudah membuat membuatkan sesuatu organisasi iti mempunyai kecekapan
dalam mengurus data .

iv) Memperkasakan pemikiran orang ramai

Dari zaman dahulu lagi manusia memiliki imaginasi tidak kira tua hinggalah
muda oleh itu Casio membantu dalam membangunkan imaginasi yang
terdapat dakam diri manusia seperti muzik , lukisan dan fotografi . Casio
menghasilkan produk untuk memudahkan manusia melakukan aktiviti yang
diingini oleh manusia dan membantu menyebarkan kegembiraan serta
keseronokan orang ramai .

c) REKA BENTUK PRODUK


Reka bentuk yang dihasilkan oleh Casio bertemakan lain dari yang lain .
Seperti yang kita tahu bahawa kebanyakkan produk yang dihasilkan oleh
Casio memiliki ciri dan fungsi yang tersendiri daripada produk jenama lain .
Perkara ini membantu Casio untuk menarik minat pengguna terhadap produk
yang dihasilkan oleh Casio . Selain itu , reka bentuk produk yang dihasilkan
oleh Casio mengikut peredaran zaman dan trend semasa supaya turut dapat
menarik minat golongan muda terhadap produk yang telah dihasilkan oleh
syarikat ini .

5.1.2 KEDALAMAN PRODUK

Kedalaman campuran produk merujuk pada bilangan item produk yang dihasilkan
dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk syarikat . Syarikat Casio
Malayia Sdn Bhd menjual produk elektronik seperti kalkulator , jam tangan , projector
, keyboard , kamera digital , instrument electronic music , label printer dan cash
register .

5.1.3 KELEBARAN PRODUK

Kelebaran campuran produk syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd merujuk kepada
bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna. Campuran produk yang besar
dan mudah didapati dapat menarik perhatian pengguna dalam pelbagai segmen
pasaran. Campuran produk syarikat Casio Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis
barangan elektronik seperti kalkulator , jam tangan , projector , kamera , keyboard ,
instrument electronic music , label printer dan cash register . Walaupun terdapat
banyak produk yang dikeluarkan oleh Casio namun hanya jam tangan dan kalkulator
yang banyak mendapat tempahan dan merupakan hasil pendapatan utama syarikat
Casio Malaysia . Hal ini kerana , produk selain kalkulator dan jam tangan kurang
dipasarkan didalam pasaran di Malaysia dan menyebabkan produk mereka seperti
projector dan keyboard kurang mendapat sambutan berbanding kalkulator dan jam
tangan .

5.1.4 KLASIFIKASI PRODUK


Produk pengguna boleh diklasifisikan kepada barangan mudah beli, barangan beli-
belah, barangan istimewa, dan barangan tidak dicari. Kesemua kategori barangan ini
mempunyai aras permintaan yang berbeza dan melibatkan penggunaan strategi
pemasaran yang berbeza . Secaya umumnya , syarikat Casio ialah jenis barangan
istimewa . Perkara ini kerana produk yang dihasilkan mempunyai mutu dan kualiti
yang tinggi dan terdapat dibeberapa cawangan sahaja perkara ini kerana harga yang
ditetapkan adalah standard berdasarkan jenis barangan yang digunakan didalam
produk tersebut .

Definisi barangan istimewa ialah barangan yang amat dikehendaki dan digemari
pengguna terutamanya daripada aspek gaya , jenama dan jenis .

5.2 SALURAN PENGEDARAN DAN PENGAGIHAN

Pengagihan dan pengedaran bermaksud pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
untuk memastikan produk yang ditawarkan sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh
pengguna. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan dengan wujudnya saluran agihan ini
akan dapat memastikan produk yang diperlukan berada tepat pada masa dan tempat
yang diperlukan, juga dalam kuantiti yang diharapkan . Saluran agihan ini akan
menggerakkan produk dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna .
Orang tengah atau perantara pemasaran merupakan individu yang banyak membantu
dalam mengerakkan sesuatu produk . Orang tengah terdiri daripada pemborong,
peruncit, ejen, broker, wakil pengilang dan sebagainya. Oleh itu orang tengah penting
kerana ia dapat membantu syarikat dalam menjimatkan wang, masa dan tenaga .

Syarikat Casio menggunakan saluran pengagihan menegak iaitu saluran tidak


langsung untuk mengedarkan produk mereka kepada pelanggan. Saluran pasaran tidak
langsung adalah penjualan dan pengedaran produk kepada pelanggan melalui
pengantara seperti pemborong, pengedar, ejen atau peruncit . Hal ini memudahkan
syarikat untuk menjual produk mereka kepada pengguna dan mudah didapati bila ia
diperlukankan . Selain itu syarikat ini juga mengunakan jualan secara atas talian
kerana permintaan daripada pengguna yang sibuk dan tiada masa untuk ke kedai
membeli produk mereka selain daripada mengikut peredaran zaman dan juga trend
semasa . .

Seterusnya , Syarikat Casio membina hubungan yang baik dengan pembekal yang
menyediakan bahan kepada mereka. Syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd perlu
memastikan kualiti bahan mentah dari pembekal adalah tinggi supaya mereka boleh
membuat produk berkualiti tinggi agar pelanggan mereka berpuas hati dengan
barangan produk yang mereka keluarkan. Produk akhir sampai kepada pemborong
dan peruncit di Malaysia, mereka akan terus menjualnya kepada pelanggan. Syarikat
Casio juga mahu memendekkan masa utama pengeluaran untuk meningkatkan
kepuasan pelanggan dan kesetiaan.

5.3 PENETAPAN HARGA

Harga merupakan komponen penting kepada suatu produk, kerana akan berpengaruh
terhadap keuntungan organisasi . Harga juga menjadi pertimbangan konsumen untuk
membeli, sehingga perlu pertimbangan khusus untuk menentukan harga tersebut .
Tujuan penetapan harga pula ialah , menurut Machfoedz (2005: 139) melalui buku
Pengantar Pemasaran Modern Tujuan penetapan harga meliputi 2 aspek iaitu
orientasi untung untuk mencapai target baru, dan meningkatkan untung . Orientasi
penjualan bagi meningkatkan volume penjualan, dan mempertahankan atau
mengembangkan pangsa pasaran .

Strategi harga campuran produk telah dipilih oleh syarikat Casio bagi strategi
penetapan harga produk mereka . Strategi harga campuran produk adalah bermaksud
mencari satu set harga yang memaksimumkan keuntungan ke atas jumlah campuran
produk Casio. Penentuan harga adalah berbeza kerana setiap jenis produk yang
berbeza mempunyai permintaan dan kos yang berbeza dan juga menghadapi tahap
persaingan yang berbeza. Terdapat lima jenis strategi harga campuran produk iaitu
penetapan harga produk, harga pilihan produk, penentuan harga produk, harga produk
dan harga bundle produk . Strategi penetapan harga adalah bagi menarik minat
pengguna supaya memilih produk keluaran yang dikeluarkan oleh Casio dan
matlamatnya adalah untuk memaksimumkan untung syarikat .

Akhir sekali, pihak Syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd juga telah menggunakan strategi
penetapan harga iaitu strategi pelarasan harga. Terdapat 7 jenis strategi pelarasan
harga iaitu diskaun dan elaun, segmen, psikologi, promosi, geografi, dinamik dan
harga antarabangsa. Antara yang diamalkan oleh Syarikat Casio ialah :-

1. GEOGRAFI
Sebagai sebuah syarikat pintar, mereka mesti tahu bagaimana untuk
memutuskan sama ada untuk melancarkan produk anda di satu tempat,
rantau, beberapa rantau, pasaran negara atau pasaran antarabangsa.
Sebagai contoh, Casio telah melancarkan kalkulator baru yang
menamakannya sebagai FX-9860GII SD. Tujuan untuk melancarkan
kalkulator ini adalah kerana mereka mendapati bahawa hampir setiap
orang di Malaysia akan menggunakan kad PC dan SD dalam kehidupan
seharian, supaya mereka cuba menggabungkan kad SD ke kalkulator dan
sambungan USB ke PC untuk memuaskan pelanggan mereka.

2. HARGA ANTARABANGSA
Harga antarabangsa yang digunakan oleh Casio didasarkan pada keadaan
ekonomi. Jika keadaan ekonomi baik, mereka akan menetapkan harga
yang lebih tinggi dan sebaliknya. Selain itu, harga antarabangsa
bergantung pada situasi yang kompetitif. Casio boleh menetapkan harga
yang lebih tinggi untuk kalkulator berkualiti tinggi jika dibandingkan
dengan pesaing kerana pelanggan akan sentiasa berfikir bahawa harga
produk yang tinggi sentiasa berkualiti yang lebih baik. Selain itu, kos
pengeluaran Casio sedikit tinggi kerana semua kalkulator Casio yang
dijual di Malaysia sepenuhnya diimport dari lanjutannya di China. Selain
itu, persepsi dan keinginan pelanggan amat penting kerana pelanggan
akan membeli kalkulator yang dibuat oleh Casio jika mereka merasa
puas.

3. HARGA PSIKOLOGI
menganggap psikologi harga dan bukan sahaja ekonomi. Ia adalah
bahawa para pengguna merasakan produk yang mahal seperti Casio
menawarkan produk berkualiti tinggi. Selain itu, pengguna biasanya
melihat harga yang kurang penting apabila mereka dapat menilai kualiti
produk dengan mengkaji atau berdasarkan pengalaman mereka.
Pelanggan Loyal Casio akan membeli kalkulator berdasarkan
pengalaman mereka.

4. HARGA PERSAINGAN
Berdasarkan harga yang ditetapkan oleh pesaing didalam produk mereka.
Casio memiliki persaingan dengan beberapa produk daripada jenama
lain misalnya jenama Sony dan juga Panasonic . Hal ini kerana , terdapat
beberapa produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ini lebih kurang
sama seperti produk jam tangan , kalkulator , projector , dan keyboard .
Casio menetapkan harga ini berdasarkan harga pesaingnya supaya tidak
terlalu mahal daripada harga jenama lain supaya dapat menarik
pengguna untuk membeli produk keluaran mereka .

5.4 JENIS-JENIS CAMPURAN PROMOSI

Menurut Kotler et al (2012) melalui buku Marketing Management memberi definisi


campuran promosi merupakan gabungan penggunaan pengiklanan , promosi jualan ,
perhubungan awan , jualan peribadi dan alat pemasaran langsung yang digunakan
oleh firma untuk mempengaruhi nilai komunikasi pengguna dan membina hubungan
yang baik dengan pengguna . Syarikat Casio Malaysia telah menggunakan tiga jenis
promosi daripada 5 jenis promosi yang ada iaitu pengiklanan, promosi jualan dan
perhubungan awam.

Pengiklanan adalah aktiviti syarikat untuk menarik perhatian orang ramai minat
pengguna terhadap produk yang dikeluarkan antara contoh-contoh pengiklanan ialah
melalui media massa Twitter , Instagram , Facebook dan laman perkongsian seperti
Youtube . Kaedah yang dilakukan oleh Casio untuk mengiklankan produk mereka
membuahkan hasil hal ini kerana permintaan terhadap produk mereka semakin
bertambah setelah melakukan pengiklanan di laman-laman sosial . Kaedah ini juga
merupakan peranan penting yang memainkan peranan untuk jenama Casio makin
dikenali orang ramai .

Seterusnya , campuran promosi yang dilakukan oleh syarikat Casio ialah promosi
jualan . Promosi jualan membawa maksud segala rangsangan secara langsung yang
menawarkan insentif ataupun nilai yang lebih ke atas keluaran melalui desakan jualan,
agihan keluaran kepada pengguna akhir dengan objektif untuk mewujudkan jualan
segera . Syarikat yang dikaji oleh pengkaji memilih untuk melakukan promosi jualan
adalah untuk menarik pencuba baru terutamanya dari kalangan pembeli yang dikenali
sebagai mereka yang suka menukar jenama pilihan , sebagai ganjaran kepada
pelanggan setia mereka dan untuk meningkatkan kadar pembelian semula di kalangan
pembeli yang membeli sekali-sekala . Antara promosi jualan yang sring dilakukan
oleh Casio adalah kupon dan juga diskaun kepada pengguna-pengguna mereka .

Strategi campuran promosi syarikat Casio yang terakhir ialah melalui perhubungan
awam . Perhubungan awam adalah merupakan aktiviti-aktiviti ataupun program-
program yang dijalankan oleh syarikat untuk mendapatkan kepercayaan, penerimaan
pemahaman daripada orang ramai, serta untuk membina imej sesebuah syarikat .
Casio memilih perhubungan awam kerana ia lebih mudah dan senang untuk dikenali
oleh orang ramai terutamanya para pengguna . Selain itu , perkara ini juga mampu
mencipta hubungan antara syarikat dengan akhbar ataupun waki akhbar ini dapat
memudahkan syarikat Casio untuk mempublisitikan keluaran mereka yang baharu dan
juga harga barangan mereka serta untuk membina dan mengekalkan hubungan
nasional serta dengan komuniti tempatan . Antara alat-alat yang terdapat didalam
perhubungan awam ialah berita , ucapan , peristiwa istimewa , bahan-bahan bertulis ,
bahan-bahan pandang dengar , bahan-bahan identiti korporat dan aktiviti
perkhidmatan awam .
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Secara kesimpulannya , kajian ini berjaya dan kajian ini adalah bertujuan untuk
menganalisis campuran pemasaran syarikat Casio Malaysia Sdn Bhd . Untuk
mencapai objektif kajian tersebut , pengkaji telah menganalisis data data yang
diperolehi berdasarkan data sekunder seperti laman sesawang dan juga buku buku
yang berkaitan dengan campuran pemasaran dan juga syarikat yang dikaji oleh
pengkaji .

Pengkaji mencadangkan supaya syarikat Casio membuka lebih banyak


cawangannya di Malaysia . Hal ini kerana , Cawangan kedai Casio hanya sebanyak 18
cawangan di seluruh Malaysia dan beberapa negeri tidak memiliki cawangan Casio
mereka tersendiri seperti Negeri Sembilan , Perak , Perlis , Kelantan serta
Terengganu.Perkara ini menyukarkan mereka untuk membeli produk keluaran Casio
kerana perlu ke negeri lain yang memiliki cawangan Casio . Pengkaji mencadangkan
cadangan ini dengan harapan agar syarikat Casio Malaysia dapat melebarkan lagi
Perniagaan mereka hingga keseluruh Malaysia dan mendapat peningkatan dalam
jualan produk mereka .

7.0 SENARAI RUJUKAN

1. al, Kotler et. 2012. Marketing Management.


2. n.d. Campuran Pemasaran Casio. Accessed 7 02, 2017. htpps://www.casio.com.my.

3. Kotler, Amstrong. 2008. Principles of Marketing Edisi ke-8.

4. Machfoedz. 2005. Pengantar Pemasaran Moden .

5. Monroe. 2005. "definisi harga." Artikle Strategi Pemasaran.

6. n.d. Produk Keluaran Casio. Accessed 6 26, 2017 . https://www.casio.com.my.

7. n.d. Sejarah Syarikat Casio. Accessed 6 16, 2017. http://www.casio.com.my.


8. 2010. "pengertian produk." In Dasar-dasar Ekonomi Perusahaan Edisi ke-5, by
Soeprihanto Sumarni, 274. Jogjakarta.

9. . 2010. Saluran pengedaran. Jogjakarta.

10. Tjiptono, Fandy. 2007. Strategi Pemasaran Edisi ke-2.

11. . 2008. Strategi Pemasaran Edisi ke-3.

Lampiran 1
Produk Keluaran Casio
Lampiran 2

Pembukaan Kedai Casio Premium

Cawangan Casio di IOI City Mall


Cawangan Casio di Sunway Piramid

Lampiran 3

Promosi yang Dijalankan Casio

You might also like