Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT PENGURUSAN AKTIVITI GURU GPM BIL 1/2017


PUSAT KEGIATAN GURU PARIT BUNGA, TANGKAK
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR.

TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (AHAD)


MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK SEMINAR, PKG PT BUNGA, TANGKAK
KEHADIRAN :
1. Pn Norafizah Bt A. Razak - SK Kesang
2. Pn Juraidah Bt Othman - SK Kesang Tasek (Setiausaha)
3. Pn Nadiawati Bt Abdu Razak - SK PT Bunga.
4. Pn Nor Hezrine Bt Othman - SK Pantai Layang.
5. Pn Norzita Bt Amir - SK Rawang.
6. Pn Nurmazdiah Bt Mahzan - SK Tanjung Gading
7. Pn NorBahyah Bt Abdul Mutalip - SK Telok Rimba
8. Pn Rosidah Bt Misran - SK Abdullah
9. Pn Gan Pey Phang - SJKC Chung Hwa Sg Senduk.
10. Pn Teo Sock Sian - SJKC Nan Hwa
11. Pn Pang Sok Yin - SJKC Pei Hwa
12. Pn Ser Toh Cheau Yee - SJKC Pui Nan
13. Pn Aszurah Binti Abdullah - SM Sains Muar
14. Cik Tay Siew Siew - SMK Parit Bunga ( Naib Pengerusi)
15. Pn Nuraidah Bt Fadzel - SK Bukit Kangkar.
16. Pn Phan Wee Cheng - SMK Sri Muar
17. En Abdul Rashid B Abdul Rahman - SMA Lugahtul Quran ( Pengerusi)
18. En Mohd Arshad Bin Haron - PTP 1 PKG Parit Bunga.
19. Mohd Dramanti Santri Bin Rohani - PTP 2 PKG Parit Bunga.
20. Pn Nurul Hafezah Bt Mohamad - FT17 PKG Pt Bunga.
21. Pn Nurashikin Bt Zulkifli - FT17 PKG Pt Bunga.
MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN AKTIVITI GPM BIL 1 / (2017)

Tarikh : 26 FEBRUARI 2017 (AHAD)

Masa : 2.00 PETANG

Tempat : BILIK SEMINAR, PKG PT BUNGA, TANGKAK, JOHOR

Pengerusi : EN ABDUL RASHID B ABDUL RAHMAN.

Kehadiran(Bilangan) : ...............

Turut Hadir (Jika ada) : - TIADA-

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi(En Abdul Rashid B Abdul Rahman) memulakan majlis dengan


bacaan Al-Fatihah sebagai pembuka majlis.

1.2 Pengerusi juga memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih kepada pegawai
PKG dan GPM kerana kehadiran pada mesyuarat kali ke-1 2017 ini.

2. UCAPAN PENASIHAT

2.1 En Mohd Arshad Bin Haron mengucapkan setinggi tahniah di atas kehadiran di
mesyuarat di Mesyuarat GPM kali ke-1 bagi tahun 2017 ini.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.1 Setiausaha Pn Juraidah Bt Othman membentangkan minit mesyuarat JKPA
GPM Bil 1/2017 untuk diterima dan disahkan.

3.2 Cik Tay Siew Siew mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan disahkan.

3.3 Disokong untuk pengesahan oleh Pn Aszurah Binti Abdullah.


Ahli mesyuarat GPM menerima sebulat suara.

4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1. Mohd Dramanti Santri Bin Rohani menyatakan bahawa data Nilam tidak
lengkap seperti data sebenar. Data tersebut mengandungi banyak medan yang tidak
diisi oleh Guru Penyelaras Nilam pada setiap bulan. Mohon kerjasama Guru
Penyelaras Nilam agar menyemak dan melengkapkan data tersebut.

Tindakan : GURU PENYELARAS NILAM / GPM


4.2. En Mohd Arshad Bin Haron memaklumkan bahawa GPM atau guru NILAM
yang perlu memasukkan data di i-Nilam kerana data itu akan di bawa ke mesyuarat
Teknopen peringkat daerah. GPM ATAU Guru Penyelaras Nilam perlu memastikan
data dalam i-Nilam 100% pembacaan. Jika kurang daripada jumlah tersebut
bermakna ada pelajar yang tidak membaca.

Makluman : GPM dan Guru Nilam

4.3. En Abdul Rashid B Abdul Rahman meminta persetujuan agar tarikh program
PSS diselaraskan serentak bagi semua sekolah dalam zon PKG Parit Bunga.

Makluman : GPM

4.4 En Mohd Arshad Bin Haron mencadangkan Program seperti Hari Buku
Sedunia, Hari Pusat Sumber, Kem Membaca 1 Malaysia termasuklah program
program PKG yang akan diberitahu daripada semasa ke semasa melalui takwim
yang disediakan PKG secara online. GPM juga boleh mengisi tarikh - tarikh
berkaitan aktiviti di sekolah yang melibatkan PSS dan aktiviti berskala besar di
sekolah dalam takwim yang disediakan sebagai makluman semua.
URL takwim : http://gg.gg/4ewce

Makluman: Pegawai PKG dan GPM

4.5 Laporan Aktiviti 2016.

4.5.1 PKG membentangkan aktiviti setahun yang memaparkan data


penglibatan guru dalam mesyuarat dan penglibatan GPM dalam aktiviti
tersebut.

Makluman: Pegawai PKG dan GPM

4.5.2 GPM mencadangkan PKG agar membuat lawatan ke sekolah PSS


cemerlang.

Tindakan: PKG

4.5.3 PKG akan menyediakan kertas cadangan dan surat untuk melawat
sekolah PSS cemerlang.

Tindakan: PKG

4.6 Pembentangan Data.

4.6.1 Mohd Dramanti Santri Bin Rohani akan lock data google sheet
untuk nilam dan data Astro pada bila-bila masa. Mohon kemaskini segera jika
ada perubahan.

Tindakan: GPM

4.6.2 Data bagi Guru Besar dan nombor telefon tidak dinyatakan sila
kemaskini data tersebut.

Tindakan: GPM
4.6.3 GPM perlu mengemaskini gred jawatan terkini dan kod
sekolah yang betul. GPM yang belum dilantik perlu menghantar borang
permohonan lantikan sebagai GPM ke PKG mengikut tarikh akhir yang telah
dinyatakan dalam email yang dihantar PKG ke sekolah.

Tindakan: GPM

4.7 PKG membentangkan analisa PSS bagi tahun 2016 (Rujuk Slide yang
diberikan). Berdasarkan analisa tersebut GPM dikehendaki mengemaskini data
berkaitan PSS.

Tindakan: GPM

4.8 Instrumen Pemantauan (borang BTP/pltb) untuk penarafan PSS bagi setiap
sekolah. Hantar ke PKG selewat-lewatnya minggu ke-3 bulan Mac dan pastikan telah
disahkan oleh guru besar.

Tindakan : GPM

5. SESI PERKONGSIAN ILMU

5.1. En Mohd Arshad Bin Haron menerangkan perbezaan karya Agong dan Karya
Besar kepada GPM agar GPM jelas dan tidak keliru dengan terma kedua dua karya
tersebut.

Makluman: GPM

5.2 En Mohd Arshad Bin Haron meminta pandangan agar diwujudkan sudut
Abad 21 di PSS.

Tindakan: GPM

5.3 Pn Nurmazdiah Bt Mahzan mencadangkan sudut Parking Lot atau Star Rating
yang agak bersesuaian dengan PSS disediakan.

Tindakan: GPM

5.3 Rekod Daftar Harta Modal PSS perlu diduplikasi untuk di simpan di dalam fail
DHM PSS sebagai simpanan GPM.
Tindakan: GPM

5.4 GPM perlu wujudkan 3 fail lagi iaitu :


1. Fail Pemantauan PKG ke sekolah.
2. Fail bilik Khas.
Jadual penggunaan.
Analisis penggunaan.
Pelan bilik khas.
J.kuasa bilik khas.

3. Fail Astro.
SAP.
Rekod Penggunaan.
Panduan ASTRO
Rekod Aduan ASTRO
Tindakan: GPM
6. HAL-HAL LAIN

6.1 PKG memaklumkan kepada GPM sekiranya ada permohonan kursus


dikalangan GPM, boleh dimajukan untuk perbincangan pada mesyuarat Bil 2 nanti.

Tindakan: GPM

PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.55 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... .......................................
(JURAIDAH BT OTHMAN )
Setiausaha
Tarikh :

Tarikh : 7/9/2017

You might also like