Proposal

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1. What is the title of your project?

Algoritma

2. What you want to find out?


Menggunakan teknik algoritma (Algorithm) bagi menunjukkan bagaimana proses
penyelesaian masalah atau langkah-langkah penyelesaian masalah dan hubung kait
antara satu sama lain.

3. How do you intend to try to find this out?


Dengan menggunakan teknik algoritma, murid akan menunjukkan langkah-langkah bagi
penyelesaian masalah dan hubung kait antara satu sama lain. Aktiviti ini akan
dilaksanakan mengikut turutan dari atas ke bawah. Tatacara perlaksanaan :-
1) Murid dipecahkan kepada 5 kumpulan
2) Setiap kumpulan akan diberikan kertas mahjong dan pen marker.
3) 5 soalan berbeza akan diedarkan. Setiap kumpulan akan mendapat satu soalan
yang berbeza.
4) Setiap kumpulan akan cuba menunjukkan langkah-langkah bagi penyelesaian
masalah dan hubung kait antara satu sama lain.
5) Setiap kumpulan diminta untuk memotong kertas mahjong yang telah ditulis
langkah-langkah dan diminta untuk menukarkan dengan rakan kumpulan lain.
Contohnya, kumpulan 1 diminta menukarkan langkah-langkah yang telah
dipotong dengan kumpulan 2.
6) Wakil kumpulan 1 diminta untuk ke hadapan, dan ahli kumpulan 1 yang lain
akan berbincang dan memberi arahan kepada rakannya untuk menyusun
langkah-langkah yang betul.
7) Sekiranya langkah yang disusun hampir sama, maksudnya arahan yang
diberikan oleh kumpulan 1 adalah jelas dan boleh difahami dan langkah yang
dibuat oleh kumpulan 2 juga boleh difahami oleh orang lain.
8) Aktiviti ini berterusan sehingga kumpulan yang lain selesai.
4. Does this build on anything you have tried before or that others have tried?
Ya, saya biasa menggunakan teknik algoritma tetapi digunakan diantara guru kepada
murid. Namun terdapat kelainan dalam pendekatan teknik yang saya perkenalkan
kepada murid pada kali ini. Pada kali ini, murid bergantung kepada arahan yang
diberikan oleh murid pemberi arahan bukan lagi daripada guru. Apabila
menggunakan kaedah ini, murid pemberi arahan dan murid menerima arahan akan
lebih faham dan jelas.

5. How will you write up your findings?


Penerangan akan dibuat melalui video, gambar dan dalam bentuk penulisan.

6. How will you ensure your investigation follows ethics recommendations?


Saya akan menilai murid selepas melihat hasil perbentangan mereka. Namun, saya akan
pastikan akan melakukan etika yang betul semasa video dirakam seperti, video dan
gambar yang diambil tidak akan menampakkan muka murid. Identiti murid juga akan
dirahsiakan.

7. How will this investigation help you develop your Computing teaching?
Jika saya dapati pdpc menggunakan kaedah computational thinking ini berkesan, saya
akan mengaplikasikan kaedah ini dalam pdpc yang akan datang.

You might also like