Ass 11 (Portklang)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 29

1.

PENGENALAN

1.1 DASAR KUALITI

Pejabat kesihatan Pelabuhan Klang beriltizam untuk memberi perkhidmatan kesihatan


yang komprehensif dan berkualiti, bertaraf antarabangsa serta memastikan
penambahbaikkan yang berterusan demi memenuhi kepuasan pelanggan dengan
memenuhi kepuasan pelanggan dengan mematuhi keperluan-keperluan sistem
pengurusan kualiti

1.2 VISI

Menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pintu masuk maritim yang terkemuka di dunia dan
selamat dari aspek kesihatan dan selaras dengan kecekapan perkhidmatan anggota
kesihatan awam yang cemerlang

1.3 MISI

Pejabat Kesihatan Pelabuhan Klang akan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang


cekap dan berkesan melalui kerja berpasukan, bekerja secara professional, dedikasi,
bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni. Bagi memenuhi keperluan dan
kepuasan pelanggan, Pejabat Kesihatan Pelabuhan Klang bertekad dan komited untuk
memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan melalui langkah-
langkah berikut:-

1.3.1 Menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pintu masuk yang selamat dari aspek
kesihatan dan bebas dari kemasukan dan penyebaran penyakit seperti Demam
Kuning dan Hawar seperti yang termaktub di dalam Peraturan Kesihatan
Antarabangsa 2005.
1.3.2 Memastikan tahap kesihatan dan kebersihan Pelabuhan memenuhi kehendak
Peraturan Kesihatan Antarabangsa dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
1.3.3 Memastikan setiap konsaimen makanan yang memasuki Pelabuhan Klang
mematuhi semua kehendak akta dan peraturan-peraturan makanan yang
dikuatkuasakan serta arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. OBJEKTIF JABATAN

1
2.1 Objektif Utama

Objektif utama jabatan ialah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan awam yang
maksimum di pintu masuk dengan berkesan demi memastikan semua misi dan visi
Kementerian Kesihatan Malaysia terlaksana dan tercapai dengan jayanya.

2.2 Objektif Bahagian/Unit

2.2.1 Mencegah dan mengawal semua kejadian penyakit berjangkit dalam kawasan
Pelabuhan Klang
2.2.2 Mencegah dan mengawal semua penyakit berjangkit dari luar negara masuk atau
keluar negara melalui pelabuhan ini.
2.2.3 Merancang, mengatur dan melaksanakan semua aktiviti-aktiviti mengikut polisi
serta arahan-arahan pekeliling terkini Kementerian Kesihatan Malaysia dan
peraturan Kesihatan Antarabangsa 1969 (semakan 2005) dari masa ke semasa.
2.2.4 Menjalankan aktiviti-aktiviti Kesihatan Antarabangsa dengan teratur dari masa ke
semasa bagi mencegah dan mengawal penyakit berjangkit masuk atau menular
keluar melalui Pelabuhan Klang.
2.2.5 Menguatkuasakan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 1969 (semakan 2005) dan
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 dan Akta Penwasapan
Hidrogen Cianida.

CARTA ORGANISASI

Pegawai Kesihatan Pelabuhan U48

Unit Pengurusan
2
Pegawai Kesihatan Persekitaran U42

Pen Peg Kesihatan Persekitaran U36

Pen Peg Kesihatan Persekitaran U32 Pen Peg Kesihatan Persekitaran U32

Unit Penguatkuasaan & Pendakwaan

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Unit Kawalan Mutu Makanan

Kesihatan Antarabangsa
North Port West Port South Port

Kawalan Vektor

Sanitasi

Pendidikan & Latihan

3. Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Kesihatan Antarabangsa (Perkapalan)

3.1 Aktiviti
3.1.1 Menentukan status kapal sama ada Free atau Quarantine. Dalam menentukan
status kapal ini seseorang pegawai harus tahu beberapa criteria kapal perlu
dikuarantin seperti :-
3.1.1.1 Butir-butir di dalamMaritime Declaration of Health
3
3.1.1.2 Tarikh Sijil SSCEC/SSCC telah luput/tidak
3.1.1.3 Kapal dari negara epidemik/endemic
3.1.1.4 Tempoh masa tiba dari negara tersebut ke Pelabuhan Klang masih dalam
Incubation Period atau tidak
3.1.1.5 Advice dihantar tidak lengkap
3.1.1.5.1 Mesti menyatakan 3 pelabuhan terakhir dilawati dalam tempoh
30 hari
3.1.1.5.2 Butir-butir kapal dan krew kapal
3.1.1.6 Advice dihantar dalam tempoh 24 jam dan tidak lebih 7 hari sebelum
kapal tiba.
3.1.1.7 Laporan awal menyatakan terdapatnya kes disyaki penyakit berjangkit.
3.1.1.8 Ada stowaway di atas kapal

3.1.2 Memeriksa kapal kuarantin bagi tujuan pengeluaran Sijil Free Pratique
3.1.3 Menjalankan pemeriksaan sanitasi kapal bagi mengeluarkan Ship Sanitation
Control Certificate atau Ship Sanitation Control Exemption Certificate
berasaskan keputusan pemeriksaan.
3.1.4 Merancang dan mengambil langkah spesifik untuk pemeriksaan kapal dan
kawalan risiko kesihatan termasuk rancangan untuk mengawal
kontaminasi/wabak penyakit.
3.1.5 Mengeluarkan Port Health Clearance bagi pelepasan kapal keluar dari Pelabuhan
Klang.

4. Pemeriksaan Dan Pengeluaran Sijil Sanitasi Kapal Di Pelabuhan Antarabangsa

4.1 Pengenalan

Pada 15 Jun 2007 dengan berkuatkuasanya Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005,


penggunaan Deratting/Deratting Exemption Certificate telah diganti dengan Ship
Sanitation Control Exemption Certificate/Ship Sanitation Control Certificate. Sijil ini
perlu diperbaharui setiap 6 bulan.

4.2 Ship Sanitation Control Exemption Certificate

4
4.2.1 Dikeluarkan apabila tidak terdapat tanda-tanda risiko kesihatan awam wujud di
atas kapal dan pegawai berkuasa berpuas hati bahawa kapal tersebut bebas dari
jangkitan atau pencemaran, termasuk vector dan roden.
4.2.2 Sijil ini dikeluarkan setelah pemeriksaan dijalankan dalam keadaan kapal
berkenaan kosong atau hanya mengandungi pemberat/pengimbang atau lain-lain
bahan yang digunakan untuk tujuan yang sama, bagi membolehkan pemeriksaan
menyeluruh dilaksanakan.

4.3 Ship Sanitation Control Certificate


4.3.1 Dikeluarkan apabila tanda-tanda risiko kesihatan awam termasuk punca
jangkitan atau pencemaran dijumpai di atas kapal dan setelah langkah-
langkah/prosedur kawalan telah dilakukan dengan berkesan atau memuaskan.
4.3.2 Di dalam sijil berkenaan perlu dicatitkan setiap penemuan/bukti yang dijumpai dan
langkah kawalan yang dikenakan.
4.3.3 Jika dalam keadaan di mana langkah kawalan yang dilakukan di pelabuhan
berkenaan tidak dapat dilakukan atau dicapai dengan sempurna, pegawai berkuasa
hendaklah mencatat maklumat tersebut di atas sijil berkenaan dengan menyatakan
semua tanda/penemuan risiko kesihatan awam atas kapal dan langkah kawalan
yang perlu dilakukan/dilengkapkan di pelabuhan berikutnya.
4.3.4 Sekiranya kapal tersebut dibenarkan berlepas, pegawai berkuasa hendaklah
memaklumkan kepada pelabuhan berikutnya, semua maklumat berkaitan dan
tindakan yang belum selesai supaya dapat ditangani oleh pelabuhan tersebut.
4.4 Lanjutan SSCC/SSCEC

4.4.1 Boleh dilakukan jika terjadi keadaan di mana pemeriksaan tidak dapat dijalankan
dan tidak terdapat tanda-tanda jangkitan dan pencemaran.

4.4.2 Sijil dapat dilanjutkan selama sebulan bagi membolehkan kapal tersebut sampai di
pelabuhan berikutnya di mana pemeriksaan dan langkah kawalan dapat dijalankan.

4.5 Tanggungjawab Pemunya/Operator Kapal

4.5.1 Operator kapal dikehendaki menyediakan maklumat berkaitan kesihatan yang


diperlukan oleh Pegawai Berkuasa serta membantu dalam aktiviti yang dilakukan.
Operator kapal hendaklah mengemukakan :-
- SSCEC/SSCC yang sah
- Maritime Declaration of Health
- Lain-lain maklumat

5
5. PROSES KERJA

5.1 Menentukan Status Kapal

Menerima Advice kapal dari agen


perkapalan

Menyemak dan memastikan Advice lengkap


dengan butir-butir tentang kapal.

Menentukan status kapal samada kapal Free


atau Quarantine berpandukan Laporan
Minggu Epidemiologi WHO

5.2 Pemeriksaan Kapal Quarantine


Menyerahkan semula Advice kapal yang
telah ditetapkan status kepada agen perkapalan

LANGKAH PROSES KERJA


1 Menerima panggilan dari agen perkapalan memberitahu ketibaan kapal
2 Pergi ke dermaga di mana kapal yang berkaitan berlabuh
3 Memerhatikan samada bendera kuning atau lampu merah/putih dinyalakan di

waktu malam.
4 Memeriksa semua dokumen yang perlu dan semak samada butir-butir

lengkap/tidak atau tarikh luput sijil/suntikan sudah/belum luput


5 Menemuduga kapten kapal samada anak-anak kapal sihat atau mengalami

tanda-tanda penyakit berjangkit di bawah penyakit IHR


6 Memeriksa bahagian-bahagian kapal mengikut borang pemeriksaan kapal yang

dinyatakan.
7 Memberikan sijil Free Pratique dan Port Health Clearance sekiranya berpuas

hati dengan dokumen dan kesihatan anak-anak kapal serta kebersihan kapal.
8 Memberitahu kepada Pegawai Kesihatan sekiranya :-

6
Terdapat anak kapal sakit disyaki berpenyakit berjangkit
Terdapat kematian disyaki mati akibat penyakit berjangkit
Sijil Suntikan Yellow Fever tamat tempoh
Terdapat tanda-tanda urungan tikus, tikus mati atau tikus hidup atas

kapal.
Anak-anak kapal masih dalam tempoh Incubation Period sekiranya

berasal dari negara epidemik penyakit berjangkit khasnya penyakit

demam kuning dan hawar dari negara berendemik untuk penyakit

tersebut
Terdapat nyamuk dalam kapal atau bukti pembiakan nyamuk atas kapal.
9 Memberhentikan semua kerja-kerja di atas kapal atas arahan pegawai Kesihatan

berdasarkan perkara di atas.


10 Mengawas kerja-kerja fogging atau fumigation atas kapal.
11 Mengeluarkan Free Pratique dan Port health Clearance setelah berpuas hati

dengan kerja-kerja kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit dilakukan.

5.3 Pemeriksaan Kapal Bagi Pengeluaran Sscec/Sscc

LANGKAH PROSES KERJA


1 Menerima permohonan membaharui Sijil SSCEC/SSCC dari agen perkapalan

dalam tempoh 24 jam dan kemukan kepada PK/KPPKP/PPKPK


2 Menerima arahan dari PK/KPPKP/PPKPK untuk melakukan pemeriksaan.
3 Pemeriksaan kapal dijalankan mengikut borang

Laporan Pemeriksaan Sanitasi kapal


4 Keluarkan Free Pratique dan Port Health Clearance sekiranya pemeriksa

berpuas hati dengan keadaan kebersihan kapal.


5 Kemukakan Laporan Pemeriksaan Sanitasi Kapal kepada PK/KPPKP/PPKPK
6 Keluarkan Sijil SSCEC sekiranya PK/KPPKP/PPKPK berpuas hati dengan

laporan tersebut.
7 Keluarkan arahan kepada pihak agen perkapalan supaya kerja-kerja sanitasi

kapal perlu dijalankan mengikut syor-syor yang dicadangkan


8 Keluarkan Sijil SSCC sekiranya PK/KPPKP/PPKPK berpuas hati dengan kerja

sanitasi yang dijalankan


9 Merekod dan mengemaskini fail dan Buku Rekod SSCEC/SSCC
7
5.4 Proses Mengkuarantin Kapal

LANGKAH PROSES KERJA


1 Menerima laporan dari agen perkapalan mengenai kes disyaki penyakit

berjangkit
2 Memeriksa dokumen yang berkaitan bagi memudahkan penyiasatan dilakukan :-
Maritime Declaration of Health
Voyage Memo
Certificate of Vaccination
SSCC/SSCEC
Laporan doctor
3 Menemuduga kapten dan kes yang disyaki
Bilangan krew yang sakit?
Apakah symptom sakit?
Bila onset/mula symptom sakit?
Kenal pasti bilangan krew yang disembark
Kenal pasti siapa yang disembark
4 Mengesahkan kes/disyaki mempunyai symptom penyakit berjangkit
5 Memberhentikan semua kerja-kerja di atas kapal dan kapal di kuarantin
6 Bawa kes/disyaki untuk dirujuk ke hospital
7 Memberikan arahan supaya krew kapal/penumpang yang tidak memunyai tanda

jangkitan tetapi masih dalam tempoh incubation period perlu di kuarantin

sehingga tempoh masa tersebut tamat.


8 Mengarahkan pihak agen kapal melakukan fumigation, foggingdan

sanitation berdasarkan keadaan


9 Memberikan Free Pratique dan Port Health Clearance sekiranyaPegawai

Kesihatan berpuas hati dengan kerja kawalan pencegahan penyakit dan selepas

tempoh Incubation Period taat tiada kes baru timbul serta melaporkan situasi

perkembangan kes/ disyaki setiap hari


10 Mengikuti perkembangan kes di hospital sehingga kes/disyaki keluar
11 Membuat laporan lengkap kejadian penyakit berjangkit

5.5 PEWASAPAN KAPAL

LANGKAH PROSES KERJA


1 Mengeluarkan surat arahan kepada kapten atau agen perkapalan supaya kerja
8
pewasapan dilakukan
2 Memastikan kerja persedian pewasapan(Pre-Fumigation) dilakukan
3 Memastikan Borang E diberikan kepada semua anak kapal oleh operator berlesen
(Borang E ialah Notis Meninggalkan Premis sebelum pewasapan)
4 Memastikan kerja pelepasan gas dijalankan antara jam 7.00pagi hingga 5.00
petang hari bekerja sahaja.
5 Memastikan masa pendedahan gas mencukupi iaitu:-
4 jam bagi Hidrogen Sianida
24 jam bagi Methyl Bromide
6 Memastikan kerja selepas pewasapan(Post-Fumigation) dipatuhi
7 Memastikan pemeriksaan dijalankan tiada kebocoran berlaku menggunakan alat
pengesan oleh operator
8 Memastikan supaya:-
Sisa atau baki fumigant dikutip dibungkus dan tidak dibuang ke laut
Air dari paip dan tangki dibiarkan mengalir selama 5 hingga 10 minit
Semua makanan dan minuman yang dijumpai dilupuskan
Kusyen, tilam, dan bantal perlu dikibas, dibasuh dan dijemur
Semua tikus yang mati perlu dicatatkan bilangan dan dilupuskan
sewajarnya.
9 Mengeluarkan sijil SSCC setelah operator pewasapan mematuhi kehendak
Peraturan-Peraturan Hidrogen Cyanide 1978 dan Pegawai Kesihatan berpuas hati.

6. PEMERIKSAAN KAPAL UNTUK FUMIGASI


Untuk proses fumigasi, PPKP U29 mesti mengarahkan dan memastikan agar fumigasi
dijalankan mengikut prosedur prosedur yang betul di bahagikan kepada 2 pemeriksaan iaitu
a) Pemeriksaan sebelum fumigasi
b) Pemeriksaan selepas fumigasi
6.1 Pemeriksaan Sebelum Fumigasi
6.1.1 Fumigasi perlu dijalankan oleh syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan.
6.1.2 Semua peraturan di bawah Hydrogen Cyanide Act and Regulations 1953 perlu
dipatuhi iaitu:-
6.1.2.1 Fumigator perlu mengeluarkan borang D sekurang-kurangnya 24 jam kepada
Pegawai Kesihatan Pelabuhan dan agensi lain berkenaan sebelum fumigasi
dijalankan.
6.1.2.2 Bilangan pekerja fumigasi mencukupi ( minima 5- 6 pekerja ) dan salah
seorang dari pekerja mempunyai lesen untuk menjalankan operasi fumigasi
9
6.1.2.3 Memeriksa lesen fumigasi (syarikat dan operator) untuk menentukan
kesahihan lesen tersebut.
6.1.2.4 Memastikan operator mempunyai peralatan yang mencukupi seperti topi
keledar keselamatan, topeng gas (gas mask ), gas canister, kotak First Aid
dan overall suit.
6.1.2.5 Fumigasi perlu dijalankan sekurang- kurangnya 4 jam untuk Hydrogen
Cyanide dan 24 jam untuk Methyl Bromide.
6.1.2.6 Bendera VE perlu dikibarkan
6.1.2.7 Notis amaran perlu dilekatkan di sekeliling kapal dalam semua bahasa utama
(bahasa malaysia , Inggeris, China, dan tamil ).
6.1.2.8 Memastikan semua personel telah meninggalkan kapal sebelum fumigasi
6.1.2.9 Semua cecair dan makanan telah dikeluarkan atau ditutup dengan rapat
6.1.2.10 Semua tepi pintu peti sejuk perlu di sealed.
6.1.2.11 Semua bukaan bukaan ( termasuk tingkap ) mestilah ditutup dengan
tarpaulin
6.1.2.12 Semua tilam haruslah tegak.
6.1.2.13 Semua almari dan laci hendaklah dibiarkan terbuka.
6.1.2.14 Semua api hendaklah dipadamkan
6.1.2.15 PPKP yang dikehendaki untuk memeriksa jenis fumigan dan kuantiti yang
digunakan oleh operator.
6.2 Pemeriksaan Selepas Fumigasi

6.2.1 PPKP yang memeriksa haruslah memastikan bahawa pemeriksaan ini hanya
dijalankanselepas 4 hingga 6 jam proses pengudaraan dijalankan dan dia haruslah
memastikan bahawa fumigator telah memperakukan bahawa tempat yang telah
difumigasi, selamat untuk dimasuki
6.2.2 Meastikan bahawa semua sisa atau baki fumigan telah dikutip,dibungkus dan tidak
dibuang ke dalam laut.
6.2.3 Memastikan bahawa semua air dari paip air atau tangki di atas kapal dibiarkan
mengalirkan ( dibuang ) selama 5 hingga 10 minit.
6.2.4 Memastikan semua air dalam flushing cistern ( seperti flush di tandas ) perlulah
dikosongkan.

10
6.2.5 Memastikan semua minuman dan makanan yang dijumpai semasa pemeriksaan
selepas fumigasi perlulah dilupuskan
6.2.6 Memastikan semua kusyen , tilam, bantal dan sarungnya perlulah dikibaskan
supaya tiada lagi bahan fumigasi yang terperangkap.
6.2.7 Memastikan bahawa semua tikus yang mati dikutip dan dilupuskan sewajarnya.
6.2.8 PPKP yang dikehendaki untuk memeriksa jenis fumigan dan kuantiti yang telah
digunakan oleh operator

7. UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

7.1 Unit Kawalan Vektor


7.1.1 Menjalankan kerja-kerja kajian dan pemantauan tikus di kawasan pelabuhan iaitu :-
7.1.1.1 Pelabuhan Selatan
7.1.1.2 Pelabuhan Utara 1
7.1.1.3 Pelabuhan Utara 2
7.1.1.4 Pelabuhan Utara 3
7.1.1.5 Pelabuhan Barat
7.1.1.6 Dan 400 meter dari pagar pelabuhan untuk mencegah penyakit Plague.

7.1.2 Merancang dan menyelaraskan aktiviti pencegahan rodensia dan menentukan Flea
Index di tahap yang selamat (dibawah nilai 1).
7.1.3 Merancang dan menyelaraskan kerja-kerja kawalan vector seperti kajian aedes,
pemasangan ovitrap/Mosquitoes Larvae Trapping Device dan aktiviti pemusnahan
punca pembiakan dan pewasapan.
7.1.4 Menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan
menjalankan pemeriksaan, pemeriksaan ulangan, dan tindakan mahkamah terhadap
mereka yang tidak mematuhi undang-undang.
7.1.5 Merancang dan menyediakan jadual kakitangan di bawah jagaannya.
7.1.6 Melaksanakan kajian-kajian berikut bagi memastikan pemantauan vector dan
rodensia di pelabuhan adalah terkawal

7.1.6.1 Pemeriksaan Pembiakan Aedes


7.1.6.2 Kajian Ovitrap
7.1.6.3 Kajian Rodensia
7.1.7 Pemeriksaan Pembiakan Aedes.
7.1.7.1 Memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes aegypti di kawasan perimeter
pelabuhan dengan membuat pemeriksaan bekas- bekas yang boleh menakung

11
air di dalam kawasan perimeter pelabuhan dan di sekitar kawasan 400 meter
dari kawasan perimeter.
7.1.7.2 Entomology Surveillance merupakan aktiviti utama untuk memastikan
pelabuhan adalah bebas dari nyamuk aedes. Semasa pemeriksaan, kajian larva
Aedes dilakukan, spesimen larva dikutip dan di bawa ke makmal untuk
mengenalpasti jenis larva dan seterusnya mengira Indeks Premis / rumah,
Indeks Breteau dan Indeks Bekas.
7.1.7.3 Hasil daripada analisa data entomologi yang diperolehi, aktiviti aktiviti
kawalan seperti pengurangan punca pembiakan ( source
reduction ),pengasapan ( fogging ) dan penguatkuasaan undang undang
akan dilakukan dengan kerjasama Pest Control dari pihak pengurusan
pelabuhan.
7.1.7.3.1 Memastikan Indek aegypti berada pada paras 0 ( Free )
7.1.7.3.2 Merancang peta kawasan operasi mengikut zon- zon
7.1.7.3.3 Menjalankan aktiviti pemeriksaan dijalankan secara berjadual
mengikut zon.
7.1.7.3.4 Menjalankan aktiviti abating pada kawasan- kawasan yang
berisiko ada pembiakan aedes
7.1.7.3.5 Tindakan kompaun di bawah Akta pemusnahan Penyakit- Penyakit
Bawaan Serangga 1975

7.1.8 Kajian Ovitrap/Mltd

7.1.8.1 Ovitrap/Mosquitoe Larvae Trapping Device(MLTD) diletakkan di dalam


kawasan perimeter pelabuhan di zon-zon tertentu. Pemeriksaan dijalankan ke
atas ovitrap dan seterusnya bilangan ovitrap yang positif (telur / larva) akan
direkodkan untuk mengira Indeks ovitrap. Tindakan kawalan akan dijalankan
sekiranya Indeks Ovitrap untuk Aedes Aegypti melebihi 0 %.
7.1.8.2 Pemeriksaan bekas Ovitrap/MLTD dijalankan seminggu sekali dan mengikut
zon yang telah ditetapkan
8 INDEKS AEDES =

12
Bil. Rumah yang diperiksa
x 100
Rumah yang positif

9 INDEKS BREATEAU =

Bil. Bekas yang positif


x 100
Jumlah yang diperiksa
10 Kajian Rodensia

10.1 Menentukan kawasan pelabuhan bebas daripada tikus yang berjangkit


10.2 Memasang perangkap tikus bagi menjalankan kajian terhadap pembiakan tikus di
kawasan pelabuhan
10.3 Memastikan semua perangkap tikus yang dipasang mempunyai umpan dan boleh
berfungsi dengan baik
10.4 Membuat pemeriksaan perangkap tikus pada setiap hari bekerja
10.5 Tikus hidup yang ditangkap di bawa ke makmal untuk disikat bagi mencari kutu (Flea)
10.6 Pengsankan/matikan tikus dengan menggunakan (Cloroform/Ether) kemudian
melakukan penyikatan tikus tersebut untuk mencari flea.
10.7 Basuh semula perangkap yang telah di masuki tikus pasang semula umpan dan letak di
tempat yang diambil tadi
10.8 Tikus disikat mengikut kaedah yang dipelajari di IMR
10.9 Memastikan spesies flea di bawah mikroskop
10.10 Mengira Indeks Flea
10.11 Indeks Flea ditetapkan oleh IHR ialah tidak melebihi dari 1
10.12 Kenalpasti Spesies tikus
10.13 Indeks Flea =
Bil.XenopsyllaCheopis
x 100
Tikus Disikat

11 UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT ( UNIT SANITASI )


11.1 Pemeriksaan Premis Makanan

Pemeriksaan premis makanan di 32 buah kantin di dalam kawasan Pelabuhan Utara


dan Pelabuhan Barat yang dilakukan 1 minggu atau 2 minggu sekali.

13
11.1.1 Pengambilan sampel mikrobiologi, kimia dan fizikal bagi memastikan tiada
pelanggaran.
11.1.2 Menguatkuasakan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
serta Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.
11.2 Pemeriksaan Mutu Air
Water Sampling Point di Pelabuhan Utara (North Port)
11.2.1 Stesen Percontohan Utama iaitu Air SYABAS (No.017).
11.2.2 Sampel diambil setiap hari Khamis pada setiap minggu ( 4 kali sebulan).
11.2.3 Setiap minggu sebanyak 5 sampel air diambil.
11.2.4 Sampel air dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya

11.3 Bot Tangki Air ( Waterboat ) di Pelabuhan Utara (North Port)

11.3.1 Fungsi Waterboat adalah untuk membekalkan dan menjual air kepada kapal-
kapal yang berlabuh.
11.3.2 Tugas PPKP adalah untuk memastikan air tersebut tidak dicemari dan selamat
untuk diminum. Oleh itu persampelan air perlu dilakukan secara berjadual.
11.3.3 Waterboat tersebut dibersihkan dan pengklorinan air dijalankan mengikut jadual
yang telah ditetapkan dan mengikut keperluan semasa.
11.3.4 Waterboat tersebut mempunyai kedalaman 12kaki (dinding besi dan simen).
11.3.5 Air yang boleh diisi adalah sebanyak 200 tan air (1 boat) dalam sesuatu masa.
11.4 Proses Kerja
11.4.1 Pemeriksaan Premis Makanan
11.4.2 Persampelan Makanan Ready To Eat bagi analisis mikrobiologi
11.4.3 Persampelan Air Terawat

11.5 Persampelan Makanan Rte (Ready To Eat) Untuk Analisis Mikrobiologi

UNDANG-
PEGAWAI YANG
PROSES KERJA UNDANG YANG
MELULUSKAN/DIRUJUK
BERKAITAN
1. Merujuk jadual pengambilan dan PEGAWAI KESIHATAN AKTA
penghantaran contoh makanan MAKANAN 1983
RTE ke Makmal Kawalan Mutu PEGAWAI KESIHATAN
Makanan Klang yang ditetapkan PERSEKITARAN U 42 PERATURAN
oleh Jabatan Kesihatan Negeri MAKANAN 1985
Selangor. PENOLONG PEGAWAI
KESIHATAN
2. Tentukan premis makanan yang PERSEKITARAN U36
akan diambil contoh makanan.
PENOLONG PEGAWAI
14
3. Siap sediakan peralatan KESIHATAN
pengambilan contoh makanan. PERSEKITARAN U32

4. Bertolak ke premis makanan yang PENOLONG PEGAWAI


telah ditentukan bersaman dengan KESIHATAN
seorang lagi PPKP U29. PERSEKITARAN U29

5. Memperkenalkan diri kepada


pemilik / pengurus premis dengan
menunjukkan kad kuasa dan
menyatakan tujuan kedatangan
semasa tiba di premis yang telah
dirancang untuk pengambilan
contoh makanan.

6. Pegawai yang hendak mengambil


contoh makanan hendaklah
memakai apron, penutup kepala,
penutup mulut, dan sarung tangan
steril.

7. Manakala seorang lagi pegawai


menyediakan peralatan
pengambilan contoh dengan
menyucihama melalui
pembakaran dengan larutan
alkohol.

8. Pemilik/pengurus hendaklah
melihat dan hadir bersama semasa
proses pengambilan contoh
makanan dijalankan.

9. Contoh makanan yang diambil


dimasukkan ke dalam Whirl Pack,
dibungkus dengan kemas, dilabel
dan dilak dengan lak rasmi
KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA.

10. Semua contoh makanan yang


diambil dibayar dengan harga
yang telah ditetapkan dan resit
pembayaran yang ditandatangani
pengurus/pemilik premis

15
diperolehi.

11. Semua contoh makanan yang


telah siap berbungkus dimasukkan
ke dalam kotak sejuk (cool box)
yang berisi ketulan ais pada partas
suhu di bawah 5C.

12. Kemaskan segala peralatan dan


kembali ke pejabat.

13. Isikan segala maklumat mengenai


contoh makanan ke dalam Borang
Permintaan Analisis Makanan dan
borang penghantaran contoh
makanan rasmi.

14. Hantarkan contoh makanan yang


telah diambil beserta borang-
borang yang telah lengkap ke
Makmal Kawalan Mutu Makanan
Klang atau hantar terus ke Jabatan
Kimia Petaling Jaya dalam
tempoh kurang dari 24 jam.

11.6 Proses Kerja Bagi Pemeriksaan Premis Makanan

UNDANG-
PEGAWAI YANG
PROSES KERJA UNDANG YANG
MELULUSKAN/DIRUJUK
BERKAITAN
1. Tentukan premis yang hendak PEGAWAI KESIHATAN AKTA MAKANAN
diperiksa mengikut jadual aktiviti 1983
pemeriksaan premis yang telah PEGAWAI KESIHATAN
dirancangkan. PERSEKITARAN U42 PERATURAN
MAKANAN 1985
2. Sediakan peralatan dan borang
penilaian untuk pemeriksaan premis. PENOLONG PEGAWAI
KESIHATAN
3. Bertolak ke lokasi premis-premis PERSEKITARAN U36
yang telah ditentukan.
PENOLONG PEGAWAI

16
4. Setiba di premis, perkenalkan diri KESIHATAN
dengan menunjukkan kad kuasa serta PERSEKITARAN U32
nyatakan tujuan kedatangan kepada
pemilik/pengurus premis makanan PENOLONG PEGAWAI
yang berkenaan. KESIHATAN
PERSEKITARAN U29
5. Keluarkan segala peralatan yang
berkaitan beserta borang penilaian
dan jalankan pemeriksaan bersama
pemilik/pengurus premis dan
catatakan segala demerit mengikut
format borang penilaian.

6. Borang penilaian dibuat dalam dua


salinan dan minta ditandatangani oleh
pemilik/pengurus premis berkenaan.
Setelah menandatangani kedua-kedua
borang penilaian, satu salinan borang
penilaian diberi kepada
pemilik/pengurus premis dan satu
salinan lagi disimpan di dalam fail
rekod pemeriksaan premis.

7. Setelah selesai, pegawai berkuasa


hendaklah memberi ucapan
penghargaan diatas kerjasama
sebelum meninggalkan premis
tersebut.

8. Sekembali ke pejabat, segala laporan


asal pemeriksaan premis difailkan
secara individu.

9. Piawaian penilaian premis


pemeriksaan premis dibahagi kepada
tiga kategori:
Penilaian lebih 75%
ditandakan hijau.
Penialaian 51%-75%
ditandakan kuning
( pemeriksaan semula dalam
tempoh 3 bulan ).
Penilaian 50% ke bawah, fail

17
tersebut dimajukan kepada
Pegawai Kesihatan untuk
tindakan penutupan.

11.7 Proses Kerja Bagi Pengambilan Contoh Air Terawat Untuk Analisis Bakteria

PEGAWAI YANG UNDANG-UNDANG


PROSES KERJA
MELULUSKAN/DIRUJUK YANG BERKAITAN
1. Merujuk Jadual Percontohan Air PEGAWAI KESIHATAN PIAWAIAN MUTU
Tahunan Pejabat Kesihatan Pelabuhan
AIR MINUM
Klang bagi menentukan bilangan
contoh, lokasi stesen percontohan PEGAWAI KESIHATAN KEBANGSAAN
yang akan diambil pada hari tersebut. PERSEKITARAN U42

2. Mentediakan peralatan, cool box GARISPANDUAN


PENOLONG PEGAWAI
bersama ice pack serta botol air untuk
KAWALAN MUTU
menyukat suhu, borang dan kunci KESIHATAN
stesen yang berkaitan dengan AIR MINUM
PERSEKITARAN U36
memastikan melalui senarai semak.
KEBANGSAAN

PENOLONG PEGAWAI
3. Bertolak ke lokasi yang berkenaan
bersama dengan seorang Pembantu KESIHATAN
Kesihatan Awam (PKA).
PERSEKITARAN U32
4. Tiba di stesen, keluarkan segala
kelengkapan dan peralatan
berhamporan stesen percontohan.
Buka kunci kotak stesen dan buka
paip air, biarkan ia mengalir selama 2
5 minit jika aliran air deras ( 5 minit
jika tekanan air rendah ) untuk
mengeluarkan mendakan di dalam
paip.

5. Tadah air dengan menggunakan bikar


kaca dan lakukan ujian fizikal untuk
parameter tersebut :
pH.
baki klorin dan kekeruhan
(NTU).
Catatkan segala bacaan tersebut di

18
dalam Borang Permintaan Analisis
Bakteria.

6. Tutup paip dan bakar paip logam


dengan penunu gas (blow torch)
selama 1 minit untuk membasmi
kuman.

7. Buka paip dan biarkan air mengalir


selama 1-2 minit dengan kadar aliran
sederhana sebelum mengambil
contoh.

8. Cuci tangan dengan menggunakan


tisu Hand Sanitising Wipes. Buka
secara berhati-hati penutup thiobag
sodium thiosulphate dan tadah di
bawah pancuran air sehingga ke paras
100ml.

9. Tutup bukaan thiobag secara kemas,


pusing sekurang-kurangnya 3 kali dan
simpulkan ikatan dengan kemas dan
kuat.

10. Labelkan thiobag dengan pelekat


label yang mengandungi maklumat-
maklumat berikut:
10.1 Jenis air.
10.2 Negeri dan daerah.
10.3 Loji air.
10.4 No. Stesen.
10.5 Tarikh dan masa ambil contoh
air.

11. Masukkan bungkusan contoh air yang


telah dilabel ke dalam cool box yang
mengandungi ice pack dan botol air
untuk menyukat suhu secara susunan
menegak.

12. Laksanakan langkah-langkah seperti


di bilangan (4, 5, 6, 7, 8, 9,10, dan 11)

19
di stesen-stesen percontohan yang
berikutnya.

13. Semua contoh air yang telah diambil


dihantar terus ke Jabatan Kimia
Petaling Jaya sebelum 3.15 petang
dalam tempoh kurang 24 jam.

14. Jika bacaan ujian fizikal yang diambil


ke atas contoh-contoh air melanggar
paras yang ditetapkan oleh Piawaian
Mutj Air Minum Kebangsaan, laporan
hendaklah dihantar kepada PUAS
Daerah Klang untuk tindakan.

15. Jika menerima notis pelanggaran


bakteria daripada Unit Kejuruteraan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
samada melalui telefon atau faksimili,
tindakan pengambilan contoh semula
(resampling) ke atas stesen
percontohan yang melanggar di
laksanakan dengan kadar segera.

11 Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan


11.1 Pengenalan

Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah bertujuan untuk melindungi orang
ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam
penyediaan, penjualan dan penyimpanan makanan.Aktiviti pemeriksaan makanan
dijalankan di ketiga-tiga pelabuhan tersebut:-

11.1.1 NORTH PORT


11.1.2 WEST PORT
11.1.3 SOUTH PORT (BARTER TRADE)

11.2 Aktiviti Penguatkuasaan


11.2.1 Pengawalan pengimportan makanan melalui notifikasi import dan deklarasi
kastam.
11.2.2 Mendaftar sampel makanan ke dalam sistem FoSIM dan buku rekod

20
11.2.3 Pemeriksaan konsainmen makanan melalui pemeriksaan fizikal dan dokumen.
11.2.4 Persampelan makanan untuk tujuan pemantauan dan pematuhan Akta dan
Peraturan.
11.2.5 Penghantaran sampel makanan ke makmal-makmal yang ditetapkan.
11.2.6 Pengurusan penahanan (Detention) dan Undertaking.
11.2.7 Menyediakan surat undertaking dan faks / pos ke Pejabat Kesihatan / Pihak
Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
11.2.8 Membantu menguruskan pelabelan semula, reconditioning dan pemprosesan
semula.
11.2.9 Mengemaskini maklumat rekod makanan yang disenarai hitamkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia / Jabatan Kesihatan dan memfailkannya.
11.2.10Mengemaskini rekod konsainmen makanan yang dimusnahkan di dalam fail.
11.2.11 Mengemaskini rekod konsainmen makanan yang ditahan, ditolak dan dirampas
termasuk dalam sistem FoSIM.Menyediakan dan menyiapkan Surat Amaran
Larangan Pengimportan makanan Kepada Pihak Pengimport bagi makanan yang
melanggarkan peruntukkan Akta Makanan 1983 / Peraturan Makanan

11.3 Pengimportan Makanan


Secara umumnya, produk-produk makanan yang ingin diimport ke Malaysia mesti
mematuhi syarat-syarat berikut:-
11.3.1 Mematuhi piawai (standard) makanan berkenaan seperti yang diperuntukkan
dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
11.3.2 Mematuhi kriteria-kriteria pelabelan (pelabelan makanan dan pelabelan
pemakanan) seperti yang diperuntukkan dalam Akta Makanan 1983 dan
Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
11.3.3 Mendapat kelulusan untuk mengimport dari agensi / jabatan kerajaan yang terlibat
untuk produk makanan tertentu.
11.3.4 Menyertakan dokumen-dokumen khusus seperti Sijil Kesihatan dan Sijil Analisa
untuk produk makanan tertentu.

11.4 Produk-produk makanan yang dimaksudkan adalah seperti dalam garis panduan
berikut:-
11.4.1 Guideline on health certificate requirements for importation of meat, edible meat
offal, poultry, edible poultry offal, shrimps and prawns into Malaysia

21
11.4.2 Guideline on requirement of health certificate for crabs on importation into
Malaysia

12 APA ITU FoSIM

Proses pengimportan makanan menjadi lebih cepat dan efisien dengan menggunakan Sistem
Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia
FoSIM) di mana sistem ini berantara muka dengan Sistem Maklumat Kastam (SMK).
Pegawai-pegawai KKM dapat memeriksa makanan yang diimport secara online dan akan
menentukan tahap pemeriksaan ke atas produk tersebut sama ada pemeriksaan yang longgar
ataupun yang lebih ketat diambil. Manakala para ejen/pengimport makanan dapat
mengetahui status kelulusan pengimportan makanan dari pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia dengan hanya memeriksa status berkenaan melalui sistem ini secara online.

12.1Proses Kerja (Fosim)

Ketibaan Konsaimen

Notifikasi Kastam K1

Interface dengan FoSIM

Level Inspection

Level 1 Level 2 Level 5 Level 6

Auto Document Hold, Test, Auto


Clearance examination Release Rejection

22 Level 3 Level 4

Monitoring Surveillance
Examination Examination
Pemeriksaan keselamatan makanan dalam sistem FoSIM dikategorikan kepada enam tahap
pemeriksaan iaitu :

12.2 Tahap Satu (1) (Perlepasan Automatik /Auto Clearance) di mana sistem ini akan
memberi perlepasan secara automatik. Walaubagaimanapun, Pegawai Berkuasa di pintu
masuk boleh menaikkan tahap pemeriksaan kepada tahap yang lebih tinggi.
12.3 Tahap Dua (2) (Pemeriksaan Maklumat / Document Examination), Pegawai Berkuasa
di pintu masuk perlu meneliti maklumat declaration K1 dalam sistem dan member
kelulusan. Pegawai Berkuasa di pintu masuk boleh menaikkan tahap pemeriksaan kepada
tahap yang lebih tinggi.
12.4 Tahap Tiga (3) & Empat (4) (Pemeriksaan Surveilan / Surveillance Examination), di
mana pemeriksaan dan pensampelan wajib dilakukan. Konsaimen dilepaskan setelah
pensampelan dijalankan untuk pemantauan. Walau bagaimanapun, Pegawai Berkuasa di
pintu masuk boleh menaikkan tahap pemeriksaan ke tahap yang lebih tinggi. Sekiranya
berlaku perlanggaran Food Alert akan dikeluarkan.
12.5 Tahap Lima (5) (Tahan, Uji dan Lepas / Hold, Test and Release), pemeriksaan dan
pensampelan wajib dilakukan. Konsaimen ditahan setelah pensampelan dijalankan dan
hanya dilepaskan setelah keputusan analisa makanan didapati tidak melanggar peraturan.
Sekiranya berlaku perlanggaran, tindakan re-export atau dilupuskan akan diambil.
12.6 Tahap Enam (6) (Penolakan Automatik / Auto Rejection), di mana sistem secara
automatic akan melarang pengimportan produk makanan terlibat.

12.7 Proses Kerja Undertaking


TAHAP 5- TAHAN UJI DAN LEPAS

Konsainmen tidak akan dilepas sehingga keputusan analisa dari makmal diterima.
Konsainmen yang mematuhi keputusannya akan dilepaskan secepat mungkin setelah
keputusan diperolehi dari makmal.

23
12.7.1 Konsainmen yang bermasalah akan di rujuk ke daerah, tindakan diambil oleh
PPKP di daerah apabila menerima satu salinan borang dari PPKP Pelabuhan
iaitu:-
12.7.1.1 Undertaking Of Food Consignment (import 1)
12.7.1.2 Borang notis dilak / disita (import 2 )
12.7.1.3 Konsainmen makanan bagi tahan /uji dan lepas (import 8 )
12.7.1.4 salinan kastam 1
12.7.1.5 invoice .
12.7.2 PPKP Daerah akan menghubungi pengimport apabila konsaimen sampai
12.7.3 Temujanji dibuat dengan pengimport untuk mengambil sampel.
12.7.4 Menjalankan pemeriksaan fizikal ( pemeriksaan label, bungkusan, dan untuk
pencemaran / bahan asing, kerosakan makanan)
12.7.5 Sampel penguatkuasaan diambil mengikut prosedur yang telah di tetapkan
dalam Akta Makanan 1983.
12.7.6 Menyemak peralatan sebelum pergi ke lapangan
12.7.7 Memperkenalkan diri kepada pengimport atau wakilnya yang menyimpan
konsaimen yang ditahan serta menunjukkan kad kuasa dan memperkenalkan
rakan yang bertugas.
12.7.8 Memberitahu tujuan kedatangan serta menunjukkan dokumen yang berkaitan
contoh Notis Mengenai Makanan Yang di lak / Sita / Periksa atas sebab
kehadiran bahan terlarang*
12.7.9 Meminta pemunya gudang berada bersama sama semasa persampelan
12.7.10 (akan bermula semasa pegawai mengambil sampel)
12.7.11 Mengambil sampel yang
12.7.11.1 mungkin melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan
Peraturan Makanan.
12.7.11.2 mencukupi berat yang telah ditetapkan
12.7.12 Lengkapkan buku label dengan
12.7.12.1 No. Sampel
12.7.12.2 Tarikh dan masa
12.7.12.3 Jenis makanan
12.7.12.4 Jenama
12.7.12.5 Nama dan alamat penuh pengimport
12.7.12.6 Nama pegawai yang membuat persampelan
12.7.13 Kemudian sampel yang diambil hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian
berasingan dan dilekatkan label dan dilakkan sampel tersebut dihadapan
pengimport
12.7.14 Menawarkan sampel tersebut (sek.4 (1)(b) Peraturan Makanan 1985
12.7.14.1 satu bahagian kepada pengimport atau wakilnya yang menjaga
makanan itu;

24
12.7.14.2 memberitahu pengimport atau wakilnya bahawa sampel yang kedua
akan di hantar ke Makmal untuk analisis
12.7.14.3 dan bahagian sampel yang ketiga akan disimpan di pejabat Kesihatan
di dalam almari (sek.4(1)(d) )Peraturan Makanan 1985
12.7.14.4 Memberitahu pengimport atau wakilnya bahawa konsaimen tersebut
akan disita dan tidak boleh dialih dan dikeluarkan sehingga
keputusan dikeluarkan..
12.7.14.5 Konsainmen tersebut dilak selepas sampel diambil
12.7.14.6 Sampel akan dihantar ke Makmal Kawalan Mutu Makanan Selangor,
salinan Akuan Terima dikembalikan ke PPKP Pelabuhan.
12.7.14.7 Sekiranya keputusan mematuhi peruntukkan Akta Makanan 1983 dan
Peraturan- Peraturan Makanan, surat pelepasan konsainmen
dikeluarkan dan dilepaskan juga melalui sistem FoSIM
12.7.14.8 Sekiranya keputusan Tidak Mematuhi peruntukkan Akta Makanan
1983 dan Peraturan Peraturan, surat arahan untuk mengeksport
semula ke negara asal atau memusnahkan konsainmen dikeluarkan.
12.7.14.9 Pengawasan dibuat ke atas tindakan yang diambil terhadap
konsainmen terbabit.
12.7.14.10 Laporan tindakan yang diambil terhadap konsainmen disediakan

25
LAMPIRAN

26
27
28
PETA LOKASI PEJABAT KESIHATAN PELABUHAN (NORTH PORT)

29

You might also like