Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

4,0 HASIL KAJIAN

4.1 Objektif

Tujuan soal selidik ini dijalankan adalah mengukur tahap pengetahuan masyarakat tentang tamadun
dan masyarakat India. Selain itu, soal selidik ini juga dilakukan untuk mengkaji tahap perpaduan
dalam masyarakat masyarakat India dalam membida perpaduan dan tamadun di Malaysia. Kami
mengedar boring soal selidik sekitar kawasan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

4.2 Kaedah

Sebanyak 20 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak di sekitar Universiti Pendidikan Sultan
Idris . Di dalam borang Bahagian A kami meminta responden untuk menanda dan mengisi tentang
maklumat diri responden. Dalam borong Bahagian B kami meminta responden menjawab soalan
objektif. Manakala di dalam boring Bahagian C kami telah menggunakan skala Sangat Tidak Setuju,
Tidak Setuju, Tidak Pasti, Setuju dan Sangat Setuju untuk mengkaji tahap perpaduan dalam
masyarakat masyarakat India dalam membina perpaduan dan tamadun di Malaysia. Kami mengedar
borang soal selidik sekitar kawasan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

4.3 Dapatan kajian

Berdasarkan borang kaji selidik, borang ini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu bahagian
A, bahagian B dan bahagian c. Dalam bahagian A,bahagia ini terdiri daripada 4 soalan yang yang
perlu dilengkapkan oleh responden dengan menanda pada ruang kosong. Manakala, bahagian B
terdiri daripada soalan objektif yang perlu dijawab oleh responden. Bahagian ini terdiri daripada 5
soalan objektif. Bahagian C pula terdiri daripada 5 soalan yang berbentuk skala iaitu seperti sangat
setuju,setuju dan lain-lain.

Pada bahagian A, terdapat beberapa maklumat dapat diperolehi daripada jawapan


responden. Seramai 7 orang lelaki telah menjawab borang kaji selidik yang telah diedarkan iaitu
bersamaan 35% manakala golongan perempuan seramai 13 orang yang mempunyai 65%. Pada
aspek bangsa pula , bangsa Melayu adalah bangsa yang paling ramai bangsa-bangsa yang telah dikaji
selidik iaitu seramai 11 bersamaan 55%. Bangsa India adalah bangsa kedua terbanyak yang telah
disoal selidik iaitu mempunyai peratusan sebanyak 20% iaitu seramai 6 orang. Bangsa Cina yang
telah disoal selidik pula seramai 3 orang iaitu bersamaan 15%.

Pada aspek umur pula, borang soal selidik yang diedarkan ini telah diedarkan kepada
responden yang berada pada peringkat umur yang berbeza. Keseluruhan responden yang menjawab
borang soal selidik ini berada peringkat umur 20 tahun hingga 29 tahun. Dari aspek pekerjaan pula,
kebanyakan responden yang menjawab borang kaji selidik terdiri daripada pelajar. Hal ini dapat
dilihat daripada maklumat responden yang menunjukkan 100% responden yang menjawab borang
ini adalah pelajar.

Pada bahagian B, terdapat beberapa soalan telah dikemukakan dalam borang kaji selidik ini.
Bahagian ini terdiri daripada 4 soalan dan soalan yang dinyatakan ini pula berbentuk objektif. Soalan
ini perlu dijawab dengan membulatkan jawapan responden pada ruang yang disediakan.
Berdasarkan soalan 1, soalan ini berkaitan dengan sumber yang mempengaruhi responden berkaitan
dengan masyrakat India. Berdasarkan jawapan respoden , jawapan pertama sebanyak 5% respon
menjawab mereka telah dipengaruhi melalui internet, sebanyak 5% juga yang mempengaruhi
responden melalai televisyen dan akhbar. Sebanyak 10% responden menyatakan mereka telah
dipengaruh melalui buku buku dan majalah. Majoroti responden menyatakan mereka telah
dipengaruhi dengan pergaulan dengan orang orang India. Seramai 16 orang iaitu bersamaan 80%
yang menyatakan mereka dipengaruhi disebabkan pergaulan.

Pada soalan kedua, soalan ini cuba memahami responden mengenai kefahaman respon
mengenai masyarakat India. Berdasarkan jawapan pertama yang dikemukakan oleh penduduk
peribumi adalah 0%. Responden yang menjawab soal selidik ini mempunyai pendapat bahawa
masyarakat india mengamalkan agama hindu. Sebanyak 10% respon yang mempunyai kefahaman
masyarakat India mengamalkan agama Hindu. Seramai 18 orang responden telah menyatakan
masyarakat India mengamalkan adat adat India. Jawapan ini bersamaan dengan peratusan
sebanyak 90%. Seterusnya ,tiada responden berpendapat bahawa orang India telah lahir sebelum
kemerdekaan.

Seterusnya, berkenaan dengan soalan dengan sistem ekonomi masyarakat India kini.
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh responden iaitu sebanyak 50% bagi menyokong orang
India mempunyai yang sederhana dan cemerlang. Agama dan kepercayaan masyarakat pula,
kebanyakan responden mengamalkan agama Hidu sebanyak 70 % iaitu seramai 14 orang responden.

Berdasarkan bahagian C, soalan yang dikemukakan kepada responden adalah berbentuk


skala.Soalan pertama yang dikemukakan kepada responden berkaitan dengan penerusan
mengamalkan sistem pemerintahan dalam tamadun India. Berdasarkan soalan ini sebanyak 55%
menyatakan tidak setuju, 15% pula menyatakan tidak pasti dan 30% menyatakan sangat setuju.
Seterusnya , soalan yang dinyatakan kepada responden berkaitan dengan keistimewaan India perlu
diteruskan atau tidak. Sebanyak 5% menyatakan tidak pasti, 70% menyatakan setuju dan 15% pula
menyatakan sangat setuju. Soalan yang seterusnya pula berkaitan dengan pengurangan budaya dan
peradaban dalam masyarakat India, semua responden menyatakan sangat tidak setuju bahawa
peranan budaya dan peradaban masyarakat India perlu dikurangkan. Dalam soalan yang
seterusnnya, responden kebanyakan tidak setuju adanya sistem pendidikandan pesekolahan yang
mempunyai berbeza dalam setiap kaum. Dari segi peratusan sebanyak 65% menyatakan sangat tidak
setuju dan 35% menyatakan tidak setuju berkenaan soalan tersebut. Manakala soalan terakhir iaitu
dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di Malaysia, Wawasan 2020 masih mampu di capai
kesemua responden memilih pilihan sangat setuju.

You might also like