Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

PENGENALAN KEPADA

KESELAMATAN
Istilah Keselamatan

Bermaksud keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya/bencana,


gangguan, aman, sentosa dan sejahtera.

Keadaan terbentuk daripada perubahan perlakuan manusia.

Konsep Utama Keselamatan

Keselamatan adalah satu keadaan yang terhasil akibat perubahan tingkah laku
manusia atau reka bentuk persekitaran fizikal supaya dapat mengurangkan
kemalangan. Menurut Stresser, Aaron & Bohn(1981), terdapat dua konsep utama
yang berkaitan dengan keselamatan iaitu:

1. Tingkah laku manusia

2. Mencegah kemalangan

1.Tingkah laku manusia

Walau di mana manusia berada, sama ada di rumah, sekolah, dan lain-lain,
keselamatan berkait rapat dengan tingkah laku manusia.

Manusia mengharapkan keselamatan tetapi dengan tidak sedari ada kalanya


mereka merupakan penyebab kemalangan.

Usaha mengurangkan kesilapan manusia ( human error) boleh


menghindarkan kemalangan.

2. Mencegah kemalangan prevent is better than cure

Keselamatan perlu dikekalkan bagi mencegah kemalangan berlaku.


Pencegahan kemalangan mesti dijadikan matlamat utama dalam
keselamatan.

Kemalangan yang berlaku ada penyebabnya tetapi langkah-langkah perlu


diambil untuk mengawal kemalangan.

Langkah pembetulan perlu dilaksanakan agar kemalangan tidak berulang.

Persediaan Menghadapi Kecemasan

Menurut Teori Keperluan Maslow, asas keperluan manusia selain daripada


keperluan fisiologi ialah keperluan keselamatan diri. Oleh itu, manusia pada
dasarnya sentiasa bersedia menghadapi sebarang keadaan cemas yang
mengancam keselamatan dan kesihatan diri. Di samping itu, manusia juga cuba
mewujudkan kehidupan selesa yang bebas daripada sebarang kemalangan atau
keadaan yang bahaya pada diri.

Teori Keperluan Manusia Maslow

Pen
cap
aian

ken
diri
Kebanggaan

Kepunyaan kasih sayang

Keselamatan

Fisiologi
Keperluan Fisiologi- keperluan pertama untuk memenuhi kehendak biologi
seperti makanan, air, udara, tidur dan lain-lain.

Keperluan Keselamatan- keperluan untuk selesa daalm persekitaran yang


selamat. Contohnya tempat tinggal, perlindungan seperti pakain dan lain-lain.

Keperluan Kepunyaan Dan Kasih Sayang- keperluan untuk terlibat dengan


orang lain seperti menjadi ahli dalam kumpulan, mempunyai rakan-rakan atau
diterima oleh rakan-rakan, atau disayangi oleh ahli keluarga dan lain-lain.

Keperluan Kebanggaan- keperluan untuk merasai diri sendiri dihormati atau


dihargai seperti dapat darjat dan status tertentu dalam masyarakat, dapat
gelaran dan lain-lain.

Keperluan Kecapaian Kendiri- keperluan untuk mencapai sesuatu yang


terbaik berdasarkan kebolehan individu seperti berenang menyeberangi Selat
Melaka dan lain-lain.

Falsafah Kehidupan Selesa

Terdapat tiga faktor yang mengawal tingkah laku iaitu:

1. Sikap :

sebagai kecenderungan/ kesediaan untuk bertindak balas secara positif/


negatif:

Sikap selalunya diarahkan sesuatu objek

Sikap bukan set tindakan tetapi kecenderungan untuk bertindak

Sikap boleh bertahan lama iaitu bersikap kekal

Sikap bersetuju menentang


2. Tabiat :
bermaksud tindakan/respon automatik kepada seseorang kepada sebarang
ransangan. Tindakan rutin manusia adalah automatik: makan, berpakaian,
dan lain-lain.

Pembentukan tabiat automatik apabila respon kepada ransangan berulang-


ulang. Sama dengan sikap kerana sukar diubah/dibaiki kerana sikapnya yang
automatik dan tidak melibatkan proses berfikir sebelum tindakan dilakukan.

Sikap buruk hanya boleh diubah dengan memberikan kesedaran kepadanya


dan ia sendiri perlu berusaha mengeluarkan tabiat itu daripada senarai respon
automatiknya.

Pembentukan amalan yang baik akan menghasilkan tabiat yang baik contoh
pelajar yang telah didedahkan lebih awal tentang peraturan di bengkel,
mereka akhirnya akn menjadikan tabiat.

3. Nilai :

bermaksud prinsip dalam kehidupan seseorang individu. Nilai selalunya telah


lama dibentuk untuk menjadi sebahagian kehidupan manusia.

Nilai berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan seseorang


individu/kumpulan.

Ada masanya struktur nilai akan mengatasi sikap atau tabiat.


Teori Keselamatan Kemalangan

Teori Keselamatan Domino

Menurut W. Heinrich (1930): kemalangan berlaku akibat beberapa peristiwa yang


berlaku secara berturutan. Kemalangan berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu
segi latar belakang manusia dan ciri-ciri manusia, tindakan manusia yang tidak
selamat dan keadaan persekitaran yang tidak selamat. Berasaskan kepada
kegagalan pekerja sebagai nadi kepada masalah atau punca utama kemalangan.
Lima faktor kegagalan pekerja mengikut turutan:

Faktor 1: latar belakang manusia- gaya hidup dan personaliti, sifat-sifatnyang tidak
baik dari keturunan ataupun terbentuk akibat interaksi dengan persekitaran. Contoh:
kecuaian, degil, tamak dan lain-lain.

Faktor 2 : ciri-ciri/sifat manusia seperti sikap cuai, perasaan gementar,kejahilan


mengenai keselamatan, keadaan fizikal dan mental manusia dan lain-lain.

Faktor 3 : tindakan selamat dan keadaan persekitaran yang berbahaya dari segi
mekanikal atau fizikal- tindakan tidak selamat seperti gurauan kasar, membuka
penghadang keselamatan, tidak berpakaian sesuai dan lain-lain.

Faktor 4 : kemalangan- insiden yang menyebabkan kecederaan, contohnya :


terjatuh, terkena objek terlayang dan lain-lain.

Faktor 5 : kecederaan- luka,lebam, melecet dan lain-lain ialah contoh kecerderaan.

Teori Penyebab Kemalangan

1. Model Kesilapan Manusia- Model Faktor Kemanusiaan (Ferell)

2. Model Penyebab Kemalangan- Insiden (Petersen)

3. Model Sistem- Model Sistem Firenze (R.J.Firenze,1978)


Model Kesilapan Manusia-model Faktor Kemanusiaan (Ferell)

Kemalangan disebabkan oleh insiden permulaan iaitu kesilapan manusia malalui 3


punca :

a) Beban lebih- ketidaksepadanan antara beban(tugas, persekitaran, emosi, dan


situasi dengan keupayaan manusia.

Tugas: Melibatkan Fizikal Dan Mental.

Persekitaran: keadaan sekeliling seperti bising, pencahayaan, dan lain-lain.

Emosi: gangguan perasaan seperti bimbang, tertekan dan lain-lain.

Situasi: kekaburan matlamat, beban dan bahaya yang sedia ada dan lain-lain.

Keupayaan: melibatkan sifat semula jadi individu, situasi fizikal, keadaan mental,
tekanan, keletihan, bahan pencemaran dan sebaginya.

b) Ketidaksesuaian- tindak balas tidak sesuai dengan situasi. Contoh saiz stesen
kerja terlalu besar atau tempat terlampau dekat dengan gangguan dan lain-lain.

c) Aktiviti salah- aktiviti salah dilakukan kerana tidak tahu atau sengaja ambil
langkah pintas kerana memiliki persepsi amat rendah terhadap kemalangan.

Model Penyebab Kemalangan- Insiden(Petersen)

Kemalangan sebab kesilapan manusia dan sistem:

a) Beban lebih.

b) Ergonomik- penerangan tentang satu keadaan tentang pengantara muka


mesin dengan manusia supaya manusia akan menjadi lebih selesa serta
dapat mengoptimumkan kerja. Ergonomik melibatkan faktor-faktor
biomekanikal seperti rekaan pada otot, sendi dan saraf, faktor-faktor seperti,
keletihan mata kepanasan dan fktor persekitaran luaran seperti gegaran dan
pencahayaan.
c) Buat keputusan salah- manusia sering membuat keputusan yang salah
sama ada sedar atau tidak.

Ini adalah kerana:

*Sistem di mana hidup kita dipengaruhi oleh kuasa sosial politik dan ekonomi

*Tekanan untuk memenuhi sasaran pengeluaran

*Pengaruh rakan sebaya, berfikir bahawa Cuma orang lain akan mengalami
kemalangan.

Model Sistem- Model Sistem Firenze (R.J.Firenze, 1978)

Konsep berasaskan kepada interaksi 3 komponen iaitu manusia, mesin &


persekitaran dengan proses menggunakan maklumat untuk membuat
keputusan atau mengambil risiko. Tugas akan dilakukan dengan berjaya jika
tiada stress yang mengganggu keseluruhan prsoess.

5 kriteria sebagai panduan untutk membuat keputusan yang baik:

@ keperluan tugas

@ kebolehan pekerja dan batasan untuk menerima tugas

@apakah keuntungan yang diperolehi jika kita cuba lakukan tugas dan berjaya

@apakah akibatnya jika kita cuba lakukan tugas tetapi gagal

@apakah kita akan rugi jika tidak mencuba langsung


PUNCA DAN PENCEGAHAN
KEMALANGAN
PENGENALAN

Cara untuk mengelak Kemalangan di tempat kerja iaitu dengan melaporkan


keadaan tidak selamat atau keadaan persekitaran yang terdedah kepada risiko
bahaya. Memastikan peralatan dan bahan berada dalam keadaan baik dan mesin
berfungsi dengan baik. Para pekerja juga mestilah menggunakan alat perlindungan
diri dan menjalani latihan keselamatan yang dianjurkan oleh pihak majikan. Pekerja
juga mestilah berhati-hati apabila terdapat perubahan persekitaran yang
mendatangkan bahaya.

Menurut teori domino kemalangan disebabkan oleh keadaan persekitaran


yang tidak selamat dan mengundang kecuaian manusia melalui tingkah laku
manusia ataupun hazard fizikal manusia. Ini akan menyebabkan kemalangan akan
berlaku dan mengundang risiko kecederaan. Jika salah satu teori tersebut
disingkirkan maka sudah tentunya potensi untuk berlaku kemalangan tidak terjadi.
Elemen tingkah laku manusia ataupun hazard fizikal ataupun mekanikal adalah teori
yang paling mudah untuk disingkirkan.

Menurut teori Hienrich kecederaan adalah disebabkan oleh kemalangan.


Kemalangan berpunca daripada perlakuan yang tidak selamat ataupun keadaan
persekitaran yang tidak selamat. Kelakuan dan keadaan persekitaran yang tidak
selamat ini adalah disebabkan oleh kecuaian manusia ataupun mesin yang tidak
direka dengan sempurna ataupun tidak diselenggara. Kecuaian manusia pula
tercipta daripada persekitaran sosial ataupun diperolehi daripada sikap mengulagi
kesilapan yang sama.

Punca utama kemalangan :

Tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan

Menggunakan peralatan dan mesin yang tidak sesuai

Tidak mengendalikan sesuatu mesin ataunperalatan dengan betul


Menggunakan mesin ataunalatan yang rosak

Keadaan tempat kerja yang tidak selamat

Memakai pakaian yang tidak sesuai

Cuai atau tidak memberi tumpuan semasa kerja

Punca-punca kepada kemalangan Terbahagi kepada 3 sumber utama:

1.Faktor Kemanusiaan

2.Faktor Pentadbiran

3.Faktor Fizikal

Faktor Kemanusiaan

a. Kecuaian

Kurang memberi tumpuan kepada kerja

Mengalamun/berkhayal semasa bekerja

b. Kurang pengetahuan

Mengenai kerja yang di lakukan

Mengenai langkah-langkah keselamatan

Mengenai latihan untuk melakukan tugas

sikap tak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalam melaksanakan
tugas dengan betul.

c. Tidak berdisiplin

bergurau semasa bekerja

gagal mematuhi peraturan-mengambil jalan pintas


Faktor Pentadbiran

a. Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak di laksanakan dengan


bersungguh-sungguh

b. Kurang/tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakan tugas

c. Kawalan keselamatan yang longgar

d. Tiada latihan/kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas

e. Tiada prosedur kerja yang ditetapkan

f. Tiada latihan berkaitan pencegahan keselamatan pekerja

Faktor Fizikal

a. Persekitaran

kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian seperti tidak dibersihkan,
licin, berselerak-pencahayaan tempat kerja yang tidak mencukupi

Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan memberi
kesan psikologi, mengganggu komunikasi atau menyebabkan kehilangan
pendengaran

Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu kecerdasan minda


dan tumpuan individu-Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak
sistematik boleh membawa akibat buruk kepada persekitaran

b. Peralatan dan Mesin

susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja-keadaan mesin
yang telah lama dan tidak sesuai di gunakan lagi

keadaan mesin & peralatan tangan yang tidak di selenggara dengan baik
penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah

penggunaan dan penyimpanan mesin yang tidak teratur

pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat.

c. Sistem Pendawaian

pendawaian yang lebih daripada 40 tahun

kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan kebocoran arus elektrik

beban lebih had (overload)-pendawaian tambahan tanpa kebenaran-


pendawaian yang salah pada alatan yang di gunakan

Jenis-jenis kemalangan

1.Luka

2.Terseliuh, salah urat, retak tulang

3.Melepah

4.Melecur

5.Kejutan elektrik

6.Keracunan

7.Habuk masuk mat

8.Tercucuk duri / selumbar

9.Pendarahan hidung

10.Gigitan binatang dan serangga yang bisa

11.Kebakaran

12.Lemas ( Asap )
13.Pengsan

PENCEGAHAN KEMALANGAN

Mengawal kebakaran dengan :

i) Menyediakan laluan kecemasan

o Setiap bangunan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua laluan


bagi

o tujuan menyelamatkan diri

o Pintu laluan hendaklah tidak dihalang atau dikunci

o Laluan kecemasan mestilah bebas dan lapang dan ditandakan

ii) Pemadam api mudah alih

o Setiap bangunan hendaklah memastikan mempunyai alat pemadam


api yang bersesuaian kegunaanya.

o Pekerja-pekerja hendaklah dilatih menggunakan pemadam api dengan


betul.

o Hanya alat pemadam api yang sah dan baik digunakan dan dibenarkan

o Pekerja-pekerja hendaklah dimaklumkan dengan memberikan latihan


latih tubi (drill) cara-cara menyelamatkan diri dari kebakaran.

iii) Perancangan Pengosongan ( Excavuation )

o Pelan tindakan kecemasan diperlukan dengan menyatakan laluan


untuk digunakan dan prosedur yang perlu diikuti semasa kecemasan
o Alat penggera seperti loceng kecemasan, wisel, peti suara mestilah
disediakan dan berfungsi dengan baik

o Pekerja-pekerja hendaklah dilatih bagaimana untuk bertindak ketika


kecemasan.

o Majikan hendaklah memeriksa semula perancangan yang telah


diberikan agar tindakan sebaik-baiknya dapat diambil ketika
kecemasan dan memaklumkan kepada pekerja jika berlakunya
sebarang perubahan.

iv) Perancangan Mengawal kebakaran

o Majikan hendaklah membuat dan mengeluarkan perancangan bertulis


tentang mengawal kebakaran bagi memastikan perancangan
pengawalan dapat dijalankan dengan sempurna dan betul.

o Menghentikan kebakaran adalah cara terbaik mengawal dan


perancangan hendaklah dimaklumkan kepada semua pekerja.

o Program kebersihan bagi penyimpanan dan pembersihan bahan-bahan


mudah terbakar hendaklah dimasukkan ke dalam perancangan.

o Mengitar semula bahan mudah terbakar seperti kertas adalah


digalakkan.

o Prosedur mengawal tempat kerja terutamanya perbuatan merokok,


kerja mengimpal dan membakar adalah ditegah sama sekali.

o Alat mengeluarkan api seperti boiler, ketuhar mestilah diselanggara dan


bersih serta dikawal.

o Bagi bahan mentah hendaklah disimpan dengan teratur dan selamat

o Pekerja hendaklah dimaklumkan tentang bahaya kebakaran di tempat


kerja dan prosedur serta perancangan hendaklah disediakan dan
dinyatakan.
iiv) Sistem pencegahan kebakaran

o Rekabentuk sempurna dan pemasangan sistem pencegahan


pembakaran seperti penyembur air adalah yang terbaik untuk
digunakan dan dipasang di tempat kerja atau bangunan.

o Alat sistem penyembur air ini mempunyai pengesan api, penggera


bunyi, penyembur air untuk menyembur di mana dikesan haba dan api
atau di mana berlakunya kebakaran.

o Sistem penyembur air automatik memerlukan penyenggaraan


sempurna agar dapat digunakan sepanjang masa.

o Papan tanda hendaklah dipasang di semua kawasan penyembur air


limpahan dan bahan hendaklah dimaklumkan bagi memaklumkan
bahawa bahan digunakan seperti karbon dioksida,halon 1211 dan
sebagainya.

PANDUAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Punca-punca kebakaran kebiasaanya adalah:

Berlaku akibat daripada bahan kimia yang mudah terbakar , habuk-habuk dan
kerosakan pada pemasangan elektrikal

Bahan kimia yang mudah terbakar tidak disimpan mengikut peraturan yang telah
dinyatakan oleh pihak berkuasa

Tindakan berjaga-jaga mestilah dibuat secara mandatori seperti:

a) Jangan menghisap rokok berdekatn dengan bahan kimia


b) Jangan menggunakan atau menyalakan api berdekatan dengan bahan kimia
c) Menyimpan bahan kimia yang banyak di dalam bilik yang berasingan dan jauh
daripada kawasan mudah terbakar
d) Operasi yang mudah terbakar seperti kimpalan atau pengisaran bahan besi
hendaklah jauh dari bahan kimia
e) Mendapatkan senarai kesan bahaya jika membeli bahan kimia
f) Menanda dan melabelkan tanda bahaya dan pastikan label tersebut tidak
rosak, dialih atau ditukar
g) Pastikan rekod penggunaan,rekod stok bahan rekod pembekal ada
Punca-punca lain kebakaran berlaku ialah:

perbuatan khianat
kerosakan elektrik
merokok
geseran terlalu panas
kebakaran spontan kanak-kanak
alatan terlalu panas
kerja-kerja semasa kimpalan / pemotongan
petir
tindakbalas kimia
kemalangan/kecuaian pekerja

Kaedah pencegahan berlakunya kebakaran ialah:

Membersihkan kawasan persekitaran kerja


Penyimpanan bahan mudah terbakar di tempat yang selamat
Penyediaan kawasan merokok
Penjagaan mesin dengan baik
Kawalan staf, kakitangan dan pengguna bangunan
Penguatkuasaan peraturan kerja yang selamat
Penyediaan kawasan kerja yang selamat

Faktor kebakaran dan pengawalan:

a) Akibat daripada kebakaran yang berlaku seperti:

kemalangan jiwa
kerugian besar
kematian

KESELAMATAN MESIN

Mesin dan peralatan adalah sangat merbahaya jika :

Direka tidak selamat dan tidak sempurna


Tidak diselenggara dengan betul
Dijalankan oleh pekerja yang tidak terlatih
Bukan untuk kerja yang sebenarnya
Digunakan dalam keadaan yang berbeza
Ditukar / dipinda secara haram
Tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian

Majikan hendaklah memastikan mesin dan peralatan :

Disimpan di tempat yang selamat

Digunakan dengan selamat

Tidak mendatangkan masalah pada kesihatan

Pereka hendaklah memastikan mesin dan peralatan

Selamat digunakan

Berkeadaaan sempurna dan baik

Pekerja yang bertanggungjawab

Mematuhi peraturan kerja yang telah ditetapkan

Membuat kerja mengikut latihan yang telah diberikan

Berkelakuan dan bekerja dalam keadaan selamat

Melaporkan sebarang masalah kepada pegawai bertanggungjawab


Langkah Pencegahan

Merancang terlebih dahulu kerja yang akan dilaksanakan.


Mempelajari cara mengendalikan peralatan atau mesin.
Mematuhi peraturan keselamatan ketika berada dibengkel.
Menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar peralatan tersebut.
Mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang ditetapkan.
Pastikan mesin yang digunakan memenuhi piawaian keselamatan yang
ditetapkan.
Pastikan peralatan yang rosak ataukebocoran bar elektrik dibaiki segera.
Pastikan alat yang digunakan sentiasa berkeadaan baik.
Pastikan penghadang keselamatan pada mesin tidak ditanggalkan.Ketatkan
skru penghadang keselamatan jika longgar.
Setiap mesin hendaklah disenggarakan secara berkala.
Mesin perlu disusun dengan teratur
Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik dan laluan berjalan
tidak dihalang
Sistem pengalihudaraan dan pencahayaan peru berfungsi dengan baik.

Keracunan

Racun dapat memasuki tubuh manusia dengan pelbagai cara. Keracunan


bukanlah hal yang dianggap remeh dikerana dapat mengakibatkan kematian jika
tidak ditangani dengan betul. Oleh itu, cara mengatasi keracunan bahan kimia
memang seharusnya diketahui. Bahaya dan keracunan bahan kimia dapat merebak
melalui:

1. Kontak dengan kulit

2. Kontak dengan mata

3. Tertelan
4. Terhirup

Cara mengatasi keracunan bahan kimia jika bahan racun masuk melalui mulut :

1. Berilah minum berupa air atau susu 2 hingga 4 gelas.

2. Jika mangsa keracunan pengsan, jangan memasukkan sesuatu (berupa


makanan/minuman) melalui mulutnya

3. Masukkan jari telunjuk ke dalam mulut mangsa sambil menggerak-gerakkan


jari di bahagian pangkal lidah dengan tujuan agar mangsa muntah

4. Berilah 1 sudu antidot dan segelas air suam kepada mangsa

Cara mengatasi keracunan bahan kimia jika bahan racun melalui kulit :

1. Cucilah bahagian tubuh yang terkena dengan air selama 15 minit.

2. Buka pakaian yang terkena bahan kimia

3. Jangan mengoleskan minyak, mentega atau pasta natrium bikarbonat, kecuali


untuk keracunan yang lebih tinggi/tertentu lainnya

Cara mengatasi keracunan bahan kimia jika bahan racun berupa gas

Untuk keracunan bahan kimia berupa gas maka sebaiknya diberikan udara
segar sebaik-baiknya. Dan untuk pencegahan keracunan bahan kimia berupa gas
sebaiknya sejak awal menggunakan masker. Sebab gas berupa klorin, hidrogen
sulfida, fosgen, hidrogen sianida adalah bahan kimia gas yang sangat beracun.

Jadi, sebelum bekerja dengan bahan kimia, sebaiknya harus mengetahui


terlebih dahulu cara mengatasi keracunan bahan kimia tersebut untuk
mengantisipasi hal-hal yang tidak diingini. Selain itu penting juga untuk mengetahui
jenis jenis gas beracun.
Produk Kimia dan Pestisida di Rumah Tangga

Untuk menghindari terjadinya bahaya dan keracunan akibat penggunaan yang salah
perlu dilakukan tindakan pencegahan seperti berikut :

Sebelum digunakan, bacalah label kemasan dengan teliti mengenai cara


penggunaan, cara penyimpanan dan peringatan risiko bahayanya.

Gunakan sesuai dengan petunjuk pada label kemasan.

Tutup rapat wadah kemasan dengan baik untuk menghindari tercecernya atau
tumpahnya bahan.

Jaga label pada kemasan tetap bersih agar dapat terbaca hingga bahan
dalam kemasan habis.

Jangan simpan kemasan bersama dengan bahan makan atau minuman.

Jangan simpan bahan kimia dan pestisida pada wadah makanan/minuman


dan sebaliknya.

Simpan kemasan pada tempat yang aman,tidak terjangkau anak-anak dan di


tempat yang teduh dan kering.

Simpan bahan yang mudah menguap pada ruangan dengan sirkulasi udara
yang baik dan jauh dari sumber api.

Cuci tangan dan muka dengan betul dan sebersih mungkin setelah selesai
menggunakan bahan kimia dan pestisida rumah tangga.

Punca-punca kebakaran dan kaedah pencegahan


Pengawalan kebakaran adalah urusan yang sangat penting. Kerugian akibat
kebakaran amatlah besar. Kemalangan jiwa akibat kebakaran sering berlaku kerana
pintu atau laluan kecemasan sering terkunci, sistem dan alat kecemasan seperti alat
pemadam api tidak mencukupi. Sehubungan itu, pihak majikan dikehendaki
menyediakan laluan, peralatan memadam kebakaran dan latihan melawan
kebakaran yang sempurna untuk mengelakkan kecelakaan, kematian atau
kehilangan keupayaan

PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN


Pengenalan
Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja, dia memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan
impaknya kepada pekerja akibat hazard yang terdapat di tempat beliau bekerja.
Kebarangkalian adalah pengukuran frekuensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana
kebarangkalian berlakunya kemalangan dan impak kemalangan boleh dikawal, maka
risiko boleh diurus sehingga ia boleh diminimumkan dan diterima.

Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan di dalam
pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan tersebut ialah
hazard, risiko dan bahaya.

Takrif

Hazard

Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersaling tindak antara satu
dengan lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza
ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada
kecederaan kecil. Occupational Safety and Health Assessment Series 18002
(OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca
atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks
kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan
sekitaran tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard,
sistem kerja tidak selamat adalah beberapaa contoh-contoh hazard.

Risiko

Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan


(kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh
ditakrifkan sebaagai gabungan-gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya
peristiwa malang,dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini
bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.

Bahaya

Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard.


Perkataan ini lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu
keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada
di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak
terdedah kepada hazard

Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya

Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan


dengan menggunakan contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana
sifat intrinsik korosifnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada
kesihatan manusia dan kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko percikan asid
ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka
berbanding dengan mereka yang memakainya. Bahaya jika mempipet asid dengan
hidroklorik dengan mulut.

Jenis-Jenis Hazard

(i) hazard fizikal


(ii) hazard kimia

(iii) hazard biologikal

(iv) hazard ergonomik

(iiv) hazard fizikal.

(i) Hazard Fizikal

Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan
yang digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika:

a) Direka tidak selamat dan tidak sempurna

b) Tidak diselenggara dengan baik

c) Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih

d) Digunakan bukan untuk kerja sebenar

e) Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza

f) Ditukar/dipinda secara haram

g) Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa


menggunakannya.

(ii) Hazard Kimia

Antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan


dan terhidu bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah
merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi.
Bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian
kaca dan pelekat adalah bahan yang merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah
keselamatan apabila mengendalikannya.

Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan
boleh menyebabkan tindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan
melecur, melepuh, terbakar dan akan meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang
mudah terdedah pada bahan kimia ialah mata, hidung, kerongkong serta bahagian
atas saluran pernafasan. Kesan bahan kimia adalah bergantung kepada nilai pH,
kepekatan, tempoh dedahan dan sifat tindak balas sesuatu bahan kimia.

iii) Hazard Biologikal

Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan


terdedah kepada jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah
berbeza-beza mengikut:

a) sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit

b) laluan masuk agen penyakit ke dalam badan

c) ketahanan pekerja yang terdedah

Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah:

a) penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melalui
kulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar.

b) inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di mana
agen penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah.

c) Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigit
kuku dan makan tanpa mencuci tangan.
d) Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti
tumpahan, pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan
percikan.

iv) Hazard Ergonomik

Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan


sekitaran kerjanya. Ia selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan
rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan
psikologi manusia. Misalnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak
ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan Tunnel Carpel Syndrome dan
sakit belakang.

Mengenalpasti Hazard

Sebelum hazard boleh diurus ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin


awal hazard dikenalpasti, semakin mudah dan murah untuk menguruskannya.
Walaupun hazard boleh dikenalpasti atau ujud diperingkat awal operasi akibat tidak
disedari atau perubahan boleh timbul kepada bahan, system dan rekabentuk selepas
digunakan atau dilaksanakan.

Proses dan kaedah mengenalpasti hazard di tempat kerja


Satu proses yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard ialah dengan
menggunakan proses mengenalpasti hazard yang digunakan di dalam analisis
hazard. Di dalam analisis hazard, proses mengenalpasti hazard bermula dengan
mentakrifkan sistem yang ingin dikaji dan mentakrif serta memahami ciri fizikal dan
fungsi sistem tersebut. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan untuk
mengenalpasti hazard. Amnya kaedah mengenalpasti hazard ini melibatkan
gabungan pemerhatian sendiri, merujuk kepada dokumen rujukan, menggunakan
kelengkapan pengesan dan pengukur, maklumat daripada laporan, maklumbalas
daripada pekerja dan sebagainya.
Pemerhatian dan Rujukan

Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam


sistem, proses dan prosedur kerja yang dilakukan melalui pemerhatian dan
seterusnya merujuk kepada akta, peraturan garis panduan, kod amalan, standard
,data dan sebagainya boleh mengenalpasti hazard yang terdapat di dalam sistem
,proses dan prosedur kerja tersebut. Pemerhatian tanpa rujukan sukar
mengenalpasti sesuatu hazard yang lazim dan rutin dilakukan di tempat kerja.

Penggunaan kelengkapan khas

Terdapat hazard yang tidak mempunyai sifat bau, nampak, dengar atau
sentuh. Oleh itu pancaindera manusia tidak mampu mengesan hazard tersebut.

Hazard ini memerlukan kelengkapan khas untuk mengesan dan mengukur


tahap hazardnya. Misalnya gelombang mikro, sinaran ultra hanya dikenalpasti
menggunakan dosimeter sinaran.

Aduan/laporan/cadangan

Seseorang pengurus biasanya ditugaskan mengurus aktiviti dan proses kerja


yang luas dan kadangkala umum skopnya. Keadaan ini mungkin menyukarkan
mereka mengenalpasti semua hazard yang berkaitan dengan setiap proses kerja di
dalam kawalanya. Hazard baru juga boleh timbul akibat perubahan struktur, proses
dan sistem kerja dan mesin. Keadaan ini membuat seorang pengurus memerlukan

bantuan pekerja di bawahnya untuk mengenalpasti hazard.

Punca-Punca Utama Hazard

a) Keadaan di tempat kerja:

i) ruang yang tidak mudah dan selesa untuk bergerak

ii) tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja.

iii) lantai yang tidak rata dan licin

iv) tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan yang sempurna

v) pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna


b) Pelakuan pekerja:

i) tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan mejejaskan
kesihatan

ii) tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan
dengan selamat

iii) tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan bahan
merbahaya dengan selamat dan menjejaskan kesihatan

iv) tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul

v) tidak berbincang dengan majikan

vi) tidak membuat pemeriksaan di tempat kerja

Kelengkapan Pelindung Peribadi

Kelengkapan Pelindungan Peribadi adalah kelengkapan yang diperlukan


untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang
ditangani. Antara contoh kelengkapan ini termasuklah baju kalis api, Apparatus
Pernafasan Lengkap Sendiri, topi dan kasut keselamatan dan lain-lain. Jadual 4.1
menunjukkan beberapa jenis Kelengkapan Perlindungan Peribadi yang biasa
digunakan dalam operasi kecemasan. Oleh kerana kelengkapan ini merupakan
benteng terakhir bagi pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah penting
kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan
kegunaannya yang berkesan.

Seperti juga kelengkapan lain, kelengkapan perlindungan peribadi mestilah


dipilih secara terancang. Pengguna mestilah dimaklumkan cara dan keadaan
pemakaian yang optimum serta had penggunaannya. Pengguna juga mesti
menyenggarakan kelengkapan tersebut seperti yang ditetapkan oleh pihak pembekal
kelengkapan. Ini bagi memastikan kelengkapan boleh berfungsi dengan cekap dan
berkesan apabila digunakan.

Cermin Perlindungan dan goggle


Pemakaian cermin perlindung adalah perlu apabila bekerja di kawasan
berhabuk yang beterbangan, partikel, wasap, luapan atau cahaya yang boleh
menyebabkan kecederaan penglihatan. Cermin keselamatan berbentuk seakan
cermin biasa tetapi melindungi mata dari partikel yang beterbangan. Kantanya
hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa. Boleh diperolehi di dalam
bentuk pelindung tepi, cawan atau kanta lentuk bagi pelindungan tambahan.

Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin
berwarna dan ianya melindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang datang dari
semua arah.
Pelindung dan topi kaledar

Pelindung muka dan topi kaledar bukanlah alat pelindung mata, tetapi
kerapkali digunakan bersama dengan pelindung mata sebagai pelindung tambahan.
Pelindung penuh muka digunakan apabila anda terlibat dengan cahaya kimia, panas
atau haba dan cahaya terik. Topi kaledar pula digunakan jika anda bekerja di
kawasan pengimpalan atau kawasan bahan cairan. Kecederaan di kepala adalah
disebabkan oleh objek yang beterbangan atau jatuh pada objek yang tetap.
Pelindung kepala dalam bentuk topi pelindung hendaklah mampu menahan
hentakan dan gelungan yang mengelilingi rangka topi akan mengelakkan
kecederaan kepada tengkorak dan juga menyelamatkan diri dari kejutan elektrik.

Pemilihan Kasut dan but keselamatan

Ada banyak jenis dan gaya kasut keselamatan dan adalah mustahak bagi
anda mengetahui ada perlindungan tambahan yang perlu digunakan. Kasut
keselamatan penguatan keluli merupakan kasut yang direka untuk melindungi kaki
dari bahaya seperti objek bergolek, terjatuh, terhiris atau tajam. Seluruh hujung kasut
dan dalamnya diperkuatkan dengan keluli. Juga menahan atau bertindak sebagai
penebat bagi suhu yang tinggi dan direka dengan memelihara dari licin, bahan kimia
dan bahaya elektrik. But keselamatan pula memberikan perlindungan yang lebih
seperti percikan api. Apabila bekerja di kawasan mudah terbakar, but jensi neoprene
atau nitril digunakan bagi melindungi kaki. But jenis foundry atau Gaiter menampilkan
penetap atau menggunakan zip bagi tujuan memudahkan untuk memakai atau
menanggalkan bahan-bahan yang masuk ke dalam but. Apabila bekerja di kawasan
elektrik, but istimewa penebat elektrik direka khas seperti menggunakan tapak
penebat elektrik.

Pemilihan Sarung tangan pelindung

Sarung tangan tidak menjaminkan dari tidak berlakunya kemalangan, tetapi


hanya mengamalkan cara kerja yang selamat. Dan berhati-hati sahaja yang mampu
memastikan pekerja bekerja dengan selamat. Pemilihan sarung tangan yang betul
boleh melindungi dari tercedera. Apabila menggunakan sarung tangan pelindung
pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan, selesa digunakan dan mampu
menangani risiko bahaya .

Jenis-jenis sarung tangan seperti:

a) Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan melindungi
tangan dari kesan gatal.

b) Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu
menggenggam dengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin. Ia juga
membantu melindungi tangan anda dari kesan panas, haba atau sejuk.
c) Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau
pengeseran pada permukaan kasar.

d) Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau calar.
Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat.

You might also like